Safi Fair Beauty

16/12/13




Assalamualaikum...


Kenapa hah masa begitu pantas berlalu? Kenapa kenapa kenapa? Dunia akhir zaman.. K, faham.. So yeah motipnya kenapa aku tanya masa cepat sangat berlalu cause aku rasa baru berapa hari yang lalu aku tulis entry yang lepas. Tengok-tengok dah 5 hari dah tau uollsssss...


Oh ya, ada kaitannya lah masa dengan benda yang nak aku share dengan hampa nih.. Aku rasa baru semalam aku beli benda alah Safi Fair Beauty ni.. Bukan Safi Rania tau.. Hikk! Okey, product ni still baru lagi and aku dah cuba and hasilnya aku berpuas hati jugak lah even taklah hundred percent kembali kepada warna kulit aku yang asal...


Masalah aku is aku bukan nak kulit cerah macam yang dalam gambar atas sana tu. Aku kena sunburn. Aku just nak kulit aku kembali kepada warna asalnya yang warna kuning-kuning-kuning langsat... Lama tak cakap kuning langsat rasa macam... Tah..


Aku banyak sangat membebel lupa nak tulis Safi Fair Beauty ni bertindak sebagai apa...


Rangkaian Pencerah SAFI Fair Beauty dengan gabungan ekstrak buah-buahan sitrus Natural AHA Complex, Vitamin B3 dan Pelindung UV membantu melembap serta mempercepatkan pembaharuan sel kulit untuk kesan pencerahan yang lebih efektif. Hasilnya, kulit 8 kali lebih cerah sekelip mata* 
Cubalah dan kembalikan keyakinan dengan hasil yang menakjubkan!


Kalau nak tau lebih lanjut boleh lah klik Safi. 8 kali pencerahan dalam sekelip mata ni tak adalah tapi macam yang dia kata jugak dalam masa 2 minggu haaa barulah cerah berseri. Katanya, bukan aku kata. Tapi betul lah, memang agak berkesan juga.. :D


Aku suka bau cleanser and krim dia. Sedap! Rasa macam ketagih nak cium banyak kali gitu.. Tapi tak adalah cium banyak-banyak kali kang ketagih betul kang aku makan kang. Apa banyak sangat kang nehh.. And-and-and aku nak habaq yang kulit aku memang serasi dengan Safi. :D Giteww..


Jadi, yang ada masalah kulit terkena sunburn ke nak cerah kulit ke apa ke, bolehlah try.. Cubalah dulu.. Mana tahu berkesan dekat hampa pulak ke kan. Oh, laki pun ada pakai tau tapi aku tak taulah dia pakai berkesan ke tak. Saya sudah mencuba, anda bila lagi? Hehehe...


Illal Liqa, sayangs! ;)


76 comments:

  1. akak tak pernah pakai apa2 product cleanser or krim bagai ke...hewhew
    tak berani try and memang dah dinasihatkan supaya tak guna apa2 product sebab kulit ni kulit sensitive tahap gila gaban..ahahhaha

    akk allergic skin...dr kecik..so mg xleh kena apa2 chemical product...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh gitu eyh.. Tapi tak apalah kulit kak elok ja tengok.. :D Saya, alhamdulillah lah tak ada kulit sensitif.. :)

      Delete
    2. kalau sunburn niena try laa guna sun protection cream...sebelum keluar ke pakai...so ada laa uv protection sikit ;)

      Delete
  2. bagus lah serasi jugak dengan produk ne...yang cik ne masih lagik tercari2 produk yang serasi dengan kulit cik ne..memilih sungguh kulit muke cik ne hahhh...susah nak jumpe produk sesuai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh itu ke.. Kena pilih produk yang betul2 serasi dengan kulit. Takut lah tak sesuai nanti jadi teruk pulak kan.. :)

      Delete
  3. tapi kalo lelaki agak2nye sesuai guna produk pe nak bagi cerah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh tu eyh? Saya tak pasti tapi kalau nak try safi fair beauty ni pon apa salahnya kan.. Hahaha! :D Alah kalau laki kulit gelap tak ada hal sangat lah.. :)

      Delete
  4. saya pun guna brand safi jugak..alhamdulillah ok..produk dia bagus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, satu lagi geng saya. Hihi..

      Alhamdulillah.. Betul2, produk dia bagus lagipun halal! :D

      Delete
  5. sis pun pengguna safi jgk . Tapi kan , sis rasa mcm dah nak terpengaruh la ngan entry ni .. hahaha (cepat terpengaruh) . Nak try lah kalau mcm ni punya berkesan *bkn sis kata tapi Niena yg kata* .. Heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Memang nak pengaruh orang pun. Tapi kadang2 ikut kulit juga. Try lah dulu.. Kalau berkesan and serasi, bolehlah beli lagi.. Eceh macam pantun pulak ya sis.. :D

      Delete
  6. i pakai cleanser safi balqis. tapi moisturizer.toner.night cream. i pakai nutox. so far campur campur lg okay utk kulit i. hahah.
    safi fair beauty kwn i pakai. dia kata best sgt =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa, dulu saya pon pakai safi balqis. Kulit kalau kasar-kasar tu bila pakai cleanser safi balqis berapa hari je dah lembut balik.. :D

      Baguslah tu kalau okey dengan kulit!

      A'ah memang best sangat safi fair beauty ni.. :D

      Delete
  7. kena sunburn ke???moga cepat pulih ya..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kena sunburn. Buat apa sampai terkena sunburn pon tak tahu.. Oh ya, terima kasih.. :)

      Delete
  8. Wahhh safiiiii hihihihi
    qila suka safi <3
    tapi tak pakai pon hohohohoho

    untunglah serasi giteww :p hihihihi. patut lah flawless pong :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa, tak pakai ke? Kak qila pakai apa? Eceh flawless lah sangat ya.. Hikkk.. >.<

      Delete
  9. eh baru dgr...product baru safi ye..huhu sy xsesuai guna safi..muka naik jerawat..tskk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, product baru safi.. Oh iya ke? Hmm, biasalah tu ada orang yang sesuai ada yang tidak.. Jadi, kena cari yang betul2 sesuai dengan kulit kita.. :)

      Delete
  10. saya pun sunburn jugak,haha... tak pernah lagi try safi fair beauty ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senasib lah kita ya.. Try la tengok, mana tahu berkesan kat kulit fatanah pula ke... :)

      Delete
    2. hehe,tengokla... nanti saya try,hehee :) tq kak niena! :DD

      Delete
  11. produk ni bagus ae?akak memang selalu pakai safi ni sebab serasi ngan kulit tapi yang ni tak pernah try lagi..ada duit nanti boleh beli..hehee ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, cuba jangan tak cuba! Kalau serasi, bolehlah beli lagi! :D

      Delete
  12. boleh try ni. akak guna tanaka white ada sikit je kesan dia. mungkin pencuci muka tu tak sesuai dgn kulit akak kot. huhu T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah nanti ya.. Kadang2 skincare ni pon ikut kulit. Ada yang sesuai ada yang tidak kan.. :)

      Delete
  13. Heeee ;') . Saye tak guna ape ape produk pun sekarang , tengah cari yang sesuai lah ni . Penat mencari , haha .

    Btw jemput join first GA saye iaitu ' Buddyz Giveaway ' :

    http://mrssuperawesome.blogspot.com/2013/12/buddyz-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, cari betul2 ya.. :D Oh, terima kasih jemput saya. Nanti jika ada peluang, saya join ya! :D

      Delete
  14. Kak Ida pun sama mcm Ika, tak boleh pakai benda2 ni...kulit sensitif sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah juga kan kalau kulit sensitif. Jangan pakai sembarangan produk ya akak.. Hati-hati ya! :)

      Delete
  15. samalah dgn akak. kena sunburn sejak sekolah rendah lagi. lebih2 kita yg bertudung nie, ketara sangat berbelang nya -.- haha btw, akak tak pernah cuba safi nie. tiba2 pulak hati memberontak nak cuba lepas baca entry nie. haha in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram betul kan bila tengok kulit asal kita tak adalah gelap sangat. Rasa kalau boleh tarik kulit yang gelap tu, nak je ditariknya! Hakhak. Eh, ya cubalah dulu. Kalau berkesan, Alhamdulillah. Kalau sensitif berhenti ya! Tapi mula2 saya pakai ada gatal2 but lama2 okey and nampak perubahan!

      Delete
  16. haa lepas ni cepat2 pergi interview jadi duta Safi. Yng jadi duta safi itu entah ye entah tidak pakai produk safi xD

    kalau saya, pakai bedak sejuk ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halamak tak layak le saya nak jadi duta safi.. Haha.. Haa tu la.. Kulit dorang tu memang dah cerah dah lawa.. Hehe..

      Pakai bedak sejuk eyh.. Lama tak buat tu. :D

      Delete
  17. akak masa sekolah dulu suka pakai fair n lovely . pastu fairever.. yg ni xtau wujud lagi ka dak dah.. :) selalu kalo burn pakai safi hijau beauty cream tu . boh byk2 waktu malam masa nak lena tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menjadi ka kak pakai safi hijau tu? Saya tak boleh sangat pakai safi hijau, rasa macam nak nek jerawat ja. Daripada tak dak, tumbuh jerawat seketoi kat muka. Ahaha, serik! :D

      Delete
  18. Wahh jadi promoter niena kali ni .. Fiqah guna clean & clear je .. Tapi cuti ni kurang sunburn , tapi naik sekolah nnti habislah sunburn muka nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. Risau jugak bila naik sekolah nanti. Jangan lama2 duduk bawah panas...

      Delete
  19. yang ini produk safi yang baru tu ya.. setakat ini akak berpuas hati menggunakan produk safi.. akak guna safi rania gold, maklum la usia dah meningkat ni.. hehe.. yang safi fair beauty ni belum cuba lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ini produk safi yang latest. Ouh safi rania gold.. Mak saya pernah cuba juga. Macam2 dicubanya tapi tak tahulah berkesan ke tidak.. Hihihi.. Bolehlah juga kak kalau nak cuba saja2 ke.. :)

      Delete
  20. belum pernah try lagi produk ni, selalu tgk kat tv ja. tapi losyen safi akak suka, wangi je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan kalau pakai benda wangi2 ni. Hihi.. :D

      Delete
  21. Wahh macam best je. Hehe scha tak pernah try lg yang ni

    ReplyDelete
  22. Wah! Macam menarik jer. Tapi kalau kulit Eyz ni jenis payah sgt nak sembuh. Ambil masa berbulan-bulan, tu pun masih ketara belang2 dah mcm beradik kuda belang dah. Hihihi. Tapi kalau Eyz sunburn Eyz guna produk aloe vera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ramai juga yang guna produk aloe vera kalau terkena sunburn kan. Saya pulak cepat kena sunburn. Duduk bawah panas kejap dah gelap. Sedihhh.. :(

      Delete
  23. awak pakai bape kali sehari krim ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutlah berapa kali saya basuh muka. Selalunya lepas basuh muka ja, saya pakai. :)

      Delete
  24. Hey , tumpang tanya boleh ? Memang kalau mase mula mula kita pakai tu kulit keta jd gelap sikit ea ? Saya baru pakai 2 hri tp mcm gelap je muka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, tak ada pula jadi dekat saya. Mungkin duduk bawah matahari agaknya?

      Delete
  25. Assalamuaikum..sy nak tnya..akak ad rse gatal2 tak kat muka bila guna krim prncrah wajah safi tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. A'ah saya pun mula-mula pakai memang ada gatal juga. Tapi lama2 dah okey. Mungkin sebab kulit baru nak kenal dengan krim tu agaknya. Tapi kalau rasa gatal and pedih rasa macam dihiris-hiris, jangan teruskan ya! Takut jadi lain pula.. :)

      Delete
  26. Saya nk try pakai safi fair beauty la...produk ni sesuai x untuk muka berminyk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak berani kata apa-apa. Cubalah dulu ya.. Kadang2 produk ikut kulit juga kan.. Tapi kalau tak sesuai, berhenti ya! Kalau sesuai, bolehlah teruskan... :)

      Delete
  27. Saya nk try pakai safi fair beauty lah.produk ni sesuai x untuk muka brmnyak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, cubalah... Katanya sesuai untuk semua jenis kulit. Jadi, cuba dulu lah. Kadang2 walaupun katanya sesuai, kulit kita lain2.. Tapi nanti kalau tak sesuai, berhenti ya! :)

      Delete
  28. Blh ke pkai krim ni wktu mlm.....brape kli shri n wktu bile???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ja.. Saya pakai jugak waktu malam. Saya apply dua kali sehari. Pagi and malam. :D

      Delete
    2. waktu malam awk pakai semasa nk tidur ke?

      Delete
    3. pakai waktu malam semasa nk tidur ke?

      Delete
  29. Blh x pakai wktu mlm??brape kali shri n wktu bile???

    ReplyDelete
  30. Hai nak tanya. Time pakai safi ni, ada tak kulit muka mengelupas ? Sebab saya baru pakai 4 hari n nampak ada memgelupas sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kulit saya tak mengelupas tapi gatal2 jugak la masa mula2 pakai. Tapi kalau kulit muka awak jadi makin teruk, berhenti ya. Takut tak sesuai. :)

      Delete
  31. Nak tanya :D
    Kalau pakai cleanser tuh. Kena pakaj sebelum ke selepas krim
    Akak guna camne ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semestinya cuci muka dulu baru pakai krim. Kalau pakai krim dulu maca mana tu? Ehehe...

      Delete
  32. ha,mula² gatal kan?tu pendapat saya lah..saya baru jw pakai hr ni.tiba² gatal plk.Apasal eik?sy pkai krim safi fair beauty tu lah..arhh..satu lagi,rasanya dia punya tindak balas cerah tu dalam berapa hari eh?just tnya ni..hope ada yg bls.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak tahu lah apa sebabnya jadi gatal2 tu. Tapi bila saya dah lama sikit pakai dah okey dah.. Alamak, saya tak ingat pulak dalam berapa hari boleh cerah. Tapi saya pakai dia hanya jadi cerah macam kulit asal je lah sebab kena sunburn. Hehe.. :)

      Delete
  33. memang gatal sbb pembentukkan sel kulit bru..lama2 ok lh tuu ..sa pakai lmbut ja muka..bole tarik3 cm kulit bayi

    ReplyDelete
  34. Rasa gtal tu sbb pembaharuan sel kulit...sa guna pun gtal tpi lma2 x sda..Dan lembut sja muka bole dtarik tarik cm kulit baby hahaha

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum.. Sy nak tanya.. Akak guna cleanser dan cream dia pagi and malam ke? :D

    ReplyDelete
  36. Sy gna jrg2 jer.sbb klau gna hei2 pn,muka gelap jgk sbb kna sunburn...ni yv geram nii.asyik2 sunburn.klau mcm tu,bilalah kulit sy ni nk putih..������

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤