Keinginan dan kewajipan


Assalamualaikum..



Di sini ada benda yang ingin dikongsi bersama di blog. Aku bagai nak pecah otak dan kepala dan jiwa dan raga bila buat nota Sejarah yang gila panjang-panjang. Nak buat mind map pun macam mustahil saja sebab tak boleh. Ayat-ayat yang panjang-panjang aku terpaksa short form kan. Kata nota...



Hati seorang pelajar. Mana pernah seronok nak buat kerja sekolah. Kerja sekolah itu satu kewajipan. Tapi itulah, bila ada laptop depan mata mula nak tekan internet bukak blog, nak edit blog,  facebook, youtube dan sebagainya. Jadi, ini amat susah.



Sila jauhkan segala benda yang selalu menghalang untuk buat homework. Keinginan untuk berlaman sosial sila letak ketepi jika ada kerja sekolah yang menimbun. Iya, aku sedang mengalami level keinginan yang melebihi kewajipan. Aku nak baca novel, edit blog dan surf internet. Ini sangat tak baik.



Dalam masa yang sama, kerja sekolah itu wajib dilaksanakan sebab dah nama pun kewajipan pelajar. Suka tak suka, sila buat jugak sebab ia wajib! Tak buat nanti, diri sendiri rugi. Kalau yang keinginan tu, tak buat pun tak apa sebab tak rugi apa-apa pun. Mungkin iyalah baca novel atau surf internet tu sedikit sebanyak boleh tambahkan ilmu di dada, tapi belum tentu. Kannn??


Sila utamakan kewajipan daripada keinginan. :)

1 comment:

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤