Assalamualaikum...
Mata aku sekarang tengah ngantuk tapi tak nak tidur. Apa syok tidur awal awal kan? Hahaha. Tak ada siapa nak ambil tahu pun kan aku tengah ngantuk ke apa kann? Okkk. Here is part 2 punya cerpen Bongsu. Aku tahu masih banyak kekurangan dalam cerpen aku. Jadi, kalau tak syok leh cakap tak syok. Kalau syok, leh cakap syok. Haa nahh...
***
Karangan yang sudah siap ditulis diberikan kepada guru. Guru melihat
karangan itu dan tidak menunjukkan apa apa reaksi. Si bongsu jadi penasaran.
Dia takut jika dia tidak dapat memenangi tempat pertama dalam pertandingan
menulis karangan itu nanti. Tidak mengapalah, dia bertawakkal sahaja kepada
Allah. Jika ada rezeki keluarganya, adalah.
Balik daripada sekolah, si bongsu terdengar suara ibunya merayu-rayu kepada
abang Ngah dan kak Long agar turut membantu mencari rezeki. Si bongsu dapat
melihat reaksi kak Long dan abang Ngah. Mereka buat tidak dengar sahaja rayuan
ibu mereka. Geram pula si bongsu melihatnya.
Kata-kata yang keluar daripada mulut kak Long benar-benar menyakiti hati si
ibu. Kata kak Long, dia tidak mahu turut mencari rezeki kerana ia bukan tanggungjawabnya.
Tambah kak Long lagi, kenapa ibu dan ayah gatal gatal mahu berkahwin jika tidak
punya wang mahu menyara hidup sendiri.
Satu tamparan hinggap di pipi kak Long. Si bongsu terpana. Pertama kali si
bongsu lihat kemarahan ibu kepada kak Long yang disayangi itu. Si bongsu segera
menerpa ke arah kak Long. Kasihan kak Long, fikirnya. Dia tidak tega kakak
sulungnya itu ditampar buat pertama kalinya seumur hidup.
Kak long memberontak. Kak long masuk ke bilik dan keluar semula dengan beg
pakaian di tangan. Ibu berasa bersalah kerana menampar kak Long. Ibu merayu
agar kak Long tidak keluar dari rumah.
Si bongsu turut memujuk kak Long. Si bongsu berkata, ibu tidak sengaja. Ibu
cuma hilang kawalan sahaja. Ibu mengiakan kata-kata si bongsu. Ibu benar benar
hilang kawalan. Ibu terasa hati sewaktu mendengar kata-kata kak Long yang
berbisa sebentar tadi. Tetapi, ibu tidak mahu kak Long tinggalkan ibu.
Kak long tidak mengendahkan kata-kata ibu. Kak long segera keluar dari
rumah. Ibu terduduk di lantai. Abang ngah hanya memandang dengan pandangan
kosong dari atas sofa. SI bongsu lah yang membantu menenangkan dan memujuk ibu.
Kata si bongsu, rajuk kak Long pasti tidak akan lama.
Sudah seminggu ibu tidak lalu makan kerana risaukan kak Long. Ibu takut
jika terjadi apa-apa kepada kak Long. Si bongsu kasihan melihat ibu. Si bongsu
menyuruh ibu berehat sahaja di rumah sementara si bongsu meneruskan tugas ibu
membuat nasi lemak dan menjualnya. Itulah rutian harian si bongsu. Dia tidak kenal erti penat
dan lelah.
Suatu hari, telefon rumah berdering panjang. Ibu segera mengangkat telefon
kerana menyangka panggilan itu datangnya dari kak Long. Ekspresi wajah ibu
berubah serta merta. Ibu terduduk dengan lemah di lantai.
Ayah segera mendapatkan ibu. Ayah tanya mengapa dan ibu menjawab yang kak
Long sudah tiada. Si bongsu dan keluarga segera bergegas ke hospital untuk
mengesahkan mayat kak Long.
Hasil bedah siasat, didapati kak Long meninggal akibat menjadi mangsa rogol
dan dibunuh kejam oleh kekasihnya sendiri. Ibu terkejut mendengarnya. Ibu tidak
sangka boleh jadi seperti itu. Begitu juga dengan ayah. Si bongsu dan abang
Ngah turut tidak menyangka hal seperti itu akan berlaku.
Sebulan lebih sudah ibu tidak mahu makan. Si ibu meratapi pemergian kak
Long. Si bongsu dengan susah payahnya memujuk si ibu agar mahu menjaga
kesihatan diri sendiri. Kata si bongsu, kak Long tidak mungkin tenang di alam
sana jika ibu terus menerus meratapi pemergiannya.
Apabila mendengar perkataan ‘kak Long tidak akan tenang di sana’ ibu segera
mahu makan dan berhenti menangis. Tetapi, beberapa ketika ibu akan kembali
menangis dan memanggil manggil nama kak Long.
Makanan yang dihulur si bongsu ditolak kuat oleh ibu. Ibu menyalahkan si
bongsu atas kematian kak Long. Si bongsu tidak mahu mengambil hati. Dia cuba
berbaik sangka pada ibu dengan menganggap ibu terkena tekanan perasaan yang
melampau.
Petang itu, si bongsu seperti biasa keluar dari rumah untuk menjual nasi
lemak. Abang Ngah tiba-tiba mahu menemani si bongsu. Gembiranya hati si bongsu.
Akhirnya, abang Ngah mahu juga turut serta membantu keluarga mereka.
Abang Ngah sudah penat mengikuti si bongsu yang bersemangat ke sana ke mari
memberi salam ke setiap rumah untuk menjual nasi lemak mereka. Abang Ngah
mengajak si bongsu pulang tetapi si bongsu menolak. Dia mahu meneruskan
menjual. Selagi tidak habis, dia tidak mahu pulang.
Abang Ngah bercadang agar mereka jual separuh-separuh nasi lemak yang masih
berbaki di dalam bakul. Abang Ngah pergi menjual di tempat lain, dan si bongsu
menjual di tempat lain agar nasi lemak mereka cepat terjual.
Si bongsu sudah selesai menghabiskan penjualan nasi lemaknya. Si bongsu
sudah ternampak abang Ngah yang juga sudah habis menjual nasi lemak. Si bongsu
berasa gembira dan dia mengayuh basikal dengan laju untuk mendapatkan abang
Ngah.
Tanpa disangka-sangka, belum sempat si bongsu mendapatkan abang Ngah sebuah
van yang hilang kawalan merempuh si bongsu. Basikal si bongsu terperosok ke
bawah van dan si bongsu pula terpelanting ke dalam parit besar berhampiran
kerana terkena langgaran yang hebat.
Ibu dan ayah segera bergegas ke hospital setelah mendapat berita kemalangan
si bongsu. Sayu hati ibu dan ayah apabila mendengar cerita abang Ngah. Baru
mereka tahu semangatnya si bongsu ingin membantu mereka sekeluarga.
Selama ini, pengorbanan si bongsu dianggap remeh oleh orang tuanya. Tetapi
kini, tidak lagi. Mereka rasa sungguh bersalah melihat si bongsu yang terbaring
lesu tidak sedarkan diri di dalam wad ICU. Ibu dan ayah tidak putus putus
berdoa agar si bongsu akan sedarkan diri.
Suatu hari, guru si bongsu datang untuk melawat. Guru datang membawa
sesuatu untuk si bongsu dan keluarga si bongsu. Ibu dan ayah sekali lagi
bersedih hati dan menyesal atas kesilapan mereka menyisihkan si bongsu selama
ini.
Si bongsu berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan menulis
karangan tempoh hari. Allah maha adil. Dia memenuhi impian murni si bongsu.
Ibu dan ayah kasihan melihat si bongsu yang selama ini sudah banyak
berkorban untuk keluarga sendiri sehingga saat ini, sewaktu semua pelajar
Tingkatan tiga sedang mengambil peperiksaan penting, si bongsu tidak dapat
turut serta. Si bongsu hanya dapat terbaring lemah di atas katil tidak sedarkan
diri.
***
Haa. Masih ada sambungannya untuk Part 3 (final).
No comments:
Post a Comment
❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤