Anak Tak Suka Kalau....

9/10/13




Assalamualaikum..


Sebenarnya aku ada benda yang wajib aku buat iaitu study, tapi sebelum tu aku rasa aku pun wajib buat entry ni. Saja buat ayat tergantung di atas sana sebab nak kasi menjana minda 'anak tak suka kalau..' apa? Tak suka kalau ada orang kacau ke? Tak suka kalau kena paksa pergi sekolah ke? Atau apa? Okeylah, terus terang saja, aku nak cerita pasal ibu bapa dan anak-anak.


Kita acap kali dengar pasal anak derhaka, anak tak dengar kata, anak keras kepala. Tapi jarang sekali kita dengar pasal kesalahan ibu bapa sendiri kan? Memang bukanlah semua kalau anak jahat tu berpunca daripada ibu bapa, mana ada ibu bapa yang nak anak mereka jadi manusia yang tak baik kan? Tapi, pernah tak rasa kenapa anak tu begitu dan begini? Maksud aku, puncanya. 


Aku ada terbaca pasal life seorang anak di mana dia meluahkan sendiri kenapa dia berpelakuan macam apa yang dia buat sekarang. Biasa tengok kan remaja yang bergaul bebas? Biasa tengok kan remaja yang pakwe/makwe keliling pinggang and esok orang lain lusa orang lain? Biasa tengok kan berita pasal anak lari rumah? Antara salah satu puncanya sebab parents. Mungkin, parents terlupa seketika. Kadang-kadang ibu bapa sendiri tak tahu apa yang anak dia tak suka dan tak ada anak yang nak luah kat mama papa 'saya tak suka mama bila begini dan papa bila begitu'. Kann? Lagipun dicop kurang ajar pula nanti.


So, di sini aku nak share apa yang kami, sebagai anak tak suka KALAU ibu bapa buat benda-benda ni. I said IF,KALAU,JIKA,JIKALAU. Haa, nampak tak? Aku kata KALAU lahhh.. Aku yakin, mama papa, ibu ayah, emak abah, umi abi, mommy daddy sekalian tidak begini ya? InsyaAllah.. 


  • Parents yang suka membanding-bandingkan
'Cuba tengok kakak, rajin ulang kaji. Bukan macam kamu, pemalas! Cubalah jadi rajin sedikit!'
'Anak orang lain semua tak ada perangai macam kamu. Semua tak mahu dengar kata!'

Anak orang lain itu, anak orang lain ini, semua lebih baik daripada kamu. Kakak itu abang ini, tak perangai macam kamu. Kami, as anak SANGAT terluka jika emak dan ayah bandingkan kami dengan orang lain yang lebih bagus. Parents sepatutnya tak patut banding-bandingkan. Anak rasa sangat tak dihargai dan rasa diri useless sangat bila dibandingkan dengan orang lain. Cuba ma pa bagi anak-anak kata-kata semangat untuk jadi seperti yang ma pa inginkan? :)


  • Nasihat sambil doakan keburukan
'Kamu ni main saja kerjanya! Nanti pelajaran kamu merosot tahu tak?!'
'Dengarlah cakap ayah, kamu ni memang degil. Tak nak dengar kata!'

Di situ kita dah boleh nampak kan ayatnya? Mungkin mak abah tak sedar dan tak maksudkan untuk doakan anak tu tapi tahu kan yang kata-kata tu suatu doa? Mak abah tahu kan doa parents sangat mujarab? Mak abah pelik mengapa anak-anak sangat degil dan tak dengar kata tapi terlupa sebentar yang kita pernah terrrdoakan anak kita tu macam apa yang kita tak mahukan. Berhati-hatilah bila kita berbicara ya... (=


"SAYA JARANG MEMUKUL DAN MENJERIT PADA ANAK-ANAK. APABILA KITA MEMARAHI MEREKA, ELAKKAN DARIPADA MENYUMPAH. PRAKTISNYA, KITA MENJADIKAN MEREKA SAHABAT. LUAHKAN APA YANG KITA TIDAK MAHU DAN TIDAK SUKA SECARA BAIK"- PUAN MARIYANI BT.OMAR, IBU NIK NUR MADIHAH.


  • Kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak
Maksudnya yang aku nak cerita, salah si anak umi abi nampak tapi baiknya si anak umi abi tak nampak. Bila anak-anak buat apa yang disuruh, seolah-olah tak ada apa yang berlaku. Tak pernah nak berikan sedikit pujian. Tak pernah menghargai apa yang anak telah patuhi. Bila salah, umi abi langsung marah-marah dan terus menyalahkan anak seolah-olah anak tak pernah buat satu kebaikan sekalipun. Anak bukannya mahukan sangat pujian, tapi anak cuma mahu lihat jika umi abi hargai apa yang kami lakukan untuk umi abi. :-D



  • Membebel tak kira masa
Bila-bila masa sahaja mahu membebel. Mummy daddy tahu tak, bila membebel anak rasa tertekan. Membebel sikit-sikit tak mengapa. Tapi bila mummy daddy nampak saja anak, tak tertutup mulut tu. Ada sahaja yang ingin dibebelkan. Anak rasa tertekan dan rasa nak lari rumah tau! Anak-anak especially remaja ni memang cepat terbakar hatinya bila kena bebel dan tu yang ada yang maki-maki parents dalam facebook tu. Tapi aku, Alhamdulillah waras dan sehat akalnya, tak buat perkara-perkara begitu. XD


  • Tak beri perhatian
Sibuk sibuk sibuk! Bukan sekarang bukan sekarang bukan sekarang! Emak ayah tak ada di rumah. Anak sunyi tahu tak. Kalau ada di rumah pun, juga sibuk dengan hal masing-masing. Kalau berpandang muka juga tak mahu beri secalit senyum pun untuk anak. Anak tahu emak ayah sibuk, tapi sekurang-kurangnya maniskan muka dan tanya sedikittt sahaja tentang diri anak?





  • Serius 24 jam
Anak tak mahu jika oma apa serious sahaja 24 jam. Anak nak oma apa bergurau senda dengan anak. Anak nak oma apa bergelak ketawa bersama. Bahagianya jika sentiasa begitu. Rumah akan ceria dan hubungan anak dan parents akan menjadi baik jika anak dan parents 'bersahabat'. Bukanlah maksudnya bersahabat macam nak cakap apa sesuka hati dan tepuk tampar sesuka hati begitu maksudnya.... Maksudnya, jadikan diri kita dan anak tu macam kawan. Anak boleh luahkan apa-apa saja dengan kita. Tak ada rahsia dengan kita. Aku yakin, anak-anak berkongsi rahsia dengan sahabat mereka. Oma apa kenalah sportingggg.. Gitewww.. Tapi bukanlah sporting sampai nak buat apa saja tak apa... =)


Itulah rasanya antara perkara-perka yang anak tak suka. Tapi, Alhamdulillah parents aku bukanlah begitu. Aku kutip apa yang anak-anak tak suka tu daripada persekitaran aku. Apa yang mereka luahkan kepada aku, aku kutip dan cerita di sini. Jadi ni kira macam kompilasi luahan hati anak lahh nihh.. Hahaha. Eh, sedar tak aku guna perkataan umi abi, emak ayah dan sebagainya lain-lain pada setiap perenggan? Saja ja.. :D


Dan satu lagi janganlah salah faham dengan aku. Aku bukanlah nak salahkan parents pun. Just nak habaq kalau parents begini, kami kurang senang. Maaf jika aku tersalah. Hanya pendapat aku sebagai anak zaman sekarang sahaja. Aku rasa mungkin anak zaman dulu, penerimaannya lain. Anak zaman sekarang penerimaannya lain. Macam itu lah...


So sayangs, panjang gila entry ni rasanya? Tak masuk exam pun Ms.Niena Reen... Hehehe, sebelum aku akhiri entry ni, aku selitkan sedikit quotes ya? :)












Sekian, Illal Liqa'.
:D


31 comments:

  1. ada betul jugak point2 tu :)
    semoga gigih study ye dik, goodluck~

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) ya, aminnn.. semoga saya sentiasa semangat dan tak putus asa. and apa2 pun thanks ya kak.

      Delete
  2. Anak sape lah ni... cerdik nyer!!!

    ReplyDelete
  3. hmm,, mungkin komunikasi yang baik boleh selesaikan masalah ni. Yelah, family mana yang tak de salah faham. At the end, pasal salah faham. anak memberontak, makbapak kecewa. haiih! Berdoa jelah mampu, agar family okay smpi akhirat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya berdoa agar family kita aman2 selalu ya kak. amin.. ya betul juga tu, komunikasi yang baik mungkin boleh selesaikan masalah. :)

      Delete
  4. betul juga kadang2 anak jadi kasar, perangai xbrapa elok tu memang berpunca dari ibu bapa jugak. anak2 ibarat copy paste ibu dan bapak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. photostate ya.. hahaha. itulah, ibu bapa kena jadi role model yang baik untuk anak-anak. :)

      Delete
  5. yang part memandingkan tu paling pantang sekali dan paling geram sangat!hihihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah memang pun. terluka weolls kan kalau dibandingkan. kita pun ada juga baiknya kannn. hehehe. sabaq je lahh. :D

      Delete
  6. info yg menarik..bukan mudah nak mendidik anak jika tak kena caranya n kurang ilmu dalam bab2 macam ni...suka ayat ''spending time with children is more important than spending money on children''..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul.. kalau silap cara, tak berkesan juga kan. ya, makna mendalam tu. :)

      Delete
  7. Ada banyak point yg menarik..kalau ibu bapa bersahabat dengan anak2 baru anak2 pon rasa senang je nak share ape2 kan..lg2 anak2 yg meningkat remaja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul. serious manjang, ibu bapa jadi tak tahu apa yg ada dalam diri anak-anak. nabi sendiri suruh ibu bapa didik anak dengan cara jadikan mereka sebagai sahabat bila mereka dalam linkungan remaja. :)

      Delete
  8. good sharing sayang... Tapi kena ingat tau.apepun anak2 mesti hormati ibu bapa yang melahir dan membesarkan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih akak.. ya, insyaAllah sentiasa ingat. manalah kita boleh lupa jasa mereka kan. (=

      Delete
  9. hi Admin ,

    can i put my link under " Mereka Awesome " ?

    thanks

    ReplyDelete
  10. Panjang dan jelas. Teringat sebuah lagu dari Nadamurni - Harapan Pada Ibu dan Ayah

    Wahai ibuku wahai ayahku
    Didiklah kami semua
    Ajarlah kami
    Asuhlah kami
    Mengenal tuhan yang esa
    Tuntunlah kami hidup akhirat yang lebih utama
    Sedarlahkan kami akan tipu daya dunia

    Didiklah kami
    Asuhlah kami
    Dengan penuh kasih sayang
    Segala apa kesalahan kami dibetulkan dengan bijaksana
    Perkataan maki hamun jangan digunakan
    Kerana ia menyalahi sunnag Rasul mulia

    Tunjukkanlah kami dengan akhlak mulia
    Agar mudah kami menyontohinya
    Jangan macam ketam yang berjalan bengkok
    Ia mengajar anaknya berjalan lurus

    Wahai ibuku wahai ayahku kasihanilah kami
    Didiklah kami mengikut cara sunnah Nabi
    Janganlah kami dididik secara Yahudi
    Kami akan rugi di dunia dan di akhirat

    Kenalkanlah kami yang hidup di dunia yang menipu
    Asuhilah kami cinta ahirat yang abadi
    Akhirat utama dari dunia yang fana
    Dunia menipu merosakkan manusia

    Itulah harapan kami
    Kepada ayah dan ibu
    Ayah ibu janganlah kau berkecil hati
    Kami memohon ribuan ampun dan maaf pada mu
    Disertakan doa kesejahteraan
    Kepada ayah dan ibu.

    Wahai ibuku wahai ayahku didiklah kami semua
    Ajarlah kami asuhlah kami mengenal Tuhan yang Esa
    Tuntunlah kami hidup akhirat yang lebih utama
    Sedarkanlah kami akan tipu daya dunia

    Kenalkanlah kami hidup dunia yang menipu
    Asuhilah kami cinta akhirat yang abadi
    Akhirat utama dari dunia yang fana
    Dunia menipu merosakkan manusia

    Itulah Harapan kami pada ayah dan ibu……………… :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. makna yg sangat mendalam. boleh dikongsi dengan para ibu bapa.. :)

      Delete
  11. kata-kata yang jelas ibarat anak mama yang bercakap, mungkin ada kebenarannya, dan sememangnya benar apa yang niena tulis. adakalanya, mama sebagai ibu terlepas pandang benda-benda begini.... terima kasih kerana mengingatkan mama.....

    mama hanya nak kan terbaik untuk anak, tapi mama lupa, sikap mama terlampau menekan membuatnya tertekan dan bertindak luar pemikiran dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap ibu bapa memang mahukan yang terbaik untuk anak-anak. :) tapi insyaAllah mama mampu lakukan yang terbaik untuk anak-anak mama.

      Delete
  12. ibubapa dan anak2 perlu saling memahami. setiap ibubapa mahukan yg terbaik untuk anak2nya..mungkin cara mereka salah..tp mereka tetap mahukan yg terbaik untuk kita..kalau ibubapa x dapat nak memahami kita, apa kata kita cuba memahami mereka :)

    nice sharing dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sentiasa love ibubapa kita..(bukan bog sentiasa love ye hehe) ;)

      Delete
    2. ya akak. ibu bapa dan anak kena saling memahami. ibu bapa faham anak saja pun tak boleh, anak faham ibu bapa saja pun tak boleh. dua2 kena balance lah. hehe. ehh akak?? iya, kena sentiasa love ibu bapa. blog sentiasa love boleh kita sambungkan dengan macam2 ayat. sebab itu saya letak sentiasa love. hihihi. :)

      Delete
  13. hehe betul tu, terutama bila dibanding-bandingkan dan kena bebel :p tpi tkpe, semua tu mungkin utk kebaikan kite jugak kan ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga, untuk kebaikan kita tapi.. sentap weolls kan bila kena banding. >.<

      Delete
  14. heheheh..terbaiklah kak~
    apa2pun..i love my parents ever :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. :) ya, sayang mak ayah sampai bila bila insyaAllah.

      Delete
  15. honestly. akak paling tak suka diri akak dibandingkan dengan sesiapa. lantaklah. diri akak. adehh. akak pernah kena dengan lecturer akak dulu. sebab akak tak suka belajar struggle2 ni. akak ada cara sendiri mcm mana nak belajar. tak perlulah nak bandingkan akak dengan org lain konon org lain tu rajin bagai. huh kaki kipas boleh lah. -_-

    ReplyDelete
  16. Salam.. i was crying thru out the post. My mom did all in the lists to me since i was in childhood. Theres once when i was in form four. I did only a small mistake where i forgot to iron my brother's uniform (but usually my mother did it) then she really blew up and mad at me. Mak marah and compare sy dgn anak org lain. Ya Allah.. tuhan je yang tahu betapa sedihnya saya waktu tu... saya menangis sepanjang bersiap ke sekolah, dalam kereta masih teresak-esak, saya tak masuk perhimpunan sebab nak paksa stop menangis.. masuk klas kawan sebelah nmpk saya nangis. Wallahi, kata-kata mak sangat mengguris hati. Sepanjang hari sy x boleh fokus. Air mata mesti nak menitis.. bnyak kali mak compare sy dgn ank org lain.. sdgkan sy anak, x pernah compare mak dgn mak yg lain.

    Sy anak yg bleh dikatakn selalu cemerlamg dlm exam. Sy bukanlah teruk sgt sampai hisap dadah ke tak jaga aurat ke.. sy normal dan masih dlm hijrah nak jadi lebihhh baik. Tp mak suka tak beri perhatian akn apa yg sy cuba buat. Mak tak pernah ambil tahu proses pengajian sy. Skrg sy belajar medik. Kalau sy cerita pun, mak tak dengar sepenuh hati, takmacam sy dengar cerita dia...

    Ya Allah sy banyak terasa dgn mak sy. Moga Allah ampuni sy dan mak. Sy bnyak kali bersedih. Kadang-kadang sy nak mati je rasa. Penat simpan dlm hati. Org ckp, mak pun manusia biasa, taklari dari buat silap. Ya. Mmg betul.. tapi tu lah... susah sgt nk lupa kata-kata mak yg menyedihkan n mgguris hati sy. Kadang2 terasa bila mak lebihkan adik sy yg tahfiz.. sedangkan sy juga mula hafal quran senyap2.. tp mak tak pernah ambil kisah :') malah merendahkan saya...

    Allah.. bila ingat balik.. mak pernah hempuk mainan ke perut sy masa kecik sbb pecahkan kaca almari. Sdgkan sy masih kecil masa itu :') (sy sebak masa taip ni)

    Sy bnyk kali fikir nk jumpa causelor di kampus, tp hati kata tak payahla, nanti ok la tu. Semua perasaan je..

    Moga Allah kuatkan sy.. sy pernah rasa nk bunuh diri masa darjah enam.. dan sekarang sy sudah 20, sy masih mnangis sbb mak. Dan suicidal thoughts masih ada.. ya Allah.. ampuni lah aku kerana aku bkn anak yg baik. Lembutkanlah hatiku dan hati mak. Amiin...

    Takde tempat nak mngadu. Found this post and randomly share. Sorry for a lenghty comment :')

    *kesat air mata.

    ReplyDelete
  17. Sobs. Sedihnyaa. I feel you sistah! That feeling when you want to tell someone and yet you cant since you must be hesitant to tell bad things about your mom, of course kan. But deep inside, i keep this feeling till sometimes it becomes resentment and makes me become rebellious inside. They surely dont know what makes me become like this as what they can see is me not listening to them and start ignoring them. i feel bad for myself and for them too. Sometimes parents only find their children mistakes without realizing theirs too. Like they are the best parents in the world if we need to compare kan. But im grateful since i still have parents to take care of me. The only thing i can do is to make dua for them and also pray that one day Allah will make them realize what they had done to this pure soul. They are many people out there who are struggling with broken families, I realized i should be grateful for what i have now and one day, i wish i could make them understand about this. whatever it is, just be patient, and after all, they are still there for you! they are not neglecting their responsibilities and still there to take care of you. maybe just because of wrong approach or ways of teaching their children. i wish you all the best in whatever you do in your life.

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤