Yang Buruk Nampak, Yang Baik Tak Nampak

25/10/13




Assalamualaikum...


Aih.. Biasa kena situasi di mana someone tu terus-terus menekan kita hentam kita atas satu kesalahan. Tapi bila kita buat benda baik, seolah-olah kita tak pernah buat pun. Macam tak ada apa yang berlaku. Atas satu kesalahan saja buat macam kita tak pernah turut arahan langsung.


Marah. Memang aku tengah marah. Ini first entry aku menaip dengan sakit hati gila. Tak usah mention lah siapa orang tu. Yang penting aku sakit hati sangat. Bukan sekali dua orang buat aku cenggini. Buat macam aku tak pernah buat benda baik langsung. Bila aku buat, macam aku tak pernah buat seumur hidup aku.


Memanglah orang kata buat tu biar ikhlas. Kalau tak ikhlas tu yang jadi nak orang hargai. Aku tak nafikan benda tu. Tapi bila kita buat tu tapi orang lain tengok kita ni macam tak pernah buat langsung and terus hentam kita tak berhenti. Siapa boleh tahan wey? Aku bukan Nabi yang bisa sempurna~~~~ Sempat pula nyanyi lagu Rossa.


Anyway, sebelum nak hentam orang tu macam dia tak pernah buat kerja langsung. Fikirlah juga dia pernah lakukan apa yang kita suruh. Jangan butakan mata tu bila dia turut arahan.


p/s: feeling angry and meluat bila tahan kemarahan sampai menangis. Nak melawan kena lawan balik. USELESS!



12 comments:

  1. Biasa lah manusia, kuman seberang laut nampak tetapi bila gajah ditepi mata buat2 tak nampak.

    ReplyDelete
  2. be patient dear...co0l down k..heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya akak.. tak apa kot. sebab saya ni cepat panas cepat sejuk. gitulahh.. tapi mesti rasa kecewa jugak kan. :(

      Delete
  3. sabar ye niena. biasalah, semua org penah kena. bila kita buat bnde baik tkde org pun nak pandang, bila TERbuat silap sikit je kena hentam bertubi-tubi. Seriously akak pun annoying gila bila kena mcm tu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. geram gila lah. macam dia saja yang baik sorang. orang lain tak pernah buat baik. sakit hati kita kan. >.<

      Delete
  4. sabar ye niena .. kenal dengan orang macam tuu , pasti ada hikmahnya ^^ in shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ya.. memang kena banyak2 sabar dan positifkan diri... :D

      Delete
  5. ingat satu ja niena. kita memang xkan dapat puas kan hati orang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tapi masalahnya dia tu tak puas hati sangat2. macam diri sorang ja yang bagus. grrr...

      Delete
  6. Skali kita buat salah, terus lupa kebaikan2 yg kita pernah buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul. bukan takat lupa, buat mcm kita tak pernah buat langsung... >.<

      Delete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤