Perlu buat baik?

24/12/13




Assalamualaikum..


Dah tidur? Tak mengapa, selamat malam.... sayangku..... Oh, bagi yang masih tak tidur, mari sini aku nak kongsikan bed time story.. Lah sangat.. Ini untuk pengajaran sebelum tidur ya... Mari dekat sini dekat dengan umi anak-anak.... Hihihiks... :D


Aku nak share something yang aku rasa tak asing lagi buat kita semua. Perlu ke kita buat baik? Perlu ke buat kebaikan? Perlu ke beri muka pada semua orang? Persoalan utamanya is PERLUKAH??!!


Dah kenapa dengan aku? Baik.. Jawapannya ialah memang kita perlu buat baik. Perlu sangat-sangat kerana agama kita masing-masing tak kira agama apa pun pasti menyuruh pengikutnya berbuat baik. Isnt'it...? Tiba-tiba teringat teacher aku bila cakap isnt'it...


Tapi.... Masalahnya bila ada orang lain yang mengambil kesempatan di atas kebaikan kita. Biasa kan dengan orang begini. Kalau kita salah satu daripadanya sama ada kita sedar ataupun tidak silalah sedar-sedarkan diri kita. Orang sudah buat baik, kita ambil kesempatan. Apa kes sayangs?


Bak kata pepatah 'Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.' Haa gitu.. Kan? Tapi perlu tak kalau kita buat jahat balik dekat dia untuk bagi dia sedar diri yang kita ni ada had juga nak bersabar dan ada had juga nak beri muka pada mereka.. Tolonglah faham perasaan orang yang dah buat baik dekat kita.


Bila dia buat jahat kita mengutuk dia begitu begini, bila dia buat baik kita ambil kesempatan di atas kebaikan dia. Tolonglah sayangs, bila orang dah buat baik tolong balas benda yang sama. Memang boleh kata suka hati buah hati lah nak balas macam mana tapi fikirlah kalau ada orang buat benda yang sama pada kita juga? Bagaimana? Marah kan? Entah-entah kita lebih-lebih melenting pula kan....


Jadi, fikirlah... Jangan selfish. Orang kutuk kita nanti kita marah. Padahal kita sendiri yang mencari nahasnya kan? Oleh itu, mari sama-sama dengan aku kita balas benda baik juga bila orang dah buat baik. Boleh kan? Tak susah pon..

Allah suka, hati gembira,
Allah murka, jiwa sengsara...
              ^_^


Selamat malam... 


49 comments:

  1. khonnnn.bila buat baik org pijak kepala,bila buat jht org kata.haha xpaham nk bt mcm mana lagi.msok bilik smbnyi bwh katey.haha =))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom buat jahat balik kasi sedar sama dia.. Eceh, tak adalah.. Lebih baik masuk bilik sembunyi bawah katil saja lah kan... Hmmhh.. Nak wat guane dah ye dokkk...

      Delete
  2. hmm betul lah niena. Buat baik salah, buat jahat salah hahaha. Buat baik je lah qila pilih hihihihihi yg penting usaha :D huhuhuhu

    goodnight babe!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus betul kak qila ni. Salute sama akak.. :D Kadang2 tu kena berfikir dulu nak buat baik yang jenis bagaimana dengan sesetengah orang tu. Kalau tersilap berbuat baik, hati kecewa pula nanti kak...

      Night kak qila.. Sleep tight eyh.. :)

      Delete
  3. gud entry dear...:)
    sentiasa buat baik Allah sayang, manusia apatah lagi, dgn syarat ikhlas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah tu lah.. Memang kena ikhlas bila buat baik tapi bila dah sampai tahap ambil kesempatan, tak sedap lah kan.... :)

      Delete
  4. nice entry. kengkadang tu bila kita buat baik ada yg kata kita ni show off lah, nak berlagak baiklah, bila buat jahat dikatanya perangai kita macam syaitan. people now days. suka putar belit sesuatu benda. apa yg dia nak pun kita taktau ._.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan kak mazni.. Buat baik tak kena, buat jahat lagilah kan. Apa yang dorang nak pun tak paham. >.<

      Delete
  5. tu lah kekadang kite buat baik die pijak kepala pulak..tapi kalau cik orang2 mcm ne tegur je bebaik..kalau tanak makan teguran,bagi makan tulang ayam jae lah..hahhaa

    #psssstttttt....cantik blog...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahaha, cik.. Ada ja cik ni nak buat orang ketawa ya! :D Tapi kadang2 orang begini susah nak ditegur. Bila dorang dah semedang rasa okey ja ambil kesempatan ni and rasa diri tak salah. Kasi tercekik tulang ayam kang baru tahu... Ahahaha.

      Eh, terima kasih cik! :)

      Delete
  6. buat baik biar berpada-pada..buat jht jgn sekali..:DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa itulah cerita dia.. Tapi bila kita dah selalu buat baik mereka mengharapkan yang kita ni boleh dibuat sesuka saja.. Acano lah... Haih...

      Delete
  7. Tu la , tak paham jugak . Bila org ada masalah kita tolong jgn kira bangsa agama . Kalau dia mmg perlukan pertolongan kita tolong . Kdg-2 kesian tngok pak cik-2 , mak cik-2 nk buat sesuatu kerja . Org tengok ja . Buat baik jgn mengharapkan balasan manusia , niat ikhlas kerana Allah . Tapi kalau dah yg jnis pijak kpla kita balik & x appreciate tu mesti tersa pedih kan sakit hati :D *errrrr .. komen ni lari topik perbincangan ka?* hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, mana ada lari topik. Betul tu, kita memang kena membantu orang lain. Tapi kadang2 bila susah dicarinya kita, bila tak perlukan kita blah gitu ja. Jadi gitu sebab kita baik sangat dengan dorang... Hmmh... :/

      Delete
  8. Betul tu niena .. Kita jangan lah terlebih buat baim pulak nnti orang pijak kepala .. Sedang2 aje .. Buat jahat jangan ! .. Semoga allah balas kebaikan kita walaupun orang amek kesempatan atas kebaikan kita kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah tu lah fiqa.. Hmm, biar Allah sajalah yang balas kan.. :)

      Delete
  9. jangan bila nampak orang buat baik kita mengata pulak ataupun harap pujian dari orang sekeliling..kan ramai orang macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila berbuat baik bukan untuk mendapatkan pujian.. Hanya minta supaya jangan mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain. Tak mahu balas pun tak mengapa tapi tak perlu ambil kesempatan dan tak perlu buat jahat dekat orang lain. :)

      Delete
  10. bukan susah pon nak buat baik.. saja setengah org tu suka buat teruk.. betol x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak lieya. Buat teruk boleh. Orang dah berbudi kita berbahasa lah pulak kan.. Aiyoyo... :D

      Delete
  11. Salam kenal :)
    Buat baik berpada-pada, jangan bagi orang pijak muka hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal.... Itulah. Memang kena beringat juga bila berbuat baik ni.. Nanti diri sendiri yang kecewa.. :)

      Delete
  12. buat baik secara berhemah
    nanti tiada yg ambik kesempatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak yumida.. Orang zaman sekarang ni susah sikit bila buat baik. Ada ja plan nak 'masuk' sikit... Haih..

      Delete
  13. dah biasa dgn manusia macam ni.. bila kita buat sedikit kesilapan..terus kita dihukum, dicaci, kutuk.. sepuluh permintaan dia kita tunaikan..kita ikot kita buat..tapi bila sekali kita tak tunaikan terus segala yang kita buat sebelum ni dah hilang..dah tak nampak dimata mereka..tak timbul sampai sudah .sedih! :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah tu lah kak aya. Susah juga bila yang jenis tak ingat kebaikan ni.. Bila salah sikit mula lupa apa yang kita dah buat... Hmmh...

      Delete
  14. biasalah tu dek...kebanyakkan orang suka ambil kesempatan diatas kebaikan kita.. akak selalu kena camtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Masalah betul manusia ni. Hmmh.. Nak buat macam mana dah??

      Delete
  15. paling penting jangan berpura-pura baik, camtu akak pun benci ahahahha
    akak tak suka orang berpura2, just be yourself...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu syaitan bertopengkan manusia. Masalah juga kalau dengan yang begitu. Buat2 baik pulak dah kan....

      Delete
  16. Kesimpulan dia, kena jugak buat baik. Kan? Ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Kena juga buat baik. Tapi kena hati-hati. Bila dah baik sangat nanti takut diri kita sendiri yang kecewa.. Gitulah gamaknya.. :)

      Delete
  17. itulah manusia. depa kalau nak tengok orang mesti nak tengok hat jahat ja. hat baik depa tolak jejauh --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pasal.. Baik meluat. Jahat meluat. Habis nak yang macam mana? Susah betoi..

      Delete
  18. nice entry,kak niena! nak buat baik tu boleh,tapi sedang2 jelah,hehe... jangan bagi muka sangat :DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah tu lah. Memang pun fatanah. Pernah juga akak selalu bagi muka dengan someone ni sekali kak tak mau buat baik dah dekat dia, barulah dia sedar sikit agaknya. Faham lah tu dia kenapa akak buat tu.. Hmmh.. Berubah lah sikit dia tu.. Kena ajar sikit baru sedar agaknya. Susah, terpaksa bagi dia rasa apa yang kita rasa.. Hmmh...

      Delete
  19. conclusion, sudah semestinya kita kena buat baik. Baik pun berpada-pada. Jahat jangan sekali.. xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah betul tu kak azwa.. Buat baik tu memang kena ingat2 sikit. Nanti diri sendiri yang merana... Buat jahat tak boleh kan...

      Delete
  20. just be yourself. sentiasa ingat, Allah S.W.T itu maha melihat. (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Just be yourself tapi jadi yang elok2 saja. Kalau diri sendiri yang tak elok tu ditonjolkan pun tak boleh juga.. Benar Allah maha melihat...

      Delete
  21. biarkan laa., jgn kita buat kt org da.,
    buat jhat jgn sekali, 2kli pun xleh., berkali2 lg la tak bleh., tp nk buat baik tak prlu berpada2 ngn binatang pun kita leh buat baik., aslkan kita tak buat baik untuk pkara yg jahat suda la.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat baik perlu ada hadnya juga. Bukan apa, sebab takut jadi kes ambil kesempatan dan pijak kepala. Kalau boleh tahan bila orang buat begitu, tak mengapalah. Tak perlu berpada2.. Hehe.. :D

      Delete
  22. buat jahat org balas jahat tp buat baik pown org akan pijak kepala. jadi kena sentiasa beringat ALLAH tahu hati kita. biar ALLAH yang balas semuanya. kak hana dah selalu kena sayang tp buat dono je. malas dah nak layan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu kak hana.. Biar Allah sahaja lah yang balas kan.. Saya buat tak tahu juga mula2 masa someone ni buat dekat saya tapi makin menjadi2 pulak dia. Halamakk.. >.<

      Delete
  23. Yes saya setuju sangat-2 :)

    Allah suka, hati gembira,
    Allah murka, jiwa sengsara.. ^^b

    ReplyDelete
  24. Buat baik berpada2,buat jahat sekali pun jangan:D

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤