Kalau Allah Tak Uji, Mungkin.....

29/9/13




Assalamualaikum and hai!


Alhamdulillah, aku boleh je hidup hari ni macam biasa. Tak mati pun walaupun diuji. Meski diuji, aku tahu ada hikmah tersendiri. Allah tak uji hambaNya tanpa sebab. Cuba ambil masa sekejap untuk fikir, apa hikmah yang kita dapat bila kita diuji. :)


Contohnya untuk tahun ni, aku diuji dengan result periksa awal tahun yang merudum daripada tahun lepas. Daripada 6A aku dapat 3A SAHAJA. Aku rasa aku belajar sungguh-sungguh tapi aku diuji dengan dapat markah sedap-sedap saja. Tapi tanpa aku sangka, aku terpilih jadi pelajar yang tergolong dalam Hari Anugerah Cemerlang! Dapat nombor 1. Ada yang dapat banyak A daripada aku tapi kenapa aku dapat nombor 1? Sebab markah PBS aku yang baik. Nampak tak di situ? Jadi, bersangka baiklah dengan Allah. Dia tak makbulkan doa aku untuk dapat banyak A untuk periksa tu, tapi dia merancang yang lebih baik untuk aku. Dan hikmahnya di sebalik tu aku rasa, aku kena lebih banyak usaha dan berdoa kepada Allah. :)


Okey contoh kedua pula, jika Allah ambil orang yang kita sayang. Tak kisah siapa pun. Sahabat, kawan baik, abang angkat, pakwes and makwes kita. Tapi aku cerita di sini yang dekat dengan remaja is pakwes and makwes or crush. Okey? Contohnya Allah jauhkan kita daripada dia ataupun ambil dia daripada kita... Mesti rasa sakit right? Tapi mungkin di sebalik tu, Allah nak habaq yang kita tak perlu mengejar yang kita suka/sayang kerana ada ramai lagi yang menyayangi kita tapi kita tak hargai mereka yang sayang kita tu. Maka, Allah juga nak dengar hambaNya ni mengadu pada Dia. Percayalah, hanya ingat kepada Allah, hati menjadi tenang. :D


Kalau Allah tak uji, mungkin aku jauh dariNya...

Kalau Allah tak uji, mungkin aku tak kenal siapa yang menyayangiku....

Kalau Allah tak uji, mungkin aku tak tahu siapa yang benar-benar ada bila aku jatuh...

Kalau Allah tak uji, mungkin aku tak akan berusaha untuk menjadi lebih baik..

Kalau Allah tak uji, mungkin aku tak bergantung harap hanya kepada Yang Kuasa...


Kita sebagai hamba Allah, selalulah fikir bahawa akan sentiasa ada hikmah apabila diuji. Mungkin memang sakit dan kecewa, tapi bila kita sedar akan hikmahnya, kita akan kembali tersenyum. Percayalah.. :) La Tahzan.. 










Terasa lapang seketika sewaktu tulis entry ni. Entry memujuk hati sendiri agar mengerti hikmah tersendiri. First time rasa selesa dengan entry sendiri. Hohoho over la Nina. Sebenaqnya bukan ada apa pun, hanya persiapkan diri jika Allah beri ujian. :)


Amalan Doa Nabi Daud

28/9/13




Nak cinta kepada siapa? Jawapannya, bacalah doa ini. :)


“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.”


p/s: Cinta yang utama sebelum cintai yang lain. Moga bermanfaat!

Berniaga Tepi Jalan?

26/9/13


Source: Google


Assalamualaikum and hola sayangs!


Yey, 4 hari happy berturut-turut, berlipat-ganda, bersuka-ria, bergelak-tawa!! Yey yey!! Pulon la aku. Kang sedih 4 hari berturut-turut lak kang baru padan ngan muka. hikk. -.- Pasai apa yang nampak happy ke main ni? Tak ada apa aihh.. Rahsia donk. K, tak penting. Nak cerita pasal berniaga tepi jalan lagi bagus. Jom cerita sama-sama. :)


Sebenarnya bukanlah takat berniaga tepi jalan saja. Malah semua yang dipanggil berniaga juga. Tapi selalunya orang akan tengok yang tepi jalan ni. Apa yang terdetik di fikiran bila pandang orang berniaga tepi jalan? 'Dia miskin, sebab tu dia berniaga' atau 'dia ni untung lebih ni berniaga tepi jalan cenggini'? Yang mana satu yang selalu anda anggap kepada orang yang berniaga tepi jalan?


Ewah, aku rasa macam orang tua-tua lak nak cerita pasal berniaga ni. Tapi pengetahuan bukannya untuk dikongsi oleh orang-orang dewasa saja kan? Budak patbelas tahun macam aku also can kan? Cakap banyak lak, bila nak cerita ni??? Okey lah okey!!


Sebenarnya berniaga ni sangat menguntungkan. Especially berniaga makanan di tepi jalan dan pasaq malam. Woo untung lebih woii. Serious habaq sama hampa orang yang berniaga ni sebulan gaji boleh je lebih daripada penolong kanan sekolah menengah. Cenna hang tau ni budak kecik? Aku tau la, ada experience. :)


Cikgu aku sendiri cakap kat kami 'saya ni kalau tak dak anak kecik, memang saya nak cari tempat satu nak berniaga. orang berniaga ni lebih kaya daripada kita sebenarnya,'. Sokong tu cikgu! Dan tadi mak aku cerita, ada kawan mak aku kata 'kami ni nampak ja lawa-lawa nak pergi office. pakai kasut tumit tinggi. tapi kalau terpelecok tumit patah, nak ganti tumit pun kami tak dak duit.' Nampak tak?


Selekeh duk kat tepi jalan atas raga buah, bukan bermakna dia miskin. Dia lawa, pakai perfume Versace 300 hengget pun belum tentu dia dapat beli perfume tu sebulan sekali. :) Berniaga tu sunnah nabi? 9/10 pintu rezeki adalah daripada berniaga. Dan ada quote 'berniagalah kamu sekalipun kamu telah kaya'. Nampak tak betapa bagusnya berniaga ni?


And abang aku kata pulak kalau kerja berniaga sendiri ni 'hang bos, hang kuli.' Jadi, suka hati merah kita nak buat apa. Jadi, moh le kite niage. And moh le kite buang semua rasa pandangan rendah kat makcik jual laksa tepi jalan nuh. 


Haa, satu lagi! Khas untuk yang berniaga, berniaga tu sambil cari berkah lah ya. Buat elok-elok apa yang kita nak jual tu, especially makanan. Jangan nak biar sambil lewa kotoq makanan ka apa. And jangan nak hantar guna-guna mak esah kat orang yang untung lebih sikit daripada kita. Rezeki masing-masing. Mungkin hari ni dia, esok lusa kita pula. Sama-sama lah cari rezeki. Allah tu maha adil, maka tak perlulah kita nak dengki dengan orang lain. Apa yang kotoq sangat hati dengan orang lain tak tau? Tolonglah mind set kan diri, aku berniaga untuk mencari rezeki halal yang berkat untuk diri dan keluarga aku. Barulah bagus. Bukannya guna jin gigi taring. :)



Clown. Lucu Atau Menakutkan?

23/9/13


tengok bang charlie. comel takk??


Assalamualaikum..


Alhamdulillah asma aku dah semakin baik. Dah boleh ke sekolah. :) Doakan agar aku sembuh sepenuhnya ya? Okey, tiba-tiba aja aku teringat pasal clown. Clown is badut. Badut is clown. And aku rasa nama 'badut' adalah sangat hudohh. Hehehe suka hati ja nak condemn. Ingat haku siapa? Buuuu la NR.


Aku ada takut pada badut atau dalam bahasa saintifiknya takut pada badut ialah coulrophobia. Pelik? Or tak pelik? Yang aku tahu dulu masa kecik memang aku akan bergayut kat parents aku dan menangis sampai bengkak muka bila ternampak badut. Aku memang expert bab mengesan badut bila di shopping complex. Bila nampak belon badut budak-budak pegang, aku dah rasa ketaq lutut. Okey, tu dulu lah.


Aku tak tahu lah kalau aku masih rasa takut pada badut atau tidak sekarang ni. Sebab aku rasa badut dah semakin pupus di shopping complex. Tapi rasanya aku masih ngeri dengan badut. Dengan muka dia kan. Aku tahu dia orang, tapi yeah.. Tetap menakutkan.


Hampa rasa badut ni lucu or menakutkan? Bagi aku, sangat lah menakutkan. Kalau hantu dengan badut tu aku rasa dah sama taraf dah. Macam mana orang boleh kata clown ni pak lawak? Tak lawak pun aku tengok. Dan yang menambahkan lagi rasa takut aku pada clown ialah sebab aku pernah mimpi yang clown ni pernah tanam ayah aku dalam tanah. Dah la takut mimpi bukan-bukan pulak, memang no wonder lah kenn?


Jom layan gambar si menakutkan atau si lucu di bawah...


comel tak weolls?










Comel ke? Or menakutkan? Tett.. Saya pilih jawapan nombor 2! -.- Buat la senyuman lebaq tara mana pun kat depan aku si clown ni, lagi aku nak menyorok bawah tangga. 

Dulu abang-abang aku selalu kacau aku. 'Wei nina, clown clown! Aiyokk!! Tudia.. Pucat teroih muka hang,'. Aiiyoo brothers, rasa nak terajang ja perut dorang bila dorang usik aku. Tapi betul ke muka aku pucat? Kadang-kadang aku buat selamba badak je padahal dalam hati uihh jangan la badut nampak aku. Even aku buat muka tak ada apa, abang-abang aku tau yang aku takut. Saja depa ni. :(


Okeylah, siapa yang juga takut pada clown? Ataupun anak-anak ibu? Ataupun sesiapa sahaja? Meh meh habaq kat sini. :D


Cerpen: Rindu Mama #2

22/9/13




Assalamualaikum..


Aku tak pergi sekolah hari ni. Bukan saja-saja tau. Aku diserang asma. Sakit woo. Lama dah tak kena, sekali mai naya ja terbaring atas lantai. Seriously rasa baring atas katil macam tak sedap and tak kena lepastu rasa makin susah nak nafas. Bila dok atas lantai okey sikit. Aku sendiri yang dengar nafas aku yang berbunyi ni pun rasa ngeri. Macam hantu ja bunyi. Hohohok. Sekarang dah okey sikit dan nak letak sambungan cerpen di sini... :)


***


Sofea melangkah masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa bersebelahan dengan Ruzita. Ruzita menoleh ke arah Sofea dan memberikan senyuman lembut kepada anak gadisnya itu. Alangkah bahagianya jika begitu juga layanan yang diberikannya kepada Amani.

“Fea, macam mana budak tu boleh pergi lawatan? Fea bagi duit pada dia ya?” soal Ruzita.
Sofea mengangkat kening dan menggeleng laju. “Tak ma. Fea tak bagi duit pun pada dia. Fea mana ada duit,” bangkang Sofea pantas.

Ruzita mencebikkan bibir. “Kalau mama dapat tahu yang Fea bagi duit pada budak tu, siap Fea. Mama akan hukum Fea,” ugut Ruzita.

“Betul mama. Fea tak bagi duit pun pada adik. Dia pakai duit dia sendiri. Duit yang dah lama dia simpan,” bela Sofea walaupun kegugupannya dapat dikesan oleh Ruzita.

Ruzita mengerutkan keningnya. “Yang Fea gugup sangat tu kenapa? Menipu mama ya?” soal Ruzita penuh curiga.

Sofea menggeleng laju. Ruzita sudah tidak mengendahkan Sofea lagi. Dia percaya kepada kata-kata anak kesayangannya itu.

“Oh ya Fea. Mama ada benda nak cakap dengan Fea ni. Beberapa hari lagi, mama akan bertolak ke Makkah untuk tunaikan haji. Jadi, Fea dekat sini jaga diri elok-elok. Mama akan bagi duit untuk Fea,” ujar Ruzita.

Sofea hanya mengangguk kecil. Dia tiada masalah pun jika mamanya pergi ke Makkah. Dia boleh berdikari.


Keesokan harinya, Sofea awal-awal lagi sudah berdiri di depan pintu pagar sekolah Amani untuk menunggu kepulangan adiknya.

Beberapa minit menunggu, kelihatan bas yang ditumpangi oleh pelajar-pelajar yang mengikuti lawatan ke Taiping jelas kelihatan. Bas berhenti betul-betul di hadapan pagar sekolah.

Para pelajar menurui tangga bas satu-per satu. Sofea tidak sabar untuk melihat wajah adiknya untuk muncul di atas tangga. Beberapa saat kemudian, muncullah wajah yang amat disayanginya.

Amani yang terlihat kakaknya segera berlari mendapatkan Sofea. Sofea mencium ubun-ubun Amani lembut. Kepala adiknya diusap kasih. “Rindu adik akak. Seronok pergi sana?” soal Sofea. Amani segera mengangguk. “Kalau kakak dengan mama ada sekali, lagi best,” ujar Amani. Jelas ikhlas terpancar di wajahnya ketika mengungkapkan kata-kata itu. Bergetar hati Sofea mendengarnya. Kasihan Amani.



SETIBANYA di rumah, wajah Ruzita yang masam sudah memandang Amani dengan pandangan geram. “Woi budak sial, kau ni memang kurang ajar kan? Berani kan kau mintak duit dekat anak aku? Kau ingat kau anak kesayangan Mahmud, kau boleh buat sesuka hati kau ke? Sekarang ni, Mahmud dah tak ada. Kau jangan ingat ada sesiapa lagi yang akan bela kau!” tengking Ruzita penuh kebencian.

Amani yang baru sahaja berfikir untuk mendekati mamanya kerana kerinduan yang mencengkam jiwa, tergamam apabila melihat amukan Ruzita. Ruzita berlalu ke dalam bilik dan kembali semula bersama rotan panjang yang berada di tangannya.

Ruzita mendekati Amani dan rotannya mula dilibas. Terdengar jeritan kuat dan diikuti dengan tangisan rayuan. “Mama... Jangan lah pukul kakak. Dia tak salah. Pukul lah Amani. Amani yang mintak duit dekat dia,” rayu Amani dengan air mata yang berjuraian. Dia memeluk erat kaki Ruzita.

“Jangan pukul adik mama. Teruskan pukul Fea. Fea yang bagi kat adik duit tu. Adik tak mintak pun,” pinta Sofea. Ruzita semakin bengang apabila mendengar rayuan kedua-dua anaknya itu.

“Fea, kenapa Fea tipu mama? Selama ni mama percaya dekat Fea, tapi Fea tipu mama? Tadi mama tengok tabung Fea, duit yang mama bagi hari tu dah tak ada. Mama tahu Fea bagi dekat budak ni kan?

“Kau ni kan budak, memang dasar budak tak guna kan? Ambil kesempatan atas kasih sayang orang lain. Kau tahu tak masa kau wujud, aku ni, aku ni langsung Mahmud tak ambil kisah. Asyik fikirkan kau aje. Sekolah kau, makan kau, keperluan kau, yang penting segalanya pasal kau Mahmud fikir sehabis-habisnya. Aku mengaku yang aku cemburu dengan kasih sayang yang diberikan oleh Mahmud pada kau. Aku ni siapa di mata dia? Orang gaji ke?” marah Ruzita kemudian dia melepaskan amarahnya dengan melibas rotan ke badan Amani. Pukulan yang tiada henti dan lebih memeritkan berbanding pukulan ke atas Sofea.....


“Adik... Maafkan kakak ya? Kakak tak berniat pun nak bagi adik kena pukul. Kesian adik kakak ni. Abah... Maafkan Fea. Fea tak berniat nak bagi mama marah adik. Kenapa mama cemburu bila abah sayangkan adik? Sepatutnya mama gembira sebab abah sayangkan anak mama. Amani pun anak mama kan bah...” Sofea mengusap kepala adiknya yang sudah tertidur meniarap di atas ribanya. Matanya tertancap pada birat yang berada di seluruh tubuh Amani.

Amani tiba-tiba tersedar dari tidurnya dan memandang ke arah Sofea. “Kak.. Kenapa tak tidur lagi? Jom tidur. Badan kita dah letak ubat kan? Tak apa lah, esok lusa nanti baik lah. Sakit sekejap aje ni kak. Adik tahu, mama pukul kita sebab mama sayang kita,” pujuk Amani. Bagaikan tiada apa yang berlaku. Itulah dia anak kecil yang tidak mengerti.

Sofea mengangguk perlahan. Dia kemudiannya membaringkan adiknya di posisi yang betul di atas katil. Selimut dikemaskan di atas badan Amani. Kemudian dia pula berbaring di sisi Amani. Tangannya meringkul kemas tubuh kecil Amani. Kemudian, mereka sama-sama terlelap pada malam itu..


SUDAH tiba masanya Ruzita untuk berangkat ke tanah suci Makkah Al-Mukaramah. Bagasinya sudah tersusun rapi di tepi pintu rumah. Dia hanya menunggu teksi untuk membawanya pergi ke lapangan terbang. Sofea dan Amani masing-masing sudah berdiri untuk menyalami mama mereka.

Sofea menghampiri Ruzita. Tangan Ruzita diraih dan dicium. Ruzita memandang sayu ke arah anak kesayangannya itu. “Sayang... Mama minta maaf sebab pukul Fea hari tu. Mama terlalu emosional pada hari tu. Maafkan mama ya? Mama akan merindui Fea bila di sana nanti. Mama dah sediakan duit untuk Fea. Fea jaga duit tu untuk keperluan saja ya. Kalau budak tu mintak yang bukan bukan, jangan bagi,” ujar Ruzita panjang lebar. Sempat lagi dia menyelitkan tentang Amani. Masih tidak padam api dendam di hati seorang ibu kepada anak bongsunya yang tidak berdosa itu.

Amani hanya terkebil-kebil memandang ke arah Ruzita. Dia tidak habis fikir, apa salahnya. Amani berjalan menghampiri Ruzita. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Ruzita memandang sinis. “Kau nak salam aku ke? Nah ambik ni,” ujar Ruzita lantas menampar pipi Amani berulang kali. Tamparan yang perlahan tapi berulang-ulang kali tetap menghasilkan rasa sakit. Amani tertunduk menahan air mata yang bakalan gugur ke bumi.

Bunyi hon teksi kedengaran di hadapan pagar rumah. Ruzita segera mengangkat bagasi ke dalam bonet teksi. Dia kemudiannya kembali ke arah Sofea dan mencium pipi anaknya itu dan melemparkan pandangan penuh kebencian ke arah Amani sebelum berlalu pergi.

Sofea menghampiri Amani yang sudah menangis itu dan memeluknya erat. “Adik sakit? Sini kakak tiup,” ujar Sofea memujuk. Amani menggeleng kepala. Dia tidak mahu menyusahkan kakaknya.


***


Uwarghh!! Rasa malu sebenarnya post cerpen syok sendiri aku ni kat blog. Rasa macam dah la tak seberapa, nak bagi orang baca pun rasa ergghh. Haha. Tapi inilah sedikit sebanyak nak bagi aku yakin. Haa, gitew. And satu lagi, siapa-siapa ada tips bila diserang asma, habaq mai la kat aku. Nanti aku upah sambungan cerpen Rindu Mama. Hihihi. Tak hingin hampa kan?? K dah, illal liqa'. ;)


Jerkahan menyelesaikan masalah ke?

21/9/13




Assalamualaikum..


Aaa.. aaa.. aaa.. Aku sakit tekak. Eh, tapi bukan bermakna aku sakit tekak sebab aku jerkah orang tau? Aku tak pernah lagi jerkah-jerkah orang ni. Haih.. So, tajuk yang nak aku cerita ialah itulah jerkahan. Tapi sebelum tu aku nak habaq yang aku terdelete post Manfaat Jealous. Aku nak delete benda lain sebenarnya tapi terdelete yang tu. Aku punya angin tak boleh kira tapi yeah, aku tak jerkah orang. Hohoho.


Jerkah? Maksudnya? Maksudnya suka jerkah orang bila orang buat salah ke apa. Jerit dalam kemarahan kat orang tu. Itulah dia jerkah. And aku tak habis fikir kenapa manusia ni suka menjerkah. Selesai ke masalah bila jerkah kat orang? Orang yang kena jerkah tu lagi meluat kat kita tau kalau buat macam tu.


Situasi 1: maid tinggal anak majikan kat dalam bilik tak on lampu lepastu baby tu bangun dia terkejut and nangis.Then, majikan tu jerkah habis-habisan kat maid tu sebab bagi baby tu nangis. 



Situasi 2: maid letak baby atas katil and then keluar bilik biar baby tu berguling lepastu jatuh.


So, situasi mana yang patut kita marah? Macam doesn't make sense lah nak jerkah orang dalam situasi 1. Sebab seriously what?? Situasi tu memang terjadi k. Aku tak reka-reka. Tapi tak boleh lah beritahu situasi 1 tu berlaku pada siapa. And for situation 2 aku rasa nak marah pun boleh terima lagi lah sebab maid tu sambil lewa aja. Tapi TAK PATUT JERKAH.


Tahu tak bila kita jerkah orang, tak akan menyelesaikan masalah? Nak marah, marah. Tapi marah secara berhemah and tegur secara berhemah supaya orang tak akan buat lagi. Untuk kita, selalunya kalau nak marah maid jangan nak teruk-teruk sangat. Kang dia letak apa-apa dalam makanan ke, buat apa-apa kat anak kita ke. Daripada letak dalam bilik tak on lampu kang ada yang dia letak dalam stor satgi kot. Haa, jangan nak main-main sangat dengan maid. Nasib baik rumah aku tak ada maid. Takut haku dengan maid.


And for parents and teachers pun sama. Aku rasa tak patut untuk jerkah anak/anak murid. Especially yang dah besar or remaja. Kalau budak-budak kecik, mereka tak tahu apa and depa tak akan buat benda pelik-pelik. Kalau marah yang teen ni ada yang calar kereta, simbah cat, maki cikgu kat facebook, terajang cikgu dalam kelas, pukul parents. Haa... Baik marah secara berhemah daripada benda lagi teruk jadi kat kita. Sekarang dunia bukan macam dulu. Dulu kalau marah pun budak-budak tak buat benda pelik-pelik. Sekarang dunia dah akhir zaman, macam-macam berlaku.


Dan satu lagi, untuk diri aku. Aku tak suka kalau orang jerkah aku. Aku cakap jujur, aku tak boleh terima bila orang jerkah aku walaupun dia jerkah untuk kebaikan. Seriously aku habaq tak respect ah orang yang marah jerkah-jerkah ni. Apa kes jerit-jerit? Be professional lah. :D Cuba bandingkan orang yang marah sambil jerkah dengan orang yang marah tapi sambil nasihat elok-elok. Mana lagi hampa suka?


p/s: sesiapa tau tutorial mudah untuk dapatkan balik deleted post, mai la habaq kat aku. Sharing is caring kan sayangs? Thanks.

To: Dearest Friends. From: Husnina Ariffudin

19/9/13




Hai sayangs. Entry ni umum. Untuk semua. Semua yang bergelar kawan.


Seronoknya bila berkawan. Hidup terasa lebih bermakna bagaikan sinar mentari yang memancar menambahkan keindahan alam. Rahsia... Ketawa... Kecewa.. Semua boleh diceritakan bersama..


Persahabatan yang terjalin entah bila, mewujudkan rasa sayang yang mendalam. Terasa sukar dan sesak bila ada yang berpecah dari kumpulan kita. Bila bertemu dengan yang lain, tidak lagi diendahkan sahabat ini. Terpaksa... hanya terpaksa sahabat ini memendam rasa kecil hati apabila diri tidak diendahkan lagi...


Memang salah sahabat ini apabila berbicara tentang keburukan kamu. Tetapi, salah siapa? Sedarkah kamu? Sahabat ini tidak akan berbicara tentang keburukanmu jika bukan kamu yang 'memaksa' untuk sahabat ini bicarakannya. Mungkin kamu tidak sedar...


Sudah lama sahabat ini pendam rasa kecewa, apabila tiba masa... Terluahlah semua. Jangan.. Jangan kamu marahkan sahabat ini apabila ia berpunca dari kamu sendiri.


Kalaulah kamu tahu, sahabat ini terlalu menyayangimu. Selalu merinduimu jika tidak melihat wajahmu. Tetapi kecewanya sahabat ini apabila kamu tidak menyedari. Habis, selama ini kamu fikir apa? Sahabat ini hanya berpura-pura? Apa yang kamu lihat, itulah dia sahabatmu. Apa yang sahabat ini katakan, itulah kebenarannya.


Sahabat ini terlalu berharap, tolong... Tolong jangan kecewakan sahabat ini. Sahabat ini hanya ingin bersama kamu hingga tibanya waktu perpisahan sebenar. Hanya seketika sahaja, minta bertahan dan pimpinlah tangan ini untuk melangkah bersama-sama. Jangan kamu lepaskan tangan sahabat ini untuk bersama yang lebih baik.


Jika tidak senang dengan sahabat ini, bimbinglah! Jangan kamu tinggalkannya sendirian tanpa sahabat ini tahu apa silapnya? Jangan kamu kecewakan sahabat ini. Persahabatan kita, sahabat ini TERLALU SAYANG....... :')


Haa.. Faham tak maksudnya? It's just spontaneous. Aku pun tak tahu apa yang aku tulis. Tapi temanya aku rasa sebab persahabatan yang terjalin tapi lepastu salah seorang daripada kumpulan tu pergi kepada orang lain yang dia rasa lebih baik untuk dia berkawan. 



Sesiapa sahaja yang bergelar kawan dan boleh dikira macam bersahabat baik tu, janganlah tinggalkan kawan-kawan hampa macam tu ja. Nampak kawan lain terus lari kat kawan lain tu. Yang kawan dalam group ni buat tak endah aja bila dah ada kawan lain tu.


So.. aku rasa faham lah kot ya? Aku merapu aja kat atas sana tu sebab malas nak tulis huraian panjang-panjang. Biar hampa fikir sendiri maksudnya. Ecewah.. :D


Kenapa Novel Melayu Terlalu Bosan?

16/9/13




Assalamualaikum...


Lek arr dulu hakak-hakak and semua peminat setia novel Melayu. Aku pun tergolong dalam peminat novel Melayu jugak tapi yeah... sekarang macam berkurangan saja...


Kahwin paksa. Mula-mula tak suka, lepastu tiba-tiba jatuh cinta. Tangkap basah, tapi sebenarnya depa tak buat. Mula-mula musuh, lepastu sayang. Seorang miskin, seorang kaya. Dua-dua good-looking. Kalau hudoh pun nanti makeover jadi cun nak mampos. Cinta pandang pertama.


Itu adalah antara benda yang 'wajib' ada dalam novel melayu. Tapi, maybe bukan semua but majority. Haa.. Nampak tak? Tapi serious lah aku cakap, cubalah hampa baca sinopsis. Semua macam pakat serupa ja. Aku jadi tawar hati tau lama-lama. Kecewa I. Kenapa novel Melayu ini klise? 


Bukanlah nak memperkotak-katikkan idea para penulis tanah air, tapi aku just bosan. Aku mengaku, walaupun ada benda yang aku cakap kat atas sana tu, tapi novel tetap digarap dengan baik dan best. Cuma aku aja yang rasa dah jemu dengan novel Melayu. Sebenarnya, berpunca daripada diri aku sendiri saja. Bukanlah salah penulis or sesiapa. :)


So now aku beralih selera ke novel English pula. Sambil improve English aku, sambil mengembirakan hati ayah aku. Ayah aku cukup tak senang bila aku beli novel Melayu, dia nak aku baca English untuk memperbaguskan lagi English aku. Dia kata gitu lah.. Bukan aku yang kata. Hohoho. >.<


Aku habaq kat sini yang, novel English ada banyak kelainan. Bukan pasal cinta semata yang dihalang orang tua. Kadang-kadang misteri, roh orang mati yang masih ada kat bumi sebab tak jumpa rantai kesayangan dia, perang-perang and banyak lagi. And sometimes magical story tapi digarap dengan baik sampai kita rasa macam it's possible even dalam dunia nyata benda tu tak wujud pun.


Itulah sahaja yang nak aku cakap. Jangan salah faham ya. Aku cuma nak cakap yang sebenarnya aku jemu aja nak baca novel Melayu. Bukanlah nak mengagumi novel luar lebih daripada novel tempatan, tapi hanya nak beralih selera sekejap. Apa-apa pun, novel Melayu tetap ada keistimewaan dia yang tersendiri dan tahniah untuk penulis-penulis yang memperbanyakkan lagi novel-novel Melayu di rak buku. Seriously, kagum. Semakin banyak novel Melayu comel-comel di bookstore.


So... sesiapa yang tahu ada mana-mana novel yang ada kelainan selain daripada yang aku nyatakan di atas, habaq mai la di ruangan comment. Aku sangat happy kalau hampa meringankan jari hampa menulis di ruang comment aku. :) K, thanks love.


Bila Mak Cakap, Memang Wajib Dengar. Kenapa?

14/9/13




Assalamualaikum...


Amboi hampa.. Pulon dok join segmen ja nohh. Ni cek kat sini tak join satu apa pon. Malas dan tak ada masa sebab ada benda lain nak dibuat. Semakin nak habis sekolah, semakin macam-macam benda yang perlu diselesaikan. And fakta #1= seumur hidup aku berblogging baru dua segmen aku join. wiwiwiwiwi. boo Nina boo...


Okeylah, bukan itu yang nak aku kupaskan kulitnya. Uhuhu. Cuma nak cakap pasal mak. Orang kata kena dengar cakap mak. Tapi... Kenapa?


Yang pertama, mestilah sebab dosa kalau lawan cakap orang tua selagi tidak melanggar hukum syarak. Giteww.. Yang kedua, sebab padahnya bila tak dengar cakap mak. Okey, sebab yang kedua ni yang nak aku cerita ni. :)


Semalam aku kemas bilik, buang sampah dalam tong sampah comel dalam bilik ni. Then, aku pergi dapur ambik plastik sampah yang baru. Mak aku nampak lepastu dia kata bawaklah semua plastik tu letak dalam bilik. Aku buat tak tahu aja. Degil.


Sampai kat bilik, bila nak masukkan plastik tu dalam tong aku pun 'uwaaa' lalu patah semula ke dapur. Amboii cerita macam over ja. Tau kenapa??? Plastik tu koyak kott. Lepastu mak aku nampak, mak aku kata 'tu la, tak mau dengar cakap orang. orang suruh bawak semua, bawak je lah,'. Aku pun dengan muka sengih-sengih kambing bawaklah plastik tu semua masuk dalam bilik. Senang. Kalau koyak satu, ada lagi satu. Walaupun nampak kecil, tapi nampak tak kesannya bila tak dengar cakap mak?


Cerita kedua, pasal kawan aku. Kami kena buat amali masakan di sekolah and aku suruh dia bawak lah sikit bahan-bahan untuk masak tu. Dia pun bawak lah. Aku mai sekolah tengok tengok dia kata 'weiii.... botol sos tiram aku pecah...'. Then aku tanya kenapa tak bubuh dalam bekas? Dia kata 'tadi mak aku dah suruh.. aku tak mau......'. Haaa!! Nampak tak? Bila mak cakap tu, memang wajib dengar. Padah tau tak padah bila tak dengar cakap mak??? Aku berleter kat dia macam tu. Hohoho.


Ada lagi lah peristiwa yang berlaku bila tak dengar cakap mak ni pada aku, tapi tak mungkinlah untuk aku ceritakan semuanya. Lagipun ada yang aku lupa. Sekadar dua cerita ringkas pun aku yakin hampa boleh faham akibatnya bila tak dengar cakap mak.


Apa-apa pun, sayangilah ibu anda. Dengar cakap dia. Kalau untuk aku, aku nak cakap 'SAYANGGGGG MAKKK KETATTT-KETATTTT'. Eheh, kalau betul-betul malulah eden nak cakap kat mak. Cakap dalam hati ja tiap-tiap hari. :)


Orang Kurus Yang Perasan Gemuk.

12/9/13


Sekadar gambar hiasan~


Assalamualaikum..


Aku selsema dan aku rasa letih dan ngantuk. Tapi, aku tak mau tidur. Dan sekarang inilah dia, aku sedang menulis pasal orang kurus yang perasan gemuk ni. Seriously, what?? Aku serious tak dapat tangkap why orang kurus ni selalu perasan diri tu gemuk???


Aku ada kawan yang serious dia kurus gila. Kurus daripada SNSD. Berat pun 30+ ajo. Aku rasa macam nak angkat dia buang dalam longkang sebab nak kasi dia tu sedar yang dia tu kurus gila gila gila. Dia still boleh cakap yang 'hang tengok la aku sekarang. dah gemuk dah tau dak.' Apakah???


And satu lagi. Adakah dah menjadi budaya orang kurus akan letak gambar di FB dan tulis caption 'k, aku gemuk sekarang.' Motip wei motip nak cakap gitu? Padahal berat pun entah entah 40 aja ada hati nak cakap diri tu gemuk. Kenapa? Nak suruh orang kata 'eh, badan hang lawa kottt.' Macam tu?


Kalau berat badan hang pun 39,40,41,42,43, aku nak habaq yang hang tu gila gila kurus. Orang yang berat badan lebih sangat jealous dengan badan hang, hang boleh lagi nak kata diri hang gemuk? Come on sayang. You're skinny. 


And if you're still don't trust what people told you, hang pergi kira BMI hang. BODY MASS INDEX hang. Kalau tak reti and malas sangat nak tekan calculator apa bagai, nuhh pergi cari kat pakcik bermisai lebat, Google tulis 'bmi calculator'. Keluaq segala mak bapak bmi calculator kat situ and hang just tulis berat hang and tinggi hang dan dia akan totalkan untuk hang sama ada hang tu berat badan berlebihan ke, kurang berat badan ke, obesiti ke, berisiko berat badan berlebihan ke apa ke. Kalau hang still tak percaya BMI and hang nak kata hang tu gemuk gila daripada gajah, sila pergi psychiatrist. :)


Sekian,

yang benar,
Niena Reen,
yang curious mengapa orang kurus suka perasan gemuk.


(:

Makin Tua, Makin Galak.

10/9/13


Sekadar gambar hiasan~


Assalamualikum and hola sayangs!


Macam lawak aje rasanya kalau kata orang tua yang galak ni. Galak dengan bahasa terperincinya ialah gatal lah. Aku di sini selalu panggil galak. Jerawat galak. Budak galak. PAKCIK GALAK. Pergghh hot der pakcik pun galak sekali.


Aku cukup pelik dengan perangai pak cik galak ni. Kenapa uncle nak usha awekss dengan mata tak berkelip? Kenapa uncle nak tackle aweks? Kesian isteri uncle. Kadang-kadang tu aku tengok isteri uncle tu dah lawa dah, tapi dan lagi tu nak tackle aweks muda. Kadang-kadang budak sekolah pun jadi. PUN BOLEYYY~~


Sepatutnya waktu tua diisi dengan benda yang bermanfaat. Lalui hari-hari tua dengan amal ibadat, sebagai bekalan hari akhirat. Haa, giteww. Macam pantun pulak. Aku tengok budak muda dekat mana-mana pun tak segalak macam uncles yang galak ni. 


Bukanlah semua orang tua tu gatal. Tapi sesetengahnya sahaja. Allah dah perintah kan supaya tundukkan pandangan. Ni sometimes kalau ada orang yang tunduk kepala bila berjalan dikatanya nanti langgar tiang lah apa lah. Padahal, orang tu tau la nak jalan macam mana. 


Untuk pakciks di luar sana, jagalah pandangan. Ingatlah isteri anda yang menjalani hidup bersama-sama dengan anda hingga umur anda sekarang. Janganlah sebab makciks dah tak secomel masa zaman awek-awek dulu, pakciks nak tolak tepi pulak. Sebab itu orang kata, kahwin ni janganlah tengok cantiknya, sebab kecantikan bakal dimamah usia. Bila dah tak cantik nanti, ditolak tepi pulak. Cinta biar ikhlas yoo abe. Bukan sebab rupa. Bukan sebab harta. Giteww... :D


K k peace. Nak nyorok bawah meja sebab takut kena serang dengan pakciks. :p Just kidding~

Tolong Letak Benda-Benda Ni Dalam Blog.

8/9/13




Assalamualaikum..


Ngantuk wei hujan hujan macam ni. Tempat hampa hujan tak? Kalau baring ni mesti lelap terus. Okey, sebelum aku masuk kepada isi untuk tajuk aku tu, aku nak habaq yang aku tak suka kalau orang yang kenal aku baca blog aku. Aku malu wey. Sebab seriously aku lain dalam dunia maya dan nyata. Aku ramah dengan strangers di alam maya dan aku tak reti tegur strangers dan tak tau nak senyum pun dekat strangers bila berada di real life. Bukan aku sombong, aku cuma... cuma tak ramah. 


And.. Awak yang ada dalam dunia blog ni semua tak kenal aku pun. Tak tau pun aku macam mana. Tak pernah pun tengok aku. Dan tak pernah pun tau pasal aku. Maka, aku tak malu pun bila orang lain baca blog aku. Aku dengar-dengar macam ada ja classmate aku yang cakap pasal blog dan aku dengar nama 'Husnina'. 'Husnina..... Husnina.... Aktif blog....'. Itulah dia antara yang aku terdengar. Tak tau la kalau perasan ke apa kan.


Untuk orang yang kenal aku, kalau hampa baca blog aku, bila jumpa aku nanti diam diam sudah. Jangan buat muka macam 'wei, aku baca blog hang. Niena Reen!'. Haa, no need to talk like that to me after you read my blog okey? Keep Calm And Love Niena Reen dalam diam. Ohokk!!


Okeylah panjang mukadimah? Dah macam entry penuh pulak nengoknya. Okeylah cenggini, aku suka jalan blog orang. Aku suka tinggalkan tapak kaki saiz 6 aku kat chatbox orang. Aku suka tegur-tegur orang kat blog dia. Aku suka follow orang. Aku suka tau pasal owner blog orang.


Memandangkan benda tu semua adalah peberet segala peberet aku bila bukak lappy, aku nak awak letakkan benda-benda ni dalam blog:


Follower Widget

Aku antara blogger yang murah hati suka follow orang. Tapi jangan salahkan aku bila aku datang blog awak tapi tak follow. Mengapa? Sebab tak ada follower widget yang button biru tu. Yang ada muka orang penuh tu. Itu penting sebab aku tak boleh nak follow yang letak button follow comel comel loteee kat atas sana tu sebab dah limited kot kata orang.


Chatbox

Tolong letakkan chatbox. Kadang-kadang tu aku dah follow tapi cari cari chatbox tak ada. Aku nak semakkan chatbox awak dengan tapak kaki saiz 6 pun tak boleh. Okey, kadang-kadang tu maybe sebab awak annoyed dengan iklan, spam, link iklan, penipuan etc. Tapi, chatbox tu penting lahh rasanya. Kalau awak famous amos macam biskut tu, no problemooo kalau tak ada chatbox. :)


Ruangan Comment

Letaklah bahagian comment di entry. Kadang-kadang tu tengok entry tu menarik dan aku nak bagi pendapat sekali tapi tengok-tengok tak ada bahagian comment. Dah lah tak ada chatbox, tak ada ruang comment pulak. Memang sengaja nak kasi haku unfollow balik kan?? Janganlah patahkan mood blogger kaki follow macam aku ni!!! -.- k.


Maklumat Diri

Sila letak maklumat diri supaya tidak berlakunya apa-apa kesalahan. Letak NAMA, UMUR, NEGERI, GAMBAR. Kalau agak-agak nama macam jantina berlawanan, sila bagitahu jantina dan letak gambar tu BESAQ sikit. Sebab apa? Sebab aku pernah tersalah jantina dekat satu blogger ni sebab nama dia sweet sweet macam girl dan gambar dia tak jelas sangat. Kadang-kadang aku tak tau nak panggil kak atau adik sebab tak dinyatakan umurnya. Jangan nak salahkan aku. Maklumat tu biar lah lengkap. Nanti salah awak marah pulak. Keennn?? And kenapa aku nak tau negeri? Sebab bolehlah aku bercakap dalam loghat tu bila tegur owner tu di chatbox. Contohnya macam kedah, aku bolehlah cakap 'kak, saya mai singgah sini sat.'. Haaa.. giteww.


Hmm.. Itu saja rasanya yang aku nakkkkk sangat tengok bila masuk blog sesiapa pun. Kalau ada follower widget tapi tak ada chatbox/ruang komen, aku tak follow. Kalau ada chatbox tapi follower widget yang button biru tak ada, aku tak follow. Kalau tak ada maklumat diri aku tak tau awak siapa dan kalau salah aku takut awak marah maka, saya tak follow. Aku tau awak tak hadap pun untuk aku follow tapi at least kalau aku follow, bertambahlahhhh satu follower awak. Kalau tak, bukan ke rugi sorang follower? Bagi aku, kehilangan sorang follower pun amatlah besar ruginya..... :D 


p/s: hanya pendapat budak-budak ni saja.

Repair Zip Guna Minyak Urut. Haha.

4/9/13





Assalamualaikum...


Dah bulan September? Dah nak habis sekolah tahun ni? Dah nak dot dot dot dot dot dot. Apa aku merapu ni? Okeylah tak apalah. Cuma nak cakap aku sedih nak habis sekolah. Aku tak nak masuk akhir tahun. Tak nak tak nak tak nak. Aku kata tak nak tak nak la. Eh, aku ingat masa boleh berhenti cakap banyak-banyak kali 'tak nak'. Giteww?


Okeylah.. Memandangkan sekolah dah nak habis pun, bag aku yang pulon pun buat hal tau. Beli susah susah lepastu dia nak cari pasal dengan aku. Nak suruh aku beli beg colour hijau pun pada pada arr. Hahaha. Mesti tak faham aku cakap apa. Okey cenggini, zip bag aku STUCK!


Aku dah cuba pelbagai method untuk fix zip bag aku ni. Cari di utube and so on. Lepastu tengok cara dia yang menyusahkan sebab kena sedia macam macam barang dan memeningkan. Maka, aku pun try lah tarik dan tolak zip tu tapi dia tetap stuck. Aku try rapatkan gigi zip tu apa bagai tapi tak jugak berjaya. Akhirnya... penyelesaiannya yang spontan aje aku buat ialah ini......


Inilah dia Minyak Herba Segar Dimaz.....


Tak rasa lawak ke? Aku ternampak minyak ni kat atas meja aku then aku terus capai dan titikkan di bahagian zip aku dan jangg!! BERJAYA! Zip aku berjalan smoothly aje. Seronok iolls tau!! Sekejap nak tulis apa yang dia tulis belakang botol tu.


Digunakan secara tradisional sebagai minyak gosok untuk melegakan sakit-sakit sendi, lemah anggota badan, mengurangkan angin yang berlebihan dalam badan dan melegakan luka-luka ringan.


Yang aku pasti di sini minyak ni bukan  untuk zip bag. Tapi untuk orang. Jadi, aku recommend lah dekat awak Minyak Herba Serga Dimaz. Dapat melegakan sakit-sakit yang dinyatakan di atas dan yang paling penting boleh melancarkan perjalanan zip yang stuck. Okey dah. :)


Nak Pandai? Amalkan Zikir Ringkas Ini.

1/9/13




Assalamualaikum..


Nak jadi budak pandai tak? Semua orang nak jadi pandai. Nak mudah tangkap ilmu kan? Kadang-kadang kita dah belajar banyak dah, tapi tak dapat jugak. Mudah lupa pulak tu. Jadi, kita kena amalkan zikir-zikir ni untuk mempermudahkan urusan kita tu.... Jangan lah malas. Lepas sembahyang tu boleh zikir. Masa berjalan boleh zikir. Masa blogwalking boleh zikir. Haa kan? Dalam menuntut ilmu ni, memang lah usaha tu penting. Tapi, dalam usaha kenalah ingat yang Esa tentunya kan? So ni antara zikir-zikir yang boleh kita amalkan.


Ar Razzaq – Bacalah sebanyak mungkin selepas solat agar diberi rezeki yang halal.

Al Fattah – Baca 71 kali selepas solat Subuh supaya mudah menerima ajaran agama.

Al A’lim – Dibaca 100 kali selepas solat wajib maka diberi pengetahuan dengan sempurna.

Al Baasithu – Bacalah sebanyak yang boleh agar segala yang diusahakan berjalan dengan lancar.

As Samii’ – Baca sebanyak yang boleh agar diberikan doa yang mustajab dan pendengaran yang tajam.

Al Bashiir – Baca 100 kali sebelum solat Jumaat agar diterangkan hati dan cerdas otaknya dan selalu diberi hidayah.

Al Hakim – Baca 300 kali supaya dicerdaskan otak.

Al Majid – Baca seberapa banyak mungkin agar dipermudahkan menerima apa yang diajar.

Al Qaadir – Baca 305 kali agar apa yang dihasratkan akan berhasil.

Ar Raasyid – Baca sebanyak mungkin agar otak menjadi cerdas.

Dzul Jalaali Wal Ikraam – Baca 65 kali setiap hari selama sebulan agar segala hajat yang diingini akan tercapai.


Dah nak dekat musim-musim periksa ni, boleh lah kita amalkan zikir ni. Insya-Allah dengan amalan kita ni, Allah akan permudahkan. Semua yang exam UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM atau exam sekolah akhir tahun ke menda ke, eloklah amalkan zikir-zikir ni. Kita tengok uih, 300 kali?  Wei.. 300 kali tu kan wei sekejap je wei. Tak percaya, cubalah buat. Aku dah cuba, memang sekejap saja. Duduklah sekejap luangkan masa basahkan lidah dengan zikrullah. Kita boleh duduk berjam-jam hadap lappy, kenapa duduk 10 minit atas sejadah tak boleh? Mungkin kurang dari 10 minit pun. Cubalah. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..... :P


Jom layan gambar. Motivasi diri sikit.... Baru semangat!












CHAIYOKK!! CHAIYOKK! KENA SEMANGAT AWAL-AWAL DAN SAMPAI AKHIR!! :D


p/s: dah masuk bulan 9 dah... doakan untuk exam aku nanti okey.. :D