Assalamualaikum...
Hoyah! Rasa serba tak kena pulak hari ni ditambah dengan rasa bosan and tak ada idea nak tulis apa. Tiba-tiba teringat pasal cerpen ni yang belum complete lagi masukkan dalam ni. Actually dah lama gila tau aku tulis cerpen ni tapi sengaja je tak masukkan dalam blog. And last aku update pasal cerpen ni pada 22/9, lama tak lama tak??
***
SOFEA terjaga daripada tidur dan mendapati Amani sedang duduk di atas
kerusi belajar sedang menulis sesuatu. Dia fikir Amani sedang melakukan kerja
sekolah, lalu dia menyambung kembali tidurnya.
Amani yang berada di atas kerusi itu menahan seribu perasaan sewaktu
menulis di atas helaian kertas itu. Kadang kala dia tersenyum. Dan kadang kala
dia tercebik menahan rasa sedih yang berkumpul di dada.
Helaian kertas itu kemudiannya diusap dan diletakkan di dada setelah siap
menulis dan melukis sesuatu di atasnya. Amani menyimpan kertas itu ke dalam
laci dan menyertai kakaknya yang sedang tidur.
“KAKAK, nanti kalau mama balik kakak bagi surat dalam laci meja belajar tu tau.
Kakak jangan bukak surat tu selagi mama tak bukak tau,” ujar Amani sambil
menyarungkan stokin ke kaki.
Sofea memandang ke arah adiknya dengan pandangan aneh. “Kenapa pulak nak
bagi-bagi surat dekat mama ni?” soal Sofea. Sengaja ingin menguji adiknya.
“Tak ada lah.. Kalau adik nak cakap dengan mama, mesti mama tak nak. Jadi,
adik tulislah surat. Kot kot mama nak baca. Lagipun, adik takut tak sempat,”
ujar Amani.
Sofea mengerutkan kening mendengar perkataan terakhir adiknya. ‘Salah
dengar kot aku ni,’ getus hati Sofea.
“Ha, kak. Nak pinjam telefon,” pinta Amani dengan mata yang dibulatkan
tanda mengharap. Sofea agak pelik dengan permintaan adiknya itu kerana selama
ini adiknya tidak pernah pun menelefon atau bermesej dengan sesiapa.
Sofea tetap menunaikan permintaan adiknya. Amani tersenyum lebar dan
menekan sesuatu di kekunci telefon bimbit dan memberikan semula kepada kakaknya
dengan senyuman.
Sofea menekan bahagian mesej dan terdapat mesej yang tertulis ‘Adik rindu
mama. Cepatlah balik.’ Air mata Sofea menitis melihat mesej itu. Kasihan Amani.
SUDAH satu jam lebih Sofea menunggu di luar pagar sekolah. Kelibat Amani
tidak muncul-muncul jua. Kerisauan mula terbit di hati Sofea. Dia memasuki
pagar sekolah rendah itu dan mencari di seluruh bangunan sekolah kelibat
adiknya. Tetapi, malangnya Amani tiada di situ.
Peluh mula merenik di dahi. “Ya Allah. Amani mana Ya Allah,” gumam Sofea
sendirian. Dada mula berdegup memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku
tetapi pantas ditepis fikiran itu.
Sofea berlari ke arah pondok pengawal. “Pak cik. Ada nampak tak adik saya?”
soal Sofea lalu menerangkan ciri-ciri Amani kepada pengawal itu. Pengawal itu
menggeleng-geleng tanda dia tidak melihat pelajar yang disebutkan oleh Sofea
itu.
Sofea segera berlari ke serata tempat mencari adiknya. “Adik.. Kakak dah
cakap kan dengan adik. Kalau kakak belum datang, jangan pergi mana-mana. Degil
lah adik ni,” bebel Sofea lagi. Kerisauan yang semakin menebal itu memberatkan
langkahnya. Akhirnya dia terduduk di tepi jalan. Lemah seluruh anggota badannya
apabila mendapati kehilangan Amani.
SUDAH dua hari kehilangan Amani. Sofea sudah mencari di serata tempat. Dia
juga sudah meminta bantuan jiran tetangga untuk mencari Amani. Ruzita juga
sudah dihubungi. Sebentar lagi Ruzita akan pulang ke tanah air.
Bengkak wajah Sofea menangisi kehilangan Amani. Kemanalah adiknya itu.
Makan kah dia? Lenakah tidurnya? Bagaimana kalau Amani diapa-apakan. Tidak
sanggup dia membayangkan kemungkinan itu.
KETIBAAN Ruzita di rumah segera disambut oleh Sofea. “Mama! Adik mama!”
ujar Sofea. Dia menggoyang-goyangkan tangan Ruzita sekuat hati. “Sabar Fea.
Mama tahu Amani hilang. Kita tunggu polis cari dia. Mama pun risau Fea. Dia pun
anak mama,” ujar Ruzita dengan getaran di suaranya apabila mengungkapkan
perkataan terakhirnya itu. Dia menemui kesedaran apabila berada di tanah suci.
Dia sedar yang tidak sepatutnya dia melakukan perkara-perkara tidak sepatutnya
kepada Amani.
Mesej yang diterima oleh Ruzita dua hari lepas menambahkan kepiluan dan
kerinduan kepada anak bongsunya itu. Kedengaran pintu van ditolak di hadapan
rumah dan kembali ditutup. Terdengar juga deruan enjin van tersebut berlalu
dengan laju.
Ruzita dan Sofea membuka pintu rumah. Hati masing-masing remuk seremuknya
apabila melihat Amani yang terkulai di hadapan pagar rumah. Darah mengalir di
seluruh tubuhnya.
Ruzita segera berlari ke arah Amani. Sofea mengikuti mamanya. “Amani!!
Bangunlah Amani. Mama sayang adik. Janganlah tinggal mama. Bagi lah peluang
dekat mama sayangkan adik macam abah sayangkan adik. Abang! Ita minta maaf
bang,” rintih Ruzita. Bahunya terhinggut-hinggut.
Muka Amani bengkak dengan kesan lebam dan darah. Baju sekolah Amani
terkoyak di sana sini. Rambut Amani berjuntaian kusut itu Ruzita usap lembut.
Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan lagi tika itu.
PENGEBUMIAN Amani dijalankan dengan lancar. Ruzita sudah mendapat tahu
siapa yang membunuh Amani. Amani dibunuh oleh Ah Long yang marah kepada Ruzita
angkara Ruzita gagal membayar hutangnya. Ruzita sudah menerima amaran daripada
Ah Long tersebut tetapi dia tidak mengendahkannya kerana dia fikir Ah Long
tersebut tidak serius.
Polis sudah menangkap suspek dan suspek bakal dikenakan hukuman setimpal.
Walaupun suspek sudah berjaya ditahan, kesedihan Ruzita tidak dapat dihapuskan
begitu sahaja. Dosanya kepada Amani, tidak mungkin dia dapat lupakan.
Ruzita tersandar lesu di atas sofa. Sofea datang menghampiri dan memberi
surat kepada Ruzita. Ruzita mengambil surat itu lemah. Terdapat gambar lukisan
tangan Amani di depan sampul surat itu. Ruzita dan Mahmud berada di tengah dan
Amani berada di sebelah Mahmud, manakala Sofea berada di sebelah Ruzita.
Lukisan itu Ruzita tenung sayu.
Isi daripada sampul surat itu dikeluarkan. Ruzita dan Sofea sama-sama
membaca bait kata yang tertulis di atas kertas itu.
Assalamualaikum....
Mama... Masa mama baca surat ni, mungkin adik tak ada di sisi mama. Mama
jangan sedih. Adik dah maafkan apa saja yang mama buat dekat adik. Adik tak
marah pun mama buat apa-apa dekat adik. Adik tahu, mama sayangkan adik. Sebab
tu mama buat macam tu kan?
Halalkan apa saja yang mama dah bagi dekat adik tau. Terima kasih sebab
lahirkan adik. Terima kasih sebab bagi peluang kat adik untuk nikmati bumi
Allah ni. Adik rindu sangat dekat abah. Hari tu kan, adik mimpi abah panggil
adik. Adik teringin sangat nak jumpa abah.
Haa mama dekat Makkah sana seronok tak?
Mama doakan adik tak supaya berjaya dunia akhirat? Eh, tak malunya muka
Amani ni kan minta orang doakan. Tapi kan mama, orang kata doa ibu ni mustajab.
Jadi, mama doakan adik selalu ya?
Untuk kak Sofea yang cantik dan baik, terima kasih sebab selalu layan adik.
Adik sayang sangat dekat kakak. Kakak doakan untuk adik selalu ya? Stay cute
and kind. :p
MAMA, ADIK RINDU MAMA. KAK SOFEA, ADIK SAYANG KAKAK. ADIK AKAN SENTIASA
MERINDUI KAKAK DAN MAMA. ADIK IKUT ABAH TAU...
Yang menyayangi dan merindui mama dan kakak sepenuh hati,
AMANI.
Pipi Ruzita basah lencun dengan air mata yang
tidak henti-henti mengalir. Adik, mama halalkan apa sahaja yang mama dah beri
pada adik. Mama bersyukur sangat dapat lahirkan anak sebaik adik. Terima kasih
jugak untuk adik yang selama 11 tahun sudi menjadi anak mama. Mama akan
sentiasa doakan kebahagiaan adik di sana. Impian adik untuk jumpa abah, dah
tercapai. Tenanglah adik di sana nak. Maafkan mama juga ya..
Hati Ruzita tidak mampu berkata-kata lagi.
Ruginya dia tidak dapat mencium dan memeluk anak sebaik Amani ketika
kanak-kanak itu masih hidup. Ruginya dia melepaskan segala peluang selama 11
tahun. Ruginya.. Ruginya...
“MAMA RINDU ADIK....” Ruzita mengungkapkan
perkataan itu sebelum rebah. Sofea segera mendapatan mamanya yang pengsan.
TAMAT
***
And aku bukannya rajin sangat menulis cerpen ni. Kadang-kadang kalau semangat tu datang, barulah cepat-cepat tulis. Kalau idak, idak la sampai semangat tu mai balik. Aku tak sehebat mana menulis, berangan lebih and aku rasa lebih kurang sama ja dak cerpen aku? Mungkin lepas ni aku bolehlah buat sedikit kelainan... Sudi-sudilah baca CERPEN SYOK SENDIRI aku ya?? Taklah seberapa pun, dah namanya syok sendiri kan.. hihihi.
Sedihnya cerita ni..pandai adik buat..tahniah dik! =')
ReplyDeleteerk?? terima kasih.. malu pulak rasa. hahahaha. >.<
DeleteMinat menulis ya. Bagus! Teruskan usaha.
ReplyDeleteSalam ziarah.
http://wanariahamiza.blogspot.com/
ya minat menulis tapi tunggu ada mood dan idea. terima kasih singgah. insyaAllah saya singgah sana pulak ya. :)
DeleteTerbaik Niena...best ceritanya
ReplyDeleteterima kasih kak ida. :)
Deletewahhhh, niena tulis ni? bagus, satu hari nanti boleh jadi penulis :)
ReplyDeleteya, saya. insyaAllah, kak ika. amin.. hehehe. ^_^
Deletewah , wahh . teruskan usaha adik . mana tau satu hari boleh jadi penulis terkenal ?
ReplyDeleteinsyaAllah sis. amin.. :)
Deletebelum pernah bca yg first lgi lah.. huhuhu
ReplyDeletejemputlah baca part 1 dan part 2. :)
Deletenice dear (: teruskan hokay!!
ReplyDeletethanks. ya, insyaAllah! :D
DeletePandainya niena tlis cerpen..bolh baca2 waktu santai jugak ni..singgah dan folo2 niena kembali ;)
ReplyDeleteaishh.. tak adanya pandai sis. apa2 pun terima kasih sudi singgah dan follow sini ya! ;)
Deleterajinnya niena tulis cerpen. dah boleh nampak potensi utk jadi penulis novel terkenal ni. btw nice story. smoga berjaya menjadi penulis novel heheh :D
ReplyDeletetak ada lah rajin mana kak mazni.. amboi2 kak, kembang semangkuk saya baca. hahaha. insyaAllah.. :)
DeleteWahhh... berbakat ya Niena ni? (Y)
ReplyDeletealahaiii.. tak adalah berbakat sangat pun. biasa2 saja. hihihi. :D
Deleterajin awak tulis cerpen. teruskan usaha. kenapa tak buat novel je dear? :)
ReplyDeleteehee.. tengah dalam proses menulis novel lah ni kak. akak pun nak jadi penulis rasanya kan?? :) jom2 sama2 menulis.
Deletesedihnyaa cerita ni :'(
ReplyDeleteawak ada bakat dalam menulis. teruskan usaha! jangan sia2kan bakat yg ada :)
terima kasih. ya, insyaAllah. :D
Deletebestnya cerita ni,good job dear! seronok baca ^_^,banyak pengajaran :)
ReplyDeleteterima kasih kak mirza.. :D
DeleteBest la cita ni ^_^
ReplyDeleteAde bakat ne...wahhhh tahniahhh...
ReplyDeletewah dh mula tls cerpen plak ye... syabas niena ^_^
ReplyDeletesedihlah...best cerpen ni...talented
ReplyDelete