Merajuk itu seronok, memujuk itu SEKSA!


Assalamualaikum...



Wuhh. Aku baru je berazam tak nak makan malam, tapi terrrmakan jugak mini pizza tu. Mula niat nak makan satu je, tapi rasa sedap terus bantai dua. Elok sangat. Lepastu, duduk hadap lappy. Lepastu, keputusannya gemok. aku memang dah gemuk jangan tolak hakikat. hihihi.



Sulking. Sulking? Sulking like zisss...





Pernah merajuk? Pernah dipujuk? Pernah memujuk?



Banyak soalan pulak. Lempang kang. Baru ada akaii. Okey, merajuk itu memang seronok. Kita buat muka masam, diam, menjauhkan diri mesti kawan-kawan akan datang pujuk sebab rasa bersalah bila tengok muka kita. Tapi, perlu diingatkan, muka sewaktu merajuk sangatlah annoying dan orang yang memujuk anda tu sebenarnya rasa nak lempang je muka anda bila anda merajuk.



Baru tinggalkan beberapa langkah di belakang, merajuk. Tak dengar bila panggil, merajuk. Mengata main main, merajuk. Bergurau terkasar, merajuk. Ini yang dipanggil, sikit sikit merajuk. Seksa laki kalau ada bini kuat sangat merajuk.



Kalau merajuk sekali dua, itu masih okey. Semua orang tak ada kisah sangat atau lebih baik tak merajuk langsung even sakit hati. Aku salute dengan orang yang terasa hati tapi masih ketawa dan tersenyum macam tak ada apa apa yang menyakitkan hati dia. Aku rasa, aku tak pernah merajuk lagi la selama aku dengan kawan-kawan aku masa high school ni. Serupa budak darjah satu lagi merajuk tak habis habis.



Memang seronok merajuk, tapi yang terseksa itu sang pemujuk. Kasihan. Kalau suruh aku pujuk orang yang merajuk, aku tak suka dan aku tak reti sebabnya.. Sebab memujuk itu seksa. Selalunya semakin dipujuk, semakin dia merajuk sebabnya dia terasa seronok bagai dimanja-manja, dibelai-belai kasih gituuuu... Haa.. Jadi, solusinya jangan pujuk orang merajuk. Tak payah layan sangat. Makin dilayan, semakin mengada-ngada. Itu sangat ANNOYING!



Biar seksa yang pemerajuk itu *lol. Dia yang merajuk, dia yang terseksa. Biarlah tengok sampai bila dia nak berdiam diri dan menjauhkan diri. Ini berkesan untuk kawan sekelas yang rehat sama-sama, nak pergi tandas sama-sama atau Wisya dengan Ezroy. *abaikan kalau tak kenal siapa mereka ini. Sebab, nanti dalam kelas dia cari kita jugak nak teman dia, nak tanya soalan Bahasa Inggeris yang dia tak tahu dekat kita. Hihihi.



Jadi, kalau ada teman anda yang kuat sangat merajuk tak kira masa ikut rasa dia nak merajuk, jangan kerap memujuk. Asal merajuk je pujuk. Itu sangat tidak baik sebab sebenarnya kita mendorong dia untuk sentiasa merajuk. Kalau sekali dua, tak kisah memujuk. Kalau sikit sikit je nak buat muka merajuk yang sangat annoying itu jangan dilayan. Biar si pemerajuk yang terseksa. Kini, insyaallah;

"Merajuk itu seksa, memujuk itu TAK PERLU SAMA SEKALI!"
Kesian..

11 comments:

  1. kadang2 tu kita kena mengalah..n kena juga tegas..karang lama2 pijak kepala pulak..huhu

    ReplyDelete
  2. wahhh, nanti kalau dapat laki yang suka merajuk susah ni :P hahahaha

    ReplyDelete
  3. @Nana Liena itulah.. susah jugak kalau kita aje yg selalu nak layan rajuknya. nak pentingkan diri sendiri pun tada boleh. jadi, dua dua tak boleh selfish.. hihi. :D

    ReplyDelete
  4. @Aina Areen kalau dapat kat niena, pandai-pandailah dia pujuk diri sendiri. tak pandai niena nak memujuknya. hekhek. :)

    ReplyDelete
  5. kawan alyn ni dah merajuk 2 hari dah..susah betul nak pujuk dia..:)

    ReplyDelete
  6. betul tuuu~ saya suka merajuk., tapi x suka memujukk.. ehhehe sebab merajuk senang., kalau memujuk susahhh sangat2.. ehe

    ReplyDelete
  7. haha! saye pon tak suke pujuk2 orang xD lantaklaa dya klau dya mrajuk, kehkehkeh

    ReplyDelete
  8. @Nura Maliena tak payah pujuk lah kalau susah sangat.kadangkadang orang rasa seronok nak seksa kita yang memujuk ni. hohoho*gelak jahat.

    ReplyDelete
  9. @Lissa LaLissa itulah.. memang merajuk itu nikmat sebab akan dipujuk. tapi kesian yang memujuk tu, jenuh.. hihi:)

    ReplyDelete
  10. @cOkLat seManis KaMu betul betul. sep sikit! kalau sekali dua tak mengapa merajuk. ni sampai 150 juta kali..

    ReplyDelete
  11. Kalau laki merajuk senang ja, buat taktau sudah. hahaha :D erm, apa2 pun paham sgt pasal taknak makan dan tak tahan. haha. kacau diet kan :(

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤