Membebankan Tahap....

3/10/13




Assalamualaikum..


Panas gila hati bila nak jahit baju, mesin rosak lak kan. Rasa nak terajang aja, tapi aku tak sekejam tu. Hohoho. Makin rasa nak pecah otak bila fikir ada banyak lagi tugasan lain yang kena selesaikan BULAN INI jugak. Bulan ni nak siapkan PBS, bulan ni jugak lah nak fikir pasal exam. Kalau fail, lagilah merana hakuuu..


Aku rasa macam dah taraf apa dah kena buat macam-macam ni. Memang lah boleh kata, tak baik mengeluh. Aku pun selalu kata macam tu pada orang tapi bila dah sampai tahap kena hafal speech, kena buat drama, kena buat projek, kena buat baju. Architect kita, fashion designer kita, pelakon kita, artist kita, penari kita, penyanyi kita, sasterawan kita, ketua pengawas kita, cikgu kita. Pokoknya (cehh pokoknya gitewww), semuanya kita. Aku rasa budak 14 years old macam aku, masih belum bersedia untuk tanggung semua tu. Kalau 19 ke boleh percayaaaa... Ada makna??


Ya lah, okeyla kita boleh cakap yang PBS ni untuk melatih kita bila nak masuk universiti nanti. Nak bagi kita ada keyakinan. Nak bagi kita bersedia bila dah masuk alam pekerjaan nanti, nak blablabla. YES, aku setuju tapi yeahh.. Aku rasa sangatlah stress sebab semuanya kena buat serentak dan kena cepat. No work, no band. Cenggitu ja cerita dia. Lepastu, cikgu guide pun sikit-sikit ja mana boleh guide sangat sebab 'ini PBS. saya mana boleh bantu awak' katanyaaaa...


And next year, let's face PBSMR. Apa tu? Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah I think?. Dia macam PMR jugak tapi dia PBS. Agak tamak di situ rasanya bila dua-dua kena buat. Makin rasa kenapa aku begitu malang dilahirkan pada tahun 99? K, tak baik lah bila cakap cenggini.. Dosa derr. Astaghfirullah.. Aku gila sikit sekarang sebab berpunca daripada mesin jahit yang rosak dan masuk bilik tengok atas meja ada tugasan lain tengah menunggu. Ya Allah...


So, tak baik merungut panjang-panjang just nak mintak beberapa perkara kepada hampa kalau hampa sudi tolong aku? Nak suruh tolong aku buat PBS memang tak lah kan? So, pertolongan jarak jauh (ini pun PJJ), doakan untuk aku agar dipermudahkan segala urusan, dapat markah yang baik dan semoga aku lulus semua subject andddd satu lagi boleh? Doakan supaya tahun depan aku tak kena rombak kelas dengan kawan-kawan kesayangan aku. Nah nah nah?? Aminn.. Doakan ya. Itu saja yang aku minta. Kalau sudi lahh nohh.. -kelip-kelip mata- :)


19 comments:

  1. He3 truk benor dah bunyinya =) sabar2..ni kiranya seorang cikgu la nnti eh?? sya doakan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkanNya..semoga tahun kelas tu xkena rombak, lulus dgn cemerlang dan mesin jahit tu elok kembali..Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm teruk teruk teruk. >.< yeah kena banyak bersabar and by the way, thanks untuk doa.. :)

      Delete
  2. Awak sebaya adik kak Alia la ni, duk menjahit la, memasak la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ka? hihi.. tu lah, KH pun sakit hati jugakkk. hahaha.

      Delete
  3. sabaq je la niena... tarik nafas pjg2 wat relax.. sure everything will be fine :)

    ReplyDelete
  4. sistem pendidikan dan berubah.. nk wat cm mn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah pasal.. sekarang dah tak macam dulu. lagi susah hadooo. >.<

      Delete
  5. niena baya ngan anak Umi yg no 2..kesian tengok budak2 yg kena PBS ni..umi kesian tengok anak umi tu..buat kerja sampai malam..kadang2 sampai ke pagi..nasib skola petang..takut tak lepas band...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah umi.. kitorang memang kena kejar band. kalau tak lepas rasa tak syok lah kan.. :)

      Delete
  6. adik :) keep strong yaa demi future kitaa :) memg sometimes kita stress sikit dgn benda2 ni semuaa . no need to stress much , do ur work dgn ikhlas hati inshaAllah semua kerja dipermudahkan Allah :) good luck dik for ur pbs and exam :) . akak nak cakp sikit ni , for the truth is pbs ni membebankan budak2 sebenanya , dah elok dah sistem pmr tuu . kan dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih akak bagi sy semangat! :D insyaAllah saya ikhlaskan hati untuk masa depan diri sendiri. yeahh, membebankan dan pmr lagi bagus tak pening-pening sangat. just study dan jawab exam. :)

      Delete
  7. pening baca cerita kau dik.. apesal la adik akak boleh rileks2 kau ni kalut2.. ragu lak kat adik akak kat rumah tu... nak kena siasat nih.. nasib baik zaman akak ada pmr.. huhu.. sabar le dik.. dah KPM arah mcm tu.. takleh nak marah kat cikgu2 jugak.. tapi, kalo ada cikgu yang nak bertolak ansur, bagus jugak kan... huhu.. yela. adik kan first batch yang takde pmr.. be strong kayh.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha akak. maybe adik akak jenis relax macam abang saya? hehehe. nak marah kat cikgu memang idak lerr kak sbb cikgu pun sama-sama berganding bahu stress macam kita.. anyway, thanks ya akak! :)

      Delete
  8. apa pun yang penting awak banyakkan bersabar ye ;) InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan :D Amin

    ReplyDelete
  9. go go! awak mesti boleh..bersabar ye..biasalah nak belajar kan..penat sikit.. :)

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤