Warna Kegemaran Dan Personaliti

14/11/13




Assalamualaikum...



Aku sangat suka benda yang berkaitan dengan personaliti ni. Apa-apa yang berkaitan dengan personaliti, aku sangatlah curious sebab nak tahu sama tak dengan diri kita kan. So, kali ni aku share tentang warna kegemaran dan personliti kita. Jom tengok. Mengena atau tidak? :)



***


HITAM
Degil dan berdikari
Semangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat diri dan berdisiplin.
Kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya.
Mewakili perbuatan tidak mengaku kalah.
Menyerah diri hanya pada saat-saat akhir.
Dalam situasi tertentu menunjukkan personaliti yang mempunyai kawalan terhadap diri mengikut imej berkomunikasi.

MERAH
Mendesak, mudah diransang dan lincah.
Mempunyai cita-cita yang tinggi, dan apabila menginginkan sesuatu akan dilakukan dengan pantas.
Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik.
Kurang peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan.
Perlu belajar menjadi pendengar yang baik.
Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak atau mencemaskan.
Mempunyai kelebihan yang boleh disalurkan untuk memimpin, membangunkan atau mengembangkan sesuatu.
Berani dan peramah namun mudah marah sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak.
Perlu belajar untuk sabar.

PUTIH
Mempunyai keperibadian yang positif, matang dan optimistik.
Bersih dan amanah.
Gemar menyendiri.
Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan.

BIRU LEMBUT
Kreatif, mudah mengerti serta mudah sensitif.
Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan.
Teliti dalam teguran.
Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.
Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu-buru.
Ingin suasana selamat dan mendamaikan.


BIRU GELAP
Seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan yang tinggi, serta mempunyai perasaan yang mendalam.
Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok dalam membuat pilihan.
Memerlukan persekitaran yang tenang, serta ingin dibelai dengan kasih sayang.
Mudah terganggu dengan keadaan bising.
Bos yang menggemari pakaian berwarna ungu kebiruan mudah sensitif serta mudah bersimpati, mudah dipergunakan.

MERAH JAMBU
Bersikap penyayang, menyintai alam semula jadi.
Mudah bersimpati dan memahami.
Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain.
Sedikit keanak-anakan.
Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri.

OREN
Mampu menguasai dan mempengaruhi sikap orang lain.
Tidak sabar.
Mudah berdikari dan mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri.
Bersikap praktikal dan kreatif.
Sangat bertenaga namun mudah gelisah.
Aktif dan mahu bersaing dan sentiasa periang.

HIJAU
Berwaspada, berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain.
Sesuai dengan kehidupan yang damai dan sunyi.
Bermurah hati, berperikemanusiaan serta membantu orang lain untuk mengubah sikap.
Mudah sensitif, ia jelas kelihatan dengan gaya pandangan mata.

KUNING
 Penuh minat dan ceria
Aktif dalam apa jua aktiviti.
Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup.
Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi.
Sentiasa menginginkan dan berharap untuk mencapai kegembiraan.
Idea dan pemikiran tinggi.
Sentiasa baru dan moden dan mengalami perkembangan.
Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik.

UNGU
Berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati, mempunyai perasaan yang mendalam, serta bercita-cita tinggi.
Berkeinginan untuk berjaya dalam semua bidang dan ingin melibatkan individu lain bersama.


PERANG
Bersikap jujur, bersifat realistik, sukakan gaya hidup yang berstruktur dan tolong menolong.
Sentiasa membelai rasa, menghargai makanan, minuman dan juga rakan yang baik.
Bersifat pelindung, mungkin dengan memendamkan emosi ataupun rahsia sehinggakan sentiasa berundur diri dan takutkan dunia luar.

KELABU
Tersendiri pendekatannya.
Kawalan diri yang tinggi dan sangat cenderung untuk tidak merapatkan diri dengan orang lain.
Suka mengasingkan diri.
Selalunya menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik.




***


So, ada yang mengena tak? Untuk aku, aku suka pink and purple dan semuanya mengena. Untuk ayah dan mak aku juga mengena. So rasa macam woww giteww. Hampa pula bagaimana? Jangan segan, jangan malu. Drop your comment belowwww. Yeahh!! ;)



40 comments:

  1. preferred pink, purple and blue :)
    warna ni ada aura dia sendiri, bila kita pakai, it reflects our personality~

    ReplyDelete
  2. Cik ta tau warna personaliti cik..Acanne tu??Sebab sume kaler cik suke..Alahaiiiiiii :D

    ReplyDelete
  3. akak suka banyak kaler gak dan kale yang akak suka tu berubah mengikut season.. so memang apa eh ? perngai tak tetap ka hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho, perangai berubah juga mengikut season. ecehh, tak semestinya lah akak.. :D

      Delete
  4. pergh! memang kena dengan batang hidung.. huhu... *biru lembut*

    ReplyDelete
  5. alaaaaaaaaa ,,, brown xda la . majuk la .. haha (gedik jap)

    ReplyDelete
  6. akak kaler pink . memang tepat ahh >.<

    ReplyDelete
  7. byk yg mengena dekat diri sye.hehe...agak tepat !

    ReplyDelete
  8. saya suka biru lembut...bolehla,ada yg betul tentang personaliti saya,hehe :) tapi kreatif tu memang takla,hihi :)

    ReplyDelete
  9. Alamak, warna yang saya suka semuanya tak kena. Hehe.

    ReplyDelete
  10. akak ni suka banyak warna, btw setiap warna yg akak suka tu mmng ada yg betullah :D

    ReplyDelete
  11. Leen suka warna ungu, ada jugak yang betul c:

    ReplyDelete
  12. Merah jambu...huhuhu...mmg ada persamaan dengan shaila...

    ReplyDelete
  13. biru gelap n purple..mcm kene je,hihi

    ReplyDelete
  14. Sya suka merah biru dan hitam..misteri2 gitu.hehe

    ReplyDelete
  15. kita suka warna sama lah niena -.- haha btw, memang mengena .. nasib baik takde yang memalukan disitu kahkahkah

    ReplyDelete
  16. sy suka banyak warna? acane tu? hihi..
    tapi more kpd pink kaler la.. hehehe.. ^__^

    ReplyDelete
  17. Hhehe mmg btul pown. Sya suke warne hijau n biru lmbut n biru gelap. Hehe 99% btol. Yg plg btol tu, yg warne hijau. Psal,"mudah sensitive, jlas kelihatan dr pandangan mata". Ok tu sgt2 btol. Org boleh tau klu Sya marah or xpuas aty dgn tgk mate Sya je huhu

    ReplyDelete
  18. biru lembut dan hitam..ehh mcm mngena tapi x mo ngaku la..ahhahaha :)

    ReplyDelete
  19. saya suka biru, hijau, kuning... macam sama je..haha

    ReplyDelete
  20. saya suka merah jambu ! ^___^

    ReplyDelete
  21. Sy suka biru..sky blue sgt2..hehe..^_^..biru + pink = cantik! pape pun sy suka rainbow..semua sy suka..ngee~~

    ReplyDelete
  22. haa yup betul . 3 orang sy review , memg betul hahaha seronok pulak baca

    ReplyDelete
  23. haha, pink so true! ><

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤