Berniaga Tepi Jalan?

26/9/13


Source: Google


Assalamualaikum and hola sayangs!


Yey, 4 hari happy berturut-turut, berlipat-ganda, bersuka-ria, bergelak-tawa!! Yey yey!! Pulon la aku. Kang sedih 4 hari berturut-turut lak kang baru padan ngan muka. hikk. -.- Pasai apa yang nampak happy ke main ni? Tak ada apa aihh.. Rahsia donk. K, tak penting. Nak cerita pasal berniaga tepi jalan lagi bagus. Jom cerita sama-sama. :)


Sebenarnya bukanlah takat berniaga tepi jalan saja. Malah semua yang dipanggil berniaga juga. Tapi selalunya orang akan tengok yang tepi jalan ni. Apa yang terdetik di fikiran bila pandang orang berniaga tepi jalan? 'Dia miskin, sebab tu dia berniaga' atau 'dia ni untung lebih ni berniaga tepi jalan cenggini'? Yang mana satu yang selalu anda anggap kepada orang yang berniaga tepi jalan?


Ewah, aku rasa macam orang tua-tua lak nak cerita pasal berniaga ni. Tapi pengetahuan bukannya untuk dikongsi oleh orang-orang dewasa saja kan? Budak patbelas tahun macam aku also can kan? Cakap banyak lak, bila nak cerita ni??? Okey lah okey!!


Sebenarnya berniaga ni sangat menguntungkan. Especially berniaga makanan di tepi jalan dan pasaq malam. Woo untung lebih woii. Serious habaq sama hampa orang yang berniaga ni sebulan gaji boleh je lebih daripada penolong kanan sekolah menengah. Cenna hang tau ni budak kecik? Aku tau la, ada experience. :)


Cikgu aku sendiri cakap kat kami 'saya ni kalau tak dak anak kecik, memang saya nak cari tempat satu nak berniaga. orang berniaga ni lebih kaya daripada kita sebenarnya,'. Sokong tu cikgu! Dan tadi mak aku cerita, ada kawan mak aku kata 'kami ni nampak ja lawa-lawa nak pergi office. pakai kasut tumit tinggi. tapi kalau terpelecok tumit patah, nak ganti tumit pun kami tak dak duit.' Nampak tak?


Selekeh duk kat tepi jalan atas raga buah, bukan bermakna dia miskin. Dia lawa, pakai perfume Versace 300 hengget pun belum tentu dia dapat beli perfume tu sebulan sekali. :) Berniaga tu sunnah nabi? 9/10 pintu rezeki adalah daripada berniaga. Dan ada quote 'berniagalah kamu sekalipun kamu telah kaya'. Nampak tak betapa bagusnya berniaga ni?


And abang aku kata pulak kalau kerja berniaga sendiri ni 'hang bos, hang kuli.' Jadi, suka hati merah kita nak buat apa. Jadi, moh le kite niage. And moh le kite buang semua rasa pandangan rendah kat makcik jual laksa tepi jalan nuh. 


Haa, satu lagi! Khas untuk yang berniaga, berniaga tu sambil cari berkah lah ya. Buat elok-elok apa yang kita nak jual tu, especially makanan. Jangan nak biar sambil lewa kotoq makanan ka apa. And jangan nak hantar guna-guna mak esah kat orang yang untung lebih sikit daripada kita. Rezeki masing-masing. Mungkin hari ni dia, esok lusa kita pula. Sama-sama lah cari rezeki. Allah tu maha adil, maka tak perlulah kita nak dengki dengan orang lain. Apa yang kotoq sangat hati dengan orang lain tak tau? Tolonglah mind set kan diri, aku berniaga untuk mencari rezeki halal yang berkat untuk diri dan keluarga aku. Barulah bagus. Bukannya guna jin gigi taring. :)



14 comments:

  1. yg ni kak setuju 100%. menega kalo kena cara memang kaya raya.. jgn sampai menega kesian tu jadi masalah untung tak dak. modal hari2.. susah mcm tu hehehe //

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah itulah. jangan baik sangat udah le. kalau nak baik sangat, buat kenduri di rumah hari-hari. :)

      Delete
  2. di mana ada kemahuan, di situ ad jalan..

    ReplyDelete
  3. kalao ikot sis pon satu hari nak berniaga jugak . skrg ni meniaga apa pon laku . sronok tgk kawan2 yang meniaga on9 . rmai customer . sis pon teringin tapi skrg tgh kumpul modal skit2 . . kalao bleh nak bukak kedai trus . hrp tercapai . hehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok je tengok orang berniaga. moga tercapai niat akak ya! :)

      Delete
  4. berniaga ni best sbnrmya..hehe yg pntg kn usaha..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu. Usaha tangga kejayaan. Tak ada tangga, macam mana nak naik atas kan? :)

      Delete
  5. Kalau jual depan sekolah mesti untung dan hari2 habis... teringat masa kak ida sekolah rendah dulu, duit belanja mesti tinggalkan sikit untuk beli buah jambu atau kepok lekor masa balik nanti hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak! kalau berniaga depan sekolah memang untung banyak. :)

      Delete
  6. meniaga tepi jalan tu jugak la yg ramai org cari..hahahaha

    ReplyDelete
  7. BETUL2.. plus,,makanan dia lagi sedap dan murah compare dgn restoran mewah

    ReplyDelete
  8. saya sendiri meniaga tepi jalan..hati kena cekal..bukan setiap hari untung.

    ReplyDelete
  9. harap2 xde yg meniaga tengah jalan.... memadailah tepi jalan aje

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤