Assalamualaikum..
Sebelum aku masuk tajuk, aku nak cerita sikit. Boleh nah nah? Pasal entry yang lalu, mungkin ada yang salah tafsir. Maksudnya, fikir aku marah dan tuju hanya kepada seorang individu sahaja. Maaf, andaikata terasa hati. Entry tu tak ada pun aku nak marah atau apa and entry tu umum. Entry tu aku tulis berdasarkan diri aku sendiri jugak sebab dulu pun aku dok marah-marah bila orang tulis macam tu bila datang blog aku. Semua yang aku tulis tu berdasarkan diri aku sendiri jugaklah dan untuk ingatkan diri sendiri juga dan pengajaran untuk semua orang. Lillah, aku tak pernahlah nak tuju dan sindir-sindir seseorang individu dalam entry aku. Tak baiklah begitu kan... :)
Baik, cukup soal entry lalu. And what? Meminang? Awat, siapa yang nak meminang siapa ni? Ihihi... Aku adalah berbual dengan seseorang and tiba-tiba dia cerita pasal ada seorang perempuan ni nak ajak lelaki ni kahwin. Lepastu si orang yang aku berbual ni pun katalah 'tak malu ke dia ni?'. And I were like. Seriously weyh hang kata macam tuuuuu???? O.O
Wey... Sekarang ni tak ada istilah tak malu ataupun apa kalau soal nak ajak kahwin ataupun nak meminang. Apa, kita nak kata yang perempuan kalau meminang lelaki ni perigi cari timba? Gitu? Nenek-nenek, mak-mak kita dulu yang begitu. Tapi, why not bila kita imbas kembali pada zaman Rasulullah.
Bukan ke Siti Khadijah datang menawarkan diri kepada Rasulullah? Tak baik tau kata begitu. Macam seolah-olah nak kata yang Siti Khadijah ni pon tak malu ke? Dalam Islam, perempuan meminang lelaki ni tak ada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah. Giteww.
Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)
So, tak adalah istilah-istilah tak malu daripada mulut kita bila ada yang meminang lelaki atau ajak lelaki kahwin selepas ini. Kalau nak lebih detail dan sesungguhnya aku pun bukanlah pandai sangat nak cakap pasal ni memandangkan aku ni budak 14 tahun sahaja, bolehlah klik SINI ataupun search di google. :D Atau.. atau.. Bolehlah tengok video ni kot-kot malas nak baca ke kan.. ;)
And, pasal knowledge. Aku berbual dengan orang yang sama jugak macam di atas. Dia tanya aku pasal siapa entah, lepastu aku kata aku tak kenal and dia pulak macam 'seriously weyh hang tak kenal dia? dia ni famous. semua orang nak ikut gaya dia bla bla bla....'.
Aku pulak terfikir like, tak mengapa kalau tak kenal orang biasa ni daripada tak kenal Malaikat, tak kenal Rasul. Yes, it's knowledge. Orang tu katanya satu dunia kenal. Tapi pada aku, tak mengapa tak kenal dia asalkan tahu pasal Islam. I mean macam, mana lagi malu kalau orang tanya kita malaikat sekian buat tugas apa, nabi sekian ceritanya bagaimana and kita tak tahu as kita ni orang Islam sendiri. Nampak tak apa aku maksudkan. Kan kan kan??? :)
So, itu sajalah rasanya and janganlah kata aku marah-marah dalam entry. Sungguh aku kata, aku tak pernah marah-marah pun dalam entry. Mungkin nampak macam aku serious and tegang saja tapi sebenarnya aku tak pernahlah nak marah-marah dalam entry. Sungguh ni. Kalau tak percaya tak mengapa, kalau percaya I love you. Tak habis-habis aku ni kan. :P Peace...
wow weee.. nak meminang lelaki . mcm best jerrr.. kakakaa...
ReplyDeleteYang berkenan tu, pinang saja. Tolak ke terima, cerita nomboq dua. Ihihi. :D
Deletewow niena... adehhh.. klo kena tolak tu yang sadis .. malu nya muka ni kan... kena kumpul kekuatan dgn tempek muka dgn kulit yg banyak baru dpt buat ^_^
DeleteAhahaha kak lieya.. Sabaq sajalah ya.. Malu tu memang, tapi maintain cool lah akak.. :D
Deletebetul tu, tk salah pmpuan meminang laki, dgn syarat org yg dipinangnya tu baik akhlaknya. kalau minang laki tu sbb buta cinta ke apa, taktahulah pulak hukumnya macam mana ^^ nice entry
ReplyDeleteYa, yang penting sekali akhlak dia bagaimana kan. Kalau yang nak dipinangnya mat-mat dalam rumah kosong, belakang lorong-lorong gelap, haa memang tak bolehlah. Hihihi.
Deletefamous pun kalau takde pekdah nak kenal tak guna jgk kan? hehehe
ReplyDeleteBetul kak, betul! Kalau tak membawa apa-apa faedah, lagilah tak guna kenal dia.
Deletetapi tunang akak yang pinang akak dulu tahun lepas, kalau lambat dia pinang, akak pi meminang dia dulu boleh laa kan kan ngeee :D
ReplyDeleteBoleh ja.. Tak ada masalah. Tapi okey arr tu, lelaki yang berani tu. Hihihi. :)
DeleteMmg zaman rasulullah ada brlku..zamn skrg brp ramai sgtlah yg tau kisah tu kn..akak trust la kt niena..bunyi mcm marah sbnrnya cuma ketegasan dlm berbicara je.brgntung pd tajuk la kan..love u2..hihii
ReplyDeleteEhehe. Kalau baca entry saya kena baca dalam nada yang slow dan perlahan sebab itu yang saya cuba sampaikan. Tak boleh baca kuat-kuat. Hehehe. Love you three kakak. :DDD
Deletebetul tu....kalau orang tanya kita pasal nabi dan malaikat...kalau kita tak tau jawab,tak ke malu..hmm... nice entry...hehe :)
ReplyDeleteHaa, lagi malu kan. :D Haha. Terima kasih sayang.
Deletetu la,hehe :) sama-sama! :D
DeleteKalau dah jodoh, sape2 pun boleh meminang .. tak kira lelaki pinang perempuan atau sebaliknya ... dua2 sah .. hehehe..
ReplyDeleteBetul tu.. :)
Deletekalau dh jodoh x kemana...tapi org selalu kaitkan dgn adat...
ReplyDeleteYang terlalu nak ikut adat tu yang payah sikit tu. >.<
Deletekalau lelaki tu berbaloi untuk dipinang ok apa..yang tinggi iman dan akhlaknya :)
ReplyDeleteBetul! Kalau dah kita nampak pon boleh jadikan suami and kita berkenan, why not kan. :D
Deletehmmm..., aku ader lg 3 tmpat kosong., xder sper2 nk msuk mmnang meh la., haha.,
ReplyDeletetp tul gak., klu pmpuan asik nk tggu jer jenuh la.,
Amboi amboi.. Report kat bini arr. Hohoho. Kan? Jenuh la perempuan tu nak menunggu...
Delete'seriously weyh hang tak kenal dia? dia ni famous. semua orang nak ikut gaya dia bla bla bla....'
ReplyDeleteakak pon selalu kena ni.. sbb tak tau sgt kisah hiburan n artis -.-''
Ihihi, geram jugak orang gini kan. Bukan dosa pon kalau tak kenal orang tu, tapi bila kita cakap dia melenting pula. Ish ish.
Deleteyou got the points and i totally agree with it..
ReplyDeleteThanks, kak. :)
Deletetp kalau nak mminang lelaki kene tengok jugak...Mampu zahir dan batin...kene fikir bebetol jangan main tangkap je..ye tak....
ReplyDeleteItu semestinyalah kak. Maksudnya bila nak meminang, sebelum tu mesti pastikan aspek-aspek penting dulu. Haa, baru okey! ;)
Deletebiasalah ni tipikal masyarakat. Zaman sekarang ni, lelaki ada je yang hensem tapi kualiti dia rendah. jadi kalau dah jumpa yang sesuai, apa salahnya guna cara yang baik dan diredhai? hamboii kemain karangan SPM.
ReplyDeleteBiar tak berapa nak handsome tapi kualiti tinggi, gitu yo akak. Hahaha. Erk, karangan SPM. Wahaha. XD
Deletetak salah pun kalau perigi cari timbah...bukan dosa pun..huhuw..benda baik harus baik-baik je...x0xo
ReplyDeleteBetul betul betul. Benda baik tak perlu nak ikut peribahasa sangat. :D Kekeke.
Deletememang tak salahh :) tapi kalau sayaa lahh saya maluu hahaha
ReplyDeleteyess im totally agree with you. as long as kita tau pasal agama kita thats better than setakat nak amik tau perkara yg tak mendatangkan faedahh :)
Haha. Saya mengaku, kalau saya pon mestilah malu. But, respect lah orang yang berani menyampaikan hasrat hati nih. Rare tu. Hihihik! :D
Deleteboleh jugak wanita meminang lelaki....Siti Khadijah meminang Nabi Muhammad S.A.W
ReplyDeletei love ur entry sayang. no more istilah about "perigi terhegeh2 cari timba." tp bila kita meminang lelaki dulu kan ke tu ikut sunnah baginda. akak pown kalau boleh nak ikut sunnah Rasulullah. :')
ReplyDelete#tapi lambat lg nak kawen. haha :P
apa salahnya..andai berkenan pinang sahaja jadikan yang halal buat kita..baru lah berkat ^_^
ReplyDeleteSya nk pg meminang la cenggini.hehe
ReplyDelete