Assalamualaikum..
Ngantuk wei hujan hujan macam ni. Tempat hampa hujan tak? Kalau baring ni mesti lelap terus. Okey, sebelum aku masuk kepada isi untuk tajuk aku tu, aku nak habaq yang aku tak suka kalau orang yang kenal aku baca blog aku. Aku malu wey. Sebab seriously aku lain dalam dunia maya dan nyata. Aku ramah dengan strangers di alam maya dan aku tak reti tegur strangers dan tak tau nak senyum pun dekat strangers bila berada di real life. Bukan aku sombong, aku cuma... cuma tak ramah.
And.. Awak yang ada dalam dunia blog ni semua tak kenal aku pun. Tak tau pun aku macam mana. Tak pernah pun tengok aku. Dan tak pernah pun tau pasal aku. Maka, aku tak malu pun bila orang lain baca blog aku. Aku dengar-dengar macam ada ja classmate aku yang cakap pasal blog dan aku dengar nama 'Husnina'. 'Husnina..... Husnina.... Aktif blog....'. Itulah dia antara yang aku terdengar. Tak tau la kalau perasan ke apa kan.
Untuk orang yang kenal aku, kalau hampa baca blog aku, bila jumpa aku nanti diam diam sudah. Jangan buat muka macam 'wei, aku baca blog hang. Niena Reen!'. Haa, no need to talk like that to me after you read my blog okey? Keep Calm And Love Niena Reen dalam diam. Ohokk!!
Okeylah panjang mukadimah? Dah macam entry penuh pulak nengoknya. Okeylah cenggini, aku suka jalan blog orang. Aku suka tinggalkan tapak kaki saiz 6 aku kat chatbox orang. Aku suka tegur-tegur orang kat blog dia. Aku suka follow orang. Aku suka tau pasal owner blog orang.
Memandangkan benda tu semua adalah peberet segala peberet aku bila bukak lappy, aku nak awak letakkan benda-benda ni dalam blog:
Follower Widget
Aku antara blogger yang murah hati suka follow orang. Tapi jangan salahkan aku bila aku datang blog awak tapi tak follow. Mengapa? Sebab tak ada follower widget yang button biru tu. Yang ada muka orang penuh tu. Itu penting sebab aku tak boleh nak follow yang letak button follow comel comel loteee kat atas sana tu sebab dah limited kot kata orang.
Chatbox
Tolong letakkan chatbox. Kadang-kadang tu aku dah follow tapi cari cari chatbox tak ada. Aku nak semakkan chatbox awak dengan tapak kaki saiz 6 pun tak boleh. Okey, kadang-kadang tu maybe sebab awak annoyed dengan iklan, spam, link iklan, penipuan etc. Tapi, chatbox tu penting lahh rasanya. Kalau awak famous amos macam biskut tu, no problemooo kalau tak ada chatbox. :)
Ruangan Comment
Letaklah bahagian comment di entry. Kadang-kadang tu tengok entry tu menarik dan aku nak bagi pendapat sekali tapi tengok-tengok tak ada bahagian comment. Dah lah tak ada chatbox, tak ada ruang comment pulak. Memang sengaja nak kasi haku unfollow balik kan?? Janganlah patahkan mood blogger kaki follow macam aku ni!!! -.- k.
Maklumat Diri
Sila letak maklumat diri supaya tidak berlakunya apa-apa kesalahan. Letak NAMA, UMUR, NEGERI, GAMBAR. Kalau agak-agak nama macam jantina berlawanan, sila bagitahu jantina dan letak gambar tu BESAQ sikit. Sebab apa? Sebab aku pernah tersalah jantina dekat satu blogger ni sebab nama dia sweet sweet macam girl dan gambar dia tak jelas sangat. Kadang-kadang aku tak tau nak panggil kak atau adik sebab tak dinyatakan umurnya. Jangan nak salahkan aku. Maklumat tu biar lah lengkap. Nanti salah awak marah pulak. Keennn?? And kenapa aku nak tau negeri? Sebab bolehlah aku bercakap dalam loghat tu bila tegur owner tu di chatbox. Contohnya macam kedah, aku bolehlah cakap 'kak, saya mai singgah sini sat.'. Haaa.. giteww.
Hmm.. Itu saja rasanya yang aku nakkkkk sangat tengok bila masuk blog sesiapa pun. Kalau ada follower widget tapi tak ada chatbox/ruang komen, aku tak follow. Kalau ada chatbox tapi follower widget yang button biru tak ada, aku tak follow. Kalau tak ada maklumat diri aku tak tau awak siapa dan kalau salah aku takut awak marah maka, saya tak follow. Aku tau awak tak hadap pun untuk aku follow tapi at least kalau aku follow, bertambahlahhhh satu follower awak. Kalau tak, bukan ke rugi sorang follower? Bagi aku, kehilangan sorang follower pun amatlah besar ruginya..... :D
p/s: hanya pendapat budak-budak ni saja.
hee comey je awak ni
ReplyDeleteSetuju sangat ngan entry ni
Rasanya button follow, chatbox ngan komen tuu sangat penting kot
Pernah jugak alami benda ni
Nak pesan kat dia pun tak ada tempat nak gtau
payah oo payah :D
itu lah kan.. eh, apo yg cumel nya tu? malu lak eden. :D
DeletePendapat Kak Erin plak.. Kak Erin tak kisah semua tu.. Yang penting perkongsian ilmu.. :-) Happy blogging..
ReplyDeletependapat org lain2 kan kak... :) setengah org, macam saya terganggu sgt bila tak ada semua tu. sbb sy kaki follow. :D heee.
Deletebetul tu, segan kot orang yang kita kenal, baca blog kita..padahal kita agak lain dalam dunia maya dan dunia realiti..ngehehe
ReplyDeletehaa kan? malu rasa mcm nak korek lubang terjun jaa. >.<
DeleteApesal kita sama ni? Saya pun tak suka orang kita kenal tahu blog kita. Macam.... Entah malu hihi
ReplyDeleteyey, high five sekali. :D kalau ada yg tau tu terus rasa 'tak payah tak pyah baca blog aku!'. ahaaha. :D
DeleteSame~ Same~ Same~ :D Saya pun tak suka kalau org yang saya kenal di dunia realiti baca blog saya. Rasa awkward and segan jeh bila jumpa. Kalau tahu pun senyap-senyap sudah lah kan? Sbab sesetengah org berlainan personaliti semasa di dunia maya dan di dunia realiti. And it's me! xp
ReplyDeleteyay! bukan sy sorg saja rupanya yg malu bila org yg kenal kita baca blog. :)
DeleteHi Niena Reen... comey nama. Kak Ida ada terbaca pagi tadi di sebuah blog popular. Dia kata maklumat diri tu tak penting. Yang penting adalah maklumat blog kerana kita mempromosikan blog dan bukannya diri kita. Sesekali kak Ida fikirkan betul juga.
ReplyDeleteya akak. mmg betul, tp tujuan sy nak tahu maklumat diri owner blog tu bukan sbb apa. cuma tak nak berlakunya kesalahan. contohnya sy cakap dekat dia, 'hai akak. sy dtg singgah sini sekejap.' tapi, tup tup tngok2 owner tu lelaki. tak ke dia akan rasa 'eh, pehal dia panggil aku akak? aku lelaki larhh!!'. haa, gitu. tak pasal2 timbul kemarahan org lain pula. itu lah tujuan sy nak tahu maklumat diri owner. :) yg utamanya memanglah maklumat blog. :D maklumat diri yg ringkas saja utk memudahkan org yg singgah ke blog kita tu tahu nak gelar kita sebagai apa. macam tu lah kak. :)
Deletemama setuju dengan entry di atas, kotak komen tak mesra rakyat, shoutbox pun takde.. hihihi, tapi mama tetap meneruskan blogwalking mama dan membaca kisah mereka...
ReplyDeletemama tua dah.. 29 tahun.. hihihi
itulahh kan. haha. sy pun akan tetap baca kisah mereka tapi tak follow. :) eh, muda lagi lah tu. tapi mama still cantik. :D
Deleteboleh aje... ahaha. malu lah kak kawan tau kita ada blog. eh, tak jealous kot saja lah depa tu nak baca blog sy. nak tngok sy tulis apa. mesti nak tau kot-kot ada tulis pasal hati dan perasaan ke kan. hahaha. XD
ReplyDeletenice entry.. ^_^
ReplyDeletethanks sis lieya. :D
Deleteboleh aje klu nak tulis pasal friends. tapi mcm tak tau nak tulis mcm mana. hah tu lah, klu kawan lain ada blog pon mcm best jugak. lps sekolah pun still boleh berblogging kan. eh, pandangan bernas ni kak. :D
ReplyDeleteyepp..sokong sgt2 entry ini..hik3
ReplyDeletesy penh masuk 1 blog..xde shoutbox..geram rasanya..trpaksa laa plak utk mnyampaikn hasrat kenapa sy singgah di blog dye dgn cara mengomen kt entry2 dye..tp xkisah laa tu kan..hehe
& then..baru tahu.. -_- rupa2nye dye newbie mcm sy..mybe dye xtahu kot..hehe
tp ada je sesetgh blog yg dah lme brtapak tp xletak shoutbox..susa nk mklumkn kehadiran kte di blog beliau..hehe..amboii..pnjg bebenor sy menulis.. :D
hihi.. ni pun gud n3 jugak.. rasanyer akak failed bab yang maklumat diri tu.. hihi >.<
ReplyDeleteniena, blog kak L dah iimprove bab info tu kot.. hihi..
Deletememang betui tu niena, bile bw xde smua tu susahla nak kasi komen terutamanya. akak pun malu kalo orang yg kita kenal baca blog akak hahah
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteakk suke betul pendapat adek.. tp yg pasal widget follow tu, dedua akk ade.. yg cute ade, yg bese2 punye pong ade.. :3
ReplyDeletebetul tu!.^^
ReplyDeletesinggah sini...