Assalamualaikum...
Amboi hampa.. Pulon dok join segmen ja nohh. Ni cek kat sini tak join satu apa pon. Malas dan tak ada masa sebab ada benda lain nak dibuat. Semakin nak habis sekolah, semakin macam-macam benda yang perlu diselesaikan. And fakta #1= seumur hidup aku berblogging baru dua segmen aku join. wiwiwiwiwi. boo Nina boo...
Okeylah, bukan itu yang nak aku kupaskan kulitnya. Uhuhu. Cuma nak cakap pasal mak. Orang kata kena dengar cakap mak. Tapi... Kenapa?
Yang pertama, mestilah sebab dosa kalau lawan cakap orang tua selagi tidak melanggar hukum syarak. Giteww.. Yang kedua, sebab padahnya bila tak dengar cakap mak. Okey, sebab yang kedua ni yang nak aku cerita ni. :)
Semalam aku kemas bilik, buang sampah dalam tong sampah comel dalam bilik ni. Then, aku pergi dapur ambik plastik sampah yang baru. Mak aku nampak lepastu dia kata bawaklah semua plastik tu letak dalam bilik. Aku buat tak tahu aja. Degil.
Sampai kat bilik, bila nak masukkan plastik tu dalam tong aku pun 'uwaaa' lalu patah semula ke dapur. Amboii cerita macam over ja. Tau kenapa??? Plastik tu koyak kott. Lepastu mak aku nampak, mak aku kata 'tu la, tak mau dengar cakap orang. orang suruh bawak semua, bawak je lah,'. Aku pun dengan muka sengih-sengih kambing bawaklah plastik tu semua masuk dalam bilik. Senang. Kalau koyak satu, ada lagi satu. Walaupun nampak kecil, tapi nampak tak kesannya bila tak dengar cakap mak?
Cerita kedua, pasal kawan aku. Kami kena buat amali masakan di sekolah and aku suruh dia bawak lah sikit bahan-bahan untuk masak tu. Dia pun bawak lah. Aku mai sekolah tengok tengok dia kata 'weiii.... botol sos tiram aku pecah...'. Then aku tanya kenapa tak bubuh dalam bekas? Dia kata 'tadi mak aku dah suruh.. aku tak mau......'. Haaa!! Nampak tak? Bila mak cakap tu, memang wajib dengar. Padah tau tak padah bila tak dengar cakap mak??? Aku berleter kat dia macam tu. Hohoho.
Ada lagi lah peristiwa yang berlaku bila tak dengar cakap mak ni pada aku, tapi tak mungkinlah untuk aku ceritakan semuanya. Lagipun ada yang aku lupa. Sekadar dua cerita ringkas pun aku yakin hampa boleh faham akibatnya bila tak dengar cakap mak.
Apa-apa pun, sayangilah ibu anda. Dengar cakap dia. Kalau untuk aku, aku nak cakap 'SAYANGGGGG MAKKK KETATTT-KETATTTT'. Eheh, kalau betul-betul malulah eden nak cakap kat mak. Cakap dalam hati ja tiap-tiap hari. :)
Syurga seorang anak ada pada ibunya.. Penat tau ibu mengandung 9 bulan kemudian sakit untuk melahirkan.. Patutlah kita dengar cakap ibu..
ReplyDeleteya akak.. :)
Deletekan , bukan setakat kena dengar cakap mak ja , cakap ayah pun kena dengar jugak . ehem-2 , actually , bila mak akak dah warning , mmg akak takut nak langgar sebab hehehe , takut benda yang mak akak dah warning tu terjadi . :D ~PEACE~
ReplyDeleteselalunya apa yg mak cakap ni mmg selalu terjadi. sy pun klu mak dah larang sungguh2, takut jugak lah.
DeleteSetujuuuuuu. Tapi, lia malu nk ckp mcmtu then, peluk ummi lia. nanti dikatakan buang tabiat pulak. wahahahah XD
ReplyDeletetahu tak apa.. malu kot nak ckp depan2. klu sy, bila mak tgh baca paper ke tngok facebook atas katil, sy dtg peluk2 mak ketat2. :')
Deletegood2. dgr ckp org tua2 tau.. tak rugi pape pon.. akak smpi skrg nk g mane2 mintak kebenaran parents.. kalo dorg kate 'no' means 'no'. ade la hikmah nape dorg kate 'no' tu.. :)
ReplyDeletebetul tu kak.. tak rugi pun dgr ckp parents ni. ada hikmah. :D
Deleteakak mcm pernah ja mengalami situasi macam nina tu tapi xigt sangat sebab apa .. tapi lebih kurg mcm tu la. bila xdengr ckp mak wlopon benda kecik mesti ada akibat nya
ReplyDeletebetul tu kak.. kena sentiasa dgr ckp parents sbb bila parents tak redha, Allah pun tak redha. :)
Deletesalam.. kak singgah & folo sini,, harap sudi singgah blog
ReplyDeletewarnawarnithecolorz.blogspot.com
>__<
gud entry :}
terima kasih sudi dtg ke blog tak seberapa ni. insyaAllah sy ke sana pulak nanti. :)
Deleteselalu mak bebel pun bnda yg betul kn? :)
ReplyDeleteya.. apa yg mak cakap tu selalu betul. :D bebelan mak bukan suatu yg sia-sia. dia membebel utk kebaikan. :)
Deletemesti menghormati, sebab satu hari nanti kita pon akan jadi seorang ibu anak-anak kita pon mesti hormat kita jugak :)
ReplyDeleteyeahh.. betul tu. klu tak nak anak kita nanti tak hormat kita, kenalah hormat ibu kita sekarang. :)
Deletesaya sayang mak saya. heeeeeee. tapi tak pernah pegi peluk dia sebab saya tak suka peluk orang. hahahaha. memang tak boleh peluk orang. rasa geli. pesal tah
ReplyDeleteehh? macam tu pulak. hahaha. sy geli klu peluk org lain, klu dgn mak okey aja. dapat pahala what peluk mak. peluklah sekali sekala, tahan sikit geli. mak sendiri. :)
Deletebila dah jadi ibu ni, baru tahu semua tu.. dulu cakap mak pun mama tak mahu dengar.. hihihihih..
ReplyDelete