Kehidupan Pasti Ada Turun Naiknya

10/11/13




Assalamualaikum...


Hai. Sebelum tu, hampa nampak tak nama siapa dalam gambar tu? Cecelia Ahern. Yeah, I love her books. Best kot. K, promote. Dah. And sekarang aku dah habis sekolah untuk tahun ni tapi esok aku pergi lagi nak buat PBS. Nampak tak PBS ni menyusahkan orang dan buat orang sibuk gila. Tak pergi, no band. Full stop. And satu lagi, satu lagi. Aku tengah tengok Master's Sun. Ketinggalan zaman sikit orang dah habis tengok aku baru nak tengok. Memang, aku tak suka tengok awal-awal. And cerita ni best. So Ji Sub handsome dalam cerita ni walaupun dia dah tua sebenaqnya. Kak Lieya, puji sat pakwe kak noh. :D


Okey, masuk tajuk. Buang masa betoi aku ni kan kat introduction tu. Promote ja. Yeah, life. Kita tak selalunya berada di atas dan sentiasa bahagia. Memang semua orang inginkan kebahagian dan kejayaan tapi kita terlupa yang sebelum mengecapi kejayaan dan kebahagiaan tu pasti ada jatuhnya dulu kan?


Macam masa kita baby, kita tak terus berdiri dan berjalan serta berlari kan? Kita mesti bangun dan terjatuh semula. Lama-lama kita dah pandai berdiri dan berjalan. Dan jugak, kita tak akan selalunya bahagia dan berada di atas.


Bila selalu berada di atas, sekali kita terjatuh. Kita rasa macam WHY????? Apa salah aku. Kerana apa? Mungkin kalau kita tak terjatuh, kita tak faham macam mana erti usaha yang sebenar-benarnya. Supaya kita tak rasa bangga diri sebab sentiasa berada di atas. Supaya kita faham macam mana rasanya berada di bawah. Supaya kita tak pandang rendah pada orang yang berada di bawah. Banyak tak hikmahnya?


Bila kita berada di atas, kerana apa? Agar kita tahu Allah itu Maha Adil. Dia tak akan biarkan hambaNya bersedih dan rasa bahawa Tuhan itu tak adil. Dia tak akan biarkan hambaNya tidak mendapat ganjaran atas usaha yang dilakukan. Agar hambaNya tahu bahawa Allah itu mendengar setiap doa kita.


Cuma berapa banyak usaha yang kita letakkan untuk mencapai apa yang kita inginkan. Mungkin rasa macam dah betul-betul berusaha untuk dapatkan apa yang kita inginkan, tetapi masih belum berhasil. Bersangka baiklah. Mungkin bukan hari ni, mungkin pada masa-masa akan datang atau mungkin dalam bentuk yang lain? Mungkin jugak kita masih belum dapat sebab ada kurangnya di mana-mana? Tak berdoa misalnya? Bagaimana Hablum Minallah dan Hablum Minannas kita misalnya? Betoi dak?


Ingatlah, setiap apa yang berlaku pasti hikmahnya. Mungkin kita tak nampak, tapi Dia lebih tahu. Jangan nak buat sentap sangatlah bila tak dapat apa yang kita inginkan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Allah tak bagi apa yang kita inginkan, tetapi Allah beri apa yang kita perlukan. Fikir dulu sebelum nak rasa diri malang sangat bahawa masih ada orang lain yang tidak bernasib baik macam kita. Okeyhhh??


p/s: Sebenaqnya tajuk ni dah berkurun kat draft and ini spontan sahaja aku tulis. Ampunnnn kalau tak sesedap mana tulisannya kali ni ya?? :)

20 comments:

  1. ohok ohok.. terbatuk pulak ada org sebut2 kak.. dulu2 zaman dok gila buku cerita kak ada gak baca buku cecilia ahern .. lama sgt tinggai buku2 cerita ni .. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala bila tak ada kerja, bolehlah noh baca sat. hihi, terbatuk eyh kak. :D

      Delete
  2. betul tu.. kita takkan selamnya berada di atas.. elok la jugak sekali sekala turun. biar terbuka sikit mata hati kita tengok orang yang lebih malang dari kita.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. supaya kita kenal erti syukur dan bagaimana nak usaha. :)

      Delete
  3. betul tu......setiap apa yang berlaku ada hikmah. Tapi nak menerima ianya sebagai satu hikmah, itu yang susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. lagi2 bila kita belum nampak hikmahnya tapi tetap kena yakin ada hikmah di sebalik semua tu. :)

      Delete
  4. thats right dear :) setiap yg berlaku ada hikmahnya :') Allah Maha Adil , setiap manusia Allah akan bagi rasa saat kejatuhan dan saat kegemilangan kita :') dan semuanya terpulang pada kita bagaimana cara untuk kita hadapi saat2 tu semua :') yang penting usaha , solat , ingat Allah tu penting :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. letakkan Allah nombor satu dalam setiap perkara. :)

      Delete
  5. betul tu, ada masa kita kat atas, ada masa kita kat bawah. bila dah duduk kat bawah tu, kita kena berusaha naik, bila duduk kat atas tu, kita kena kekalkan kedudukan kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak Mazni. usaha tu penting. :) bukannya hanya berdiri statik tanpa lakukan apa2 sebab keajabian takkan berlaku. Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah sendiri.

      Delete
  6. BETUL.

    kita kan macam tayar/roda ehehehe
    atas bawah up down hehehehhe
    :D

    ReplyDelete
  7. betul 2 dik..setiap yg berlaku ad hikmahnya.itulah erti sebuah kehidupan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. pasti akan ada jatuh bangunnya supaya kita faham apa itu life. :)

      Delete
  8. klau tak pernah gagal bukan manusia namanya tu,kegagalan tu buatkan kita kuat untuk berusaha,kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. kita akan berusaha lebih lagi untuk berada pada tahap yg lebih baik. mungkin tak secara drastik, perlahan2 pun pasti kita usaha.

      Delete
  9. Replies
    1. :). walaupun kdg2 kita belum nampak, tapi kena yakin kan.

      Delete
  10. Erkkk minat juga rupanya dengan citer korea hehehe boleh seiringan dengan Lieya Von Jay dan Sally Samsaiman erkk hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah minat cerita korea tapi tak adalah fanatik gila. hihi boleh geng dengan kak Lieya and kak Sally. :D

      Delete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤