Saya Keluar Matrik dan Sambung Tingkatan 6

30/11/18





Assalamualaikum dan hi loves~!


Alhamdulillah, aku baru sahaja selesai menghadapai perjalanan sebagai seorang pelajar Tingkatan Enam selama satu tahun setengah dengan menduduki peperiksaan STPM Penggal 3. Sengaja aku nak tulis entry ini awal awal supaya perasaan itu masih segar dalam jiwa aku. Senang untuk aku ceritakan berdasarkan 'feel' yang masih ada itu. Hehehe... Aku hanya nak cerita pengalaman sahaja dan bukan cara belajar atau tips kerana aku rasa selagi result belum keluar, aku belum layak untuk cerita tentang tips belajar. Yang itu, kita tunggu dulu ya. πŸ˜‰

Jadinya, di sini aku akan ceritakan pengalaman aku masuk matrikulasi sekejap dan aku keluar untuk pilih form 6. Aku tuliskan entry ini adalah untuk kongsi pengalaman aku dan mana tahu dapat beri sedikit info kepada sesiapa sahaja yang nak tahu pengalaman pelajar yang masuk Form 6. Mana-mana yang positif boleh diambil dan yang negatif bolehlah dijadikan tauladan ya. 

PERHATIAN: POST INI AGAK PANJANG

***

Baiklah, aku akan ceritakan secara ringkas tentang macam mana dan mengapa aku keluar dari kolej matrikulasi dan yang lebih-lebihnya adalah untuk cerita tentang pengalaman belajar Form 6...


Selepas dapat keputusan SPM, aku tak dapat tawaran UPU tetapi aku dapat tawaran matrikulasi Program Satu Tahun (PST). Sebenarnya, aku isi borang matrik dulu sebab just in case la sekiranya tak dapat mana-mana tawaran. Aku isi tu memang saja saja sebab aku bukan minat sains pun. Belajar sains tulen masa SPM pun kerana terpaksa aku relakan jahhh... Tengok tengok memang dapat matrik sahaja, jadi kita follow the flow saja lah pada mulanya. Masuk masuk matrik, aku rasa hati aku SANGAT SANGAT berat ya. Makin lama, makin berat, sampailah aku ambil keputusan untuk keluar matrik dan sambung Form 6. Sebenarnya aku duduk sangat sangat sekejap di matrik ya. Seminggu sahaja. Tapi seminggu tu bagi aku macam setahun. Cerita untuk aku duduk di matrik ini hakikatnya memang panjang, tetapi aku tak berniat lah untuk ceritakannya sekarang. Kita nak share pengalaman Form 6 dulu.


Bulan Jun 2017 bermulalah episod cerita aku di Form 6. Aku masuk lambat sikit daripada kawan-kawan lain kerana aku buat rayuan. Bila aku check online, aku tak dapat tawaran Form 6. Ramai yang kata kalau dapat matrik, tak dapat Form 6. Aku tak tahulah sejauh mana kebenarannya, tetapi kalau tengok pada aku dan kawan-kawan yang dapat matrik, memang tak dapat Form 6.


"RUGINYA!"  "KENAPA NAK AMBIL FORM 6?" "KENAPA?! KENAPA?! KENAPA?!"


Ramai yang seolah-olah terkejut bila dengar aku keluar matrik. Keluar matrik pulak bukan sebab nak masuk asasi ke atau apa ke yang kononnya berbaloi kalau keluar pun, tetapi Form 6? Aku dapat banyak sangat kata-kata dan soalan yang macam kesal kenapa sanggup tinggalkan matrik untuk Form 6 dan yang ramainya adalah dari kalangan guru sampai ada seorang cikgu tu kata kalau dapat tawaran lain nanti, pergila dan jangan belajar Form 6. Hehehe... Persoalannya, Form 6 tak berbaloi ke?


Baiklah, secara jujurtulus dan dari hati aku sendiri sebagai seorang bekas (bekas la kan? πŸ˜†) pelajar yang masih hangat lagi dari Form 6 ini, aku boleh katakan AKU SUKA FORM 6. Ini dari 100% pandangan Niena Reen lah ya. Kalau orang lain, aku tak tahu. Sememangnya aku dari dulu memang suka nak masuk Form 6. Memang betul Form 6 tempoh belajarnya lama sedikit berbanding matrik iaitu setahun setengah banding setahun untuk matrik dan kalau masuk universiti pun agak lambat juga. Apa yang membuatkan aku tetap ambil Form 6 adalah kerana aku beranggapan bahawa lebih baik aku belajar benda yang aku suka (aliran kemanusiaan/ sains sosial) walaupun lama sikit daripada belajar benda yang sekejap tapi aku tak suka dan tertekan. Gitewww...



PERKARA YANG AKU SUKA DI FORM 6:


1. Cikgu Form 6 Cool dan Sporting

Kalau di sekolah aku, memang aku boleh katakan SEMUA cikgu Form 6 sangat cool dan sporting. Tak pernah marah-marah tak tentu hala, tak pernah cakap bukan bukan, tak pernah over dan macam-macam lagi lah. Aku rasa faktor terbesar mereka semua cool dan sporting adalah sebab mereka dah agak berusia dan majoriti lelaki. Jadi aku rasa, mereka pun dah mula cool down, darah pun dah 'sejuk', mood pun jarang swing macam perempuan. Kan? Aku nak tergelak pula rasanya.. Hahaha... πŸ˜‚πŸ˜‚ Tapi aku dengar dulu waktu mereka muda muda, garang sangat. Pegang rotan sokmo dan ada yang mengamuk sampai baling kerusi ya! Jangan main-main... Cuma mungkin semakin lama mereka dah semakin berusia, mereka pun dah tak rasa nak marah-marah sangat kan. 


Cikgu-cikgu Form 6 di sekolah aku bukanlah sejenis yang suka paksa itu ini. Aku yakin ramai juga cikgu-cikgu yang begini di sekolah-sekolah lain pun. Cumanya, kita sebagai pelajar kalau cikgu tu baik, cool dan tak suka marah-marah bukanlah tiket untuk kita ambil kesempatan ya. Kita tak mahu buat latihan, kita main phone waktu mereka mengajar atau apa sahaja yang tak patut kita buat. Aku rasa cikgu-cikgu ni semua cool dan tak suka memaksa kerana mereka tahu yang kita ni dah boleh berfikir dah apa yang sepatutnya kita lakukan untuk masa depan kita sendiri sebab kita bukan macam budak-budak lagi yang nak kena marah, nak kena pukul untuk diperingatkan. Tetapi bukanlah bermakna mereka tak kisah, cuma kita la yang kena corak diri kita sendiri. Aku juga yakin cikgu-cikgu aku ni ada ja makan hati dengan kami tapi tak luahkan saja. Ampunnn cikgu...😝


2. Belajar Subjek yang Kita Suka

Keduanya, di Form 6, aku ambil subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Seni Visual. Semuanya boleh masuk la dengan jiwa aku kan sebab boleh gagah la dengan huruf huruf dan tak suka nombor. Hehehe... Kalau setakat pengiraan-pengiraan asas dalam Pengajian Am tu, itu aku boleh cope lagi, asalkan jangan macam pengiraan Add Math!πŸ˜†


Suka untuk aku ingatkan, kalau boleh tolonglah pilih pakej yang paling rasa boleh bawak. Fikir betul-betul apa yang kita boleh buat dan suka, bukannya main 'tak apalah, ambil sajalah'. Kalau dulu waktu SPM, aku hanya 'follow the flow', kali ni tidak lagi. Aku memang nak ambil aliran kemanusiaan. Dari segi tahap kesukarannya, aku rasa tak adalah susah sampai tak boleh handle. Aku rasa subjek sains tulen SPM lagi susah. Serius aku cakap ya, tak main-main! πŸ˜… Satu lagi, mungkin juga aliran Sains STPM lebih sukar daripada aliran kemanusiaan. Aku tak tahu la untuk aliran Sains STPM, tapi untuk aliran kemanusiaan aku rasa kalau kita jenis suka baca baca dan tak berapa kira mengira ni, memang elok ler..


3. Belanja Tak Banyak

Untuk aku, belanja untuk persekolah aku memang sangat sangat la menjimatkan. Apa saja yang kita perlu untuk bantu pembelajaran aku, aku tentukan sendiri. Tak ada sesiapa yang akan paksa beli buku latihan ke, buku teks ke atau apa sahaja. Boleh guna apa-apa sahaja medium yang boleh bantu kita belajar. Hatta nota dalam internet pun boleh ja guna. Tapi kalau untuk aku, aku lebih selesa beli buku lah kan kerana lebih lengkap kan? Aku pun duduk dengan family, jadi perbelanjaan tu tak berapa banyak lah. Lagi satu Form 6 dah tak pakai uniform sekolah, boleh pakai pakaian formal. Jadi, tak perlu beli baju baru. Pakai saja apa yang ada janji sopan...


4. Pengalaman Baru

Alhamdulillah, aku dapat juga beberapa pengalaman baru yang aku tak buat kalau di sekolah lama dulu. Di sekolah aku ni memang sangat sikit pelajar Form 6 nya.. Jadi peluang untuk kita cuba benda benda baru tu lebih terbuka la kalau nak banding dengan sekolah yang ada ratusan atau ribuan orang pelajar kan. Peluang pun tipis untuk kita kedepan kan? Belajar jadi pengacara majlis, belajar kerjasama, jadi pengawas yang tak rupa pengawas sangat 😁 dan macam-macam lagi lah. Cuba la jadi pelajar Form 6, mesti faham! Tapi kadang-kadang sakit hati juga kan sebab ada ja yang mengata mencemuh kita, tapi kalau apa-apa nak minta tolong kita juga. πŸ˜… Di situ ada sedikit la yang tak bestnya. Nak beritahu sedikit, Form 6 di sekolah aku ni banyak kontroversi tau maklumla kami tak ramai, jadi sentiasa jadi perhatian. Kontroversi apa? Jeng jeng jeng.. Itu ja sedikit yang tak selesa lah. Tapi bagi aku, tak ada lah sampai menjejaskan pembelajaran aku pun.. Itu pun satu pengalaman baru juga kan? 


***

Jadi, itulah serba sedikit yang aku boleh kongsikan berdasarkan pengalaman aku. Mungkin berbeza banyak daripada pengalaman Form 6 orang lain dan mungkin juga berbeza sedikit saja. Tapi yang pasti semua yang aku cerita ni lebih kepada apa yang aku lalui sendiri. Aku tak pernah menyesal belajar Form 6. Sebaliknya sangat bersyukur kerana dapat belajar Form 6 sampai habis. Bagi aku, nak stay Form 6 ni pun kena kental juga sebenarnya. Dalam seronok belajar, kena tahan juga rasa marah, rasa sedih, rasa rendah diri dan macam-macam lagi rasa yang negatif dari persekitaran kita. Tapi itu semua jangan kita jadikan sesuatu yang memberi kesan pada pembelajaran kita. Berkawan elok-elok, jaga diri elok-elok, InsyaAllah semuanya akan okay sahaja. Kalau rasa marah, luah pada orang yang betul dan jangan bergaduh dan bermasam muka. Kalau kawan-kawan aku di sini, mungkin fahamlah kenapa kan..


Kesimpulannya, kalau sesiapa yang minat Form 6 tu jangan ragu-ragu untuk masuk Form 6 ya kerana Form 6 akan beri banyak pengalaman baru untuk kita! Kalau nanti tak dapat tawaran Form 6, cepat-cepat buat rayuan online kalau betul-betul nak masuk.


Jadi sesiapa yang ada persoalan, pandangan atau pengalaman yang sudi dikongsikan bersama aku, silalah berbuat demikian di bahagian komen di bawah ya! 😍

2 comments:

  1. Hi.
    Actually memang itu lah pandangan semua orang. Asal Matrik, Asasi tu hebat, asal Diploma, STPM tu semua kurang hebat. Padahal kehebatan tu cuma 10% je, mostly yang masuk berdasarkan target dan pilihan apa yang dorang nak. Kalau tanya yang sambung Asasi, Matrik kebanyakannya pun bukan jawab dorang mohon sebab dorang hebat, tapi sebab dorang ada matlamat lain yang mendorong dorang masuk situ. Sama juga dengan yang diploma dan stpm, mohon sebab minat kebanyakannya.. kes yang terpaksa masuk mana mana aliran tu kes terpencil je...

    Cuma tu lah, stigma masyarakat kita.. penat juga kalau dilayan.. student yang belajar dok relaks, tak ada pun nak judge judge, orang luar pula gelabah nak kelaskan kita dalam kelompok mana ...

    Hahaha. Apa pun, goodluck for your future life.

    ReplyDelete
  2. saya dulu masa sekolah ingat senior2 yang form 6 ni mmg x dpt univ, tapi rupanya bila dah besar saya tau yg ada org mmg memilih form 6 sebab dia lebih diiktiraf, sijilnya lebih dipandang. Btw bagus pilihan tu, jgn pilih or buat something yg kita tak minat, ye dakk??

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤