Cerpen: Jannatul Firdaus I

4/1/14




Assalamualaikum..


Aku rasa dah lama juga perap cerpen ni tak habis-habiskan. Sebenarnya aku lupa pasal cerpen ni. Oh, ini bukan kisah siapa-siapa, jauh sekali kisah aku. Kekeke. Ini mengisahkan tentang seorang ibu yang berusia 38 tahun bersama anak-anaknya. Aku cuba letakkan diri aku sebagai seorang ibu di dalam cerita ni. Cuba untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak padahal diri sendiri punya kesalahan besar. Mungkin kisah biasa sahaja, tapi aku cuba selitkan perjalanan seseorang bagaimana menjadi yang lebih baik. :)


***


JANNAH pergi ya mak. Mak masak sedap-sedap hari ni ya!” ujar Jannah sambil tersenyum kepadaku. Aku membalas senyuman manis anak daraku itu dengan hati yang berbunga. Pandai dia mengambil hatiku. Walaupun makanan yang ku masak bukanlah seberapa, tetapi anak-anakku tetap memuji masakanku.

“Mak, Daus tu mana? Dah lambat ni. Nanti kena marah cikgu macam mana?” rungut Jannah. Aku sentuh lembut bahu Jannah dan berpaling ke dalam rumah. “Daus! Cepat, nak! Ni Jannah tunggu. Takut kena marah cikgu nanti,” jeritku.

Beberapa saat kemudian, kelihatan Firdaus datang menghampiri sambil kelam-kabut membetulkan tali lehernya. Entah apa lah yang membuatkannya lambat untuk bersiap. Firdaus tersengih kepadaku dan Jannah. Jannah melemparkan muka masam kepada Firdaus.

Aku menahan ketawa. Kelakar melihat anak-anakku ini. “Sudah. Cepat pergi. Tengok muka Jannah dah begitu,” ujarku. Firdaus segera menyalami dan mencium pipiku dan segera menghidupkan enjin motosikal.

Aku berdiri di muka pintu sambil tersenyum memandang anak-anakku pergi ke sekolah. 16 tahun berlalu, terasa begitu singkat. Aku membesarkan kembarku itu dengan usahaku sendiri. Menyayangi dan memiliki mereka adalah hal yang terindah pernah aku rasai. Mungkin aku tidak berpeluang untuk hidup bersama ibu bapaku. Namun, kehadiran cahaya mataku ini amat membahagiakan dan menghidupkan diriku semula.



AKU keluar ke pasar. Mencari bahan-bahan yang boleh kubeli untuk dimasak tengahari nanti. Aku fikir mahu memasak makanan yang istimewa sedikit hari ini memandangkan aku baru sahaja menerima duit lebih. Aku terfikir untuk membeli daging. Pasti anak-anakku menyukainya. Jarang mereka dapat menikmati daging lembu.

Selesai membeli bahan-bahan masakan, aku pulang ke rumah dengan hati yang berkobar-kobar. Tidak sabar mahu memasak untuk anak-anak. Kebiasaannya, kami hanya menikmati telur goreng ataupun nasi goreng sahaja. Aku tidak mampu untuk menyediakan makanan yang luar biasa untuk anak-anakku. Tetapi, syukur. Mereka tidak pernah merungut.


“ASSALAMUALAIKUM..”
Aku tersedar daripada tidur dan segera bangkit daripada katil. Tertidur sebentar setelah solat Zohor sebentar tadi. Segera aku hampiri pintu untuk menyambut anak-anakku.

“Waalaikummussalam.. Alhamdulillah, anak-anak mak dah balik. Mari makan.” Firdaus memelukku erat.

“Rindu mak!” ujarnya. Aku ketawa kecil.

“Apalah anak teruna mak ni. Jannah pun tak macam Daus. Macam budak kecil saja lagaknya,” tegurku sambil mengusap kepalanya.

Firdaus senyum panjang. “Mak. Daus memanglah budak kecil lagi. Lagipun Jannah tu kakak. Daus ni adik. Jadi, tak hairanlah kalau Daus manja dengan mak kan,” ujarnya. Dia kemudiannya menayangkan giginya yang tersusun cantik. Aku tersenyum dan sama-sama berjalan ke dapur bersama mereka.

“Wah... Mak masak daging masak hitam?” soal Jannah keterujaan. “Alhamdulillah, sayang. Mak ada duit lebih sikit. Jadi, bolehlah mak masakkan anak-anak kesayangan mak ni. Maaflah, tak banyak pun. Sekali makan sahaja,” ujarku.

Firdaus peluk tubuhku buat kesekian kali. Manja betul anak lelakiku ini. Umur sudah 16 tahun tetapi masih seperti kecil dahulu. Tidak mengapalah. Ini buktinya bahawa dia terlalu menyayangiku.

“Cepatlah makan. Mak nak tengok anak-anak mak makan.” Aku memang akan menunggu anak-anakku makan dahulu barulah aku akan menyusul. Gembira melihat mereka makan dengan berselera.

“Makan kenyang-kenyang ya...” Mereka berdua mengangguk laju. Kasihan mereka. Jarang berpeluang menikmati hidangan seperti ini.


“MAK.. Mak kata ayah meninggal masa Daus dengan Jannah kecil dulu. Mak tak ada ke gambar ayah?” soal Firdaus yang sedang meletakkan kepala di atas ribaanku sambil menonton televisyen. Jannah pula mengangguk mengiyakan persoalan Firdaus itu. Terkaku sebentar aku dibuatnya.

“Mak tak sempat nak tangkap gambar banyak-banyak dengan ayah. Sebab masa tu mak baru kahwin dengan ayah. Kalau ada gambar ayah pun, mungkin dah hilang. Maaf ya Daus, Jannah,” ujarku, gugup. Maafkan mak, anak-anak.

Firdaus mengerutkan kening tetapi kemudiannya dia kembali menonton televisyen. Jannah juga nampaknya tidak mahu menyoal lanjut tentang ayah mereka. Lega hatiku.

“Daus, Jannah.. Kalaulah mak ni tak baik, Daus dengan Jannah sayangkan mak tak?” soalku. Sengaja ingin tahu isi hati mereka.

Firdaus ketawa mengekek. “Ish. Apalah mak ni. Mestilah kami sayangkan mak. Mak kan mak kami. Kan, Jannah. Woi, Jannah. Kau dengar tak,” ujar Firdaus.

Jannah kembali memandang ke arah aku dan Firdaus. “Ish, aku dengarlah ni. Mestilah. Kami mestilah sayangkan mak. Mak adalah segala-galanya bagi kami. Kami mana ada siapa-siapa lagi selain mak,” ujar Jannah pula. Aku hanya tersenyum.

***

Ini bukan Firdaus anak Pak Kassim, malah bukan mana-mana Firdaus yang hampa kenal, ini Firdaus anak 'aku'. Hehehe, seronoknya kalau ada anak yang manja dengan ibu sampai dah besar kan? Saja bikin cerita yang punya anak lelaki yang manja. Macam comel ja gitu haa.. And, sudi-sudilah baca sambungannya nanti ya... :) -winkwink- Ilal liqa'!




20 comments:

  1. ada sambungan ye niena ... bagus lah keep it up... macam ni nanti bm conform dpat A.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya akak, masih ada sambungan.. Terima kasih. Tak ada bagus sangat pon. >.< Eh, amin.. Kekekeke... :D

      Delete
  2. senang memahami....simple dan menarik...:DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ya. Jemput baca sambungannya nanti! :)

      Delete
  3. Alllahhhhhh...ingatkan habis tadi cerpen nye...
    sambung nanti ye dik...sambung cepat2 tau...tak sabar nak bace..

    ReplyDelete
  4. pandailah niena tulis cerpen, ayat2 dalam cerpen ni best je bila baca. boleh jadi penulis novel macam ustazah fatimah syarha :D buat novel dakwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah kak mazni.. Saya tak adalah boleh jadi macam beliau. Jauh benar tu kak.. Ehehe, setakat sikit-sikit bolehlah.. :D

      Delete
  5. teruskan usaha ye...bahasa mudah, senang faham...jalan cerita yg ringan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. Ini saja2 ja isi waktu bosan. Ehehe.. Apa2pun terima kasih kak sally.. :D

      Delete
  6. wah,terbaiklah! eheehee :DD nak baca lagi~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih little sister! :D Tunggu eyh sambungannya nanti!

      Delete
  7. Hak eleh niena ni. Sambung ah lagi!!!
    Buat qila sedey pedey je hehehhe.
    Tp betul lah, sweet sangat. Pdhal dh besar dah tu huhuhu <3

    Hihihi. Harap sgt abang jebat cemtu. Eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hek eleh kak qila ni. Panjang2 nanti orang tak larat baca.. Ekekeke.. Nanti saya sambung ya kak qila ya.. Leb ya leb ya! :D

      Ecece, abang jebat dia tak dapat dipisahkan tuuu... :D

      Delete
  8. Ehehehe dah habis dah baca.. Baru nak feeling-feeling ekeke .. Cepat2 tau nanti sambung tak sabar nak tunggu ni .. Niena memang ada bakat dalam bidang penulisan . Thumbs up .. Manjanya diorang berdua . Anak lelaki pulak tu yg firdaus tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ecece, feeling gitu fiqa.. Ahahha.. InsyaAllah saya akan sambung dalam masa terdekat! Sekarang sibuk sikit dengan homework! :) Oh, terima kasih dear. Tak ada lah bakat mana pun.. Biasa saja.. Itulah, rasa macam seronok ja kalau ada anak lelaki yang manja nihh... Hihihi.. :)

      Delete
  9. Replies
    1. InsyaAllah, nanti saya sambung ya kak azwa. Sekarang tengah sibuk sikit.. :)

      Delete
  10. breathe in breathe out. hehe panjang kemain. yeay!! akak berjaya habiskan bacaan untuk ayat terakhir. :)

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤