Sifat Mengikut Kedudukan Adik-beradik Dalam Ahli Keluarga

17/10/13




Assalamualaikum..


Entri ni aku taip pada 16/10 tapi aku post pada 17/10 sebab aku kena balik KL and untuk tak membiarkan blog aku sunyi, aku taip lah entry ni supaya blog tak sunyi sepi dan bosan. Aku ada buat entry pasal ANAK KETIGA, tapi ramai pula yang bukan anak ketiga. Jadi, aku nak share lah pula pasal urutan anak-anak lain.



1) Tanah: Anak ke 1,5,9
2) Air: Anak ke 6,2,10
3) Api: Anak ke 3,7,11
4) Angin: Anak ke 4,8,12


TANAH

Sifat tanah dikaitkan dengan jenis deria. Ia tergolong dalam sifat kewanitaan. Orang yang menghargai kebendaan, keras hati, sabar, disiplin, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya kepada benda yang boleh dicapai oleh deria, sedar mengenai hakikat diri, menilai material, tabah hati, efisyen, diberatkan oleh keperluan, kepala angin, pendiam, tidak peramah, badan kurus, kurang tidur, selalu sihat, banyak kerja.


PENDAPAT NIENA: Banyak yang betul kalau dimatchkan dengan abang aku yang pertama tu. Antaranya dia pendiam, tak peramah, kurus, boleh diharap. :)


AIR


Sifat air dikatakan jenis Perasa. Ia tergolong dalam sifat kewanitaan. Lemah lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik, mudah terluka hatinya, mudah memahami perasaan orang lain, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram, Tubuhnya tembam, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas dan agak kurang faham.



PENDAPAT NIENA: Ada juga yang betulnya kalau pada pandangan aku terhadap yang nombor 2. Antaranya memaksa, kepala angin, sedikit malas, kurang faham. :D


API


Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intiusi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu)Ia digolongkan dalam sifat kelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa bersedia menempuh sesuatu yang baru atau berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, menaruh harapan, cenderung atau tidak sensitif, agresif, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.



PENDAPAT NIENA: Seperti yang hampa terbaca di entry sebelum ini, aku anak ketiga dan yang sama dengan aku ialah kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati (yang ini sangat betul), semangat tinggi, perlukan ruang, kurang matang atau kebudakan bila di rumah, keras hati, sentiasa bersedia sesuatu yang baru, badan panas (badan aku jarang nak rasa sejuk), menaruh harap, agresif, jalannya cepat tapi kadang-kadang lambat juga -.-, kurang tidur.


ANGIN


Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. Ia digolongkan dalam sifat kelakian (masculine). Berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura, sukar dipengaruhi, mudah bergaul, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin, kreatif, sederhana.



PENDAPAT NIENA: Kalau dilihat pada emak aku yang anak kelapan, dia tidak mudah dipengaruhi, mahukan kebebasan, mudah bergaul, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, kreatif, sederhana dan bersemangat. ;)

***


Rasanya aku pernah post juga pasal sifat-sifat ni, tapi tak kesahlah. Yang ini lebih banyak rasanya sifatnya. Ada tak yang sama macam hampa? Kalau ada, drop your comment belowwww... Hmmh aku kata tak balik kampung kan haritu, ish sembang keling betul nina ni. Tak lahh.. Tiba-tiba je parents aku nak pergi tengok nenek aku yang berumur 90 lebih tu. Kesian sangat dengan dia, sebab tu parents aku ambik keputusan mengejut nak gi lawat tok. Ermm, terpaksalah aku hurung buku sekali masa balik kampung sebab exam Math mula Ahad ni. Uhuuu dan sangatttt kannnnn. -______- Jadi doakan aku selamat pergi dan balik yeahhhhhh!!


Ala Alliqa'....


40 comments:

  1. Perghhh ! akak tanah , patut pun kulit macam tanah , koko .. Hehehee . And akak memang kurus , tengah dok bina badan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kulit macam tanah. alah kak, semua org pun memang tanah pun. hahahha. hah bina jangan tak bina kak. :D

      Delete
  2. api~~ warm.. bukan membakar.. to comfort :D <-- pengaruh drama korea hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. korea memang banyak mempengaruhi. ecece. hahaha. :D

      Delete
  3. akak air. errr terasa. haha banyak yang betul dr yang tak betul. haha

    ReplyDelete
  4. saya angin weee~ akak mmng tk mudah kena pengaruh n suka bergaul dgn org lain tpi cakap banyak sgt haha. yg pasti mmng banyak persamaanlah apa yg benda ni cakap :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi. kalau dengan mak saya ni mesti syok nihhh. :D

      Delete
  5. saya tanah sbb saya anak sulung..ada kesamaanya

    ReplyDelete
  6. kak air.. ^_^ ada yg betol ada yang tak betol ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah mestilah. tak ada la 100% betoi kan kak.. :)

      Delete
  7. wuu . akak api lerr . haha . tp ade sikit2 je yg kena dgn sifat akak :) yg akak taw akak ni jenis mudah betoi jatuh ayaq mataaa . hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo hati lembut lah akak ni ya... itulah tak semestinya kena dengan kita. hehehe.

      Delete
  8. Hehe Qeela angin :) mengene jugklah agknye tuu, huhu.. kebanyakkannye betul drp ape yg org2 penah ckp Qeela ni, hehe.. :3

    ReplyDelete
  9. Entah lah...kak ida tanah kot sbb anak tunggal sering dikaitkan sebagai anak sulung

    ReplyDelete
  10. umi..angin..banyak jugak yg betul tu..yg pasti..badan Umi ni banyak angin..hihihi..:)

    ReplyDelete
  11. hii dear..saya anak ke tiga..memang byk persamaan la..hahahaha...

    ReplyDelete
  12. Saya anak kedua.. memang banyak yang betul. Adik saya yang ketiga tu, memang keras kepala sikit.. :D

    ReplyDelete
  13. saya plk anak ke5 memang bnyk yg btul..haha

    ReplyDelete
  14. sy anak ketiga . kalau kurang tidur tu memang betul sangat . sy ni susah nk tidur walaupun hari cuti . padahal sy bukan keluar rumah . duduk rumah pun susah tidur . tak tahu la kenapa .

    ReplyDelete
  15. Saya anak ke tiga ,sama jugak dengan kak Niena Reen

    ReplyDelete
  16. Sy anak ke7... tp sy bnyakk mnyusahkn fmly ape yg sy buat semua xkner... ape yg sy cube buat semuanya xsuke.

    ReplyDelete
  17. Sy ank ke7.. slalu susahkn fmly... ape yg sy buat semua xkene... mybe sy memng xbrgune...

    ReplyDelete
  18. Sy ank ke7.. slalu susahkn fmly... ape yg sy buat semua xkene... mybe sy memng xbrgune...

    ReplyDelete
  19. Saya api no 7 ... betul sgt2 psl bisikan kalbu tu. Bersedia tanggung risiko... cara jalan mmg cepat selalu kna,marah dgn kwn2 psl ni dan suhu badan mmg panas tp bukan demam ye... hehe..

    ReplyDelete
  20. Saya no 7 api... haha. Bab bisikan kalbu tu mmg selalu betul apa yg sya rsa. Tgal alert ngn tak je... pas tu saya jln mmg lju sllu kna,marah ngn kwn2 psl ni hahaha. Suhu bdn mmg tgi tp x,demam pun. Keras hati tu nombor 1 hahaha

    ReplyDelete
  21. haha mcm betul je..sifat angin ni

    ReplyDelete
  22. Saya anak no.5,bersifat tanah.Mmg saya ni jenis pendiam, menghargai kebendaan, tabah hati, sabar dan byk lagi yg betul, huhu....mmg saya ni kurus dan saya mmg ada banyak kerja!!!Habis padat jadual rutin harian saya!Tambah lagi saya anak bongsu, mmg rajin, selalu tolong buat kerja rumah, basuh kain, jemur kain, lipat kain, bagi kucing makan...dan yg mmg sebetulnya ialah saya kurang tidur!!! paling singkat saya tidur mlm ialah selama 4 jam...hohoho dh laa tidur lambat, ok bye

    ReplyDelete
  23. Saya ank kedua memang betul semua ni hahahaha

    ReplyDelete
  24. Angin- betul wei semua mcm prgai aq je😂😂

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤