Nama Kesukaan

13/10/13




Assalamualaikum..


Yey! Alhamdulillah cikgu tak mintak latihan math hari ni. Tapi tak tahu lah kalau esok ke minggu depan ke kan. Tak cuti lagi? Yes, aku belum cuti lagi. Esok last sekolah. Lepastu kita cuti. Cuti 2 hari saja. Kesian tak? Tapi tak tahu lagi hari Khamis cuti atau tak. Giteeww. Cait, tak dak sapa nak ambik tau. Saja ja, introduction. mihmihmih! :)


Tadi terbaca di sebuah blog yang share nama yang popular, lepastu di ruang comment pula ada comment nak bubuh nama anak itu dan ini. Semua dahsyat-dahsyat. Bunyi Arab ada, bunyi omputeh ada, bunyi Korea ada. Ceh, korea tu aku tipu ja. Hehe. Aku just nak share nama yang aku suka di sini.


Kalau lelaki, aku suka nama:

i) Umar
ii) Khuzairi
iii) Firdaus


Omo omo omo aku suka gila dengan tiga nama ni. Macam tiada tandingan di hati walaupun ada banyakkk sangat nama yang cun melecun lagi kat dunia ni, tapi aku minat gila dengan tiga nama ni. Rasa melting tauuuu bila dengar nama ni. HOhoho, pon boleyyyyy..... >.<


Perempuan pulak banyakkkkk... Antaranya:

1) Zahra
2) Zahira
3) Jannah (kalau padan jadikan Jannatul Firdaus?? Omnomnomnom cayaq and tersejat terus aku dibuatnya!!)
4) Aisya
5) Sakina
6) Adelia


Ermm.. Banyak lagi sebenarnya.. Gabungan nama pun aku ada buat tapi tak mau share banyak2 kat sini. Saja malas. Hahahaha. 6 tu hanya antaranya saja. Syok bila buka web nama and buka buku nama. Tengok makna dia sekali. Syok! Aku berkenan dengan nama syurga. Hmmmmmm... :)))))) Double triple smile betoi bila dengaq nama syurga ni. Suka kuasa 100! Nampak tak obses dengan nama syurga. Tapi jangan obses dengan nama sahaja, kenalah berazam untuk jadi penghuni Jannatul Firdaus juga...


And hampa suka nama apa? Boleh share di sini. And yang ada nama macam nama kesukaan aku pun bolehlah comment berlagak dekat aku 'nama saya sekian sekian sekian'. Hihi. >.< lai lai...

15 comments:

  1. akak kalau lelaki tak kisah nama apa asalkan maknanya baik-baik dan takde laa terbelit sangat nak menyebut, pastu depan atau belakang nama ada redza, rezza, mirza ke hahahaha semua "za" LOL
    Kalau perempuan, depan ada affy macam nama akak, belakang pula tak kisah apa-apa asalkan maknanya baik-baik dan tak terbelit lidah juga hewhew
    ada dah list dengan tunang akak, kunun dah prepare nama baby kitorang nanti haha, baru tunang dah check nama2 baby KAHKAHKAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. amboi dah ada list ngan tunang. InsyaAllah kak, tercapai hasrat nak namakan nama anak2 ya. amin.. :D

      Delete
  2. kalau lelaki akak suka nama talha & firdaus, perempuan suka nama jannah, aisyah, mumtazah, hidayatul & asrar. nnti dh kawen bolehlah bagi nama2 ni kt anak hahaha! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita suka nama yang sama juga ya. semua nama yang akak suka, sedap sedap! :) ya, boleh beri pada anak nanti. :D

      Delete
  3. InsyaALLAH, penghuni Jannatul Firdaus :)

    Taufik, Natasha, Aleya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, amin... wah, nama yang simple saja ya. senang nyebutnya.. :)

      Delete
  4. ada ja nama yang kak ska tapi dh terlupa... salah satu yang sentiasa dalam ingatan tu Dhani ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat pula pada anak sedara bila sebut dhani. :)

      Delete
  5. saya suka nama
    lelaki :qayyum
    rayyan
    raiqal

    perempuan : jannah
    aisyatul
    irdina

    ReplyDelete
  6. kalau lelaki, aku suka nama yang start dari huruf Z. (Y) nama aku kan Z kat depan~ ;) then aku nak ada nama Islam kat blakang. mcm Izzue Islam.
    kalau pempuan, aku nak ada Iman kat blakang. heheee~ :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. indah je ada nama Islam dan Iman di belakang ya. :)

      Delete
  7. simpanlah utk nama ank nanti dik. :P

    ReplyDelete
  8. Apa makna khuzairi tu ye?
    *tgh cr nm utk anak

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤