Sana sini drama...

Assalamualaikum...



Hmmh.. Semenjak dua menjak di aku tengok bukak blog je, ada je entry blogger lain tulis pasal drama-drama Melayu di tv. Setia Hujung Nyawa lah. Cinta di Abu Dhabi lah. Ruby lah. Cinta Qaseh. Surat Dari Langit Biru.



Aku rasa, dulu dulu pun ada jugak drama drama untuk setiap slot kan. Tapi, macam tak ada sambutan sangat je. Ke aku yang tak ambil kisah? Dulu, aku rasa setiap drama di setiap slot aku akan tengok. Sorry, itu masa aku sekolah rendah. Masuk sekolah menengah, aku hadap laptop je sampai rabun. Hihihi.



Lagi satu, orang dah habis tengok cerita Setia Hujung Nyawa aku baru tengok. Baru je habis tengok pagi tadi. Sangat ketinggalan. Tapi, tengok kat laptop lagi cepat. Tak ada iklan iklan. Tak payah tunggu sehari satu episod. Sehari satu episod. :D



Bagi aku, ok la drama SHN ni. Yang aku tak suka, yang terter tu. Yang orang orang buat dajal tu. Lepastu, Iqram yang aku tengok muka dia macam india jual karpet tu sebab aku tak suka dia dalam cerita tu. Ada lagi rasanya yang aku tak suka. Banyak benda aku tak suka. Tapi, tak kesah. Aku tengok syok la jugak. Mesti ada yang kata 'dah tak suka tu tak payah lah tengok'. Aku tak kata aku tak nak tengok. :p


Nah El ngan Zain korang. Suka sangat kan.. :D

3 comments:

  1. kami tgok yg hat pukui 7 ja....takut nk terjebak hihi

    ReplyDelete
  2. maigod maigod :) histeria bila dengar setia hujung nyawa ! suka sangatttt .

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤