Assalamualaikum..
Aiyaa apa pasai sama itu shoutbox meh? Geram pula rasa bila baru je bertukar ke shoutbox busuk tu tapi tiba-tiba ada problem pula. Minta-minta problem yang sementara sahaja lah ya. Pakai yang chatbox biasa tu berderet iklan, pakai yang ni bermasalah pula. Haih, sabaq saja lah.
Okeylah, yang itu point shoutbox, tapi sekarang nak cerita pasal malu. Siapa kat sini pemalu? Sep sikit!! Aku pemalu sampai sepatah apa pun aku tak cakap bila dengan orang yang aku belum kenal. Pastu hampa nak habaq aku sombong??? Dak, hampa start tegoq aku, aku akan jawab. Tapi di alam maya, aku rasa aku tak kesah nak tegoq siapa pun. mwehehe. :D yalah, di sini kita cuma taip saja tak perlu keluarkan suara kita yang pelbagai jenis tu kann. :)
Back.. back to.. back back apa tak tauuuuu... <-- parody :P. Okey, back to the topic, malu atau tak malu lagi bagus? Bagi pendapat aku, ada situasi kita patut malu dan ada situasi kita tak patut malu. Contohnya cik hadik husnina oii??
Malu dalam setiap perbuatan aku rasa penting. Maksud aku, tanamkan sifat malu bila nak buat benda tak senonoh ataupun tak baik. Bila yang tak malu tu yang ada yang post gambaq kiss kat facebook tu. Haa.. Tu bahana tak dak malu dalam diri. Mencarut sesuka hati, pakai baju dedah sana dedah sini, itu bahana tak ada malu. Kalau ada rasa malu betul-betul dalam perbuatan, tak akan ada yang nak buat benda tak senonoh.
Bila masa yang malu tu tak perlu? Hmm.. Malu tak bertempat. Kat mana-mana pun nak malu. Rasa semua benda yang dibuat tu memalukan. Makan, malu. Jalan, malu. Berdiri, malu. Semua benda nak dimalukan. Sangatlah tak kena tempat. Siapa yang pernah rasa begini? Aku lah tu. Tapi tu cerita dulu. Sintom yang semua malu ni akan berlaku sekejap sahaja dan sekarang, malu-malu gedik tu dah tak ada lah dekat diri aku. Hahaha. >.<
So, aku rasa malu tu biar bertempat dan tak malu pun berpada-pada. Ikut keadaan juga nak malu dan tak malu ni. Kalau malu yang biasa-biasa tu tak apa. Dan yang tak malu yang biasa-biasa tu tak apa. Yang tak memudaratkan diri dan melanggar syariat, itu tak apa. Jangan over-over pula bila malu dan juga jangan over-over bila tak malu. Aku rasa faham lah kot noh apa aku nak habaq?? :)
Share lah sama pasal malu ni dengan ceqqqq... :D
wanita kalo tak dak rasa malu tu bukan wanita nama nya tapi betina. opss terkasar bahasa . sori :)
ReplyDeletehah todia keluaq betina teroihh.. tapi, setuju dgn akak. rasa nak sekeh org yg over tak malu nih. aihh, sabaqq.. :D
Deletesuka dgn entry ni! sye pun pemalu dgn org yg sye tak kenal, tpi klau dgn kawan2 rapat atau kt alam maya bising sikit :p hehehe
ReplyDeletehee, terima kasih. ya, sy pun begitu. klu dengan kawan rapat, sy lah yang paling bising sampai klu org lain dengar, mereka marah. hahaha. :D
Deletebetul tu..malu biar bertempat..malu buat perkara buruk tu bagus..tapi jangan malu untuk bertanya ketika menuntut ilmu :P
ReplyDeletehah, itu betul! :) dalam menuntut ilmu, tak boleh malu-malu.
DeletePasal shoutbox tu memang dari semalam bermasalah... kadang2 ok..kadang2 error. Semalam kak ida ingat line kak ida slow tapi hari ni tengok yg guna shoutbox semua macam tu.
ReplyDeletehah tu lah. geram pula rasa. sabar saja lah.. :)
DeleteSaya pemalu. Sepp..sikit! Tapi bila orang dah kenal, memang pecut je saya cakap... hihi
ReplyDeleteyey, kita sespesies lah ni ya? saya pun sama, klu yg dah kenal memang tak igt apa kalau bercakap. :)
Deleteadik, sory. lari topik. kenapa akak tak boleh nak komen di Shoutbox adik ehh?
ReplyDeleteshoutbox tu bermasalah sikit akak... :)
Delete"Hilangnya satu perkara ini pada wanita, akan menjadikan akhlak mereka menjadi sangat buruk. Perkara tersebut ialah MALU" :")
ReplyDeleteakak yaya pun pemalu jugak dgn org yg xkenal . tp dah nak cri kawan kan kat tempt blaja . kenaa laa jugak tegoq . hhehe . :D
kat tempat belajar, memang kena bertegur. kalau tak macam mana nak tanya apa-apa kan. :)
Deletefuza follow no 916... Shout box u tido..xleh komen :)
ReplyDeleteMalu perlu ada..
Malu biar bertempat
Malu itu anugerah
Malu itu batasan tingkah laku..
hehe shoutbox problem sat. :)
Deleteawat sama entry kita hari ni..? hahaha :D
ReplyDeletehehe, kak sally. ni entry semalam kak. kita fikir benda yg sama lah ni. :D
DeleteLebih baik malu, lantak lah owang nak kata kita sombong, yang penting kita x begitu.
ReplyDeleteNabi kita sendiri pun pemalu, bahkan lebih pemalu dari orang2 perempuan. ~wink~
ehehe betul tu sis. kadang-kadang tengok org yang malu ni, nampak comel jea tapi bukan saya lahh. hahaha! >.<
Deletekotak jerit tu dah ok kan...kejap je ...
ReplyDeletemalu biar bertempat..
a'a shoutbox dah okey mama.. ya, malu biar bertempat. :)
Deletecek ni pun pemalu naaaaa... ekekekekekk..
ReplyDeletesuka ayat.. "Back.. back to.. back back apa tak tauuuuu... '' HAHAHA
eheh, geng lah kita. awat yang suka tu?? :D
Delete