Sekadar gambar hiasan
Assalamualaikum..
Wah tiba-tiba dah 3 haribulan.. Sebelum aku masuk tajuk, aku nak cakap satu benda. Tapi janganlah salah tafsir. Hampa ni suka sangat salah tafsir dengan aku. Aisehh.. Aku seriously tak tahu apa salah aku. Kalau ada aku minta maaf dengan hampa. Aku tak tau apa yang dah aku buat. Apa-apa sahaja lah kalau ada yang terambil hati dengan aku, aku mintak maaf. Aku cakap betul yang kalau aku menulis, aku tak pernah langsung nak berperang dengan orang lain. Aku menulis untuk pengajaran diri aku sendiri juga. Dan.. Kalau baca entry dan comment aku sila baca dengan nada rendah dan perlahan sebab memang begitu caranya yang aku cuba sampaikan. Jangan baca dengan nada tinggi, tergesa-gesa, laju-laju. Tak boleh ya sayang. Oh ya satu lagi, ini tak ada kena mengena dengan tajuk. Terima kasih...
Okey, barulah nak masuk tajuk. Bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus padahal diri sendiri pun tak betul.. Pernah jumpa orang macam ni? Mesti pernah kan. Oh ya, ini tiada kaitan dengan yang ada di sini. Ini pasal seseorang yang di sekeliling aku di alam reality. Okey? :)
Nak suruh orang buat sesuatu, tetapi diri kita sendiri pon sedang melakukan kesalahan yang sama. Macam mana orang nak ikut apa yang kita suruh tu? Bila orang cakap yang kita pon bersalah, kita melenting. Kita emo sendiri. Kita nak menang seorang. Acano tuh??
Jadi, terima kesalahan diri. Sama-sama ubah apa yang kita tak nak tu. Bukannya suruh orang tapi diri kita sendiri pun 2x5, 5x2, 5+5, 9+1 dan seangkatan dengannya.. Lihat diri kita. Kenapa orang tak nak ikut apa yang kita suruh? Antaranya sebab kita pon sama macam dia. Oleh kerana itu (ecewah), kena lihat diri sendiri juga. Kena terima kalau orang kata kita turut bersalah, tak boleh fikir kita sajalah yang betul. Giteww..
Oh, satu lagi... Aku private blog 20 haribulan macam tu tau. Jangan unfollow aku pulak kalau tekan blog aku tapi tiba-tiba tak keluar. Ya? Aku dah habaq awal-awal ni. Aku bukan apa, aku memang akan private blog kalau nak edit. Tak suka orang tengok serabut sana serabut sini... :)
No angry, with smile & always love~~~ :)
cermin diri sendiri dulu. tak gittew kan dek -.-'
ReplyDeleteHmm.. Ya ya.. Hihi..
Deleteayat2 yg orang sekarang suka guna, "tengok pada teguran, bukan pada orang yg menegur". Tapi I tak berapa boleh terima la ayat ni, I still prefer pepatah lama bak kata u, seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.
ReplyDeleteBetul.. Memang betul tengok teguran dia tu tapi masalahnya bila kita tegur dia juga, dia melenting, rasa diri seorang saja yang betul kan. :)
Deletehehehe...bagai mencurah air ke daun keladi lah nie gamaknya eh ?? huhu jenis yang nak menangkan EGO je..sndiri punya salah tak nampak :)
ReplyDeleteHah tu lah.. Masalah betul dengan orang macam ni. >.< Nak buat guane?
Deletesemua org pernah buat kesalahan kann? Jadi klau org tu buat salah kita jgn hentam dia teruk2 sbb kita kne sedar kita pon pernah buat salah .
ReplyDeletehttp://hanismasturina.blogspot.com/
Betul tu.. Kena tengok juga diri sendiri. Kalau kesalahan yang dia buat tu kita pon buat, tak bolehlah nak rasa kita betul. :)
Deletenak ajar orang lain,tapi diri sendiri pon buat salah....terlalu banyak orang2 cenggini kat sekeliling kite...Semoga kite di jauhakn lah dari sifat2 cenggini...aminnn
ReplyDeleteItulah. InsyaAllah, amin.. Kena sentiasa beringat. :)
DeleteCepat-2 edit blog ye :3 Nak tengooooook xD Mesti lawa :)
ReplyDeleteAlamak~~ Tak ada lawanya lah.. Hihihi.. >.<
Deletemanusia mcm ni mmg ramai pn. so just ignore them
ReplyDeleteHaih.. Buat tak tahu saja lah ya kak.. >.<
Deletepaling penting bersangka baik sebenarnya :)
ReplyDeleteMemang betul kena husnuzon tapi.. Ya, husnuzon.. :')
Deletebetul tu, kalau kita suruh org buat sesuatu perkara tpi kita sendiri pun tak buat macam mana org nak dengar kata kita kan? tpi akak setuju dgn komen kak affy afiqah, kena bersangka baik ^_^
ReplyDeleteItulah.. Ya lah, kena husnuzon.. :)
Deletebtl3..tapi pape pon sentiasa lah bersangka baek..kan3...???? heee...
ReplyDeletesaling tegur menegur antra 1 sama laen..kalau nk tunggu org yg sempurna tgur kita...jwbnye xdelah..mana ad org yg sempurna.....kann......:)
Betul.. Memang betul tu, tapi masalahnya dia ni tak mengaku yang dia pon bersalah macam kita juga. Bila ditegur, melenting. Acano? Hihi, tak mengapalah.. Biarkan saja lah ya. Hehe. :D
Deletebnyk jmp orng cm ni., tp klu yg di suruh tu pkra bgus untuk kita xrugi pun klu kita buat..,
ReplyDeleteBetul betul.. :) Kita terima dia punya teguran tu.
Deletesetuju dgn akak :)
ReplyDelete# nak edit blog? wah,tak sabar nak tengok hasilnya,ehehe :)
Alahai fatanah.. Sabar2kanlah hati yo.. 20 haribulan nanti baru akak start.. Tak mau awal2, tak besh. :D Heee~~
Deletehaha,ohkay sis :D
DeleteBETUL 2 DIK..SEJUTU...hawak pulak???nak renovation ea??
ReplyDeleteA'a nak renovate blog.. Ihihi.. :)
Deleteitula kehidupan kan...
ReplyDeleteBetul.. Kehidupan dunia yang fana~~ Cewah saya dok buat ayat pasrah. Hehehe, tapi iyalah. Kena terima hakikat sebenar kehidupan.. :)
Deletesinggah cini . yup . betul tu . akak sokong seratus peratus . sekarang ni dah ramai orang yg macam cenggini . sabar jolahh . btw nice entry :)
ReplyDelete#cepat cepat edit blog tuuu . nak usha nanti . hihi
alamak. siapa yang buat adik kak hana nie? hehe yup. betul tu. dekat keliling akak pown ada orang mcm nie. tapi tak apalah. terima je. kalau dia tak betul tp cuba nak betulkan orang lain so kita akan jadi lebih baik dari dia kan? gitewww. :D :D
ReplyDeletelumrah hidup.. :)
ReplyDeletehai niena..biasalah latue...lgpun kita bukannya perfect...selalu akan melakukan kesilapan..
ReplyDeletelain kali, setiap kali habis ayat, kena letak :) baru org xbc dlm nada marah.. hahaha.. apa daa dorang ni..
ReplyDeletebtol tu.. tapi, kita takleh sangkal kalo dy ajak buat kebaikan sebab manusia xsempurna dik :)