Tak perlu beritahu kebaikan yang kita buat...

29/10/13




Assalamualaikum..


Satu lagi cerita yang aku rasa perlu untuk dishare di blog. Kebaikan? Siapa yang tak bangga bila buat kebaikan kan? Memanglah bagus untuk menyebarkan dan membuat kebaikan tapi... ada tapi. tapi perlu ke untuk canang kepada semua orang apa yang kita buat tu sayang? Tak jelas?


Baik, aku bagi contoh. Contohnya, pada malam hari kita berdoa kepada Tuhan dan beribadat. Pada esoknya pula, kita pi habaq dekat semua orang 'aku ni tiap tiap malam dok doa dekat Allah supaya bla bla bla. Aku tak pernah miss buat solat sunat di malam hari tau!'.


Okeylah, memang bagus kita buat semua tu. Tapi perlu ke beritahu begitu? Untuk apa tu? Supaya orang pandang kita tinggi? Supaya orang pandang kita 'oh oh, waraknya dia ni. bagusnya dia ni!'. Begitukah? Tahu tak kenapa kita tak digalakkan untuk habaq kat semua orang apa yang kita dah buat?


Aku pasti hampa otak pandai-pandai (alhamdulillah), tahu kenapa kan. Sebab takut jadinya riak. Bila riak, kita akan pandang orang lain macam dia tak pernah buat apa yang kita buat. Bila riak, akan pandang orang lain semua tak sebagus kita dok beribadat dok buat kebaikan sentiasa. Betul kan apa aku habaq ni?


Entry aku ni ada kaitan jugalah dengan ENTRY BIAR IKHLAS. Bila kita buat sesuatu, kalau kita ikhlas kita tak akan habaq kepada orang lain supaya orang lain tahu apa yang kita buat. Macam orang kata apa? Tangan kanan beri, tangan kiri tak nampak. Begitulah dia.


Biarlah hanya Allah yang tahu kebaikan kita tu kerana Dia sahaja yang akan beri kita ganjaran. Biarlah walau orang tak tahu kita ni buat kebaikan, janji Allah tahu apa yang kita buat. Tak perlu beritahu kebaikan yang kita dah lakukan untuk mendapat pujian, biarlah kita hanya mulia di sisi Allah. Pasti kita mengharapkan kecintaan Allah daripada manusia yang lemah lagi kerdil kan? So, yeahhh.. Itu saja. (=


Wasalam.


9 comments:

  1. seriously you are right sis...bila kita dah cerita semua amal ibadat yg kita bt orang, itu dah jadi riak..bangga diri..nanti satu apa pun tak dapat..wallahualam..

    ReplyDelete
  2. betul tu betul . tak perlu hebahkan semua kebaikan yg kita buat tu . cukuplah hanya Allah yg lihat semua tu . Allah yg akan menilai setiap kebaikan kita :) u are right dik :) such a nice entry :)

    ReplyDelete
  3. that right...tdk perlu nak hebohkan apa yng kita buat..

    ReplyDelete
  4. betol... buat kebaikan bukan utk menunjuk semata mata tapi sebab kita memang betoi2 nak menolong org

    ReplyDelete
  5. betul tu, mama setuju.. tak perlu canang kebaikan yang kita buat semata-mata nak dapat pujian manusia, biarlah ikhlas antara kita dan Allah sahaja..

    ReplyDelete
  6. sekarang ni memang ramai yang menunjuk2 especially bila buat ibadat . dekat fb kadang2 dah hbis smyg pon up picture . caption pulak baru hbis smyg . . ya allah kak rasa tak perlu nak menunjuk semua tu . . lgpon kita beribadat kena ikhlas bukan dengan niat nak menunjuk2 . . :)

    ReplyDelete
  7. yang penting ikhlas dan tak harap balasan apa-apa daripada sesiapa :)

    ReplyDelete
  8. orang sekarang ni kebaikan yg dibanggakan.... nice post :)

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤