Cerpen: Bongsu. 3





Terlupa sekejap yang CSS Bongsu belum habis lagi diletak di sini. Aku menaip sekarang ni dengan mood: separuh sedar. Aku rasa macam separuh dalam mimpi separuh alam nyata. Jadi, separuh sedar lah kan. Mata mengantuk sebenarnya.. Internet jadi slow sikit malam ni. Jadi, here is sambungan dia (finale). Cewah..

***

Ibu memegang tangan si bongsu. Ibu luahkan rasa hati ibu kepada si bongsu. Ibu berjanji, jika si bongsu sedar nanti, ibu akan menyayangi si bongsu sepenuh hati ibu. Ibu menambah lagi, ibu tidak kisah lagi jika si bongsu tidak dapat berjaya dalam pelajaran sekalipun asalkan ibu dapat mendengar suara dan dapat mendakap kasih untuk si bongsu.

Ayah juga begitu. Ayah berjanji, ayah akan berusaha untuk bekerja lebih lagi untuk menyara hidup mereka jika si bongsu sedarkan diri. Kata ayah, ayah betul betul rasa bersalah dan terhutang budi dengan si bongsu yang banyak berjasa.

Sebulan berlalu...

Si bongsu sudah menunjukkan tanda tanda positif. Jari jari halus si bongsu kerap bergerak-gerak seolah-olah memberi respon kepada sesiapa sahaja yang bercakap dengannya.

Ibu dan ayah berkata, jangan paksa diri jika si bongsu masih lemah untuk sedarkan diri. Kadangkala, jika ibu dan ayah menemani si bongsu, air mata si bongsu akan mengalir keluar dari matanya yang masih tertutup.

Sedang ibu, ayah dan abang Ngah solat hajat kepada Allah terdengar suara si bongsu memanggil. Mereka bertiga segera menghampiri si bongsu.

Ya Allah, engkau maha mendengar rintihan hamba-MU. Si bongsu tersenyum tetapi senyumannya tampak tidak bermaya. Ibu dan ayah segera memeluk badan si bongsu yang semakin susut itu.

Ibu ceritakan segalanya kepada si bongsu. Ibu beritahu kepada si bongsu yang si bongsu berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan menulis karangan di sekolah tempoh hari. Bukan main gembira lagi wajah si bongsu mendengar cerita itu.

Ibu, ayah dan abang Ngah tidak lekang menemani si bongsu yang masih belum sembuh sepenuhnya. Mereka turut meminta maaf kepada si bongsu. Apa yang si bongsu idamkan, mereka akan penuhi.

Suatu hari, si bongsu meminta agar keluarganya supaya duduk di birai katil. Katanya, dia mahu ceritakan sesuatu.

Si bongsu menceritakan pengalaman komanya yang panjang. Dia berkata, dia melihat kak Long menyuruhnya untuk menyampaikan ampun dan maaf kepada mereka sekeluarga. Si bongsu cerita lagi, kak Long mengajaknya untuk menyertai kak Long di alam sana tetapi si bongsu menolak. Si bongsu beritahu kepada kak Long dalam komanya yang si bongsu tidak akan meninggalkan keluarga selagi si bongsu tidak dapat memeluk ibu dan ayah untuk kesekian kali setelah bertahun-tahun tidak mendapat pelukan ibu dan ayah.

Si bongsu memohon ampun dan maaf kepada keluarga walaupun sebenarnya si bongsu langsung tidak membuat sebarang kesilapan. Kata si bongsu, dia meminta maaf kerana tidak dapat menjadi anak yang membanggakan ibu dan ayah. Ibu dan ayah menangis mendengar kata-kata itu. Ibu dan ayah berkata mereka yang sepatutunya meminta maaf kepada si bongsu.

Seminggu berlalu, si bongsu masih belum dapat keluar daripada hospital kerana doktor tidak mengizinkan. Keadaan si bongsu masih belum stabil sepenuhnya. Si bongsu masih harus berehat dan mendapat rawatan di hospital.

Puas sudah si bongsu dapat memeluk dan mendapat belaian manja ibu dan ayahnya. Suatu hari, si bongsu mengadu kepada ibu yang dia sesak nafas. Ibu mahu memanggil doktor tetapi di halang oleh si bongsu kerana dia berkata yang dia sering mengalami sesak nafas tetapi pasti tidak akan apa-apa.

Si bongsu meminta izin kepada ibu dan ayah untuk berehat kerana badannya dikatakan penat dan lenguh. Ibu dan ayah benarkan. Ibu dan ayah menemani si bongsu tidur. Kelihatan nafas di bongsu sewaktu tidur kelihatan teratur.

Ibu dan ayah tertidur di samping si bongsu dan mereka serentak terjaga apabila terasa suatu hembusan angin yang sejuk menyapa tubuh. Mereka melihat ke arah si bongsu. Terlihat satu senyuman manis terukir di bibir si bongsu dalam keadaan menutup mata.

Ayah segera menghampiri si bongsu dan mencium dahi si bongsu tetapi terasa janggal apabila terasa tiada hembusan nafas si bongsu. Ayah segera memeriksa nadi si bongsu.

Ayah beritahu ibu yang si bongsu telah pergi. Ibu titiskan air mata. Terasa kelihangan yang cukup besar dalam keluarga apabila si bongsu telah pergi.

Ibu sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anak ibu yang telah pergi terlebih dahulu. Ibu redha dengan ketentuan Ilahi. Ibu tahu setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah mengambil kembali anak-anak ibu agar ibu dan ayah tahu erti kasih sayang dan perngobanan yang sebenar.

Si bongsu pergi dengan nikmat Allah. Dia sempat mendapat nikmat menjadi anak bongsu seperti yang dikatakan semua orang. Dia pergi dengan tenang. Ibu dan ayah juga sempat memberikan hak kasih sayang kepada si bongsu yang sungguh solehah itu. Pemergian si bongsu memberi seribu satu pengajaran dan memori untuk keluarganya....

***

Okey, dah habis cerpen bongsu. Sebenarnya, aku macam dah hilang ingatan pasal cerpen Bongsu ni. Lupa nak dimasukkan dalam blog. Okey, sorry kalau klise ke apa ke kan. Semuanya tidak sempurna. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤