Orang lain yang salah, orang lain yang kena?


Assalamulaikum...



Fuhh! Perut aku tengah kembung sekarang ni. Apa da makan lewat lewat malam kan? Eh eh, jaga sikit mulut tu. Aku sebenarnya baru siap belajar masak untuk amali masakan esok. Serious, ~hakikatnya... bukan mudah untuk aku memasak koey teow hailam~. Aku rasa agak leceh dan susah, tapi bagi yang terer macam mak aku, ecewah rasa senang gila. Jadi, nak tak nak menu dah bagi dekat cikgu jadi esok aku kena masak koey teow hailam jugak. TITIK.





Haish. Siapa tak bengang kalau tiba tiba orang lain yang salah, kita yang dilepaskan geram. Kot ya lah nak marah orang pun, marah lah orang yang salah tu. Tak payah lah nak marah orang lain sekali.



Kita ni, cuba fikir sikit perasaan orang. BUKAN PERASAAN KITA saja yang kita perlu fikir. Hidup kita ni, bukan untuk kita seorang sahaja yang gembira. Cuba fikirkan perasaan orang lain sama. Kalau orang tu tanya elok elok kat kita, kita jawab lah dengan elok.



Orang dah tanya dengan sehabis baik, sehabis lembut dan prihatin nak tahu kenapa boleh pulak nak marah dan cakap kasar dekat orang yang bersalah tu. Kot ya pun kita bencikan dia tapi janganlah biar dia tahu. Nak rasa kurang senang pun, jangan lah nak bagi dia rasa sedih hanya semata-mata sebab diri kita. Bukan kita saja tau yang ada kat atas muka bumi ni.



Sama lah jugak kalau kita nak tanya apa apa dekat orang lain. Kita nak mintak tolong dia bagitahu, tapi kita tanya macam h***am jaTUTTT. Benda kalau yang kita rasa orang lain buat dekat kita, kita tak suka jadi janganlah buat dekat orang lain. Tolonglah fikir sama sama.



Ini untuk peringatan aku jugak. Kalau ada mana mana part ada yang tak setuju, ini hanya dari segi pandangan aku. Jadi, sekian.

No comments:

Post a Comment

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤