Chewing Gum Memusnahkan Rambut!


Assalamualaikum...





Apakah? Apakah? Apakah? Ada ke diiktiraf yang chewing gum yang warna dia comel comel dengan bentuk pelbagai jenis tu memusnahkan rambut? Tak pernah dengar pun... Okey, sini aku nak bagi pernah dengar dan pernah baca.



Hmmh.. Well.. Banyak orang sukakan chewing gum atas faktor-faktor tertentu. Mungkin sebab nak hilangkan bau mulut longkang atau sengaja syok syok rasa cool dan best. Tapi, ada jugak orang yang tidak sukakan chewing gum atas faktor-faktor yang tertentu.



Salah satu faktor orang tak suka chewing gum adalah sebab ia memusnahkan rambut!! Okey, mungkin faktor ni untuk aku saja. Untuk kau lain cerita. Sebab tak pernah kena mungkin? Kalau pernah kena mesti faham perasaan aku kan?



Aku pun tak ingat aku kena ni time bila. Yang pasti masa sekolah rendah. Bila mak aku lambat datang ambik aku di sekolah, aku akan pergi ke public phone untuk call mak aku. Jadi, aku pergi kat public phone tu dan nampak ada sekumpulan budak lelaki yang tak tahu darjah berapa.



Aku tak syak apa-apa. Jadi aku angkat gagang telefon dan lekapkan pada telinga. Oh ya, lagi satu. Perlu diingatkan yang aku akan masukkan gagang telefon tu dalam tudung sebab ada masalah pendengaran. Okey, bukan masalah pendengaran tapi disebabkan budak-budak sekolah aku masa tu buat macam tu, jadi aku pun ikut (mudah terpengaruh masa DULU DULU).



Then, aku rasa asal macam lain macam je melekat gagang ni kat telinga aku??? Dan pada masa tu jugak aku nampak budak lelaki tu tengok lain macam dekat aku. Aku pandang dia lepastu dia blah. Aku tak tahu apa motif dia tengok aku. Yang pasti dia sudah berjaya buat DAJALLLLLL!!!!



Habis melekat chewing gum yang dikunyah budak tu dekat telinga aku!!! Rambut  aku pun kena. Anak tudung aku kena chewing gum. Lepastu baju aku pun kena. What ta hell? Masa tu seriously geram yang amat. Tapi, aku buat buat cool sebab masa sekolah rendah aku memang ego. Aku tak pernah tunjuk apa yang aku rasa. Haa kan? Budak sekolah rendah pun pandai ego ke kan? Tapi, itulah hakikatnya.



Balik balik tu, terpaksalah di 'sraaap'(bunyi gunting menggunting rambut). Sedih tau dak? Habis rambut tepi aku tak sama. Dah lah rambut aku jenis lambat nak panjang. Memang sakit hati gila gila lah. Sebab itulah aku kata chewing memusnahkan rambut aku yang cantik. Perasan. Aku teringat kisah yang tak berapa nak best ni pun bila terbaca entry kat blog kak zyra. errrhhh. 

2 comments:

  1. ngehehe., ingatkan betul-betul memusnahkan rambut. hewhew kejam jugak yea budak tuu., =="

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤