Assalamualaikum...
Ini yang terakhir. Ini adalah penamat segalanya. Ini adalah yang bongsu! Oh, selamat tinggal! Dah kenapa dengan aku kan?
Okeylah, sengaja buat pulon sikit tulis begitu. Sebenarnya ini adalah entry yang terakhir buat tahun 2013. Macam-macam sangat yang aku dah lalui untuk tahun ni. Dan tahun berlalu macam kilat sahaja. Cepat, terlalu cepat. Tiba-tiba nak masuk 2014.
Kalau dulu masa aku kecik-kecik aku selalu terbayang 2013? 2014? 2015? Macam mustahilnya untuk aku hidup sampai ke tahun itu. Tapi sedar tak sedar aku bakal berjaya lalui tahun 2013 dan bakal menghadapi tahun yang aku rasa impossible tu. Bagai magis.
Dan aku nak baca novel English banyak-banyak. Ahaha.. Sejujurnya aku dah tawar hati dengan novel melayu. Maaf ya. Aku pun peminat novel melayu juga, tengok tu review aku. Tapi bila dah banyak sangat jalan ceritanya yang lebih kurang sama, aku jadi kecewa. Kecewa kau tahu? Tahu apa itu kecewa? Macam rasa kecewa bila mak kita tak beli barang yang kita kirim. Kekeke...
Nanti aku nak review novel English pula rasanya. Tak pernah review satu pun kan. Eh, tiba-tiba masuk topik novel pula. Berbalik pada tahun, aku harap tahun 2014 adalah tahun yang lebih baik untuk aku. Aku exam tahun depan. Harap dapat keputusan yang cemerlang! Doakan aku ya? Moga tahun depan terbaik buat hampa, terbaik buat semua umat manusia dan terbaik buat aku, insyaAllah... :)
Mari terjah:
semoga hari ini lebih baik dari semalam, semoga hari esok lebih baik daripada hari ini.....berazam laa yang baik2...insyaAllah kalau betul2 nak mesti Allah guide punya :)
ReplyDeleteakk pula mmg baca novel english je banyak...novel melayu jarang baca....sbb akk tertarik dengan certain genre je kalau novel melayu ni..kalau novel english macam2 genre leh baca...
Betul tu akak. Berazam saja yang baik2. Moga Allah bimbing.. :) Ha tu lah.. Novel english lagi menarik cause dia tak tertumpu pada satu genre saja. Best pon best! :D
Deletegoodluck! lepasni mesti rindu nak baca entry2 niena lagi :'( senasiblah kita, jarang bukak blog dah..
ReplyDeleteTerima kasih kak. Goodluck untuk kak mazni juga. Nak SPM ya? Buat yang terbaik ya! Hmmh tu lah, mesti lepas ni nak lebih tumpukan study kan...
DeleteHihi novel melayu qila suka abang jebat je niena!!! ihihihiks XD
ReplyDeleteHehehehe. Kann? Typical malay novels hehehehe jom baca english novels jom! Huhuhuhu. Nnt buat review. Qila nak beli gak huhu.
Inshaallah terbaik untuk semua manusia and niena too :D
Bye bye 2013 T_T
Setuju sangat tu kak qila. Suka abang jebat. Tapi saya suka abang khuzairi jugak! Ahahak! Yeah, typical malay novels. Jom baca novel english! Boleh le improve english jugak kan. Tapi memang berkesan lah baca novel english ni cause saya daripada tak dapat A terus boleh score A. Seronok rasa nak guling2 sampai bawah katil. Hikhik!
DeleteInsyaAllah. Moga terbaik untuk kita semua. Selamat tinggal 2013 yang memberi seribu satu kenangan.. :')
xpe r bca yg mne2....semua blh membntu..btw slmt thun bru..:))
ReplyDeleteYang mana dapat membantu, okey saja... Ya, selamat tahun baru juga! :)
Deletesemoga tahun 2014 lebih baik dari sebelumnya.. ^_^
ReplyDeleteInsyaAllah.. Amin... :D
Deleteeh niena esok kan ada sehari lagi.. 24 jam tu boleh tulis 24 entyr kot. hehehe.. okey kak gurau ja ^_^ all the best utk next year
ReplyDeleteHamboi hamboiii.. Saya bukannya macam kak lieya boleh tulis 1 jam 1 entry. Tak dak idea. Otak dah lah tak segeliga mana.. Hahaha.. InsyaAllah kak.. :)
DeleteSelamat Tahun Baru Niena . Selamat Bersekolah . Jangan tangguh-2 homework . hahhaha ~PEACE~ :D
ReplyDeleteSelamat tahun baru sis.. Terima kasih.. Hihi, insyaAllah tak tangguh homework.. :)
DeleteRasa kejap sangat sangat sangat nak masuk tahun 2014 !! Tahun depan kita pbsmr .. BEtul apa niena cakap , kita kena berazam tiap2 hari bukan waktu masuk tahun baru je .. Tapi mungkin tahun baru sebab tulah azam pun baru .. tapi tertubaikah azam kita ? aiyoo .. Goodluck untuk kita dua tahun depan ..
ReplyDeleteAdoh.. Rasa nak jatuh kerusi ja dengar pbsmr tu fiqa.. Hah itulah, tak mengapalah.. Janji azamkan yang baik2 saja ya.. Sambung saja azam kita kalau belum tertunai... Ihihi.. Ya fiqa. Good luck untuk kita. Buat yang terbaik ya! :)
DeleteAssalamualaikum... Semoga tahun 2014 menjadi lebih baik dr 2013.. semoga hari akan dtg lebih baik dr hari ni.. amin.. pasang azam leklok. semoga kita dpt bimbingan drpd Allah..
ReplyDeleteWaalaikumussalam... InsyaAllah, amin... Moga mendapat bimbingan dan rahmat daripadaNya.. :)
DeleteSya nk bca novel omputih,kena ada kamus kat tepi..hehe..mklumla..x bape pndai..huhu
ReplyDeleteHohoho.. Pakai lew google translate. Mudah sikit. Saya pun sama juga. dah siap dah tab google traslate tu cause mesti ada perkataan yang saya tak tahu.. :)
Deletesemoga berjaya hokayy!!
ReplyDeleteakak pun ada azam jugak, sebahagiannya dah laksanakan baru-baru ni and hope dapat kekalkan sampai bila-bila. Aaminn.
Novel english ni baru ada azam nak try baca tahun depan. Before ni ada baca yg nipis je, nanti nak try yg tebal pulak. Heeee~
InsyaAllah, amin... Baca jangan tak baca. Boleh mantapkan lagi english kita. :)
Deletesemoga 2013 menjadi tahun yang terbaek niena pernah ada. and gooluck for 2014 :)
ReplyDeleteInsyaAllah, amin.. Terima kasih ya kak nana! :)
Deletegood luck adik comel ! moga 2014 menjadi tahun yang terbaik . Moga dapat mencapai azam yang diimpikan . Ingat capai azam betul2, takmo main-main eh .. hehehe , terover pulak sy kat sini , hihi =P
ReplyDeleteTerima kasih kak nurul! InsyaAllah.. Moga jadi tahun yang lebih baik buat akak juga! Hihihi, mana ada kak over.. Kikiki.. :D
Deleteselamat tahun baru dear, semoga apa yang dihajati tercapai.. amin..
ReplyDeleteBoleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com
Selamat tahun baru buat mama juga.. Moga apa yang kita inginkan tercapai.. InsyaAllah, amin.. :)
DeleteSelamat menyambut tahun baru 2014 ya dik Niena syg ;)
ReplyDeleteSelamat tahun baru juga buat beloved kak ida! :D
Deletekak sally pun masih mencari azam..hahaha ^_^
ReplyDeleteHehehe.. Tak mengapa tak mengapa. Kalau ada azam yang belum tertunai tu boleh bawa ke tahun ni pula.. :D
DeleteSelamat Tahun Baru Niena.Semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun tahun sebelumnya :)
ReplyDeleteSelamat tahun baru kak ninaa.. InsyaAllah, moga tahun baru ni lebih baik untuk kita semua.. =)
DeleteSelamat tahun baru niena.. :D
ReplyDeleteSelamat tahun baru kak wawa.. :D
DeleteUmur awak sama macam adik saya. Nama dia Azizah. Katanya nak exam eh tahun depan? Samalah kita, se-geng. Cumanya tahun dpn akak exam lagi urmpph lah ; SPM.
ReplyDeleteSo sesama kita study smart okey?! yeah!
Hah, nama dia pula macam mak saya. Ihihi.. Ya kak, kami nak exam tahun ni. Nak menangis saja lah. Katanya makin makin makin susah. Tak macam biasa sangat dah.. Itulah, jom ler sama2 kita study smart and buat yang terbaik. Moga kita sama2 mencapai yang terbaik, insyaAllah.. :)
Deleteselamat tahun baru dear. may ALLAH bless us pada tahun yang lebih mencabar nie ea. wahh boleh improve englishh nie :)
ReplyDeleteSelamat tahun baru kak hana.. InsyaAllah, amin.. Itulah, boleh la juga sikit2 membantu bila baca novel English! :D
Deleterase nye cik dah komen entry ne..tapi tak tersend kut...tak pe cik komen lai..huahauahuaaa...
ReplyDeleteAzam baru semangat baru..semoga ape yng di azamkan tercapai ye dik...Semoga thun 2014 memberi kite lebih kemanisan..