Pengalaman Gagal Ujian JPJ 2 Kali. Selekoh Z Musuhku!

30/5/17






Assalamualaikum dan hai loves~!


Salam ramadhan al mubarak.. Ini ialah entri pertama aku untuk tahun 2017. Tak tahu lah kenapa mood berblog dah semakin nipis. Mungkin semakin tua kah? Anyway, perkembangan terbaru aku ialah aku akan masuk matrikulasi tak lama lagi. Sesiapa yang ada pengalaman belajar di matrik, jemputlah share sama ya?! ;)


Baiklah, sebenarnya nak sangat share tentang ini. Selalu aku dok baca orang punya pengalaman. Macam macam pengalaman ada. Terpegang lutut JPJ lah. JPJ sombong ya amat lah. JPJ gatai meghela lah. Kehkehkeh. Aku punya cerita pulak aku FAIL TEST JPJ DUA KALI. JPJ semua okay sahaja. Tak ada la sombong ke gatal ke apa. Tapi diri sendiri lah pulak yang bermasalahnya...

Ceritanya begini... Aku belajar macam biasa la kpp02 dan kpp03 ni.. Cikgu pon biasa ja. Ada la jugak masanya dia garang. Lapaq kot.. Tapi kalau orang tak biasa dengan dia mesti ingat dia lelaki Ganu terakhir uolls.. Lembut ja cakapnya. Amboih.. Aku duduk dengan dia lebih kurang 10 jam dah kenal la juga orangnya macam mana. Hahaha... Jadi, semuanya biasa biasa sahaja. Belajar macam biasa.
Test JPJ pertama

Di litar... RPK RSM? Lepas dengan jayanya. Lagipun, JPJ bukan nak dengar sangat. Bosan kan. Bukit? Lepas dengan jayanya. Di sini boleh buat dua kali percubaan. Tapi kalau JPJ di tempat aku ni, baik jugak ada yang dia bagi 3 kali percubaan. Tapi aku, lepas dengan jayanya dengan sekali percubaan sahaja. Selekoh S? Lulus. Parking sisi? Lulus. Tiga penjuru? Lulus. SELEKOH Z? GAGAL!


Masa first time JPJ ni aku tak la meratap sangat dengan kegagalan di Z ini. Aku buat lek ja siap dok salahkan kereta tau sebabnya orang sebelum aku pon fail Z guna kereta tu. Kereta berpuaka kataku. Haha.. Ada ke patut salahkan kereta. Lagi satu, tak berapa nak rasa kesedihannya sebab dua orang kawan aku datang nak bagi semangat. Depa dua lulus dah. Punya la depa dok tengok aku dari dalam kereta last last fail kat Z.


JPJ tanya aku, langgar benteng tak? Aku jawab tak tau. Hahaha.. Saja la. Jawapan selamat. Kot kot la dia nak bagi lulus kan. Tapi dok juge.. Jujur bekerja JPJ ini. Bagus bagus... >.<

Di jalanraya.... JPJ tu muka garang ya amat... Tapi aku buat biasa saja. Dok bayangkan macam cikgu dok ada sebelah. Masa tengah jalan tu aku dah rasa dah kereta macam berat tapi aku lupa sebenarnya masa tu gear berapa. Aku pon try nak tukar gear tapi dah rasa gear kat bawah. Pastu aku pon tak apalah biar saja lah. Lepastu JPJ tu gertak aku okay.. Dia tanya reti tukar gear tak. Kalau tak reti dia nak bawak balik kereta. Aku cepat cepat la tukar gear. Dan akhirnya....


LULUS dengan jayanya di jalanraya. Alhamdulillah. Markah 70..


Test JPJ kedua


Untuk test kali kedua ni aku tak buat pon kelas tambahan. Acah acah boleh lah uolls. Mak aku suruh aku buat kelas tambahan tapi ketegaq, konon boleh aih... Aku pon pergi la test.. Seperti biasa, semuanya lulus dengan jayanya tapi.... SELEKOH Z FAIL LAGI!!!!


Masa tu terlukanya hati, Allah sahaja yang tahu. Tambah-tambah terluka bila result UPU keluar sehari sebelum test JPJ. UPU tak lepas. JPJ pon tak lepas. Wahaha... Aku tak boleh move on tau.. Lamaaa... Hati tu rasa nak merajukkk ja tak mau ambik dah. Nanti nanti lah dok ingat nak ambik. Tapi fikir fikir rugi lesen L aku pulak. Baru ja renew nanti nak renew lagi. Jadi, tak apalah. Nak ambik dua minggu dari hari kejadian pulak lah...


Masa nak ambik borang tu hati dah berdarah darah dah. JPJ siap tanya haritu fail kat mana. Padahal orang yang sama masa aku test JPJ kali pertama tu. Aku pon jawab sajalah. Dia tanya lagi kenapa tak berhenti kat Z tadi? Aku diammm ja.. Hati dah berdarah uolls. Tak ingin nak cakap banyak. Bila dia dah selesai bertanya aku pon cepat cepat ucap terima kasih dan blah! Sedihnya....


Aku sedih bukan sebab apa. Sebabnya satu sahaja. Sebab kena susahkan mak aku berkali kali. Kesian sangat mak aku banyak habiskan duit semata-mata nak dapatkan lesen aku ja. Maaf mak.. T.T


Test JPJ ketiga


Kali ni nak dengar cakap mak! Nak dengar cakap cikgu! Nak buat kelas tambahan! Tak nak mengata cikgu! XD Baiklah.. semalam buat kelas tambahan. Cikgu tu duduk bawah pokok dok tengok sahaja. Aku buat sajalah latihan tambahan berbekalkan ilmu yang ada daripada cikgu cikgu sebelum ni. Boleh pulak buat selekoh Z ni.. Amboi amboi amboi...  Mak ayah aku perhati ja dari luar. Tak apalah. Perhatilah.. Asalkan keredhaan mereka berdua tu ada pada aku. Tak gitu?


Jadi, hari ini.. Berbekalkan ketabahan hati dan tawakkal kepada Allah.. Aku pon pergi lah test JPJ dengan kawan aku ni. Kawan aku ni pulak dia fail jalanraya dua kali. Aku fail litar dua kali. Eloklah kami berdua. Sehati sejiwa kawan dari tingkatan satu. Hihi..


RPK RSM buat lah macam biasa. Terus buat bahagian enjin dan RSM sebab JPJ tak mahu buang masa agaknya. Lagipun aku ulangan ja. Bukit? Lulus dengan jayanya dengan sekali percubaan. Selekoh S? Tiada masalah. Berhati-hati sahaja. Side parking? Lulus macam biasa. Tiga penjuru? Lulus juga. Kereta senget sikit tu biasa. JPJ tu kata dia suka senget senget tu. Haha. Asalkan tak langgar garisan kuning sudah... SELEKOH Z yang dimusuhi dan digeruni? Selekoh berpuaka?

Akhirnya... Berkat bulan puasa dan doa mak ayah dan semua, aku LULUS DENGAN JAYANYA.... ALHAMDULILLAH... Nak menangis tak percaya lulus selekoh berpuaka ituuhhh... Dua kali gagal di situ. Selekoh Z sangat bencikan aku. Cuma semalam aku cuba tackle dia, dia pon nampaknya dah jinak dengan aku. Kekeke... Cuma tadi mati enjin. Tapi tak fail sebab mati enjin bukan kesalahan mandatori ya.. Jangan langgar benteng sahaja. Nak undur ke nak berhenti ke, BOLEH!


***


Jadi, itulah dia sedikit sebanyak pengalaman FAIL TEST JPJ DUA KALI. Hati bagai dikoyak rabak bila fail. Sedih weyh! Semua orang macam tak percaya okay aku fail test JPJ di litar sampai dua kali.. Tadi iolls kelentong mak iolls.. Mak aku percaya aku fail. Bila mak dah datang ambik, bagi sticker P dekat dia. Punya la dia terkejut. Haha.. Terima kasih mak. Siapalah aku tanpa doa mu. Sobs... Cikgu cikgu memandu pon.. Siapalah aku tanpamu semua. Walaupun ada jugak la rasa rasa tak puas hati tu, tapi janganlah nak kutuk kutuk cikgu sangat ya.. Aku berpakat dengan kawan aku ni, jangan dok kutuk cikgu wey. Sayang cikgu wey. Hahaha.. Akhirnya, kami berdua pon lulus dengan jayanya untuk kali ketiga ini...


Kesimpulannya, kalau dah fail banyak kali tu lepastu rasa tak pandai ke kan.. Buatlah kelas tambahan. Sebelum aku test JPJ kali pertama tu ada cikgu tu dah suruh buat kelas tambahan tapi ketegaq lagu tu la... Tu yang fail tu. Kuncinya, dengar cakap cikgu. Jangan kutuk kutuk cikgu sangat. Dengar cakap mak ayah. Percaya Allah akan bagi jugak. Jangan putus asa cepat sangat. Aku pon dah rasa dah perasaan tak mau buat dah. Kecewa. Luka. Tapi, ingatlah.. Allah pasti akan bagi jugak pada waktu yang tepat. Bukan dia tak mahu bagi, cuma belum masanya untuk kita lagi. Kita belum tiba di zon masa kita lagi. Zon masa kita semua berbeza-beza. Bukannya orang lain Allah bagi, kita Allah tak bagi. Bukan begitu. Allah tahu apa dan bila yang terbaik untuk kita. Percaya pada Dia, bergantung harap hanya pada Dia. InsyaAllah, Dia pasti bantu!


Credit: Google

Beginilah selekoh Z yang berpuaka ituh... Sekian lama bermusuh, akhirnya berjaya juga.. Alhamdulillah.. Kalau yang ambil lesen tahun sebelum sebelum ni, selekoh Z ni belum ada. Tapi sekarang dah tambah ya.. RPK, RSM, Selekoh S dan selekoh Z.




Last but not least, lagu khas untuk yang fail seperti aku. XD 

SIAPA SIAPA YANG PERNAH FAIL JUGAK TU, MARI LA SHARE PENGALAMAN HAMPA PULAK KAT BAWAH NI. SIAPA FAIL Z? JOM GENG DENGAN AKU! XD

110 comments:

  1. Omg tahniah & goodluck masuk matrik nanti 😉 saya punya test jpj esok . Wish me luck kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih! Good luck, Sya! Mesti boleh punya lah! Doa jangan lupa ya!

      Delete
  2. ada eh selekoh Z? kenapa eh macam tak pernah buat je dulu2, haihh. anyway congrats niena! teringat pulak dgn pngalaman ambil lesen dulu,hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada... Dulu2 tak ada lagi. Tak silap saya tahun 2015 kot yang mula diperkenalkan selekoh Z ni. Saja letew nak tambah2 supaya calon pon perlu tambah2 duitnya.. Hehe..

      Delete
  3. tahniah dah lulus! haha saya ni entahlah bila nak amek lesen. baca pengalaman orang lain pasal susahnya nk amek lesen memandu ni mmng seram pulak T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak mazni! Through all sweat and tears kak! Haha.. Tapi sebenarnya diri kita sendiri ja yang menentukan lulus ke tidak. Ramai ja kawan2 saya lulus dengan sekali test ja.. Cuma kena belajar betul2 la. Kalau cikgu tu ajar lebih kurang, kena la ambil inisiatif tukar cikgu ke tambah kelas ke. Hehe.. Moga satu hari nanti giliran kak mazni pulak dapat lesen ya! Fighting! ;)

      Delete
  4. Waahhh... really proud of you Niena. Dapat lesen dan dapat masuk matriks. Mesti budak pandai kan. Congrats! Qbal datang singgah sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much, Qbal! Tak adanya budak pandai. Saya memang budak biasa sahaja. Hihi.. :D

      Delete
  5. alaaaa sha takpernah ambik lagi lesen hahaha >< sha follow sini http://shafyqahazahar.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa.. One fine day mesti giliran sis pulak! Nanti, belajar drive betul2 tau! Biar dapat lulus dengan sekali test saja. Jangan jadi macam saya. Kekeke.. XD

      Delete
  6. Good luck for ur matriculation! Sy pun dulu lepasan matrik, tapi tak pasti valid lagi ke tips2 sebab dah lama da, macam 5 tahun lalu. hehe. skrg matrik da ada silibus baru. but no worry u'll be just fine. :D

    ReplyDelete
  7. Goodluck masuk matrik! Matrik best hehehehe kalau jumpa kawan best lah :)

    Baru nak ambik lesen, seram pulak hmmm

    ReplyDelete
  8. tahniah Niena...double congrats utk lesen dan Matriks...my daughter baru selesai Matriks dan skrg nk ambil lesen pulak sebelum tunggu result Matriks...

    ReplyDelete
  9. all the best dik !! belajar pilih kawan tau.. jangan main kawan jek.. buat baik kat semua orang tapi jangan percaya kat semua orang.. gittew--

    ReplyDelete
  10. kak miza pun dulu fail jalan raya..tak dan kereta gerak lagi fail dah..rupanya lupa pakai tali pinggang,nangis kat situ jugak T-T.macam mna boleh lupa pun tak taw..lepas ambik kali kedua alhamdulillah okay..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi nak tanya, kalau fail jalan raya kita repeat jalan raya jela kan? Takyah buat rpk kan , rsm still kene buat sebelum start jalan raya mcm biasa

      Delete
  11. failbanyak kali. tapi yg kali terakhir baru jumpa selekoh z sebab sebelum2 tu x wujud lg test selekoh z tu

    ReplyDelete
  12. Baru gagal ni ha litar tadi

    ReplyDelete
  13. Kandas on the road wehh . Kahkahkah . Orang lain buat salah sampai aku hampir2 nak terlanggar kereta dia , aku pulak kena terima akibat dia . Huks . Dah lah abam jpj tu tak sporting . Asyik nak marah tanpa sebab jee haa . Apa entah dosa aku kat dia . Hahaha .
    😂

    ReplyDelete
  14. Kali prtama dua bhagian dlm litar gagal kt selekoh z dn parking, kali ke 2 gagal kat selekoh z..ni kali 3 arap2 lulus la

    ReplyDelete
  15. isnin ni aq test jpj repeat... gagal kat side parking... road alhamdulillah dah lepas ... pray for me 🤚🏻✋🏻

    ReplyDelete
  16. Kalau saya gagal ujian litar dan kemudian saya lulus ujian jalan raya adakah saya perlu buat lagi ujian jalan raya pada ujian jpj yg kedua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu. Cuma ulang bahagian litar sahaja. :)

      Delete
  17. Tengah tunggu anak ..baru test jpj. Gagal kali ke dua 😆. Tunggu buat bayaran utk ambil test jpj kali ketiga.

    ReplyDelete
  18. saya pon sama gak..semalam test jpj ujian ramp lepas walaupon hujan lebat..tp failed kt mdaki bukit terlanggar tiang time nk turun..ALLAH sedihnya hati..frust gila smlam..next ulangan 16/1 nanti...litar shja ggal..doakan sy lulus nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini fail bukit jpj terus halau or siap semua dulu??

      Delete
    2. ini fail bukit continue or jpj terus halau??

      Delete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Harini saya test jpj..gagal jalan raya kali kedua..dua2 gagal dkt pintu pagar driving school..kecewa..doakan saya next test..

    ReplyDelete
  22. Harini saya test jpj..gagal jalan raya kali kedua..dua2 gagal dkt pintu pagar driving school..kecewa..doakan saya next test..

    ReplyDelete
  23. Semoga sesiapa yang akan lalui ujian JPJ yang akan datang nanti akan beroleh kejayaan! Amin... Andai gagal, jangan putus asa! Rezeki untuk lulus tu pasti akan ada juga nanti! Bila dah lulus, pandu dengan berhemah dan jemput share kejayaan tu di sini ya! ;)

    ReplyDelete
  24. bayar utk ulangan berapa? lama tak utk tarikh ulangan dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di tempat yang saya ambil di Kulim, ulangan RM105 tak silap saya. Tapi bergantung pada tempat. Setiap tempat lain harganya. Boleh tanya di institut memandu yang awak test jpj. :) Tarikh ulangan pula, kalau di tempat saya juga boleh retest bila bila saja. Yang ini pun, awak boleh tanya sendiri institut memandu awak.

      Delete
  25. contoh kalau kita gagal selekoh Z kita kene ulang balik semua kali ke? awak whatsapp saya boleh saya tak, takut saya tak perasaan awak reply (0172908175) aly

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ulang semua elemen dalam litar (bukit, selekoh S, side parking, tiga penjuru dan selekoh Z). Kalau gagal litar, lulus jalan raya, hanya perlu ulang di litar sahaja. :)

      Delete
  26. Saya pon gagal ujian pertama di litar n jalan raya, litar masa side parking nak masuk petak langgar garisan depan n jalan raya pulak kereta viva kan angkat kluc dah sedia nak jalan tapi kereta tiba2 stop tengah jalan n yang peritnya bila jpj kata ok berhenti tepi ye awak gagal rasa nak jerit , nangis semua ada tapi nak buat macam mana redha and cuba lagi 28/02/18 ni ujian lagi doakan saya lulus ya.amiin

    ReplyDelete
  27. Saya gagal test jpj kali kedua haritu.. 21 hb haritu test and dah lulus... Lega..alhamdulillah..huhu.. Good luck lerr yg nak test jpj tu..

    ReplyDelete
  28. Saya pun gagal jgk dlm test jpj.. msuk dua kali dah. Klu gagal dlm satu tmpt shja x pe lgi.. ni sy ambil dua kali test jpj dua kali jgk sy gagal. Dah lah gagal kat litar ngan jln raya dua kali plk tu.. rase cam putus asa gak.. ni ambil kali ke tiga.. rasenya cam sma je.. mcm rasa akan gagal lgi.. abis mak ayah marah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, satu hari nanti pasti ada rezeki awak! Kalau tak ada halangan, boleh lah buat latihan tambahan sebelum ambil JPJ test yang seterusnya. Pastikan mahir betul2, baru ambil test lagi. Jangan risau, cuba bina keyakinan diri dan doa pada Allah sungguh2. InsyaAllah, rezeki milik awak!

      Delete
  29. Aku fail jalan raya sbb x tahu jalan , pulak tu dpt jpj perempuan yg tgh pregn

    ReplyDelete
  30. Saya one shot je litar and jalan raya sekali je lulus maybe rezeki saya alhamdulillah baru semalam lulus :)

    ReplyDelete
  31. Yeay saya lulus dah semalam hehe sekali je test alhamdulillah berkat doa family kawan kawan and solat hajat

    ReplyDelete
  32. Alhamdulillah saya dah lulus dengan sekali test semalam :)

    ReplyDelete
  33. Saya kandas kat jalan raya, nak keluar institut memandu tu lupa bagi signal. Hm. Litar okey. So saya kena repeat litar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lulus litar, tak perlu ulang dah. Hanya perlu ulang jalan raya sahaja. :)

      Delete
  34. Baru gagal tadi kat litar mandatori terus sebab lupa pakai tali pinggang keledar.. perasaan tu ya allah :(

    ReplyDelete
  35. Alhamdulillah baru lulus tadi .test kali ke-2 jln raya.selamat dapat jpj sempoi.

    ReplyDelete
  36. Replies
    1. Kalau di institut memandu saya, retest rm105. Tapi setahu saya setiap institut lain2 harganya. Boleh tanya institut memandu awak ya. Apa2pun selamat maju jaya! :)

      Delete
  37. Sedihh baru test jpj tadi gagal dekat litar bahagian ramp untuk auto, gugup sangat sampai lupa step dia, melayang duit kena ulang balik jpj, hope next test lulus dengan jayaa nyaaa 😭

    ReplyDelete
  38. sedih +putus asa dh rasa.. hri ne mngulang yg prtama dlm litar xlulus parking sisi..hri tuh sbb bumper belakng cecah garisan..hri ne tayar pulak jejak garisan.. 😖..hrpnyer nnti mngulang untk kali kedua lulus lahh.. 😞

    ReplyDelete
  39. sedih +putus asa dh rasa.. hri ne mngulang yg prtama dlm litar xlulus parking sisi..hri tuh sbb bumper belakng cecah garisan..hri ne tayar pulak jejak garisan.. 😖..hrpnyer nnti mngulang untk kali kedua lulus lahh.. 😞

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah segalanya dipermudahkan untuk awak! Jangan putus asa ya! Rezeki pasti milik awak! Amin...

      Delete
  40. Semalam baru test jpj . Sy gagal dekat side parking . Jalan raya lulus . In shaa Allah 18 ni sy ulangan test jpj . Doakan sy berjaye . Sy fail di litar 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, segalanya dipermudahkan untuk awak! Ingat step betul2 ya! InsyaAllah parking sisi tak susah kalau ingat step. Apa2pun, semoga berjaya! Rezeki pasti milik awak! Amin...

      Delete
  41. Kite belum lagi test jpj.. Bru latihan.. Just nak tanya kalau latihan jalan raya.. Meter kereta dorang set x?

    ReplyDelete
  42. Sy nak tye kalau gagal bahagian II sahaja kali ke 2, perlu ka amik ujian bahagian II dan iii untuk yg ke 3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu. Cuma ulang bahagian yang gagal sahaja. :)

      Delete
    2. Tempat saya kena ulang semua dlm litar dgn bayaran RM130

      Delete
  43. Alhamdulillah saya lulus sekali je..
    Berkat doa mak ayah cikgu kawan kawan...

    ReplyDelete
  44. saya gagal jalan raya dah nak masuk 2 kali dah sis.Semalam balik je dari test saya murung tak kluar ii dari bilik.saya sampai dah nak putus asa dah nak amek lesen.Orang lain semua passvjapan raya sayaje yg payah sgt.litar saya lulus.mungkin saya nervous sangat kot:'(((((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga rezeki untuk lulus milik awak! Sekiranya awak belum reteset, jangan putus asa ya! Doa banyak2 dan bertenang.. Kalau boleh, sebelum nak retest lagi, buat latihan tambahan dulu dengan cikgu supaya boleh tambah kecekapan dan keyakinan..

      Delete
  45. Haritu test dah jpj..saya amek auto..kat jalan lulus tapi kat litar bahagian ramp gagal...sebelum ni tak rasa apa pon mungkin takde rezeki..tapi skang rasa takut plak nak ulang test..next test 7/11..doakan saya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, Allah permudahkan untuk awak. Goodluck ya! Jangan lupa teknik yang cikgu ajar.

      Delete
  46. Saya pon dah dua kali gagal tapi dkt bukit dgn tiga penjuru 😭😭 Lepas ni saya ambik ujian kali ketiga. Doakan saya berjaya lulus macam awak juga. Saya taknak kecewakan parents lagi😢

    ReplyDelete
  47. Saya pagi td(6/12/18) Test JpJ...jlnraya alhamdulillah...lulus...cuma gagal tang nk kuar parking,tayar kiri kena line putih...sedih memang sedih...tapi x aper...insya Allah ulangan nnti...lulus

    ReplyDelete
  48. Boleh saya tahu...jika gagal tang parking...bila ulangan...kena ulang balik semua dlm litar yea..?

    ReplyDelete
  49. awak saya dh 2 kali gagal sebab selekoh Z allahu sedih sangat, sedih sbb marah dgn diri sndiri pastu keluar duit family lagi😔😔. awak doakan saya lulus minggu depan ye😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sangat2 faham perasaan awak! Tapi apa2pun jangan putus asa ya! Jangan lupa doa banyak2 dan kalau boleh buat latihan tambahan sebelum retest! Good luck! Saya yakin Allah pasti bantu.. InsyaAllah!

      Delete
  50. Hari ini test jpj... alhamdulillah jalan raya lulus... cuma gagal dlm litar... side parking... sebab bumper belakang terkeluar dr garisan kuning je...huhu... hari khamis ni repeat lg... btw tmpt sy kena repeat mahal kot bayarannya rm150..

    ReplyDelete
  51. Nak tanya, kalau dekat Z tu. Klau kite terlebih skit ke depan tpi tk langgar benteng lagi boleh ke nk reverse sikit macam tu? 🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di tempat saya boleh. Tapi rasanya ada juga yang peraturannya lain kalau di sesetengah tempat. Boleh tanya cikgu awak atau tengok sendiri waktu ujian JPJ di tempat awak ya. :)

      Delete
  52. Smalam test jpj alhamdulillah litar lulus, jln Raya gagal.. Doakan test jpj yg akn dtg lulus.. Tpi klau ulangan jln Raya kena buat rpk lgi ke?

    ReplyDelete
  53. Smalam test jpj alhamdulillah litar lulus, jln Raya gagal.. Doakan test jpj yg akn dtg lulus.. Tpi klau ulangan jln Raya kena buat rpk lgi ke?

    ReplyDelete
  54. Hy nak tanye. Akk amik kelas tambahn yg mcm mne tu? sbb sya bru amik lesen . So mcm agak gementar skit. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya kelas tambahan daripada 10 jam yang kita wajib ambil tu. Extra class la. Kalau tak pasti juga, awak boleh tanya institut memandu awak ya. Saya rasa semua institut memandu boleh ja buat extra class tapi kena bayar lebih la.. :) Good luck ya ambil lesen!

      Delete
  55. Hy nak tanye. Akk amik kelas tambahn yg mcm mne tu? sbb sya bru amik lesen . So mcm agak gementar skit. .

    ReplyDelete
  56. Hai akak. Rabu ni saya test jpj. Doakan saya yee huuu takut 😩

    ReplyDelete
  57. Saya test 9.5 ni lps dpt result upu jugak xD Doakan saya lulus

    ReplyDelete
  58. Saya baru semalam habis belajar kpp02. Mggu depan belajar kpp03 habis tu terus test qti. Confident tak confident hanya Tuhan saja tahu perasan akak sekarang ni 😅 dia punya nervous lebih awal dr test qti

    ReplyDelete
  59. Awak gagal selekoh z je kan, tapi masa nak kena ulang test jpj tu , awak ulang semua ke maksudnye dgn jalan raya sekali ? Ke waltu awak retest tu just retest dalm litar je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya ulang dalam litar sahaja. :)

      Delete
    2. Ooo..jadinya kalau yang gagal kat litar,nanti orng jpj tu just panggil untuk test litar je lah?

      Delete
  60. Kene byar brpaa klau gagal litar shaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di tempat yang saya belajar retest RM105 tak kira gagal litar sahaja atau kedua-duanya sekali. Tapi setahu saya setiap institut memandu lain2 harganya. Lebih baik tanya pada institut memandu awak untuk kepastian ya. :)

      Delete
  61. Klau gagal litar sahajaa krne byar brpa?

    ReplyDelete
  62. Saya gagal litar hrini..gagal selekoh z..harap ulangan mggu depan lulus la hendaknya.Klau gagal litar sahaja kena rpk lg ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga awak lulus dengan jayanya! Amin.. Ya, kena ulang semula rpk.

      Delete
  63. Hrini saya gagal selekoh z...mggu depan harap lulus la hendaknya.Klau ulangan litar saja kena buat ujian rpk lg ka?

    ReplyDelete
  64. asslm sis...sy lulus test bukit tapi bhgn litar sy sangkut cuma sbb lupa nk bagi signal dkt mini roundboard kt litar tu...kalau sy repeat test, bukit sy kena ulang ke?

    ReplyDelete
  65. Alhamdulilah before ulang untk kali ke3, saya bce blog awk nk ambik semangat sikit. Yg first gagal kedua2 bhgian. Yg second, gagal litar kat selekoh z sbb naik atas divider ����. Dan alhamdulilah ke3 lulus z yuhuuuu. Berkat doa parent/keluarga, berpeluh fikir duit habis beratus setiap kali repeat ������

    ReplyDelete
  66. Baru lepas buat test jpj. So far jln raya okay, masuk litar kat bukit dh tertekan minyak bnyk, okay lagi then lay parking sisi Masa latihan okay je, smooth tapi bila test jpj aku dpt rasa aku naik divider sbb jpj tu pandang tayar depan. Aaaa takut, hrap sgt tu perasan aku je. Doakan sy lulus

    ReplyDelete
  67. Tadi fail selekoh z...lnggar divider haha

    ReplyDelete
  68. Hai,nak tanya tadi kalau tak lepas selekoh s sahaja tapi jalan raya lulus. Utk ulangan jalan raya perlu buat test lagi ke atau kena buat sekali dgn litar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.. Tak perlu ulang jalan raya. Hanya ulang di litar.

      Delete
  69. Gagal gais buat kali ke dua kali ni bahagian bukit yg prtma tiga penjuru sakit hati btul di buat nya so harap kali ke tiga ni lulus lah tuhan ja thu perasaan skrg ni Yala gagal dua kli kot

    ReplyDelete
  70. Salam...Sis,.makcik ni gagal kt 3 penjuru, bkt & parking ok lg laa, nty kena repeat plk tu, semua element litar.. Doa2 kn la agar lulus semua... Faham sgt2 perasaan x lulus ni.. down & sedih sgt2.. dh la duit dh byk keluar nk buat lesen ni... Hrp2 yg test repeat ni lulus laaa.. Doa2kn ye..semua.

    ReplyDelete
  71. Salam...Sis,.sy ni gagal kt 3 penjuru, bkt & parking ok lg laa, nty kena repeat plk tu, semua element litar.. Doa2 kn la agar lulus semua... Faham sgt2 perasaan x lulus ni.. down & sedih sgt2.. dh la duit dh byk keluar nk buat lesen ni... Hrp2 yg test repeat ni lulus laaa.. Doa2kn ye..semua.

    ReplyDelete
  72. next week test litar lagi sekali. gagal bukit. boleh pulak bukit tu tetiba jd tinggi sangat, xpepasal mengundur kete..wish me luck fo next week.

    ReplyDelete
  73. saya pun gagal kat litar hari ni 15.11 22 kat bukit 3 pnjuru lepas mai kat paking sisi punya la bg rapat dalam sekaki ngn divider tu xpsal2 tlgar trus divider..jpj pgil no kta da langgar divider fuh mmg sedih sgt la prsaan time tu..jln raya lulus..2 mnggu g kna repet litar plak..nsib baik la tmpt sya 73 rgit ja.lesen d.hrap2 smua yg nk repet test jpj ni akan lulus la ye.💪💪

    ReplyDelete
  74. salam hi nak tanya contoh kalau kita gagal dekat litar bahagian ramp kita kene ulang balik semua sekali ke? sekali dengan rsm rpk tu?

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤