Personaliti Melalui Jenis Darah

29/3/14




Assalamualaikum..


Kali ini, aku nak kongsi tentang personaliti melalui jenis darah pula. Ada yang betul ada yang tidak. Jadi, jangan ambil terlalu serius pula ya! Hehe.. :)


***

DARAH A

Ketika kecil, orang yang berdarah jenis A biasanya suka bercampur gaul dengan orang lasak. Selepas memperolehi sesuatu pekerjaan dan kaya dengan pengalaman hidup, orang seperti ini dapat mengawal perasaan sendiri dan lebih bersifat matang. Bagaimanapun, ketika tua kelak, orang yang berdarah jenis A ini akan menunjukkan sikap yang degil dan keras kepala. Biasanya orannya serius dan penyabar, tegas dan dapat dipercayai, berfikir secara menyeluruh, konsisten, keras kepala. Orang golongan darah A ini biasanya suka menyendiri kerana memiliki idealisme.

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidupnya. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu disekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan.

Cara Berkomunikasi Dengan Mereka Berdarah A 

* Jangan mengangkat topik yang konfrontatif, misalnya, topik kontroversial kerana mereka orang yang tidak suka membuat konfrontasi dengan lawan bicara.
* Gunakan kata-kata yang relatif sopan kerana mereka sangat sensitif dan terkadang konservatif sehingga kata-kata yang tidak sesuai dengan standard kesopanan minimal akan dapat menyinggung mereka.
* Jika menjawab usahakan dengan lengkap dan bermakna kerana mereka adalah orang yang sangat sempurna dan kurang menyukai hal yang setengah-setengah.
* Mintalah pandangan dan pendapat mereka kerana mereka sangat kreatif untuk hal ini dan dengarkan dengan saksama ketika mereka menjelaskan.
* Jangan melebihi mereka saat menyampaikan sesuatu. Maksudnya, jangan sampai mereka merasa dilampaui dalam hal kepintaran dan pengalaman, misalnya.
* Hargai mereka dengan memuji seperlunya kerana pujian yang berlebihan akan membuat mereka ragu dengan ketulusan si pemuji.


DARAH B                                    

Bagi berdarah jenis B pula, mereka dapat melalui zaman kanak2 yang cukup bahagia dan seronok. Apabila meningkat dewasa, orang yang berdarah jenis B ini secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu, jenis suka berterus terang dan satu lagi jenis, lebih suka memencilkan diri dan tidak gemar bercampur gaul dengan orang ramai. Orang yang berdarah jenis B tidak menunjukkan perubahan sikap yang ketara daripada usia kanak2 hingga tua. Ini bererti, walaupun usia semakin meningkat, namun mereka kelihatan masih berjiwa muda.

Biasanya berkarakter ingin tahu, memilik banyak ketertarikan di pelbagai bidang, semangat biasanya cepat naik tetapi juga cepat padam, selalu ingin menjadi orang yang superior dan diperhatikan dari orang lain.
Simple! Itulah ungkapan yang paling tepat untuk anda . Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya denga cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian

Cara Berkomunikasi Dengan Mereka Berdarah B
 
Ada karakter ada gaya. Orang bergolongan darah B memiliki karakter yang berbeza dengan mereka yang bergolongan darah A. Mereka lebih praktis, egois, kreatif, optimis dan bebas dalam berfikir. Mereka juga memiliki kecenderungan mengerjakan segala sesuatu secara individual. Oleh karena itu, di Jepun, untuk membentuk sebuah kumpulan yang kuat sehingga motto yang digagas John C. Maxwell: teamwork makes the dream work benar-benar menjadi kenyataan, orang golongan darah B ini biasanya kurang dilibatkan.

* Mulailah pembicaraan dengan runtun, jangan melompat-lompat kerana mereka kurang menyukai hal-hal yang tidak teratur.
* Jangan memulai pembicaraan tanpa mengakhirinya.
* Gunakan data-data tepat, bukan rekaan.
* Jika mengajak kerjasama, pastikan bahwa mereka bersedia.
* Berbicaralah kepada otaknya bukan hatinya. Gunakan lebih banyak fakta rasional daripada sosial.
* Jangan menggunakan gaya bicara yang terburu-buru.

Orang dengan golongan darah B lebih suka mendengarkan uraian rinci dan runtun. Mereka suka ada awal dan akhir dari sebuah percakapan. Kerana mereka sangat prihatin dengan apa yang telah dimulai untuk dapat diakhiri. Mereka tidak suka orang yang berbicara secara tidak jelas dan tanpa pertimbangan rasional kerana mereka lebih menggunakan logik  daripada perasaannya.


DARAH AB

Manakala bagi orang yang berdarah jenis AB pula, mereka dilihat takut pada orang asing semasa kecil dan tidak suka bercakap. Tetapi sikapnya berubah dengan ketara apabila suka berkawan dengan ramai orang dan gemar melalui pergaulan yang bebas. Orang yang berdarah jenis AB bersikap optimis dan mudah berpuashati. Bersikap sombong dan tidak mahu dengar nasihat orang lain ketika tua. 

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

Biasanya memiliki perasaan yang sensitif, memilik perhatian terhadap sesamanya, jiwa sosial yang tinggi, terkadang suka memaksakan diri sendiri dalam mencapai sesuatu,orang yang memiliki golongan darah AB biasanya berfikir serius dalam menghadapi permasalahan.

Cara Berkomunikasi Dengan Mereka Berdarah AB

* Pertama-tama, ikuti dulu alur pembicaraan mereka.
* Selanjutnya, berbicaralah secara tegas kerana mereka mudah berubah-ubah.
* Bicaralah tentang seni dan metafisika untuk memulai percakapan yang lebih panjang jika hal itu diinginkan.
* Jika membuat janji, pastikan mereka memahaminya dan setuju.
* Jangan ambil keputusan sepihak kerana mereka termasuk orang yang suka menentukan sebuah keputusan secara sepihak. 
* Jangan terlalu banyak mengumbar kata dan janji kerana mereka sulit mengingat, apa lagi menjalankan kewajiban yang semakin banyak.


DARAH O

Selalu ikut nasihat ketika zaman kanak2 adalah sikap biasa ditunjukkan oleh orang yang berdarah jenis O. Tetapi selepas usia semakin meningkat, mereka akan cuba menunjukkan kelebihan sendiri dan mempunyai prinsip tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Malahan tidak mustahil mereka akan menjadi orang yang berwibawa dan berpengaruh. Dari kecil hingga tua, orang berdarah jenis ini umumnya tidak sombong dan patuh pada nasihat orang lain tetapi bersikap keras semasa tua. 

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

Orang ini biasanya memiliki sifat sosial yang cukup tinggi, mudah bersosialisasi dengan orang lain, pintar menutupi sesuatu, biasanya orang ini terlihat tidak pernah memiliki masalah, orang ini biasanya sabar dan baik hati.

Cara Berkomunikasi Dengan Mereka Berdarah O
 
* Berbicaralah dengan semangat dan penuh vitalitas. Kerana mereka kurang menyukai orang-orang yang terkesan lemah, letih, lesu, lemas, letoy, dan loyo yang dianggap tidak dapat mengikuti rentak mereka yang penuh dengan energi.
* Jangan gunakan kata-kata negatif dan pesimis kerana kelompok kata itu tidak terdapat dalam kamus mereka yang penuh dengan semangat positif dan optimis.
* Ketika mengikat sebuah kontrak, pastikan dengan tegas bahwa mereka komit dengan apa yang telah disepakati dan dapat bertanggung jawab atas penyelesaiannya.
* Berkatalah dengan jujur kerana mereka juga demikian adanya. Sekali kebohongan terbongkar, mereka tidak akan percaya lagi pada lain kesempatan.
* Tunjukkan bahasa tubuh yang penuh keceriaan dan semangat.


Sumber: Google

****


Baik, aku punya darah jenis B dan yang mengenanya ialah suka berterus terang dan suka memencilkan diri dan tak pandai bergaul denngan orang lain. Yes, aku juga suka buat kerja secara bersendirian sebab aku rasa kerja berkumpulan itu tak jadi kerja. Dan ya juga, aku suka sesuatu yang teratur and jangan cerita dekat aku benda yang direka-reka. I hate it. Walaupun benda direka-reka aku tahu tau! Untuk jenis darah yang lain pula aku tengok ada juga persamaan dengan orang-orang sekeliling aku. Jadi, hampa darah jenis apa dan kongsikanlah sekali dengan aku! :D


Mari terjah entry terbaru:


49 comments:

  1. akak darah A!!
    wuwuuu..ase bangga plak sebab darah A..
    kahkah :D:D :D

    ReplyDelete
  2. sebenarnya, akak taktau akak ni darah jenis apa. hahaha! tak pernah check pun :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, iya ke? Oh, saya pun tak check. Mak yang beritahu sebab dulu masa kecil2 dah check agaknya. Tapi penting juga nak tahu darah kita jenis apa sebab takut apa2 kan.. :D

      Delete
  3. Hahahaha betul lah tu kot hihihihihi.
    Sebenarnya kan.....................
    Qila kurang confirm lagi qila darah apa....
    Qila lupa lah hikhik. Confuse antara O atau AB hmmmmm hihihihi xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tak apa tak apa. Nanti tengok lain. Kikiki. Eh, tapi dua2 tu darah special kan! :D Untung lerr..

      Delete
  4. apa yg pasti ialah walaupun hampir 19 tahun hidup saya xtauu saya ni berdarah apee hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehehe, tak mengapa nanti bila2 boleh lah check! :D

      Delete
  5. Replies
    1. Hah, penderman universal ni! Meh sikit darah! Ehehe! XD

      Delete
  6. akak darah O. hehe
    dulu penah check dekat sekolah sbb nk derma darah tp tk cukup berat badan. tsk tsk
    macam sama je dengan personaliti dekat atas :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai tak cukup berat badan pulak ya. Hihihi.. Eh, itulah mesti ada juga yang mengena kan! :D

      Delete
  7. akak darah jugak..cam betul je..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, mesti ada yang mengena. Hihihi! :D

      Delete
  8. Baca just for fun dont take it serious la kan, ada gak yang betulnya hehehe. Another thing about orang darah AB ni I pernah baca dulu adalah complicated. So true, like yours truly here hohoho.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, don't take it serious. Kalau ada yang tak mengena or merepek tu pon kadang2 bukan betul sangat. :D

      Delete
  9. Vee darah A.. Haha. Ada betulnya juga.

    ReplyDelete
  10. Eh eh ramai lah yg tak tahu darah dia darah apa. Huh nasibaik hahaha. Qila ingat qila sorang je mcm tak tahu kebenda ni hihihihi TT_TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, biasa lah tu. Memang perkara biasa kalau tak tahu jenis darah ni. Hihi. Tapi, cubalah check nanti! :)

      Delete
  11. hahahahaha. macam betul je. xD

    ReplyDelete
  12. akak sampai skrg tak sure darah akak jenis apa tapi yg tahu nya either A or B ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh iya ka... Tak apa, nanti confirm lain. Kalau B geng lah kita noh kak! :D

      Delete
  13. <--- darah O.... oooooo... *sambil mulut buat2 huruf O*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aahaha! Mesti comel tu! Wah seorang yang banyak juga sifat2 positif lah ni ya? :D

      Delete
  14. err darah mmg ader 3jenis jer ker., aku bukan tau sngt bab darah ni
    darah aku sendiri pun aku xtau jenis pe tah., kekeke
    tp klu ikut ciri tu aku jnis darah B kot., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada darah A, B, AB dan O. :D Hihi, biasa lah tu. Saya pun tahu gitu2 saja pasal darah ni. Hehe.

      Delete
  15. lol,, saya tak penah tahu darah jenis apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh iya ke.. Tak apa, nanti bila2 cubalah check. :)

      Delete
  16. akak darah A weeeee :D

    neena, akak nak jemput join GA akk ni, hope sudi laa ya join :)
    http://haneulafiqah.blogspot.com/2014/04/grand-opening-giveaway-by-haneulafiqah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh.. Kak ika ni mesti seorang yang sabar dan bertimbang rasa kan! :D

      Delete
  17. tak sure ahh darah apa. haha teruk ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah... Hehe, tak apa lah. Tanyalah mak, kot2 tahu. Saya tahu jenis darah saya pun melalui mak. XD

      Delete
  18. info yang bgus tentang kumpulan darah...

    ReplyDelete
  19. fara darah A... hehe...
    ade info betul ade x... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul lah tu.. Saya pun ada yang mengena ada yang tidak.. :)

      Delete
  20. perkongsian yg baik....Saya Darah A...thanks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Moga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat! :)

      Delete
  21. akak darah AB ^^ muahahaha. orang darah AB ni tak ramai tau! *Bongkak. riak xD*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh.. Best juga tu darah AB. Boleh ambil semua jenis darah lain. Hehehe. Special tuuuu... Ececehhhh... :P

      Delete
  22. Replies
    1. Wahh.. Kak zizie pon darah special juga ya.. Untung untung untung! :D

      Delete
  23. Saya tak tahulah darah saya jenis apa huhu. perangai saya macam orang berdarah ab. tapi saya tak suka bergaul dengan orang dan orang pun tak suka bergaul dengan saya hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Kadang2 ada yang sama ada yang tidak.. Eh, ada pula gitu ya! Mungkin bukan tak suka tu, cuma tak pandai.. :)

      Delete
  24. selamat berkenalan dengan AB..hahaha... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya! Selamat berkenalan. hehehe... :D

      Delete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤