Assalamualaikum...
Here is another cerpen yang dapat idea semalam dan semalam jugak pulon siapkan sampai pukul 2 pagi. Padahal bukannya nak dihantar ke majalah atau apa pun. Cuma nak dipublish sebagai CSS (cerpen syok sendiri) di sini. Aku kalau idea tengah berkembang dalam kepala tu memang tak ingat dah apa yang berlaku di sekeliling aku. Jadi.. Dipersilakan membaca CSS yang ini pula..
***
Orang Melayu zaman kini, bila mendengar perkataan ‘bongsu’ pastinya akan
terbayang seorang anak yang paling akhir yang dimanjai dan disayangi sepenuh
jiwa. Juga seorang anak yang paling manja dan kurang pandai berdikari.
Tetapi, di saat kebanyakan anak bongsu dibelai dan dimanja ada seorang anak
bongsu yang tidak menerima bahagia itu. Dia sering dipandang sebelah mata oleh
kedua orang tuanya. Dia sering dibanding-bandingkan dengan kakak sulung dan
abang ngahnya.
Hanya kerana si bongsu kurang berjaya dalam pelajaran. Seringkali si ibu
dan ayah meminggirkan si bongsu. Padahal, si bongsulah yang sering mengambil
berat tentang ibu dan ayah.
Si bongsu turun ke dapur. Melihat ibu penat memasak, dia berniat untuk
membantu. Tetapi, belum sempat si bongsu menyapa si ibu, si ibu lebih dahulu
memanggil si sulung untuk membantu. Kata si ibu, dia tidak perlukan si bongsu
untuk membantunya. Buat menyemak sahaja.
Sedihnya hati. Si bongsu segera bergegas keluar dari dapur. Sakit rasa hati
bila ibu sendiri bagaikan tidak mahu melihat wajahnya. Dia terfikir, apakah
dengan tidak terlalu berjaya dalam pelajaran ianya adalah suatu dosa besar?
Si kakak dan abang sentiasa mendapat tempat di hati ibu dan ayah. Kenapalah
dia tidak? Kadangkala, si bongsu terasa mahu sahaja dia keluar dari rumah itu.
Biarlah dia tidak akan diingati lagi sebagai ahli keluarga ini.
Tiba di ruang tamu, si bongsu terdengar pula perbualan ayah dan abang Ngah.
Ayah memuji-muji abang Ngah. Ayah berkata, abang Ngah dan kak Long sahaja yang
menjadi harapan ibu dan ayah. Hendak harapkan si bongsu, tiada apa yang boleh
si bongsu berikan untuk orang tua, tambah ayah.
Namun begitu, si bongsu sentiasa menabahkan hati agar tidak meratapi nasib.
Mungkin segala yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin suatu hari nanti, dia akan
disayangi oleh orang lain jika dia tidak dapat kasih sayang ibu dan ayah.
Apabila bertemu dengan rakan-rakan yang hidup sebagai anak bongsu,
rakan-rakan sentiasa berkata yang mereka sentiasa bahagia. Ibu dan ayah mereka
sentiasa memanjakan mereka. Si bongsu tabahkan hati. Tidak mengapalah dia tidak
dapat belaian manja dari orang tua. Asalkan, dia tidak menjadi anak derhaka.
Rakan-rakan juga sering bertanya adakah ibu dan ayah si bongsu
memanjakannya? Mereka berkata yang mereka jarang melihat si bongsu berpakaian
baru atau mendapat barang-barang lain melainkan pada hari raya Aidilfitri.
Si bongsu berbohong yang dia sering dibahagiakan. Si bongsu tidak mahu
orang tuanya dipandang serong. Dia sayangkan orang tuanya. Mana mungkin dia
mahu orang tuanya mendapat salah faham orang sekeliling.
Suatu hari, keluarga si bongsu tidak dapat mencari rezeki dengan
secukupnya. Orang tua si bongsu mula keresahan. Mereka bekerja tetapi masih
tidak dapat menampung keperluan keluarga mereka.
Orang tua si bongsu menyuruh anak-anaknya tolong mencari rezeki. Tetapi,
Kak Long dan abang Ngah tidak mahu. Mereka tidak mahu mencemari diri dengan
menjadi kuli bawahan. Mereka masih belum tamat belajar. Mereka fikir, sudah
tamat belajar nanti barulah boleh bekerja. Kak Long dan abang Ngah tidak akan
sesekali meninggalkan pelajaran hanya untuk membantu ibu dan ayah mencari
rezeki. Padahal, ini semua untuk kebaikan mereka juga.
Kini, si bongsu lah yang kerap susah payah memikirkan cara untuk membantu
ibu dan ayah. Malangnya, ibu dan ayah si bongsu tidak mengendahkan si bongsu.
Mereka tidak yakin yang si bongsu boleh membantu. Bagi mereka, si bongsu hanya
mencemar duli sahaja.
Setiap petang, selepas tamat sesi persekolahan si bongsu akan membantu ibu
menjual nasi lemak di kampung kampung bersebelahan. Mulanya, pertolongan si
bongsu tidak diendahkan oleh si ibu tetapi apabila mendapat hasil yang lumayan,
si ibu yang sering memakai wang yang diperolehi untuk keperluan keluarga.
Suatu hari, tawaran menulis karangan tentang ahli keluarga dianjurkan oleh
pihak sekolah. Si bongsu berminat untuk mencuba nasib memandangkan hadiah yang
akan diperolehi begitu lumayan iaitu sejumlah wang yang mungkin dapat menampung
perbelanjaan sekeluarga untuk suatu tempoh.
Setiap malam, si bongsu senyap senyap akan menulis di suatu sudut
bertemankan cahaya lilin. Seboleh-bolehnya si bongsu tidak mahu sesiapa pun
tahu akan perkara itu. Kalau sudah berjaya mendapat hadiah itu nanti, barulah
boleh diberitahu kepada ahli keluarga.
Pada hari-hari siangnya pula, si bongsu tetap akan membantu ibunya menjual
nasi lemak di kampung kampung bersebelahan. Lupa sebentar tentang bahayanya dia
sebagai seorang remaja perempuan keluar bersendirian di luar rumah yang
terdedah kepada ancaman bahaya.
Pelajaran si bongsu semakin merosot. Guru-guru di sekolah mulai
mempersoalkan mengapa si bongsu makin tidak dapat menumpukan perhatian kepada
pembelajaraan. Ibu dan ayah si bongsu dipanggil ke sekolah untuk berbincang
mengenai si bongsu.
Guru berkata, jangan biarkan si bongsu yang ingin menduduki PMR ini tidak
menumpukan pelajaran kerana PMR adalah salah satu peperiksaan penting. Benarlah
PMR tidak menentukan masa depan yang pasti untuk seorang pelajar, namun PMR
adalah tangga kedua untuk melihat pencapaian murid dalam menentukan masa depan.
Orang tua si bongsu makin marah. Mereka tidak suka diri mereka sebagai ibu
dan ayah dianggap tidak dapat mengajar anak untuk menjadi seorang murid
cemerlang. Mereka tidak suka dipanggil ke sekolah kerana pelajaran anak mereka
yang semakin murudum.
Bukan kerana apa pelajaran si bongsu merosot. Ini semua gara-gara semangat
si bongsu yang ingin membantu orang tua untuk mencari rezeki yang mencukupi. Si
bongsu tidak sanggup melihat ibu dan ayah berpenat lelah mencari rezeki
sendirian.
Si bongsu tidak mengendahkan PMR yang semakin menghampiri. Dia tidak mahu
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Baginya, biarlah tidak lulus
PMR sekalipun. Asalkan dapat lulus di akhirat nanti.
***
Hah.. sambungannya akan dipost untuk part 2 pula. Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Amboii aku.. :p
Omg! akak suka sangat baca cerpen ni. terasa seolah-olah diri ini menjadi si bongsu hehe ;)
ReplyDelete