Menyusahkan, Saya Tetap Nak Guna Straw Plastik!

2/7/19




Assalamualaikum dan hai loves~!


Kita dah pun tahu bahawa kerajaan akan kuatkuasakan undang-undang berkaitan pengharaman penggunaan straw plastik. Bagi kita, penggunaan straw ni sangat penting untuk sedut air minuman. Jadi, wajarkah langkah ini dipraktikkan?


"Macam mana nak minum air lepas ni?"

"Straw diharamkan, babi dan arak tak mahu pula haramkan!"

"Menyusahkan betul. Tak bijak betul kerajaan ni."

"Apa-apalah. Apa susah, beli jugalah straw PLASTIK."


Jadi, di atas ini adalah antara reaksi netizen terhadap pengharaman straw plastik. Dari pandangan aku pula, aku tak setuju langsung dengan komen-komen seperti di atas. Kenapa ya begitu susah untuk jaga alam sekitar? Kalau di rumah, adakah kita minum pakai straw juga? Tidakkan? Kenapa perlu kaitkan babi dan arak pula dengan straw plastik. Babi dan arak tu sudah tentulah haram. Semua orang Islam dah tahu babi dan arak tu haram, takkan nak haramkan untuk orang bukan Islam pula? Lagipun, kemudaratan daripada dua benda tersebut hanya kepada individu yang makan dan minum tu sahaja, tak ada kaitan dengan alam sekitar pun.


Untuk jaga alam sekitar, bukanlah langkah yang bodoh ya. Bukan tak boleh nak guna straw, boleh. Tapi lebih baik jika kita guna straw besi, buluh atau kertas. Aku tengok ada ja straw besi yang jual dekat Lazada. Kalau ada offer, dalam RM5 boleh dapat. Straw tu saiz untuk minum bubble tea yang jadi favourite semua orang pun ada tau! Tak percaya? Tengok ni!


See, siap dengan berus dan pouch lagi.


Aku pun bukanlah baik sangat yang tak pernah guna straw dan bawa straw sendiri ke mana-mana. Tapi, sekurang-kurangnya janganlah kita kecam langkah yang baik untuk alam sekitar kita ni. Kemusnahan alam berlaku sebab tangan kita sendiri. Kalau kita fikir hanya dengan satu batang straw plastik yang kita buang tu tak memudaratkan alam, cuba kita fikir orang lain pun buang satu, satu, satu sedar tak sedar dah jadi 7 billion straw atas muka bumi ni kalau semua orang pun berfikiran macam kita. Itupun kalau seorang satu straw, bayangkan berapa kali kita minum guna straw dalam sehari? Cubalah untuk sekurang-kurangnya kurangkan sedikit penggunaan plastik. Lama-kelamaan kalau semua orang ada kesedaran, pastinya semakin berkurang plastik yang mencemarkan alam ni. Memang susah untuk lari dari plastik tapi kalau kita sama-sama mulakan untuk kurangkan, mesti lebih baik kan!


Lagi satu kita suka mengeluh kenapalah negara kita tak sebersih Jepun? Kenapalah longkang kita tak bersih sampai boleh bela ikan Koi? Kenapalah laut kita tak jernih macam Maldives. Serta bermacam-macam lagilah keluhan kita. Sedar tak sedar sebenarnya diri kita sendiri yang suka buang sampah merata-rata. Makan aiskrim, plastiknya buang dalam longkang. Makan gula-gula, sampahnya buang keluar dari tingkap kereta. Tengok, sebenarnya semua kita sendiri yang buat. Jadi, jangan salahkan persekitaran kalau sebenarnya kita juga yang buat!


Jadi, kesimpulannya cubalah untuk jaga alam sekitar seboleh yang mungkin. Kalau tak banyak pun, cubalah sikit-sikit. Janganlah kita kecam usaha kerajaan yang baik ni. Alam sekitar yang sihat pun akan beri manfaat pada diri kita sendiri. Ada banyak alternatif untuk tak guna bahan-bahan yang mencemarkan alam sekitar. Macam mana nak jadi rakyat kelas pertama kalau benda yang kecil macam ni pun nak kecam? Jadi, kalau pergi restoran fast food ka apa ka, cubalah untuk tak guna straw plastik. Minum ja terus dari cawan tu macam kita buat di rumah. Boleh saja kan? Lagi, kalau beli barang-barang di kedai, kalau setakat satu dua barang saja, pegang sajalah guna tangan. Tak usah guna plastik. Boleh kan?


Alamak, aku rasa macam ala-ala tulis karangan SPM dan STPM pula bila tulis pasal alam sekitar ni. Haha.. Ampunnn.. Rasa geram sangat bila ada netizen yang tak boleh berfikir pasal benda baik.


***



 Lagi satu bila bercakap tentang netizen yang tak boleh berfikir, aku nak cakap sedikit tentang penumpang Grab yang kena submit gambar selfie haritu. Semua netizen macam cacing kepanasan dah bila dapat tahu kena submit selfie. Padahal tak tahu ke yang selfie tu hanya perlu submit SEKALI sahaja dan gambar kita tu driver TAK BOLEH LIHAT. Langkah ni diambil untuk pastikan sekiranya apa-apa berlaku kepada driver Grab, mudahlah depa cari penumpang a.k.a penjenayahnya. Padahal kita boleh ja update gambar di instagram 100 200 gambar. Tak takut pula orang ambil buat koleksi? Haa?


Ada yang mempersoalkan pula kenapa perlu hantar selfielah. Apa faedahnya lah. Grab mengarutlah. Haihhh.. Tekanan aku dibuatnya bila baca comment. Tak bacakah banyak kes pemandu Grab kena bunuh dengan penumpang? Main internet 24 jam buat apa ya kalau isu semasa tak ambil tahu langsung? Kalau kita sebagai penumpang ada hak untuk selamat, kenapa tidak pemandu Grab?


Jadi point utamanya sebenarnya JANGAN JADI SELFISH. Hidup kita ni bukan kita seorang sahaja yang ada di atas muka bumi ni. Fikir jugalah tentang keselamatan dan hak orang lain. Malah hak makhluk Allah yang lain atas bumi ni pun perlu dijaga tau! Allah ciptakan semua makhlukNya ada manfaatnya. Jadi, jangan kita fikir tentang diri sendiri sahaja ya!


Ampunnn sekiranya entry ini aku jadikan sesi ranting pula ya. Rasa terganggu sedikit dengan komen-komen yang dibaca. Hehehe.. Apa-apapun, sekiranya ada pandangan dan teguran, boleh tinggalkan komen di bawah ya!


Sekian sahaja, illal liqa' loves!

5 comments:

  1. sabar nienaaa hahaha. kita pun dah beli metal straw tu sejak nmpak kwn guna! hehe best apa guna metal straw ni sebab lpas guna je boleh cuci pastu simpannn.

    ok part grab tu kita tak tahu pulak kena upload gambar HAHAHA tapi kalau tujuan tu untuk keselamatan kita sendiri jugak why not? knp diorang kena complain? hmmm tak faham dgn manusia ni kdg2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Geram tak tahu nak luah ke mana. Rasa macam nak balas comment kat situ jugak tapi nasiblah saya ni jenis tak suka tulis comment.

      Iya haritu ada kena submit gambar selfie kita. Lepastu sekarang ni saya pun perasan macam dah tak ada pulak grab mintak gambar. Haritu setiap kali bukak app grab je dia bagi reminder suruh hantar gambar. Maybe mereka tangguhkan kot sebab kena kecam dengan netizen ni. Huhu.. Hadoih...

      Delete
  2. yessss setuju sangat dengan entry ni! setakat tak pakai straw tu takda hal, boleh je minum macam biasa. lainlah kalau kat kedai tu dia hidang minumam pakai plastik, pstu takda straw hahaha. saya pun ada straw besi ni, tu pun dapat dari event. sekarang dh banyaklah tempat jual straw besi camni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus kak mazni pakai straw besi. Macam2 colour ada pulak tu, saya pun nak beli rasa yang colourful punya sebab cantikkk.. :D

      Delete
  3. i had mine too and so happy about it. dalam beg sentiasa ada metal straw hehe

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤