Diri Sendiri Yang Buat Orang Tak Suka

1/11/13




Assalamualaikum..


Wah.. dah bulan 11 lah!! Dah dekat cuti sekolah lah! Dah tak payah tengok _ _  dah lah. Apakah?? Tapi bosan juga kalau duduk kat rumah ni. Sekarang pun dah rasa dah kebosanan dia walaupun baru cuti 5 hari. Nanti kena sekolah 3 hari sahaja lagi, tapi aku nak pergi. Nak tengok result and nak majalah. :D


Itu introduction. Ini pasal nak masuk topik tu lah. Apa dia pasal Diri Sendiri Yang Buat Orang Tak Suka tu? Bukan main panjang tajuk dia kan. Ada sahaja 'dia' nak bagi topik untuk tulis di sini. Okeyla. Pernah jumpa tak dengan orang yang tak pasal-pasal nak sentap sendiri. Daripada keadaan yang harmoni tetiba dia sendiri yang ambik part sentap nak cari gaduh.


Buat-buat terasa. Cakap orang lain tak pedulikan dia. Cakap orang lain buat dia macam gitu macam gini. Padahalnya diri sendiri yang buat orang lain kurang senang dengan perangai kita tau? Kita nak salahkan siapa bila orang tak suka kita? Kalau perangai kita tak begitu, tak adanya orang tak suka dekat kita.


Memanglah ada orang tak suka kita tanpa sebab, tapi aku cerita sekarang pasal diri kita yang mengundang kebencian orang lain. Kita rasa, kita kena disayangi. Kita sajalah yang betul. Orang lain semua salah. Cuba fikir apa yang buat orang tak suka tu?


Bila orang tak suka, kita marah. Kita dok buat sentap. Padahalnya kita sendiri yang kadang-kadang timbulkan situasi tak best. Abang aku kata, orang cenggini dia jenis manja. Semua kena ikut cakap dia, kena beri dia perhatian, kena tunjuk sayang dia. Bila orang tak buat macam apa yang dia nak, itu yang jadi cenggitu tu.


Aku pun manja juga. Tapi tak adalah kot nak over sangat. Kadang-kadang sajalah kot kalau aku dengki sangat pun aku buat perangai gedik. Tapi main-main saja. Kalau orang buat aku pun, aku terima jugalah walaupun aku marah tapi aku sedar aku yang salah. Kalau tak sedar diri salah tu yang masalah tu. Cubalah muahasabah diri. Tak mau sentap-sentap sendiri, nak timbulkan environment yang 'panas' and nak cari gaduh. Okey?


So sayangs, hidup perlu happy. Hidup perlu dimanfaatkan. Hidup bukan untuk orang jaga hati kita seorang saja, kena lah juga jaga hati orang lain. Tak kesahlah kita lagi tua ke, kita lagi muda ke. Kena sama-sama jaga hati orang lain. Memanglah kita tak boleh nak sentiasa jaga hati orang lain tapi at least kita cubalah sedikit. Boleh ya? :) Fighting!!

p/s: Happy November Sayangs! ;)

25 comments:

  1. nak jaga hati org tu susah...so, kita jaga diri...so that org takleh cari point dekat kita :D

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Kena jaga hati dan perasaan orang lain jugak. But, jangan terover pulak. Karang kita yang sakit hati. Susah pulak nak ubatkan hati sendiri. Hewhew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. payah juga kan kalau kita sorg yg over2 jaga hati org. cenggini lah, buat orang sakit hati jangan sekali, jaga hati org berpada-pada. boleh? hehehe.

      Delete
  3. Betul tu. memang ramai sangatlah org yg berperangai macam ni. hati dia kita kena jaga, hati kita dia sepak dalam tong sampah. wuuuu~ btw setuju sgt dgn post ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kannn... hati kita dia sesuka hati jantung limpa pankeas dia saja. geram nihh.. hahaha. terima kasih. :D

      Delete
  4. Rilek brader~ Brader rilek~ takmo emo-emo sangat dik. nanti tak omey :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoyai akak rasa nak tergelak terus sebab terus menyanyi awal2 tu. hehe, itulah tak boleh emo2 sangat. saya ni emo masa tulis entry tu je. sekarang okey sudaaaa~~ hikhik.

      Delete
  5. sukalah entri ni. mcm ada kena mengena sikit dgn kawan aku. beliau memang manja, hati, sensitif gila. kadang2 sampai kita0rang sendiri mcm taknak ckp dgn dia. takut dia terasa~ bila dia merajuk, kita0rang yg memang rasa bersalah gila. lol
    kadang'kadang, kita0rg jugak timbulkan situasi 'hot'~ (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah dia tu b.o.b tu bak kata mat luthfi. hahaha. and btw, sakit hati tau dgn org yang kuat sgt sentap ni. tak boleh silap sikit. haish.. manja ya amat~~~ :)

      Delete
  6. nak puaskan hati manusia ni memang susah, apa yang penting kita buat apa yang kita suka, yang kita selesa, tak payah peduli sangat orang nak cakap apa, be strong dik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah, betul juga tu. buat benda yg kita suka janji bukan benda yg berdosa dah la yer kak.. :D

      Delete
  7. betul cakap awak tu..pernah jumpa orang macam ni..hehe..tp buat x tau je..nanti lagi manja pulak..lama2 ok la tu dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. tak boleh dilayan sgt. tapi over dia tak habis. nak buat macam mana nih. kang kalau tegur, dikatanya kita bukan2 pulak. -.-

      Delete
  8. bukan senang nk puaskn hati semua org.. nak jaga hati org lain tu, make sure hati sendiri pun dijaga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. kena jaga juga hati sendiri. tapi kdg2 tak pandai. bila dah jaga hati org sgt, org yg tu tak reti hargai. haish, geram-geram.

      Delete
  9. Kak Ida panggil orang cenggitu adalah yang jenis "gedik". Memang menyampah tengok orang gedik ni... dia sebenarnya nak minta perhatian lebih. Kak Ida kurang setuju dengan abg Niena tu...Klu dah macam tu bukan lagi manja...kalau manja, kadang2 kita suka gak tengok sikap dia...manja merupakan sifat semula jadi. Ni lain ala-ala macam mengada-ngada la, perangai yang dibuat2...kalau mengada-ngada ni mana ada orang suka... menyampah lagi ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. geram betul nampaknya kak ida nih. hahaha. tapi tak dinafikan juga kan. iyalah, gedik+manja+mengada-ngada -> menyampah. kannn?? rasa nak luku kepala dia baru dia tahu. nasiblah waras lagi. hikhik.

      Delete
  10. sokong 100%..over sangat pon xleh..lebih baik cari kelemahan sendiri..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. kena tau apa salah kita supaya kita faham kenapa org tak suka kita. kan? :) apa2 pun terima kasih.

      Delete
  11. Yep.. kdg kita takleh nak salahkn org lain sepenuhnya.. kita mmg kena muhasabah diri kita jgk.
    Thanks untuk peringatan. :)

    ReplyDelete
  12. ada ja org yg mcm ni,,, tapi xtahan nya tak pernah sedaq diri tu selalu buat org lain rasa euuuuuwwww..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau tak pa kak.. kalau nak tunggu dia sedaq tu tak tau bila lah kan. cenna nak buat? hahaha.

      Delete
  13. Terbaiklaa... Manusia cenggini mmg susah nk deskrip.. Rasa nak bagi pelempang pun ada bila jumpa hahaa.. Dia ingat dia sorang jer betul.. Kan dah dipulaukan biar dia sedar..

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤