Kalau Allah Tak Uji, Mungkin.....

29/9/13




Assalamualaikum and hai!


Alhamdulillah, aku boleh je hidup hari ni macam biasa. Tak mati pun walaupun diuji. Meski diuji, aku tahu ada hikmah tersendiri. Allah tak uji hambaNya tanpa sebab. Cuba ambil masa sekejap untuk fikir, apa hikmah yang kita dapat bila kita diuji. :)


Contohnya untuk tahun ni, aku diuji dengan result periksa awal tahun yang merudum daripada tahun lepas. Daripada 6A aku dapat 3A SAHAJA. Aku rasa aku belajar sungguh-sungguh tapi aku diuji dengan dapat markah sedap-sedap saja. Tapi tanpa aku sangka, aku terpilih jadi pelajar yang tergolong dalam Hari Anugerah Cemerlang! Dapat nombor 1. Ada yang dapat banyak A daripada aku tapi kenapa aku dapat nombor 1? Sebab markah PBS aku yang baik. Nampak tak di situ? Jadi, bersangka baiklah dengan Allah. Dia tak makbulkan doa aku untuk dapat banyak A untuk periksa tu, tapi dia merancang yang lebih baik untuk aku. Dan hikmahnya di sebalik tu aku rasa, aku kena lebih banyak usaha dan berdoa kepada Allah. :)


Okey contoh kedua pula, jika Allah ambil orang yang kita sayang. Tak kisah siapa pun. Sahabat, kawan baik, abang angkat, pakwes and makwes kita. Tapi aku cerita di sini yang dekat dengan remaja is pakwes and makwes or crush. Okey? Contohnya Allah jauhkan kita daripada dia ataupun ambil dia daripada kita... Mesti rasa sakit right? Tapi mungkin di sebalik tu, Allah nak habaq yang kita tak perlu mengejar yang kita suka/sayang kerana ada ramai lagi yang menyayangi kita tapi kita tak hargai mereka yang sayang kita tu. Maka, Allah juga nak dengar hambaNya ni mengadu pada Dia. Percayalah, hanya ingat kepada Allah, hati menjadi tenang. :D


Kalau Allah tak uji, mungkin aku jauh dariNya...

Kalau Allah tak uji, mungkin aku tak kenal siapa yang menyayangiku....

Kalau Allah tak uji, mungkin aku tak tahu siapa yang benar-benar ada bila aku jatuh...

Kalau Allah tak uji, mungkin aku tak akan berusaha untuk menjadi lebih baik..

Kalau Allah tak uji, mungkin aku tak bergantung harap hanya kepada Yang Kuasa...


Kita sebagai hamba Allah, selalulah fikir bahawa akan sentiasa ada hikmah apabila diuji. Mungkin memang sakit dan kecewa, tapi bila kita sedar akan hikmahnya, kita akan kembali tersenyum. Percayalah.. :) La Tahzan.. 










Terasa lapang seketika sewaktu tulis entry ni. Entry memujuk hati sendiri agar mengerti hikmah tersendiri. First time rasa selesa dengan entry sendiri. Hohoho over la Nina. Sebenaqnya bukan ada apa pun, hanya persiapkan diri jika Allah beri ujian. :)


16 comments:

  1. yup betul tu, Allah uji tanda Allah sayang. selalunya dlm kepahitan ujian tu mesti ade kemanisannya kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak.. setiap kepahitan pasti akan ada manisnya. kena yakin dan percaya Allah tak uji saja-saja. :)

      Delete
  2. Bestnya entri ni menimbulkan kesedaran di hati... terima kasih dik kerana saling mengingatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. kita kena saling ingat-mengingati. :)

      Delete
  3. Dik Niena jom tukar link... kak ida dah masukkan link blog adik dalam bloglist kak ida

    ReplyDelete
  4. suka entry ni . . betul sangat apa yang jadi dekat kita pasti semuanya ada hikmah . . allah nak uji iman kita kuat atau tak . .jadi selalulah bersangka baik . nice sharing dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. betul tu kak, Allah nak uji iman kita. :)

      Delete
  5. Alhamdulillah... Entry niena ni memberikan keinsafan di hati akak... Kan bagus kan, bila diuji, kita tersenyum, redha dgn ujian ini dan berusaha untuk memperbaiki diri... tq niena...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. sama-sama akak. ya, kena sentiasa tersenyum walaupun dilanda ujian sebab kita tahu Allah beri ujian bersebab. :)

      Delete
  6. betul. setiap org lain ujiannya, lain rezeki. setiap yang ditetapkan Allah pasti ada hikmahnya :)

    ReplyDelete
  7. tahniah niena dapat anugerah,, ^_^ Allah memang dh rancang yang terbaik utk kita cuma kita ja yg xtahu . kena byk2 bersabar je la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. betul tu kak. kita mmg tak tahu, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. sabar dan redha, insyaAllah ada yang lebih baik menanti. :)

      Delete
  8. congrats dear atas anugerahnya...

    betul! org yg diuji tu menandakan Allah sentiasa ingat kita :)

    ReplyDelete
  9. Btol tuh syg . Allah uji kita sebb allah sygkan kita . So kita kna trima seadanya oke . Pyka cukup suka ayat kat pic no 2 tuh . :)

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤