Novel Suami Aku Ustaz


Assalamualaikum...



Aku baru saja menghabiskan baca novel Suami Aku Ustaz. Zerioousss?? Orang dah baca berkurun lama, aku baru nak baca. K.. Tau la. Aku ketinggalan zaman sikit. Sampai orang dah nak buat drama baru terkial-kial nak baca. Gedik lah kau Niena! :P


HANNAH DHANIYAH
RM 22.00 SEM
RM 25.00 S/S



SINOPSIS

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?




Baca sinopsis saja sudah buat aku terpikat disebabkan aku suka cerita yang pelajar kahwin dengan cikgu ni. Rasa syok gitu. Tapi, tak bermakna aku nak kahwin dengan cikgu sekolah aku pulak kan?! Haha. Bagi aku, cerita ni sangat bessttt sebab aku suka ustaz tu! Tak.. maksud aku, dialog dia semua berkaitan dengan Islam. Seronok wutt baca.



Cara penulis ni tulis dialog ustaz ni, memang seronok. Macam arrhh. Rasa best. Rasa cara pendekatan yang terbaik lah. Siapa siapa yang rasa novel yang berkaitan dengan agama ni kekadang skema dan bosan, cubalah baca novel Suami Aku Ustaz ni sebab kalau baca mesti terpikat terus lah. :)



Gaduh sikit sikit dan merajuk manja tu ada lah. Mestilah kena ada kan. Cuma masa mula mula tu aku rasa sakit hati dekat Alisa sebab dia tak boleh nak terima ustaz ni sebagai suami dia sepenuh hati dia. Lepastu, dia cakap;

"Kau ingat aku suka sangat ke bila kena paksa macam ni? Kalau tak kerana mak dengan ayah aku, tak ada maknanya aku nak sia-siakan hidup aku tau! Kau pernah tahu apa yang aku rasa? Kau pernah terfikir apa yang akan terjadi pada aku kalau satu sekolah tahu? Dengan SPM entah lagi berapa minggu. Apa pandangan dia orang bila dengar cerita ni? Semua benda ni, mengarut kau tahu tak? Kau tak pernah berada dekat tempat aku, Joe! Jadi tak adil kau nak judge aku macam ni je! Kau ingat aku nak sangat ke hidup dengan dia? Kau ingat aku suka sangat ke dekat dia? Aku langsung tak terfikir semua benda ni tahu?"

Time ni, aku langsung sikit pun tak kesian dekat Alisa masa dia luahkan rasa hati dia. Dia nak minta penampo aku agaknya. Masa ni dia tak boleh terima ustaz tu lagi. Kesian ustaz. Ustaz Hafiz dengar tau apa yang dia cakap. Kesian ustazzzz!!! Sakit hati betul aku bila Alisa cakap macam tu.



Satu lagi part yang aku tak suka, time Alisa dah masuk universiti. Ada lah mamat pulon apa entah. Sakit jiwa betul la time part sesak sikit tu. Haishh..



Lepastu satu lagi, dia ada selitkan satu doa yang aku tak pernah tahu pun sebelum ni. Doa Nabi Daud a.s. Aku suka doa ni.

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku, keluarga serta air dingin."


Memang seronok lah.. Overall, kasi 4.5 markah. Tolak tolak part yang aku tak suka Alisa. Hihihi. Tahniah buat penulis Hannah Dhaniyah yang berjaya buat aku rasa seronok sangat baca novel dia yang bertujuan berkongsi ilmu ni..  :D

13 comments:

  1. wahhh, macam best jaa. nak kena cari satu niii :D

    ReplyDelete
  2. wargghh .. dulu bace kt blog penulis dia je..smpai skrang xkesampaian nk beli novel ni.
    novel ni mmg best !

    ReplyDelete
  3. manade ketinggalan niena, at least niena baca.. akak ni sebijik novel pun haram nak bukak hihiks :p

    ReplyDelete
  4. @Aina Areen cari cari. jangan tak cari. rugi klu tak baca.. :)

    ReplyDelete
  5. awesom la cite ni . kelakar pun ade . aii . kena pegi cari ni .

    ReplyDelete
  6. Akak kalau ngan novel, akan jadi terbalik, novel yg tgk akak, akak bace x smpi suku dh Zzzzz kihx3

    ReplyDelete
  7. as salam....mcm nak g cari memalam nie..

    ReplyDelete
  8. akak minat novel. tapi semenjak dua menjak dah nak-nak tua ni kan, jarang bace novel2 cinta ni.. bace novel mistik je... rrawwwrrr !! hahaa

    ReplyDelete
  9. Salam singgah, dah baca pun novel ni. Memang best! studioous.blogspot.com/

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤