Masalah Bila Blogging

22/11/13




Assalamualaikum...


Ehem.. :) Entry ni atas pendapat aku sendiri. Aku tahu mungkin akan ada yang tak puas hati dan tak setuju. Tapi, ini hanya pandangan aku dan macam mana aku atasi masalah ni. Ecewah, bunyi macam serious gilos. Okey, aku sentiasa love followers and aku sentiasa love readers and aku sentiasa love pengunjung blog aku. So, what's the problem? Here...


Biasa kan dengan ayat 'saya dah follow awak. follow saya balik!' 'saya singgah. awak follow saya, saya follow awak balik' 'saya bw. jemput follow blog saya?'. Hampa sakit jiwa raga, nak pecah otak kan bila baca ayat-ayat ni tapi ternyata dia tak follow pulak kan. Makin bengang le hampa.


But.. Bagi aku. Kita tak patut nak bengang nak tercabut jantung sebab dah nak rentung dah sebab geram sangat. Ihik. Untuk aku, kalau mereka yang jenis ini datang blog aku dan cakap benda-benda tu, aku tak kesah pon. Okey, maybe marah juga sikittt kalau ditipu kata dah follow tapi tak follow pon. 


Tapi bila aku fikir-fikir, untuk apa aku marah? Cara aku, kalau aku tahu mereka cakap macam tu and tak follow pon, aku tak follow lah juga blog dia. Aku abaikan saja. Tapi satu benda juga yang dia beri pada kita. Pageviews kita meningkat what bila dia datang blog kita kan? At least, meningkatkan pageviews? Ihihihik, lapaq pageviews ni... Eceh, tak ada lah. Kiranya, dia tak follow, kita tak payah follow. Apa kesah? Tak habiskan duit kita dalam bank pon. :P


And satu lagi. Kalau betul-betul dia dah follow kita and dia bodek baik punya, buat-buat ramah mesra puji sana puji sini and dia suruh follow balik blog dia. Why not? Aku follow je blog mereka as membalas balik jasa murni mereka even maybe dia tak ikhlas pon nak puji-memuji kita. Right? Bila mereka dah buat baik, kita balas lah benda sama. Tak perlu mencetuskan situasi panas sebab tak puas hati. Kalau tak puas hati pon simpan sorang-sorang. Tak pun, hampa tumbuk lah screen laptop sebab dah geram sangat tapi jangan tumbuk orang dah la. Laptop hampa rosak, hampa tanggung sendiri. Haha, tak bertanggungjawab.


Kadang-kadang, itu bloggers yang nakkan followers. Faham lah sikit perasaan depa. Kita pun dulu, nak followers jugak kan. Sekarang pun nak followers kan? So, kalau depa follow and suruh follow balik, follow ajalahhh.. Tak rugi apa-apa. Kalau mereka tak follow, and suruh kita follow back, tak payah lah follow. Senang. Tak payahlah sakit-sakit hati. Abaikan saja mereka. Gitewww...


Jadi, ini hanya pandangan dan cara aku sahaja. Kalau rasa tak setuju, tak mengapa. Kalau rasa setuju, I love you! :) Ihihihi. Blogging ni bukan untuk tak puas tak puas hati., blogger semua macam satu family. Memerlukan satu sama lain. Barulah, dunia blogging ni harmoni. Nahh?

50 comments:

  1. Love you too. Eh? Hahaha. xp Btw, so true. :)

    ReplyDelete
  2. akk sokong dengan apa yg adik ckp..akk byk follow blog org lain tp akk rasa dorang tak follow back pon..tkpe la..just pk yg positif je la kan.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, biasalah tu kak kalau dorang tak follow. Maybe tengah busy ke apa kan. Husnuzon ajolah akak.. Ihihi. :) Baik, akak ni. Ecece.

      Delete
  3. sangat2 setuju ... yang cakap dah follow, tapi belum follow tuu paling takleh blah -.- hahahaha

    #banyak pulak akak jumpa blogger yang buat entry topik nie hari nie . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula, saya pun kerap baca pasal topik ni and sebab itu lah saya tulis jugak sebab baca entry diaorang macam marah-marah, so ni kononnya nak beri penyelesaian masalah lah ni. Haha. #lahsangat. >.<

      Delete
  4. Umi pun pernah gak kena cam tu cakap dah follow suruh follow dia balik tapi sebenarnya dia tak follow pun..cam ni pun ada!!betul kata Niena Husnuzon..Umi kalau boleh memang dengan semua orang nak bersangka baik...btw..nice n3..n3 ni pun dah macam luahan hati Umi jugak...setuju sangat ngan Niena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak2 untuk umi. :) Itulah, bersangka baik kena kuat. Saya memang abaikan saja kalau yang jenis kata follow tapi tak follow pon tu. :D

      Delete
  5. shaila pun shaila dapat note mcm itu dekat blog...abiakan and ignore saja...klu die follow shaila..insyaallah shaila akan balas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa, kan? Tak perlu nak panas-panas nak stress-stress, muka kerut. Senang. Hati pun tak gundah. Hahaha. Kalau mereka dah follow, kita follow balik lah kan. :D

      Delete
  6. Sya bape kali cri url blog niena..bila tkn yg kat komen tu takde url..ni nienatnggal kat chat box..baru dpt..maaf la..tak berkunjung tau..sya ah bookmark blog niena ni.hehe..bg sya sya join blog ni..mmg sbb nk cari kawan2..bleh tau info2 terkini disamping buat pndapatan sampingan..segala komen2 sya pastikan ikhlas dari hati..tak perlu kita bodek2 tuk glemerkan blog kita..ckup sekadar jadi dri sndri dan ikhlas dalam berkawan kan?jom kita jd kawan2 disini ya.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ya ka tak ada link? Ya, betul. Blogging untuk jalinkan silaturahim. Tak nak ada yang rasa tak sedap dengan yang lain kan. :)

      Delete
  7. hehe,setuju! :) kalau orang tu kata dia dah follow tapi sebenaqnya dia tak follow pon...saya takdela follow blog dia,hehe :)

    ReplyDelete
  8. setuju!! yeah!! kekadang rasa.. euww.. bataknya orang ni... but nak buat macam mana .. dah itu diri dia.. hurmm :) #blogwalking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat tak tahu ajelah ye.. Hikhik. Terima kasih. :)

      Delete
  9. setuju dengan kata kata awak. heheh :)

    ReplyDelete
  10. a'ah setuju! kalau akak, ada org yg tipu kata dh follow, akak dtg je blog diorang then balas kunjungan macam biasa. ^^

    ReplyDelete
  11. akak selalu kena --'
    puji bukan main melambung-lambung, pastu suh akk follow dia hahahaha
    rasa lawak pun ada, kadang2 akak follow je, kadang2 kalau tengok dia sebenarnya tak follow akk pun tapi ckp dah follow, memang tak laa akk nak follow kan,
    bukan sombong,
    tapi tak suka je orang tipu2 ni, tak berkenan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Jalannya, tak payah follow dia jugak. Senang. Biar dia sedar sendiri yang kita bukannya bodoh pon. :)

      Delete
  12. okay Mai tahu entry dr sape..org sekarang segala ketidakpuasan hati suke curahkan dekat social network and maybe die nak luahkan kot unsatisfied dia dekat blog but betul kate awk yg even mcm mane blogger tu buat pun muah2 ke dia still menyumbang utk blog kita kan :) so senyap je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak adalah nak tuju kepada sorang saja. Entry ini umum. Untuk semua dan untuk saya sendiri jugak sebab saya pun pernah dulu tak puas hati bila orang cakap macam tu. Tapi, bila fikir2 untuk apakan. Biarkan saja kalau ada golongan yang suka cakap macam tu. :)

      Delete
  13. tu lah kan...cik penah buat entry mcm ne jugak...kite ne tak lah jugak nak kumpul follower sangat..tapi kekadang sakit hati bile d tipu hidup2 ne...tp bagi cik...cik layankan je lah...kang d cop sombong plak kan..yelah blog tak pemes pon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Kalau saya, dia tak follow, saya pon tak follow. Kalau dia follow, saya pon follow. Jadi, win-win situation giteww. :D

      Delete
  14. setuju dengn cara niena ni..x suka tipu2 ni..kalau tak follow jangan cakap follow..x perlu tipu ...hermm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sakit hati kalau yang menipu ni. Tapi, kalau fikir2 biarkan sajalah. Tak payah nak layan sebab buat sakit hati. :)

      Delete
  15. so true! i got mad too if they said "done follow follow me back" tapi xfollow pon . i just ignore them dan buatt xtau jee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu saja ubatnya. Buat tak tahu. Tak payah layan. :)

      Delete
  16. kan.. setuju.. skrg ni ramai yg guna follow button yg mcm dashboard button adik ni. kdg2 bila follow, xmasok pon tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah, betul! Saya pun dah tak boleh nak follow guna yang button comel2 tu. Ada limit dia rasanya. :)

      Delete
  17. Agree :) Kenapa pulak nak kisah pasal follower. Eheks ! Jnji ada readers sudah

    http://abellmohd.blogspot.com/2013/11/review-produk-kecantikan-delisa-cosmetic.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul. Daripada ada followers tapi readers apa pon tak ada. Haha. >.<

      Delete
  18. as long as dia tak menipu..takde masalah rasanya :D

    ReplyDelete
  19. dulu akak suka gak tls mcm tu. tapi mmg akak follow betol pon tapi bla dpat tahu ramai yang sentap dgn ayat tu mmg terus takk tls dah la.. kikiki

    ReplyDelete
  20. btoi! btoi! ala.. akak dah kena byk kali.. rs xpuas sgt, pi hbq kat blogger tu sendiri.. tambah2 ni musim cuti sekolah, ramai pulak adik2 yg baru buat blog dok hbq lagu tu.. nak wat camna.. nnt depa dah lama blogging, depa fhm2 sendiri la.. kan..

    ReplyDelete
  21. Love youu too :D Aiceehhh , Heee dah pernah terkena dengan bloggers macam ni . Dia tipu , lepas tu kan , kalau kita komen ke apa , buat kerek je dengan kta , masa suruh follow eh bukan main lagi ya kau!? Hahaha kalau diorang kata diorang follow , sy biar jela , takde nak cek2 ke ape , just follow je .. biar jela..tak luak ape pun kan yang ? :D

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤