Assalamualaikum..
Aku tak pergi sekolah hari ni. Bukan saja-saja tau. Aku diserang asma. Sakit woo. Lama dah tak kena, sekali mai naya ja terbaring atas lantai. Seriously rasa baring atas katil macam tak sedap and tak kena lepastu rasa makin susah nak nafas. Bila dok atas lantai okey sikit. Aku sendiri yang dengar nafas aku yang berbunyi ni pun rasa ngeri. Macam hantu ja bunyi. Hohohok. Sekarang dah okey sikit dan nak letak sambungan cerpen di sini... :)
***
Sofea melangkah masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa bersebelahan dengan Ruzita.
Ruzita menoleh ke arah Sofea dan memberikan senyuman lembut kepada anak
gadisnya itu. Alangkah bahagianya jika begitu juga layanan yang diberikannya
kepada Amani.
“Fea, macam mana budak tu boleh pergi lawatan? Fea bagi duit pada dia ya?”
soal Ruzita.
Sofea mengangkat kening dan menggeleng laju. “Tak ma. Fea tak bagi duit pun
pada dia. Fea mana ada duit,” bangkang Sofea pantas.
Ruzita mencebikkan bibir. “Kalau mama dapat tahu yang Fea bagi duit pada
budak tu, siap Fea. Mama akan hukum Fea,” ugut Ruzita.
“Betul mama. Fea tak bagi duit pun pada adik. Dia pakai duit dia sendiri.
Duit yang dah lama dia simpan,” bela Sofea walaupun kegugupannya dapat dikesan
oleh Ruzita.
Ruzita mengerutkan keningnya. “Yang Fea gugup sangat tu kenapa? Menipu mama
ya?” soal Ruzita penuh curiga.
Sofea menggeleng laju. Ruzita sudah tidak mengendahkan Sofea lagi. Dia
percaya kepada kata-kata anak kesayangannya itu.
“Oh ya Fea. Mama ada benda nak cakap dengan Fea ni. Beberapa hari lagi,
mama akan bertolak ke Makkah untuk tunaikan haji. Jadi, Fea dekat sini jaga
diri elok-elok. Mama akan bagi duit untuk Fea,” ujar Ruzita.
Sofea hanya mengangguk kecil. Dia tiada masalah pun jika mamanya pergi ke
Makkah. Dia boleh berdikari.
Keesokan harinya, Sofea awal-awal lagi sudah berdiri di depan pintu pagar
sekolah Amani untuk menunggu kepulangan adiknya.
Beberapa minit menunggu, kelihatan bas yang ditumpangi oleh pelajar-pelajar
yang mengikuti lawatan ke Taiping jelas kelihatan. Bas berhenti betul-betul di
hadapan pagar sekolah.
Para pelajar menurui tangga bas satu-per satu. Sofea tidak sabar untuk
melihat wajah adiknya untuk muncul di atas tangga. Beberapa saat kemudian,
muncullah wajah yang amat disayanginya.
Amani yang terlihat kakaknya segera berlari mendapatkan Sofea. Sofea
mencium ubun-ubun Amani lembut. Kepala adiknya diusap kasih. “Rindu adik akak.
Seronok pergi sana?” soal Sofea. Amani segera mengangguk. “Kalau kakak dengan
mama ada sekali, lagi best,” ujar Amani. Jelas ikhlas terpancar di wajahnya
ketika mengungkapkan kata-kata itu. Bergetar hati Sofea mendengarnya. Kasihan
Amani.
SETIBANYA di rumah, wajah Ruzita yang masam sudah memandang Amani dengan
pandangan geram. “Woi budak sial, kau ni memang kurang ajar kan? Berani kan kau
mintak duit dekat anak aku? Kau ingat kau anak kesayangan Mahmud, kau boleh
buat sesuka hati kau ke? Sekarang ni, Mahmud dah tak ada. Kau jangan ingat ada
sesiapa lagi yang akan bela kau!” tengking Ruzita penuh kebencian.
Amani yang baru sahaja berfikir untuk mendekati mamanya kerana kerinduan
yang mencengkam jiwa, tergamam apabila melihat amukan Ruzita. Ruzita berlalu ke
dalam bilik dan kembali semula bersama rotan panjang yang berada di tangannya.
Ruzita mendekati Amani dan rotannya mula dilibas. Terdengar jeritan kuat
dan diikuti dengan tangisan rayuan. “Mama... Jangan lah pukul kakak. Dia tak
salah. Pukul lah Amani. Amani yang mintak duit dekat dia,” rayu Amani dengan
air mata yang berjuraian. Dia memeluk erat kaki Ruzita.
“Jangan pukul adik mama. Teruskan pukul Fea. Fea yang bagi kat adik duit
tu. Adik tak mintak pun,” pinta Sofea. Ruzita semakin bengang apabila mendengar
rayuan kedua-dua anaknya itu.
“Fea, kenapa Fea tipu mama? Selama ni mama percaya dekat Fea, tapi Fea tipu
mama? Tadi mama tengok tabung Fea, duit yang mama bagi hari tu dah tak ada. Mama
tahu Fea bagi dekat budak ni kan?
“Kau ni kan budak, memang dasar budak tak guna kan? Ambil kesempatan atas
kasih sayang orang lain. Kau tahu tak masa kau wujud, aku ni, aku ni langsung
Mahmud tak ambil kisah. Asyik fikirkan kau aje. Sekolah kau, makan kau,
keperluan kau, yang penting segalanya pasal kau Mahmud fikir sehabis-habisnya.
Aku mengaku yang aku cemburu dengan kasih sayang yang diberikan oleh Mahmud
pada kau. Aku ni siapa di mata dia? Orang gaji ke?” marah Ruzita kemudian dia
melepaskan amarahnya dengan melibas rotan ke badan Amani. Pukulan yang tiada
henti dan lebih memeritkan berbanding pukulan ke atas Sofea.....
“Adik... Maafkan kakak ya? Kakak tak berniat pun nak bagi adik kena pukul.
Kesian adik kakak ni. Abah... Maafkan Fea. Fea tak berniat nak bagi mama marah
adik. Kenapa mama cemburu bila abah sayangkan adik? Sepatutnya mama gembira
sebab abah sayangkan anak mama. Amani pun anak mama kan bah...” Sofea mengusap
kepala adiknya yang sudah tertidur meniarap di atas ribanya. Matanya tertancap pada
birat yang berada di seluruh tubuh Amani.
Amani tiba-tiba tersedar dari tidurnya dan memandang ke arah Sofea. “Kak..
Kenapa tak tidur lagi? Jom tidur. Badan kita dah letak ubat kan? Tak apa lah,
esok lusa nanti baik lah. Sakit sekejap aje ni kak. Adik tahu, mama pukul kita
sebab mama sayang kita,” pujuk Amani. Bagaikan tiada apa yang berlaku. Itulah
dia anak kecil yang tidak mengerti.
Sofea mengangguk perlahan. Dia kemudiannya membaringkan adiknya di posisi
yang betul di atas katil. Selimut dikemaskan di atas badan Amani. Kemudian dia
pula berbaring di sisi Amani. Tangannya meringkul kemas tubuh kecil Amani.
Kemudian, mereka sama-sama terlelap pada malam itu..
SUDAH tiba masanya Ruzita untuk berangkat ke tanah suci Makkah
Al-Mukaramah. Bagasinya sudah tersusun rapi di tepi pintu rumah. Dia hanya
menunggu teksi untuk membawanya pergi ke lapangan terbang. Sofea dan Amani
masing-masing sudah berdiri untuk menyalami mama mereka.
Sofea menghampiri Ruzita. Tangan Ruzita diraih dan dicium. Ruzita memandang
sayu ke arah anak kesayangannya itu. “Sayang... Mama minta maaf sebab pukul Fea
hari tu. Mama terlalu emosional pada hari tu. Maafkan mama ya? Mama akan
merindui Fea bila di sana nanti. Mama dah sediakan duit untuk Fea. Fea jaga
duit tu untuk keperluan saja ya. Kalau budak tu mintak yang bukan bukan, jangan
bagi,” ujar Ruzita panjang lebar. Sempat lagi dia menyelitkan tentang Amani.
Masih tidak padam api dendam di hati seorang ibu kepada anak bongsunya yang
tidak berdosa itu.
Amani hanya terkebil-kebil memandang ke arah Ruzita. Dia tidak habis fikir,
apa salahnya. Amani berjalan menghampiri Ruzita. Dia menghulurkan tangan untuk
bersalaman.
Ruzita memandang sinis. “Kau nak salam aku ke? Nah ambik ni,” ujar Ruzita
lantas menampar pipi Amani berulang kali. Tamparan yang perlahan tapi
berulang-ulang kali tetap menghasilkan rasa sakit. Amani tertunduk menahan air
mata yang bakalan gugur ke bumi.
Bunyi hon teksi kedengaran di hadapan pagar rumah. Ruzita segera mengangkat
bagasi ke dalam bonet teksi. Dia kemudiannya kembali ke arah Sofea dan mencium
pipi anaknya itu dan melemparkan pandangan penuh kebencian ke arah Amani
sebelum berlalu pergi.
Sofea menghampiri Amani yang sudah menangis itu dan memeluknya erat. “Adik
sakit? Sini kakak tiup,” ujar Sofea memujuk. Amani menggeleng kepala. Dia tidak
mahu menyusahkan kakaknya.
***
Uwarghh!! Rasa malu sebenarnya post cerpen syok sendiri aku ni kat blog. Rasa macam dah la tak seberapa, nak bagi orang baca pun rasa ergghh. Haha. Tapi inilah sedikit sebanyak nak bagi aku yakin. Haa, gitew. And satu lagi, siapa-siapa ada tips bila diserang asma, habaq mai la kat aku. Nanti aku upah sambungan cerpen Rindu Mama. Hihihi. Tak hingin hampa kan?? K dah, illal liqa'. ;)
wah !! rupa-2nya adik akak ni ada bakat , ok la tu , best jalan cerita . Kalau nak dibandingkan dengan akak , nak start ayat pun tak tahu , haha
ReplyDeletehahaha. tak adanya bakat sangat kak. saja je ni sikit-sikit. :)
DeleteNice story. Sebenarnya Kak Ida pun minat juga menulis cerpen dan novel ni cuma takde masa jer...Kak Ida juga sebenarnya sedang menulis novel tapi dah lama tak sentuh dah hampir setahun terbiar...dah hampir siap 70%. Tak tahu bila dapat sambung lagi.
ReplyDeleteterima kasih. eh akak, sambungla.. please please.. nanti klu dah berjaya terbitkan, habaq kat saya, saya support. promote siap. :D
Deletemama last tulis cerpen masa form 6 dulu... lama sangat dah..
ReplyDeletekongsi la di blog mama.. :)
Deleteserious best !!! tak sabar nak tunggu sambunga cita ni . . cepat la update . . hehehe . pandai sangat sis buat jalan cerita . thumbs up :)
ReplyDeletesally banyak idea..tp tatabahasa mcm tak berapa...so, cerpen duduk dalam kepala jelaa... :)
ReplyDelete