Sifat Mengikut Kedudukan Adik-beradik Dalam Ahli Keluarga: Anak Ketiga

15/10/13




Assalamualaikum...


Sebelum apa-apa, aku ucapkan selamat hari raya aidil adha ya.. Semua ada di kampung atau di mana? Aku di rumah saja, tak balik ke mana-mana memandangkan cuti sekejap saja lagipun kampung aku jauh. :) Okeylah, and now aku nak share pasal anak ketiga sebab aku anak ketiga.


ANAK KETIGA (Api)


  • Mudah marah ,cepat sejuk jika kena caranya
Ini betul. Aku memang cepat marah dan jangan risau sebab aku jugak cepat sejuk. Dalam group aku, aku paling cepat marah dan aku paling cepat sejuk dan aku susah nak merajuk. Seriously kalau aku nak merajuk pun selalunya aku buat-buat saja. Tak sampai berapa saat aku dah senyum semula. Tapi, JANGAN SEKALI-KALI CUBA BAGI AKU TAK SEJUK-SEJUK. Sekali aku betul-betul terasa, boleh je sampai setahun aku tak tegur orang tu. Serious benda ni dah terjadi. Teruk? Nak wat gu ane dah begitu fitrahnya..



  • Sedikit bergantung kepada orang terdekat
Ini pun betul juga! Bergantung dengan orang. Aku jenis suka bergantung dengan orang yang aku rapat lah. Bila tak ada mereka, rasa omo tak boleh hidup. Ini tak bagus kan. Tapi kalau dah lama-lama hidup sendiri, boleh je.. hehe. :)



  • Manja
Betul lagi sekali! Manja dengan orang yang berkenaan saja lah. Especially dengan mak dan best friend! Ihikkk! >.<



  • Sedikit terpinggir didalam keluarga 
Ni macam ya juga tau. Tak tahu lah kalau aku yang terasa macam terpinggir atau pun apa. Aku jealous sebenaqnya dengan abang hat sulung tu sebab kalau dia balik semua tumpu kat dia. Dia nak apa semua dapat. Adik tak guna betul aku ni kan dengki kat abang sendiri. Tapi aku yakin family aku tak adalah nak pinggirkan aku sangat, aku je yang over kotttt. :P Kat abang nombor 2 pun aku dengki jugak. Kuat dengki betul aku ni. K, serious aku tengah gelak sekarang! Aku main-main saja. Biasa lah tu kan..



  • Memerlukan usaha yang gigih untuk berjaya
Ini? Hmm.. Yes juga betul. Tapi semua orang pun memerlukan usaha yang gigih untuk berjaya kan?? Tapi untuk aku, selalunya aku bernasib baik saja dalam pelajaran. Aku bukan pandai sangat aku yakin tu tapi entah kenapa aku bernasib baik dalam pelajaran. Dapat masuk sekolah best apa semua. Alhamdulillah lah keenn..



  • Pandai menarik perhatian dan disukai orang sekeliling
Ini pula rasanya haiolls tak setuju! Aku tak pandai ambil perhatian dan aku rasa orang sekeliling aku pun rasa biasa-biasa saja dengan aku. Disukai tu aku tak pasti sebab aku is aku bukan mereka. So aku tak tahu. Hoho, over ja bunyik... wiwiwiwi.




Siapa di sini anak ketiga? Ada persamaan? Atau semua tak kena? Aku, banyak yang kena kan. Okeylah, sebelum aku habiskan entry, aku nak habaq yang aku dah nak exam dan tolong doakan yang terbaik untuk aku. Aku tak minta hampa masuk blog aku 100 kali sehari tapi minta hampa doa sekali saja. Kalau sudi lah. Hehe. Terima kasih ya. Aku pun akan sentiasa doakan readers aku yang comelll. ^_^


Syukran Jazilan, Illal Liqa'!

29 comments:

  1. wah ! kuat marah cepat sejuk eh .. Kalau akak , cepat marah lambat sejuk kut (ini memang setan) . Eh ! tapi akak suka part number 4 sebab kita geng ah . Akak pun dengki ngn yang sulung . Hehehe . Tak dak ka sifat anak ke-5 or bongsu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha akak.. haa kan, kita kuat dengki ni. hoh hoh hoh! nanti bolehlah saya buat entry untuk anak bongsu pula. saya pun anak bongsu juga. kita geng lah nihh ya kak. yey. \"/

      Delete
  2. Saya anak ketigaaaaaaa.. Hahaha .. Tak dinafikan. Lewl..

    ReplyDelete
  3. wahhh. manja ea? haha anak kedua mana? akak anak kedua. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. manja lah juga... hehehe. ouh akak anak kedua ya. anak kedua ni orang kata dia 'misteri' sikit. betul ke? hihiii..

      Delete
  4. Hi Niena... salam aidil adha... kak ida anak tunggal la hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi kak ida. salam aidil adha juga.. anak tunggal mesti jadi kesayangan parents kan.. hehe.. :)

      Delete
    2. Tak juga la Niena... mcm anak2 lain juga cuma cukup degil dan tak makan saman hehe

      Delete
  5. muni anak ketiga . . dan yang bongsu sekali . . heheh nak cakap cepat marah tu tak la . tapi yang cepat sejuk tu memang betul . . manja tu memang tak dapat dinafikan . . hehe dan yang terpinggir dalam keluarga absolutely not . muni sgt dsyangi dalam kelurga . maklumla anak bongsu dh tu anak pompuan sorang plakkan . tu yang syg lebih skit tu . bhahahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh eh kita sama pula. saya anak bongsu perempuan sorang dan nombor tiga. tapi parents saya tak ada la nak lebih2kan saya pula. hahaha. :]

      Delete
  6. aefa ank no 3 jugak.. tapi 2 point je kena nih~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah org lain2 kan. tak semua yg sama. hehe. :)

      Delete
  7. sama mcm abang sye, tpi point ke-4 je tak kena. dia sorang je anak laki dlm rumah, mana mungkin nak kena pinggir kan? hehehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi bestnya abang dia. mesti jadi kesayangan tu.. hahaha. :)

      Delete
  8. anak ketiga je ke...post lah juga ank first, kedua n so on hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kak nanti saya update entry untuk semua anak. hihihi. :D

      Delete
  9. hey samalah anak ketiga jugak.Semuanya betul.Tapi tak setuju utk pernyataan yg last tu,mmg aq x pandai nak ambik perhatian segala.Sedih!Yg pernyataan yg first tu mmg ada kene mengene haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeee.. kita samalah ni? :) itulah kan, kita mana pandai ambil perhatian.

      Delete
  10. mcm kne je lbh2 lg yg pasal dipinggirkan tu... bkn sy je anak m.cik yg no 3 tu pon sme

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum... Semua saya setuju tpi yang terakhir tu... Memang saya x pandai nak ambik perhatian... Haha... Malu2 skit... Haha... Tpi memang aq manja ngan family dan BFF saya...

    ReplyDelete
  12. Sama.Semua Sama..cepat jealous ngan adik beradik padahal benda sikit Je..he he he..manja sangat dengan Mak ngan buddyz

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤