Tokoh Sayyidul Ayyam: Fatimah az-Zahra, Puteri Kesayangan Rasulullah

15/11/13


Google

Assalamualaikum..


Haa.. Lambat sikit buka blog hari ni sebab dok vacum lantai yang macam berbulan tak vacum. And aku tengok hampa macam mood baik ja hari ni? Ecehh, itu yang kita inginkan kan. Bagus, Alhamdulillah. Dan satu lagi, terima kasih kepada sis Ezza, yang sudi jadi follower ke 1000. Yey (buat gaya Puteri Awani). K, main-main saja. Untuk semua followers juga, terima kasih. :) Saya hargai anda semua.


Baiklah, tokoh kita untuk hari Jumaat ini ialah Fatimah Az-Zahra. Jom baca sedikit.


***


Tahukah anda siapa Saidatina Fatimah? Saidatina Fatimah az-Zahra r.a. adalah puteri bongsu Rasulullah S.A.W, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bersama isteri tercinta Saidatina Khadijah Bin Khuwailid.

Beliau merupakan anak yang ke-empat Rasulullah S.A.W. yang mana dilahirkan pada penghulu hari iaitu hari Jumaat bersamaan 20 Jamadil Akhir. Saat kelahiran puteri kesayangan Rasulullah bertempatan dengan selesainya orang Quraisy membina Ka’bah. Kelahiran Saidatina Fatimah az-Zahra memberi kegembiraan kepada Rasulullah S.A.W. Baginda berkata kepada Saidatina Khadijah,

“Wahai Khadijah sesungguhnya dia (Fatimah) adalah manusia yang diberkati dan sesungguhnya Allah S.W.T memberi keturunuan darinya.”


Kegembiraan Rasulullah bertambah lagi dengan kemiripan Fatimah az-Zahra dengan baginda Rasulullah S.A.W dan direkod oleh Al-Hakim meriwayatkan daripada Anas Bin Malik r.a berkata,

“Sesungguhnya Fatimah az-Zahra adalah seorang yang sangat mirip dengan Rasulullah S.A.W. dengan memiliki kulitnya putih, bibirnya merah dan rambutnya hitam.”


Menurut Ummul Mukminin Ummu Salamah r.a :

“Fatimah az-Zahra adalah anak Rasulullah S.A.W. Dia adalah seorang yang memiliki perwatakan mirip dengan Rasulullah S.A.W. 


Manakala daripada Aisyah Ummul Mukminin r.a berkata,

“Saya tidak pernah melihat seorang pun dari ciptaan Allah S.W.T. (manusia) yang serupa ucapan dan perkataannya dengan Rasulullah S.A.W. selain Saidatina Fatimah az-Zahra.” 


Saidatina Fatimah az-Zahra memiliki banyak gelaran antaranya Az-Zahra, Ash-Shadiqah, Al-Batul dan Ummu Abiha. Tetapi gelaran paling dikenali ialah Az-Zahra yang mana gelaran ini diberikan oleh ayahandanya sendiri Rasulullah S.A.W. yang bermaksud bunga bagi Nabi S.A.W. kerana memiliki kulit yang putih. Diriwayatkan dari Ja’far Bin Muhammad Bin Ali r.a dari ayahnya berkata,

“Saya bertanya kepada Rasulullah tentang Fatimah, “Kenapa kamu menamakannya dengan Fatimah?” Baginda menjawab. “Kerana jika dia berdiri di mihrobnya dia akan memancarkan cahaya bagi penghuni langit sebagaimana bintang menyinari penghuni bumi.” 


Walaupun Saidatina Fatimah anak Rasulullah S.A.W., beliau juga melayari kehidupan seperti bangsa arab lain dengan mengamal cara hidup yang sederhana serta tidak mendesak Rasulullah S.A.W memberi khadam kepadanya walaupun beliau hidup susah.


Bersederhana 

Umum mengetahui Saidatina Fatimah Az-Zahra memiliki budi pekerti mulia kerana beruntung sejak kecil lagi diasuh dan dididik dengan akhlak mulia oleh ibubapanya Rasulullah S.A.W. dan Saidatina Khadijah bin Khuwailid. Saidatina Fatimah merupakan seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian hidup ini dapat dilihat semasa keperitan hidup yang dilalui yang mana mengamalkan konsep keserhanaan walaupun beliau puteri Rasulullah S.A.W. serta tidak tamak menggunakan harta Baitul Mal untuk kepentingan peribadi.



Taat Agama & Suami


Beliau juga seorang yang taat kepada agama dan suami. Beliau sentiasa menjaga maruah sebagai isteri, membantu suaminya melakukan kerja-kerja harian seperti menumbuk gandum, menguli tepung dan membakar roti serta tidak pernah ingkar suruhan suami, serta menyokong perjuangan dakwah suaminya iaiti Saidina Ali r.a.



Pemurah

Fatimah juga memiliki sifat pemurah dan bertanggungjawab serta mempunyai semangat jihad yang tinggi. Sifat pemurah Saidatina Fatimah dapat dilihat menerusi peristiwa kedatangan Salman yang kelaparan datang ke rumahnya untuk meminta makanan. Ketika itu walaupun Saidatina Fatimah juga tidak memiliki apa-apa makanan , beliau memberikan tudungnya kepada Salman agar ditukar dengan jagung milik Shamoon; seorang yahudi yang mana akhirnya memeluk Islam.



Sanggup Berkorban 

Selain itu juga, Saidatina banyak membantu Rasulullah S.A.W dalam menegakkan agama Islam. Beliau juga sama-sama berkorban untuk mengembangkan agama Islam yang dibawa oleh ayahnya dan pengalaman yang dilaluinya mengajar beliau hidup lebih tabah dan sabar. Sifat beliau yang lebih mengutamakan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan sendiri ini harus diteladani oleh kaum Muslimat hari ini.



Ibu Mithali

Hasil perkahwinan bersama Saidina Ali r.a, mereka dikurniakan enam orang anak iaitu Hassan, Husain, Muhassin, Zaynab, Ummu Khalsum dan Ruqayah. Saidatina Fatimah juga berjaya menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anak mereka yang mana tidak pernah membantah Saidatina Fatimah. Hasil didikan sempurna melayakkan al-Hassan, al-Hussain dipilih menjadi Saiyidan Syabab Ahli Jannah, manakala Zainab pula mengadakan majlis Pengajian Khusus untuk wanita(Ahli sastera Islam).



Sumbangan Kepada Perjuangan Islam


Kalau kita lihat banyak sumbangan Saidatina Fatimah dalam perjuangan Islam, antaranya menjadi pendorong dan motivasi kepada Rasulullah S.A.W. ketika Rasulullah S.A.W. menerima tekanan kaum Quraisy Mekah.

Selain itu, muslimah hebat ini turut membantu menyediakan makanan untuk tentera Islam yang menggali parit dalam peperangan Khandak.

Beliau menjadi seorang isteri yang solehah dengan memberi khidmat kepada suaminya Saidina Ali menyampaikan dakwah dan membuat persiapan untuk memasuki medan peperangan. Beliau juga tidak terkecuali membantu bersama-sama dengan wanita Islam memberi rawatan kepada tentera Islam yang cedera dalam peperangan Uhud.

Begitu hebat dan mulia pengorbanan yang diberikan oleh Saidatina Fatimah dalam membantu perjuangan Islam sejak kecil sehingga kewafatannya.

Saidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. ketika beliau berusia 28 tahun dan dimakamkan oleh suami tercinta di Janat Ull baqih, Madinah. Sebelum meninggal beliau sempat meninggalkan 3 wasiat. Pertama, supaya Saidina Ali r.a berkahwin dengan Amamah bin al-Ash Bin Rabi’ yang merupakan anak saudaranya Zainab r.a.

Berkata Saidatina Fatimah,

“Sesungguhnya dia akan menjadi seorang ibu bagi anak-anakku seperti diriku dalam hal kasih sayang (yang ada padaku) dan juga kecintaan (yang ada padaku).

Kedua, membuat keranda untuknya yang berbentuk tempat tidur yang diikat dengan pelepah kurma yang menjadi pegangan dari tempat tidur (berbentuk seperti keranda), dan ia ditutupi dengan kain.

Ketiga, meminta suaminya menguburkannya di waktu malam di Baqi”.

Kehebatan Saidatina Fatimah az-Zahra harus kita contohi melalui sifat-sifat keperibadiannya yang unggul dan hebat. Sekiranya kaum muslimat samada seorang anak, isteri dan ibu dapat meniru dan meneladani sifat-sifat ini dapat kita menjalani kehidupan yang diredai serta mendapat kebahagian.


SUMBER


***


Bagaimana? Hebat kan? Keturunan Rasulullah hebat-hebat belaka. :) Beruntungnya mereka kan. Jadi, kita pun kenalah berusaha untuk jadi macam Fatimah iaitu mempunyai keperibadian yang sangat mulia. Giteww.. :) Jadi, lafazkan selawat ke atas baginda dan keluarganya ya?


29 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Eh wak, paling sedih kan. Bila Nabi Muhammad SAW nak meninggal dunia :(
    Fatimah sedih pastu Nabi kata jangan sedih, nanti Fatimah pun akan ikut Nabi juga.

    Fatimah terus happy and 6 bulan lepas tu . Dia pon meninggal juga :( <3

    Sangat perfect kan. Fatimah dengar mati dia happy. Kalau kita tahu bila kita nak mati... what will happen? :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah, sedih sangat kot time tu. klu kita tahu nak mati, mesti barulah nak beribadat sungguh-sungguh. klu tahu tak apa, klu tak tahu tu lagi takut.

      Delete
  3. fatimahlah srikandi syurga. anak kesayangan Rasullah :')

    ReplyDelete
  4. fatimah memang sangat berakhlak mulia... mesti beliau seorang yg sangat cantik kan? :)

    ReplyDelete
  5. dan tahniah kepada kak niena kerana telah mencapai 1000 followers! hee :) semoga terus sukses,akak! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai sweetnya dia eyh. ya, terima kasih sayang! :)

      Delete
    2. hehe,most welcome,my dearie sistar! :D saya setengah drpd akak,hehe... 500 followers...

      Delete
  6. Muhasabah diri..sesame kite perbaiki setiap kekurangan...dan jadikan Saidatina Fatimah az-Zahra sebagai contoh..

    ReplyDelete
  7. semoga kita jadikan ciri2 fatimah azzahra ini sebagai ikutan, role-model terbaik :)

    ReplyDelete
  8. wahhh, congrats follower dah 1k. thanks for this entry :)

    ReplyDelete
  9. Sebagai umat Islam, kita patut mencontohi akhlak baginda sebagai tanda cinta kita terhadap junjungan besar Rasulullah S.A.W.

    :-)

    ReplyDelete
  10. Fatimah, MashaAllah, ikutkan hati memang nak sangat jadi seorang wanita mulia seperti baginda.
    Tapi saya ni masih jauh lagi nak ke arah situ.
    Terlalu banyak kekurangan dalam diri.
    Tapi insyaAllah, berkat doa dan usaha, tak mustahil kan? :)

    ReplyDelete
  11. lengkap info. boleh buat study exam ni. =P

    Exam dah habis
    http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/11/exam-dah-habis.html

    ReplyDelete
  12. Tahniah ats followers cecah 1k..appn gud sharing niena,zaman skrg ramai yg x tau salasiah keluarga rasulluah

    ReplyDelete
  13. thanx for sharing yunk..

    x mampu menjadi seperti Fatimah Az Zahra..

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤