Logik sikit boleh tak?


Assalamualaikum...



Sila isi tempat kosong dengan jawapan sendiri.



Aku masih penat sebab baru saja sampai rumah dalam pukul 7 lebih tadi. Aku pergi KL. Cousin aku kahwin. Tak ada entry untuk dibuat pasal kenduri tu sebab aku rasa yang baca pun bukan kenal dia.



Okey, straight to the point apa yang aku nak tulis di sini. Apa yang logik tak logik tu? Okey, yang gambar atas sana tu sila isi dengan jawapan F sebab memang aku nak tulis pasal benci benci dekat sini. Benci dengan jawapan yang tak logik dan tak boleh digunapakai pada aku.



Kadang-kadang ada orang tak suka orang lain mungkin atas sebab sebab tertentu yang dirasa untuk diri dia sendiri. Contohnya, dia tak sukakan atas sebab orang tu tak pandai macam dia. Atas sebab orang tu tak cantik macam dia. Atas sebab orang tu tak pandai buat lawak.



Faktor rupa paras, kepandaian, lawak tak lawak, tak pandai bercakap. BAGI AKU, tak boleh digunapakai. Tak boleh lah disebabkan dia kurang sikit daripada kita, kita nak tolak dia. Disebabkan hanya rasa dia tak pandai bercakap dan tak pandai buat lawak kita langsung rasa dia tak layak jadi kawan kita.



Hanya disebabkan rasa ketidakpuasan hati kita yang tak logik tu, kita nak tak suka dekat orang, aku rasa tak perlulah. Buang masa bencikan orang atas sebab yang tak munasabah ni. Berdosa pun satu bencikan orang tanpa sebab. Kalau dia kurang ajaq, buat maksiat ke boleh lah kita rasa tak senang. Kan???



Aku cakap ni pun, sebab aku pernah rasa kurang senang dekat orang atas alasan yang tak munasabah yang macam aku tulis kat atas tu. Lagi satu, tu masa aku kurang matang dulu. Sekarang pun tak lah matang tapi tak adalah nak benci benci dekat orang atas alasan tak munasabah tu. Okey dah. Ini hanya pendapat aku saja. Kalau ada yang fikir lain dari otak aku, itu masing-masing.

2 comments:

  1. Kelebihan kita bukan kelemahan orang lain, kelemahan kita mungkin kelebihan orang lain.. haa tak boleh nak judge orang ikut apa yang kita ada, kan? ;)

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤