Assalamualaikum...
Selamat petang! Mata sudah mula mengantuk macam biasa. Oh, hari ni nak share tentang personaliti seseorang melalui tulisan. Macam yang selalu aku kata, aku suka sangat benda-benda yang berkaitan dengan personaliti ni! Jadi, mari kita tengok! :D
Tulisan Berubah-ubah
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.
Tulisan Tegak
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.
Condong ke kiri
Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!
Saiz tulisan Besar
Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.
Saiz tulisan Kecil
Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.
Semakin lama semakin besar
Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.
Semakin kecil
Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!
Bentuk tulisan lebar
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.
Tulisan kurus
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.
Tulisan bersegi empat
Otak matematik rupanya dia ni.
Tulisan bulat
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.
***
Haa, baik. Macam mana? Betul ke idak? Untuk aku, personaliti aku memang ada yang sama dengan apa yang diceritakan di atas. Aku punya tulisan sering berubah-ubah iaitu diri aku sendiri, sikap aku sendiri sering berubah-ubah. Hehehe..
Dan juga satu lagi tulisan aku sekarang ini jenis condong ke kiri. Kalau ikut apa yang dia kata, jenis personalitinya ialah orang yang sensitif tapi luarannya macam biasa-biasa saja tu memang kenaaaa sangat-sangat. Aku cepat sensitif sebenarnya tapi buat-buat tak rasa apa saja. Ya, aku selalu berhati-hati dalam apa sahaja yang aku nak buat sebab takut menyesal nanti hah. And satu lagi setia dengan orang yang dia sayang, betulkah? Jawapannya, aku sajalah yang tahu. Hikshiks.
Jadi, bagaimana pula dengan hampa? Mari kongsikan di ruangan comment! ;)
Syukran Jazilan, Ilal Liqa'!
Entry Berkaitan:
Hahahaha! Akak pun jenis tulisan berubah-ubah! Tak tetap! >< Kawan2 akak pun byk yg tegur! Hahahha. N personaliti tu pun mcm mmg kenaaaaaaaaaaa sgt dgn diri akk! >< Mudah terpengaruh. Huhu
ReplyDeleteKehkehkeh. Itulah pasal, macam kena je kan. :D
Deletetulisan saya berubah-buah. hahaha. pagi harini lain, esok tulis lain lagi tulisan. lain page lain tulisan. xD
ReplyDeleteAmboi-amboi, setiap page lain tulisan ya. Hahaha, personaliti berubah tak? :D
Deletetulisan sis kecik.hihi..berfikiran jauh..woha :)
ReplyDeleteBerfikiran jauh dan akademik rupanya ya.. Hihihi.. :D
DeleteAkak pernah baca entry mcm ni,tulisan akk mm berubah2 ikut moodx)
ReplyDeleteSaya pun ada baca tapi dah lupa jadi saya post pulak di sini.. :D Saya pun samalah kak. Kadang-kadang tu tangan macam kayu ja bila menulis, jadi lain pula.
Deletetulisan akak kecik. kadang2 tu tulisan berubah-ubah ikut mood. xD
ReplyDeleteHaa, kak mazni seorang yang berfikiran jauh ya... Hiks. :D Itulah, tulisan kita memang selalu berubah ikut mood. :)
DeleteNice sharing..secara kebetulan macam ada yang sama pulak dengan akak dik..hehe..
ReplyDeleteTerima kasih. Hehe, itulah. Kadang2 kebetulan tu mengena pula kan. HIhi.. :D
Deletepernah baca..pengkongsian yg menarik...:D tulisan bulat....
ReplyDeleteMengena tak dengan apa yang dia kata? Suka bergaul dan penyayang? Hihihi.. :D
DeleteTulisan kak niesa berubah2.. Kejap kecik kejap besar...hahaha...nice sharing....
ReplyDeleteHihihi, itulah. Ramai juga orang tulisan yang selalu berubah rupanya. :)
Deletemama kalau menulis, tulisan kecil, condong ke kiri.. hihi
ReplyDeleteHehe, mesti comel saja kan! :D
Deletejenis tulisan cik BULAT...mcm tuan punye badan..tapi takde lah suke bergaul..kalau penyayang tu opkos lah..kohkohkoh(msuk bakul jap)
ReplyDeleteSaya suka tulisan bulat! Ihik! Alaaa, tengok cik pun dah tahu yang cik ni penyayang orangnya. Hehehehe. :D
DeleteQila bolat :p hahaahahha
ReplyDelete<3333
Alala, comel! :D Saya suka lah dengan tulisan bolat! Ihik! Kak Qila penyayang! :)
Deletehahaha aya pon berubah2 tulisan..kalau mood rajin cantik la tulisan..kalau malas..makkk aiii hahaha
ReplyDeleteHihi, sama pula kita. Itulah, ikut mood juga kan. Kalau malas jadi tak cantik, kalau rajin sikit barulah elok sikit. :D
DeleteInsyaAllah saya kesana dan follow nanti.. :)
ReplyDeletehi, dik. akk dtg mmbalas kunjungan adik td. haha. akk tak tahu laa tulisan akk guane. klu cakar ayam agk nye ape ye? hih
ReplyDeleteOh, terima kasih kak! Cakar ayam? Kihkihkih. Ala, orang yang kata tulisan dia cakar ayam ni selalunya tulisan dia lawo. :D
Deleteee tegak pastu kecik.
ReplyDeletehehe =D
Wah, tulisan yang punya sikap positif gitu ya! :D
Deletesy y tulisan berubah2 tu..boleh jd tegak..boleh jd condong..bole besar dn bole kecik...berubah mengikut mood..hehe..=)..
ReplyDeletenice sharing..^_^..sy pun suka bab2 personaliti ni..
Personaliti berubah tak? Hehe. Itulah, best kan bab2 personaliti ni! :D
Deletewaa~ akak ada banyak gilaa xD
ReplyDeletetulisan berubah-ubah, tulisan tegak, tulisan keci, tulisan bulat
wakakaka :DD
Amboi2, macam2 jenis tulisan dia ada. Hihi! :D
DeleteSaya punya tulisan, tulisan tegak. Betul-betul atas line. Orang kata tulisan atas line ni, orangnya tak berdikari. Tak tahu la pula betul ke tidak
ReplyDeleteTak pandai berdikari pula ya. Eh tapi tulisan tegak dikatakan rajin, bertanggungjawab etc. Kikiki... :D
Deleteakak xreti nak cam tulisan akak mcm mana. yg akak sure, buruk jela. hehehe.
ReplyDeleteHihihi, mesti banyak sangat jenis tulisan kan sampai tak cam. Ihihi, ala janji orang faham udahlah kan kak zizie. :D
DeleteThanks for sharing.. bila baca semula ada sedikit persamaan pada kita ni hah..hahaha :)
ReplyDeleteSama-sama kak azwa! Haa kan, ada la juga yang sama kan. :D
Deletehehe. tulisan tegak + tulisan kecik. ade kot persamaan sket. nice sharing!
ReplyDeleteHihi, banyak positifnya tu! :D Oh, terima kasih.
DeleteSame goes to me .. Suka sangat tengok benda yg berkaitan dengan personaliti diri ni .
ReplyDeleteHaa kan, seronok! Plus bila mengena pula! Macam miracle gitu eyh. :D Kikiki.
Deleteyeah.. tulisan berubah ubah.. sekejap macam ni,, sekejap macam tu... err... asal rasa fakta tu macam betul jer...
ReplyDeleteand part yang tulisan besar tu,,, sebijik macam kawan ,, haha...
Tulisan saya selalu berubah. Hehehe.. kekadang kurus kekadang gemuk. Ah, lantaklah, asal kemas dan cantik :P !
ReplyDeletekita sama . . memg kena la . bab setia tu ,haha betul la .
ReplyDelete*sangat setia sampai ditinggalkan, huhu T,T