Assalamualaikum...
Oh, aku sangat penat sekarang semasa menaip ini tapi aku nak menulis untuk tenangkan hati aku. Haa, sebelum tu ini bukan macam video 'tolonglah faham saya cinta dia dalam masa 3 minit' tu. Kekeke. Ini benda lain.
Tentang mereka juga yang aku nak ceritakan. Mereka yang selalu dan yang suka memaksa aku untuk jadi macam yang sekarang ni. Suka hentam-hentam aku. Suka cakap segala perkataan yang tak disenangi oleh telinga yang mendengar. Suka ungkapkan kata-kata yang berupa doa untuk aku. Ya, mungkin mereka tak sedar. Tapi....... :'(
Mereka ingat aku nak sangat ke jadi macam sekarang ni. Tahu kenapa aku jadi begini? Sebab diri mereka sendirilah. Ya, mereka tak sedar bahawa diri mereka sendiri yang mendorong aku jadi macam ni. Kenapa suka mendesak supaya aku jadi macam ni?
Mungkin jugak aku ada jawapan untuk itu. Mereka tak cuba untuk faham aku. Bila aku sedih, mereka tak cuba faham. Bila aku marah, mereka tak cuba faham. Bila aku moody, mereka tak cuba faham. Sekalipun tak pernah. Yang mereka tahu, HENTAM, HENTAM DAN HENTAM.
Terlalu sedih. Terlalu terasa. Yang mereka tahu hanya hati mereka, hanya kepuasan mereka. Tahu, mereka punya kuasa. Mereka punya darjat. Ya, aku tahu dan aku faham. Tak perlu ingatkan juga aku tak akan pernah lupa aku siapa mereka siapa. Tapi tidak bermaksud yang mereka boleh lakukan aku sesuka hati kan?
Tak pernah sekali mereka terfikir apa salah yang mereka lakukan sampai aku jadi macam ni. Yang mereka tahu aku sahaja puncanya. Aku sahaja yang tiba-tiba jadi macam ni. Mereka langsung tak salah apa. Ya, aku mengaku aku pun ada salahnya. Tapi sedar tak mereka, mereka pun bersalah juga?
Aku tak suka rasa kecewa dengan mereka dan aku tak suka menangis sebab mereka dan juga aku tak suka marah pada mereka. Tapi sedar tak kenapa? Tak pernah sedar kan? Aku sayang mereka. Terlalu sayang. Kalau boleh aku tak mahu berpisah dengan mereka. Tapi bila tiba dekat aku, pernah mereka rasa apa yang aku rasa? Aku terlalu lalu lalu curious mereka sayang aku jugak tak? Kalau ya kenapa tak macam ya. Kenapa selau tunjukkan bahawa mereka tidak?
Untuk mereka, janganlah buat aku begini. Sekali sekala cubalah fikir kenapa punca aku jadi macam ni. Cuba fikir perkataan apa yang selalu diucapkan untuk aku. Cuba fikir layanan yang bagaimana yang diberikan untuk aku.
Aku tak suka jadi jahat pada pandangan mereka mahupun pada pandangan sesiapa. Aku sedar aku siapa dan janganlah cakap macam aku ni tak sedar diri langsung. Aku sedar. Tak akan pernah aku lupa. Sekalipun, TAK AKAN PERNAH sampai aku mati. Dalam hati selalu berharap mereka maafkan aku. Ya, aku salah. Aku tahu. Tapi tolong jangan hentam aku lagi. Bila aku salah, tolong jangan ungkap perkataan-perkataan yang menunjukkan aku terlalu jahat dan yang membuatkan aku memang jadi jahat. Tolong ingat, KATA-KATA ITU DOA.
Sudahlah, kesian sesiapa yang terbaca entry ni. Maaf ya, aku terlalu sedih dengan mereka. Sedih kuasa 100. Hehe. Jom tidur. Aku penat sangat ni sebenarnya. Dah pukul 2. Selamat malam sayangs... :')
Mari terjah entry terbaru:
kesabaran adalah sejenis kegagahan manusia :)
ReplyDeleteYa, sabar. InsyaAllah saya cuba untuk bersabar sedaya upaya. :)
Deletestay strong sis :)
ReplyDeleteInsyaAllah, terima kasih! :D
Deletesabar ye.. sje je tu Dia nak uji.. nak tgok mcm mana kita hadapi dengan segala situasi . Rileks ye..tenangkan hati tenangkan fikiran ..yakinlah Allah itu ada..=)
ReplyDeleteYa, saya cuba, insyaAllah. Betul, Dia nak uji saya untuk gantikan dengan sesuatu yang lain hari ni yang membuatkan saya tersenyum. Ya, Allah tak akan pernah biarkan hambaNya terus menangis! Alhamdulillah... :)
DeleteJadi macam mana tu niena.. hope ok2 je ye.
ReplyDeleteJadi macam diri saya sekarang yang tak berapa nak baik mungkin? Hehe, apa2pun terima kasih kak atien! :D
Deletetake ur time.....Thinks about urseft..:D
ReplyDeleteInsyaAllah, bro. Terima kasih ya! :)
Deletesbar yee
ReplyDeleteInsyaAllah, amin... :)
Deletebe strong. pernah rasa macam ni jugak. actually. cuma kita je yg paham diri kita. susah nak jumpa org yang paham. nak jumpa yg cuba utk paham pun susah.
ReplyDeleteand cari ketenangan diri sendiri tu jalannya.
just like what you did. blogging to release.
peace.
Ya, insyaAllah kak nurul. Betul tu kak, kita sahaja yang faham diri kita. Susah nak jumpa orang yang faham dan yang cuba untuk faham. Ya akak, saya cuba cari ketenangan diri sendiri melalui blog dan mengadu padaNya. Alhamdulillah, hari ni Allah kurangkan rasa sedih saya! :)
DeleteMust be tough, im feeling sorry for you. I just read an entry about Patience just now, the bigger our patience, the more Allah reward us InshaaAllah. May Allah ease your problem ^^
ReplyDeleteYes, the key is patience to fight with these feelings. Just believe in Allah. InsyaAllah, He will help us. Btw, thank you brother! :)
Deletealalaa,nape ni niena...pape masalah bawak berbincang okay:)
ReplyDeletetake care syg ^_^
Tak apa2lah kak mirza.. Terasa sikit saja. Hehe.. InsyaAllah kak, terima kasih.. :)
Deletenape ne niena....sabar ye..kuatkan semangat tu..
ReplyDeleteTak apa2 cik.. InsyaAllah, terima kasih ya cik! :D
Deleteastaghfirullahal'azim :(
ReplyDeletewhat happen babe...........
</3
ni mcm qila punya situasi dulu...................... :(((
Babe, no matter what. Dont let them bring u down.
ReplyDeletePls don't. :) Just persetan kan okay?
No lah, doa u lg penting ok.
Doa org yg dianiaya, remember? hehe.
<3
Ya kak. InsyaAllah.. Betul, hanya berharap pada Allah.. :) Thanks kak qila. Love you~
DeleteLove u more babe <3 hihi.
DeleteEh nak nombor!! QIla kan dah beli phone ni hahahahah
Eyh? Untung lerr orang tu dapat beli phone guna duit sendiri. Syok syok syok! Hihi,, nanti kita tukar2 number! XD
DeleteNiena,klu mmg slh Niena its ok tp law sllu di wt cm 2 jgn diam saja t mkin galak dowg lyn Niena cm 2...luahkn pa yg Niena rsa.jgn t'lalu dipndam t diri sndri jg yg rsa skt aty :)
ReplyDeleteMereka tak akan rasa diri betul kak.. Jadi, nak buat macam mana lagi. Biarkan sahaja lah. Mungkin satu hari nanti mereka boleh sedar sendiri. :)
Deletepernah jugak dulu dalam situasi mcm ni. tapi takda pilihan lain selain bersabar :)
ReplyDeleteItulah. Kena bersabar saja. Tapi saya ada la jugak mengamuk sikit bila dah dibuat macam gitu. But sekarang okey lah kot. :)
Deleteniena pown sedih?? :( :(
ReplyDeleteKita tak boleh nak lari daripada perasaan sedih kak.. :')
DeleteInsyaAllah, terima kasih! :D
ReplyDeletemungkin ALLAH sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kamu..sabar dan sentiasa bersangka baik
ReplyDeleteLuangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini
Benar. Saya betul2 percaya Allah telah merancang sesuatu untuk saya. :)
Deletepernah berada dlm situasi ni . pada saat ini . memg perit lg2 usia remaja membesar mcm ni , lg byak dugaan tau :) apapun , tabah kan diri :)
ReplyDeleteBetul, sangat perit. Ya, setiap orang pasti tak terlepas dari dugaan. InsyaAllah sis.. :)
Deletesalam jumaat dr wak yee.,ehHHee
ReplyDeleteSalam sayyidul ayyam! :)
Deleteambil masa untuk tenangkan fikiran,,,,dekat dunia ni,,,kita takkan sesekali alone,,,disaat kita rasa kita hanya seorang,,jangan lupa yang maha kuasa,,sentiasa bersama kita :) insyaallah,,,be strong ya,,,stay cool,,all is well
ReplyDeleteYa, betul tu. Allah sentiasa bersama kita. InsyaAllah.. :) Terima kasih bro..
Deleteambik mase tenangkan ati.....k
ReplyDeleteYa akak, insyaAllah... :)
Deletewalau sesiapa pon mereka itu , maybe one sweet day niena akan faham kenapa dan mengapa.. kak rasa mcm pernah mengalami situasi ini masa umur baya2 adik.. walaupon tak sure mereka yang adik maksud kan itu sama dengan yang kak maksud kan ini.. tapi bila dah berumur mcm sekrang hati pon tak membara well i accept all the action .. ^_^ banyak kan solat , banyak kan berdoa .. insya Allah hati akan sentiasa tenang .. ^_^
ReplyDeleteSaya dah terlalu tak tahan kak.. Tapi sekarang sudah semakin baik.. Moga2 tidak berulang dan moga saya tak cepat terasa.. :)
Deletei can understand ur feeling dik. huhu. be strong. (:
ReplyDeleteHehe. Thanks kak ren. :)
DeleteBersabar dan berdoa banyak2... muhasabah diri ya sayang..
ReplyDeleteYa kak ida, insyaAllah... Terima kasih banyak2 ya kak ida.. :D
Deletesabo je lha dik.kita tk boleh nk puaskan hati semua org.
ReplyDeletejust be yourself.as long u're happy :)
Itulah kan kak.. Tak boleh nak puaskan hati orang. Yes, just be ourselves and be happy! :)
Deleteadakalanya mama juga kena seperti ini, apa yang mama buat mama berdoa dan serahkan semuanya pada Allah. berdoa banyak2, dan sabar.. pasti jiwa kita tenang... sabar sayang ek...
ReplyDeleteBetul tu mama.. Kita hanya boleh bergantung harap dan mengadu pada Allah. Betul mama, jiwa tenang bila bersama Allah.. InsyaAllah saya sabar.. Terima kasih mama.. :)
Deletesabar ye niena. akak pun pernah kena hentam mcm tu jugak. kita ni manusia biasa, mmng kadang2 selalu buat silap. hmm sedih pulak baca entry niena ni. nampak mcm kena teruk sangat je..
ReplyDeleteInsyaAllah, kak mazni.. Betul tu kak, kita selalu buat kesilapan. Mereka pon buat kesilapan tapi mereka tak nampak. Tak apalah, moga mereka sedar nanti.. :) Hehe, teruk jugak la agaknya tapi sekarang saya dah semakin okey! Alhamdulillah. Moga tak berulang lagi.. :)
Deleteniena sayang.. kadang2 akak rasa kita punyai masalah yang sama -.- hurm hanya yang mengalami je paham.
ReplyDeleteSaya pon fikir macam gitu jugak lah kak.. Haih, nak buat macam mana lagi lah kan..
DeleteSabarlah yee.. Sometimes He's just showing us who should stay in our life and who should just leave.. Remember, not everyone deserves your attention and care.. Sabar dan berdoalah minta ketenangan drpd Dia :))
ReplyDeleteYa sis.. Kita hanya mampu bersabar. Ya, hanya bergantung padaNya.. :)
DeleteNiena kenapa nie ? Takpe2 .. Jangan sedih eh niena . Kita perlu fikir yg kita ada allah je . Manusia memang takkan pernah puas . Jadi apa pun jadi , sabar dan ingat allah selalu tau :D
ReplyDeleteTerasa sikit ja fiqa.. hehe.. Itulah, sekarang dah semakin baik. Betul tu, hanya mengingati Allah hati menjadi tenang.. InsyaAllah.. :)
Delete