Meniru

6/4/14




Assalamualaikum..


Wah wah... Iolls memang suka menaip waktu orang lain sedang menghasilkan air liur basi. Hehe. Tak mengapalah. Aku nak ambil sedikit waktu sebelum tidur untuk menaip entry pertama untuk bulan April. Lambatnya update kan! Aku tak ada masa sangat nak menulis selalu macam waktu-waktu cuti. Haih.. :(


Okeylah. Aku sebenarnya nak cerita tentang meniru. Dah lama dah sebenarnya benda ni bermain kejar-kejaran dalam kepala otak aku nih cuma tak lepaskan lagi sahaja. So, inilah dia aku nak cerita.


Aku rasa semua orang pernah buat gejala tak berapa nak sihat ni kan. Kalau tak banyak kali pun, mungkin ada sekali dua. Jangan nak tipu guwa! Aku pun pernah juga dulu. Tapi kini aku rasa aku insaf. Meniru bila nak buat kerja sekolah tu biasalah kan, sebab hampa malas sangat nak buat kerja sekolah so bila mai sekolah kalut meniru orang lain, itu biasa lah juga dan aku rasa tahap boleh terima tu ada lah sikit kottt...


Paling tak boleh tahan bila aku tengok orang meniru dalam exam. Seriously....




Aku palingggg tak suka bila orang meniru dalam exam atau pun bincang jawapan dengan kawan ke.. Setakat ni aku memang tak berperasaan nak meniru dan aku harap sampai bila-bila pun aku tak akan meniru dalam exam. Sebenarnya bila kita meniru ataupun bincang jawapan dengan kawan dalam exam adalah kesan dia yang aku rasa diri kita sendiri tahu tapi buat-buat tak tahu ja...


Kita nak result gempak sebab takut parents marah or apa-apa sahaja alasan yang kita nak beri. Baik, mungkin kita tak sedar bila kita meniru contohnya bila cikgu tak nampak, sorok jawapan bawah meja dan tiru itu, memang kita akan dapat result yang baik sebab jawapan kita betul. Then, we got best results and kita beritahu parents 'saya dapat A mak, ayah!'. And our parents macam 'Ya Allah, Alhamdulillah... Mai sini kita pi keluaq makan celebrate anak mak dapat result gempakzz..'


Tapi sedar tak sebenarnya kita dah menipu parents kita? Mereka percaya pada kita. Mereka percaya kita telah berusaha bersungguh-sungguh but actually kita bukan seperti yang mereka fikirkan. Pernah terfikir tak apa perasaan mereka bila tahu apa sebenarnya yang kita buat?


Satu lagi, redha Allah. Result yang kita dapat itu memang nampak gah! 'A'! Tapi berkat ke? Fikirkan impaknya bila apa yang kita peroleh tu tak berkat. Bahagia? Bangga? Fikir...


Sebenarnya, biarlah kita ini jujur. Biar kita dilihat tak pandai tapi kita tahu bahawa kita dah berusaha sehabis baik! Dalam apa sahaja yang kita lakukan, biarlah diberkati oleh Allah!


Cikgu aku pernah cerita, dulu dia selalu tak buat kerja sekolah and setiap pagi dia akan datang awal dan meniru kerja kawan-kawan cina dia yang pandai-pandai. Cikgu dia pun puji lah sebab betul semua apa bagai.. Tapi... Bila periksa sebenar dia (SPM), otak dia terus blank. Dia tak tahu apa langsung dan dia dapat result paling teruk yang pernah dia terima. Dia kata 'itulah, kalau Allah nak tunjuk dan tarik sekejap saja!'. Aku insaf sebab sebelum itu aku pernah meniru bila buat homework. 


Jadi, jujurlah pada diri sendiri. Usahalah untuk dapat apa yang kita inginkan. Jangan ambil jalan pintas yang membawa kepada kemurkaan. Usaha dan doa itu nombor satu. Percaya dengan diri sendiri dan percaya bahawa Allah akan permudahkan segala urusan kita. Tak perlu meniru juga tak mengapa kalau sudah yakin dengan diri sendiri dan Allah SWT! :)


Syukran!


41 comments:

  1. nanti bila alam bekerja pun tabiat meniru ni ade jugakkk. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Budaya ni memang susah nak dipisahkan bila dah jadi habit.

      Delete
  2. kak pon pernah meniru . . tapi time exam tak penah la . . tru buat homework je . . tah kenapa time exam mang tak berani takut kena tangkap kena halau dari dewan haaa mahunya malu muka . . better usaha sendiri coz dari situ kita tahu kemampuan kita n sedikit sebanyak kita improve apa yang kita lemah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan akak. Usahalah sendiri kan. Bila kita usaha sendiri, itulah dia keputusannya. Kalau kurang, pertingkatkan dan kalau lebih syukur dan teruskan pencapaian, yang penting usaha sendiri! Bukan meniru! Hehe... :D

      Delete
  3. Tak baik meniru.. exam tu nak uji sejauh mana daya ingatan kita dan tahap usaha kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak baik sangat kak erin.. Itulah.. Exam memang nak uji apa yang kita dah belajar dan sebanyak mana usaha yang kita lakukan. Terima sajalah hakikat kalau usaha kurang result pun kurang. Janganlah usaha malas nak result the best.

      Delete
  4. dalam exam tak pernah dik,but dalam test or assignment...hahaa.sila jgn tiru bila masuk u nanti naa ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Mohon saya tak begitu! Tak elok tu kak! XD

      Delete
  5. akak time kecik kecik dulu pun suka berbincang time exam. and pernah terkantoi sekali. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pernah jugak dulu masa darjah satu. Tanya dekat kawan baik jawapan. And terkantoi. Jadi lepas tu saya memang serik nak tanya jawapan dekat kawan. :D

      Delete
  6. ala.... qila selalu terrrrbincang dengan kawan TT_TT
    tapi alhamdulillah dah takkan dah inshaallah hehe <3333
    tapi betul, kalau teruk sangat macam tu sampai dapat cemerlang mmg melampau ah.
    Memang allah show lah tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aippp... Jangan buat lagi ya kak qila! Hahaha... Itulah, yang boleh dapat cemerlang tu sebab tiru buku ataupun tengok jawapan daripada kertas conteng. Geram ja tengok dorang tu hah...

      Delete
    2. Hihihihi tulah inshaallah eipp eipp takkan!! Hihihi niena doakan qila yee. Hihi. <3333

      Delete
  7. Yess betul tu . Akak memang tak suka dan pernah sekali dua je mniru , itupun ujian bulanan . Time tu mmg exam mengejut , so xkisah sgt . Mcm haremm , hahaha .
    Akak mmg set kat mind , if aku tiru org , that's mean itu bukan jawapan aku . So , result tu bukan milik aku . In the same time , aku tipu diri aku and mak ayah aku . Alhamdulillah , mmg gejala meniru ni dipangkah habis lah kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang exam mengejut tu dah nak buat macam mana kan. Tak sedia... Hehehe.. Itulah, dapat apa lah kalau kita meniru ni kan.. Nak menipu diri sendiri dan orang lain ja.. Ya, say no to fraud! :)

      Delete
  8. meniru buat hidup tak berkat.even berjaya di sek atau ipta, mereka belum tentu lagi berjaya dlm pekerjaan.. yela, mana taknya..da asyik meniru je hidupnya..huhu.. kerja pun x berkat. yg ambek remeh hal gini...kena hati2 ea..sebab ramai :) wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan kak miza.. Hidup tak berkat pun buat apa ye dak.. Kalau berjaya sekalipun tapi sedar tak sedar dapat ujian pada bahagian lain pulak ke.. Betul, kena hati2.. :)

      Delete
  9. ape2 pon berdiri atas kaki sendiri...jgn lah nak meniru.takkan lah sampai ke u pon nak meniru kan...
    cik pon mase skolah rendah penah mniru..Tapi cekgu rotan...sampai ke menengah dah tak penah meniru dah...hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cik! Sampai bila lah nak mengharapkan orang lain. Jangan malas berusaha! Terima saja lah hakikatnya sampai takat mana kita usaha, sampai situ lah pencapaiannya! Hehehe, saya pun pernah meniru masa darjah 1 lepastu kena marah dengan cikgu. Start dari situ tak pernah meniru and bincang jawapan dengan kawan dah.. Serik! XD

      Delete
  10. betul betul ,, bila meniru rasa macam ada perasaan asing dalam diri ,, tapi bila ada kawan yang tanya kita time exam ,, try untuk buat tak tahu ,,, :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa tak tenang lah ya.. Itulah, buat tak tahu ja.. Kalau mereka dapat markah tinggi sekalipun tak berkat untuk apa.. Biarlah kita dapat markah apa sekalipun janji kita tahu itu memang hasil titik peluh kita sendiri! :)

      Delete
  11. Tak baik meniru! Tapi pernah juga berbincang waktu sekolah dulu..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat tak baik! Bincang pun tak elok sebenarnya! Hahaha.. Bila dah besar ni fikir lebih matang! :)

      Delete
  12. wawawa,akak pernah buat...hahaha
    tpi dh insaf dah..tak buat dah aihh
    tu zaman bodo2 dulu..hikhikk :pp
    good job! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman budak2 lagi lah tu ya kak mirza.. Haih, bila dah sedar ni jangan kembali jadi budak2 macam dulu lagi kan! XD

      Delete
  13. huuu dulu2 pernah buat..sekarang dah insaf..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ramai juga pernah buat. Tak terkecuali saya lah tu.. Haha! Itulah, alhamdulillah2 dah insaf.. Tak mau buat lagi! :)

      Delete
  14. kdg meniru, tpi hati xtenang.. hehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah impact dia bila tak berkat! Bagus juga bila ada rasa macam tu daripada tak rasa apa langsung and tak rasa bersalah! Hehehe... :)

      Delete
  15. tak pernah meniru masa exam haih. tapi kalau kerja sekolah tu, eheh. senyum pisang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekeke... Saya pun sama tapi sekarang rasa tak berani... Sebab saya rasa bila meniru saya tak dapat apa..

      Delete
  16. akak paling tak suka org meniru time exam :( eyy selalu sangat jadi mangsa peniru. rasa tak selesa pulak diorang asyik panggil2 kita time exam, karang tak bagi jawapan bergaduh sampai sebulan taknak tegur. hmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benci kan kak mazni... Amboih merajuk sebulan tu.. Bahaya.. Tapi tak boleh dilayan juga. Kang menjadi2 pula.. Cubalah buat tak tahu dan cubalah tegur baik2..

      Delete
  17. hee sama la kita niena , suka update memalam. ehh ehh apalah kembaq biasa ah , mesti sama.

    hermm dlu cikgu akak ada bg tau taw , meniru ni tk kemana ahh. even kita berjaya pon , nnti ank2 kita yg akn makan dr kejayaan hasil meniru. Kesian dekat anak2 kita.
    hermm moral nya ; dh jgn meniru haha

    ReplyDelete
  18. saya pernah meniru dulu ,masa tu darjah 4 kot. tapi kantoi sebab budak laki kat belakang bagitau cikgu . cikgu tu tak sangka yg saya ni pandai meniru. from her face i can tell that she is really disappointed . dari situ lah saya mulai insaf dah tak tiru lagi. alhamdulilah .

    ReplyDelete
  19. opsss hehe akak meniru time wat homework yang ada 'mengira' jer. hehehehe -.- teruk kan ~ tapi time exam memang tak ahh. carik nahas namanya kalau meniru time exam -.-

    ReplyDelete
  20. Artikel yang terbaik dan bagus

    ReplyDelete
  21. Hai sis .. sejujurnya lps baca pendapat sis tentng meniru ni .. saya rasa down sangat .. baru baru ni ujian pertengnhn tahun sekolah dan saya ada tiru ( bwk masuk nota kecil ) utk 2 paper dan kena tngkap .. in the same time .. saya pengawas .. bila cikgu tngkp ..cikgu tnya , soal kenpa tiru .. i can't answer .. bila tnya semula pada diri kenpa meniru .. because soalan susah .. saya tau saya salah sbb meniru tpi dalam nota kecil tu tk ada langsung jwpan bgi soalan ujian tu .. saya nk mintk pendapat sis .. situasi sekrng utk paper yg pertama .. saya bwk masuk nota .. lps tu tkda jwpn ... saya still tngok nota tu tapi tkada langsung jwpan ... then saya buat sendiri ujian tu .. adakah saya dianggap meniru ? Second paper saya bwk masuk jugak exam TAPI nota tu hnya dalam pocket saya sahaja .. saya tk keluarkan langsung nota tu .. lpstu cikgu tngkap sbb nmpk kertas tu .. adakah saya dikira meniru ? Dan wajarkah cikgu hukuman saya dngn buat kedua dua paper tu 0% dan dikira saya fail .. apa apa pendapat diri sis saya terima .. just tnya .. dan saya tau salah saya dan dlm masa yang sama .. saya tk tau mcm mna nk hilngkan rasa sedih ni

    ReplyDelete
  22. Hai sis .. sejujurnya lps baca pendapat sis tentng meniru ni .. saya rasa down sangat .. baru baru ni ujian pertengnhn tahun sekolah dan saya ada tiru ( bwk masuk nota kecil ) utk 2 paper dan kena tngkap .. in the same time .. saya pengawas .. bila cikgu tngkp ..cikgu tnya , soal kenpa tiru .. i can't answer .. bila tnya semula pada diri kenpa meniru .. because soalan susah .. saya tau saya salah sbb meniru tpi dalam nota kecil tu tk ada langsung jwpan bgi soalan ujian tu .. saya nk mintk pendapat sis .. situasi sekrng utk paper yg pertama .. saya bwk masuk nota .. lps tu tkda jwpn ... saya still tngok nota tu tapi tkada langsung jwpan ... then saya buat sendiri ujian tu .. adakah saya dianggap meniru ? Second paper saya bwk masuk jugak exam TAPI nota tu hnya dalam pocket saya sahaja .. saya tk keluarkan langsung nota tu .. lpstu cikgu tngkap sbb nmpk kertas tu .. adakah saya dikira meniru ? Dan wajarkah cikgu hukuman saya dngn buat kedua dua paper tu 0% dan dikira saya fail .. apa apa pendapat diri sis saya terima .. just tnya .. dan saya tau salah saya dan dlm masa yang sama .. saya tk tau mcm mna nk hilngkan rasa sedih ni

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤