Aku dan Abang

22/10/13




Assalamualaikum...


Siapa ada abang di sini? Senyum sekarang!! :) hehehe. Tiba-tiba tadi masa aku tengah menelan bakso semangkuk teringat pula zaman dolu-dolu aku dan abang kedua aku punya kenangan. Lucu dan best juga rasanya walaupun kadang-kadang mesti gaduh punya. Aku dengan dia 3 tahun saja beza so kami kamceng juga lahhh dolu tu..


Dulu masa aku kecik-kecik cili padi, kawan aku abang aku tu lah. Yang aku ingat masa kecik aku selalu main lawan-lawan dengan dia. Lawan tumbuk-tumbuk tu la. Kami buat konon-kononnya masuk club martial art dia selalu ambil silat aku ambil apa entah. Semua dia yang ajar. Lepastu kami pun main tumbuk-tumbuk tapi tak adalah tumbuk betul-betul pun. But.... jangan risau aku masih berdiri bersama fitrah seorang perempuan. Tak adalah nak jadi tomboy ke hape ke... :)


Then, aku teringat kadang-kadang dia dukung aku kat belakang and lempaq atas katil lepastu dia lari. Hahahaha. Syok apa. Feeling rasa terbang melayang. Tah hapa hapa betoi. -.- And sometimes kalau aku atau dia malas nak jalan pergi mana-mana antara kami akan tarik kaki orang tu ke tempat yang dia nak pergi. Sakit juga kepala tu terseret kat lantai. Hahaha, feeling dead body.


Aku teringat juga satu hari tu aku tengah baring atas katil lepastu aku nampak dia lari kat aku. Aku ingat dia nak lompat kat aku and aku kumpul sepenuh tenaga sepak dia sekuat-kuat hati sampai dia terpelanting kat tepi terkena almari. Sebenaqnya dia bukan nak lompat kat aku pon. Dia pun teriak punya lama tepi katil tu and susah nak jalan for a few days. Sorry bro aku ingat hang nak lompat kat aku. v.v


Aku dan dia juga selalu main game sama-sama. Game lawan ke, The Sims ke, game racing ke atau apa je lah. Kalau aku tak main, aku akan tengok dia main game. Selalu aku dengan dia main game race kereta. Tapi bukannya race pon. Just drive kereta tu lepastu kami akan park kereta kat tepi jalan kalau mak panggil makan. Kami feeling macam pergi makan laksa Kedah lah laksa Penang lah if mak aku masak laksa. Heee... >.< Bila aku besar sikit, aku mainlah game Left 4 Dead sama-sama. Dok menjerit terkejut sama-sama. Syok gila woot main game tu sesama. Ahh lama tak main Xbox. Tak ada masa dah nak main game bila brothers aku dok mendominasi PS3 dalam bilik depa.


And kenangan last yang aku nak share is bila family nak balik kampung. Kami dua orang dok menyanyi lagu balik kampung sama-sama. Feeling excited sama-sama. Aku dengan dia pakai topi and kadang-kadang aku pakai seluar jeans dia yang dah tak muat. Comel and syok ja tengok gambar kami kecik-kecik pakai nak dekat sama. Hihihi.


Ohh yeah! Ada lagi satu lah. Dulu masa aku awal-awal sekolah rendah bila tak nak pergi sekolah dia akan marah aku gila-gila. Kalau orang marah aku, dia pun nak marah aku jugak. Meluat gila arhh bila time dia dok marah-marah aku. Hahahhaa. Tapi tu semua kenangan masa kecil. Masa belum ada akai sangat. Hahahaha. Sekarang semua ada hal masing-masing. Dia dengan motoq dia aku dengan laptop and buku aku. Lagipun ya lah, mana ada orang dah besar main dengan adik semua benda tu kan. Gilo ekau?


Wah wah wah panjang lebor aku menulis ya. Kalau tulis karangan macam ni, boleh dapat full mark tak? Hihihi. Yalah kenangan memang macam-macam. Siapa yang ada kenangan juga dengan siblings? Share lah sama. Rapat dengan siapa dan selalu main apa. :) Ya?





19 comments:

  1. Replies
    1. ya... kenangan tak boleh dibeli. hanya datang sekali. :)

      Delete
  2. saya ada abang..dan bru je kwin..sekrng kami x rapat mcm dulu..nanti istri dia merajuk la plak..hahahaha...jenjalan bw entry sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pulak kan. kalau dah kahwin mesti tak syok dah. lagi ada family sendiri pula.. :)

      Delete
  3. wah!bestnya masa kecik2 dulu,hehe...saya pun teringat jugak kenangan masa kecik2 dulu,hehe...

    ReplyDelete
  4. kak xdak abg .. teringin nk ada abg tapi memang xdak la kan.. tunggu suami je lah jadi abg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aww so sweet lah kak lieya... buat kenangan banyak-banyak dengan future abang nanti ya.. :)

      Delete
  5. haha., zman bebudak aku pernah kejar abang aku ngan parang maser gaduh., nsib baik skang pns baran aku da ilang.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboih takut pulak saya dengar. buatnya terkena betul... ish ish. alhamdulillah dah hilang ya.. :) saya pulak kejar orang dengan hammer. hahahha.

      Delete
  6. samalah, akak pun rapat gila dgn abang. ingat lagi masa tadika dulu, akak nangis sbb tkde kawan dlm kelas, abang akak sanggup duduk kt kelas akak semata-mata nk temankan adik kesayangan dia :p cikgu panggil kitorang adik beradik sweet. indahnya kenangan dulu~ tak sangka kita ni ade persamaan ye, rapat dgn abang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aww so sweet. klu suruh abang saya buat macam tu dulu, mampos tak nak. tapi klu main sama2 di rumah boleh lahhh... :) skrg sy rapat dengan yang pertama pula.

      Delete
  7. 6orang puteri dalam keluarga, tk pernah rasa kasih sayang seorang abang,, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. awww... tak apalah. saya pulak tak pernah rasa kasih sayang seorang kakak. giteww.. hehehe. :D

      Delete
  8. Replies
    1. alah, tak mengapa. yang penting family kita ada. yang ada sekarang pun seribu rahmat walau kadang2 sakit hati juga... :D

      Delete
  9. Seronoknya ada abang dan ramai adik beradik...

    ReplyDelete
  10. KADEQ XDE ABG .. XDE KAKAK . UHUK . SEDIH .. MINTAAK PINJAM ABG BOLEH ? HAHA

    ReplyDelete
  11. Saya pun rapat ngan abang.. ingat lagi masa tu meniarap kat ruang tamu sambil tengok cerita Hagemaru.. ketawa tak boleh blah sampai terketuk-ketuk lantai.. sampai kepala saya pun di'ketuk'nya.. mama marah sangat masa tu.. hehehe... tapi, sekarang abang dah masuk asrama.. tak tau nak main ngan siapa? :(

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤