Assalamualaikum...
Lek arr dulu hakak-hakak and semua peminat setia novel Melayu. Aku pun tergolong dalam peminat novel Melayu jugak tapi yeah... sekarang macam berkurangan saja...
Kahwin paksa. Mula-mula tak suka, lepastu tiba-tiba jatuh cinta. Tangkap basah, tapi sebenarnya depa tak buat. Mula-mula musuh, lepastu sayang. Seorang miskin, seorang kaya. Dua-dua good-looking. Kalau hudoh pun nanti makeover jadi cun nak mampos. Cinta pandang pertama.
Itu adalah antara benda yang 'wajib' ada dalam novel melayu. Tapi, maybe bukan semua but majority. Haa.. Nampak tak? Tapi serious lah aku cakap, cubalah hampa baca sinopsis. Semua macam pakat serupa ja. Aku jadi tawar hati tau lama-lama. Kecewa I. Kenapa novel Melayu ini klise?
Bukanlah nak memperkotak-katikkan idea para penulis tanah air, tapi aku just bosan. Aku mengaku, walaupun ada benda yang aku cakap kat atas sana tu, tapi novel tetap digarap dengan baik dan best. Cuma aku aja yang rasa dah jemu dengan novel Melayu. Sebenarnya, berpunca daripada diri aku sendiri saja. Bukanlah salah penulis or sesiapa. :)
So now aku beralih selera ke novel English pula. Sambil improve English aku, sambil mengembirakan hati ayah aku. Ayah aku cukup tak senang bila aku beli novel Melayu, dia nak aku baca English untuk memperbaguskan lagi English aku. Dia kata gitu lah.. Bukan aku yang kata. Hohoho. >.<
Aku habaq kat sini yang, novel English ada banyak kelainan. Bukan pasal cinta semata yang dihalang orang tua. Kadang-kadang misteri, roh orang mati yang masih ada kat bumi sebab tak jumpa rantai kesayangan dia, perang-perang and banyak lagi. And sometimes magical story tapi digarap dengan baik sampai kita rasa macam it's possible even dalam dunia nyata benda tu tak wujud pun.
Itulah sahaja yang nak aku cakap. Jangan salah faham ya. Aku cuma nak cakap yang sebenarnya aku jemu aja nak baca novel Melayu. Bukanlah nak mengagumi novel luar lebih daripada novel tempatan, tapi hanya nak beralih selera sekejap. Apa-apa pun, novel Melayu tetap ada keistimewaan dia yang tersendiri dan tahniah untuk penulis-penulis yang memperbanyakkan lagi novel-novel Melayu di rak buku. Seriously, kagum. Semakin banyak novel Melayu comel-comel di bookstore.
So... sesiapa yang tahu ada mana-mana novel yang ada kelainan selain daripada yang aku nyatakan di atas, habaq mai la di ruangan comment. Aku sangat happy kalau hampa meringankan jari hampa menulis di ruang comment aku. :) K, thanks love.
iyer ke novel melayu membosankan... hihi, mungkin jalan ceritanya kita dah dapat agak kan.... mungkin lah kot, tapi sesetengah je....
ReplyDeletemama kaki novel gak, adakalanya membosankan jugeee.. hihi
hehehe mama... itulah kadang2 tu bosan. a'ah sesetengah sahaja. bukan semua lah.. :D
DeleteErmm btol tu hehe Sya pown kadang2 bosan gak dgn jalan cite yg sme, setakat nie hanye english je yg xbuat Sya jemu. Tp skang nie Sya tgh bce novel tajuk Kasihku Arina by Mazni Aznita. Cite die still love story gak tp agak berlainan care kisah cinte dieorg n cite nie bkn setakat love story tp die ade kisah ala2 magic gitu. Klu xbce btol2 mmg xfhm la jln citenye sbb die ade selitkan psl sains. Mmg 80% about fantasy n sains
ReplyDeletehmm.. macam best ja novel yang Sya baca tu. nanti sy boleh try baca jugak ya. :D
Deleteactually novel english mmg best...selalu jalan cerita dia jarang nk sama :D
ReplyDeletehaa kan... depa byk idea sbb tu boleh jadi bestseller. :)
DeleteKalau berminat dan nak cari kelainan. Boleh cuba baca novel sastera. Saya dah lama tak baca novel popular@cinta ni.
ReplyDeleteya.. novel sastera wujud kelainan. :)
Deletehahaha memang pon kadang2 dah bleh agak dah jalan cita mcm mna . . last sekali mesti happy ending n dua pasangan besatu . . hehehe . tapi memang nak ending mcm tu pon . kalao ending tak besatu rsa sakit hati plak . . hehehe
ReplyDeletebgus bca novel english leh tingkatkan mutu bhasa english . . wawawa . . :D
a'ah, sometime kita dah boleh agak penghujungnya. tpi klu tak happy ending pun mesti rasa nak lempar buku tu dalam laut. hohoho. ya.. tingkatkan mutu bahasa inggeris. :D
Deletejom beralih kepade buku fixi
ReplyDeleteboleh jugak kan... lupa pulak psl buku fixi. :)
Deletea'ah kan .. haha drama tv pon sama macam tuu .. akak bukan kaki novel .. tapi , kalau baca , suka baca novel ramlee awg murshid ^^ novel paling best dia cinta sang ratu .. macam tak masuk akal .. tapi syiioook ^^
ReplyDeletehehehe. a'ah lah drama tv pun mcm tu sbb ambilnya pun dari novel. elok sgt lah tu. hahaha. biasa dgr novel RAM sgt best tp sy belum beli pon lagi. nnti boleh try. :)
Deletesaya x pernah baca novel. novel sekolah je baca. tu pun sebab nak exam.hahaha :D
ReplyDeleteeh, baguslah tu. nnti klu dah terbiasa baca novel melayu ni takut ketagih tau. hahaha. lama2 novel sekolah pun malas baca bila terbuai dgn novel cinta melayu ni. :D
Deletehe3..xpnh plak bca novel smpai habis =) kan ada novel genre seram..xtry bca?? lain tu..
ReplyDeleteada jugak baca yg genre seram tapi mcm tak berapa nak seram. seram dia pun yg seram lapok.. hahaha. :D tp klu seram sgt pun takut jugak. >.< eksen lebih ja sy.
Deletehahaha..kalau cmtu..ubah kpada tgok movie la pula =) cpat bosan awk ni..
Deletedah itu modal yang ada huhu. tapi layan je hihi
ReplyDeletehah itulah kan?? :) layan aje lah ye.
Deletedah bace tak I Love You Stupid by Melur Jelita? dye punya novel best.. ade islamik sket.. ^_^
ReplyDeletebaca dah.. tak suka Iris tapi okeylah dgn Firman Ebrahim. Firman hot. hihihi. and satu lagi tak suka Aidan. grrr..
Deleteso~~~~ true~~~~ kalau akak,teringin sgt nak bc novel melayu, akak baca hovate's atau usha koleksi fixie atau lejen.. more realistic and lively daripada cintan cintun klise.. hihi..
ReplyDeletehah tu lah kan.. boleh cuba nnti novel2 tu. tp org kata tak tapis eyh? straight aje.. brrr.. >.<
Deletesama lahhh ^_^ suka novel english .. lebih kepada motivasi punya seperti Chicken soup for the soul, sambil improve english sambil improve jiwa
ReplyDeletelebih bagus macam tu kan akak daripada baca novel cinta yg serupa saja tu. :) tp klu sekali sekala nak feeling2 bolehlah kot..
DeleteMengapa tidak cuba membaca buku sastera ? Ada banyak karya sastera yang bagus.
ReplyDeleteAtau jika masih mahu memilih novel dalam genre popular, jemputlah baca novel tulisan saya, Sehiris Bulan terbitan JS atau Andainya Ku Kembali terbitan Buku Prima.
Mungkin tidak sebagus mana, tetapi bacalah dulu, mana tahu ada kelainan di situ.
:)
terima kasih atas pendapat. insyaAllah klu berpeluang sy akan baca novel-novel itu. tahniah kerana jadi seorang penulis. :)
Deletehuhu. selalunya baru baca awal, da bole predict ending diaa. tapi ade jugak yg betul2 best nak baca. samapi tak ganjak mataa. huhu
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya tertarik untuk membaca artikel anda yang berupa luahan rasa tidak puas hati terhadap nukilan novel Melayu. Sejujurnya saya sangat.. sangat! bersetuju kerana itulah apa yang kebanyakan pembaca novel Melayu alami sekarang. Seolah-olah tidak ada idea lain yang lebih bernas dan kreatif. Saya boleh rekomen seorang penulis yang benar-benar bijak dalam menggarap idea untuk hasil nukilannya. Dialah yang bernama Ramlee Awang Murshid. Baca sekurang-kurangnya walaupun hanya satu daripada hasil karyanya, INSYA-ALLAH saudari tidak kecewa dengan gaya penulisan dan penceritaannya yang serba-serbi kreatif dan mengujakan.
ReplyDeleteHi.Since you also read English novels, I would like to recommend you The Fault In Our Stars by John Green (if you haven't read) and Divergent Trilogy. Both books have been adapted to movies and will be hitting the cinema next year. :D
ReplyDeletetry baca novel ramly awang murshid. mmg best. ----> ungu karmila
ReplyDeletebetoi tu dik...cik dulu pon peminat tegar jugak novel melayu ne..tapi bile dah bace jalan cerita nya macam same je..macam sama jeee...macam sama jerrr....cik dah stop dah bace novel melayu ne...
ReplyDeleteSaya bercita2 nak jadi pencetus novel fantasi melayu. Harap-harapnya lah... Hehehe..
ReplyDeleteInsyaAllah berjaya mencapai cita2 tu nanti! Amin... Hehe. Mulakan dari sekarang! :D
DeleteBtol sgt tu.sy dulu pon mnat gak kmpul2 nvel ni..tp mkin lme jln cternye sme je..bkn takat jln cter,scene2 dlm cter tu pon lbih kurg je...kdg2 tgk tjok pon dh bleh agk cternye mcm mne.tp x smue...kebyknnye la.xpe2.ade jgk cter2 yg len dr yg len...btw...hrp2 lps ni nvel2 mlayu kte mkin kreatif ok..
ReplyDeletemmg x bc novel melayu, drama melayu n filem melayu... membosankan.. tersgt klise
ReplyDeletesy xmnat novel cinta lg2 tema kawin pakse. citer smue sme just tukr cover ngan nme watak yg syokss sndiri tu. sy sarankan akak bace fixi n ramlee awang mursyid punye novel.mmg tdk prnh mengecewakan. mereka terbaik.cayalaahh
ReplyDeleteaku start baca light novel Jepun pasal kelainan nya terlampau banyak.kamon la,asyik - asyik bila hero dah nak mati mesti ada tangisan penyesalan kenapa tak layan hero tu dengan baik dulu macam novel konserto terakhir
ReplyDelete