Jerkahan menyelesaikan masalah ke?

21/9/13




Assalamualaikum..


Aaa.. aaa.. aaa.. Aku sakit tekak. Eh, tapi bukan bermakna aku sakit tekak sebab aku jerkah orang tau? Aku tak pernah lagi jerkah-jerkah orang ni. Haih.. So, tajuk yang nak aku cerita ialah itulah jerkahan. Tapi sebelum tu aku nak habaq yang aku terdelete post Manfaat Jealous. Aku nak delete benda lain sebenarnya tapi terdelete yang tu. Aku punya angin tak boleh kira tapi yeah, aku tak jerkah orang. Hohoho.


Jerkah? Maksudnya? Maksudnya suka jerkah orang bila orang buat salah ke apa. Jerit dalam kemarahan kat orang tu. Itulah dia jerkah. And aku tak habis fikir kenapa manusia ni suka menjerkah. Selesai ke masalah bila jerkah kat orang? Orang yang kena jerkah tu lagi meluat kat kita tau kalau buat macam tu.


Situasi 1: maid tinggal anak majikan kat dalam bilik tak on lampu lepastu baby tu bangun dia terkejut and nangis.Then, majikan tu jerkah habis-habisan kat maid tu sebab bagi baby tu nangis. 



Situasi 2: maid letak baby atas katil and then keluar bilik biar baby tu berguling lepastu jatuh.


So, situasi mana yang patut kita marah? Macam doesn't make sense lah nak jerkah orang dalam situasi 1. Sebab seriously what?? Situasi tu memang terjadi k. Aku tak reka-reka. Tapi tak boleh lah beritahu situasi 1 tu berlaku pada siapa. And for situation 2 aku rasa nak marah pun boleh terima lagi lah sebab maid tu sambil lewa aja. Tapi TAK PATUT JERKAH.


Tahu tak bila kita jerkah orang, tak akan menyelesaikan masalah? Nak marah, marah. Tapi marah secara berhemah and tegur secara berhemah supaya orang tak akan buat lagi. Untuk kita, selalunya kalau nak marah maid jangan nak teruk-teruk sangat. Kang dia letak apa-apa dalam makanan ke, buat apa-apa kat anak kita ke. Daripada letak dalam bilik tak on lampu kang ada yang dia letak dalam stor satgi kot. Haa, jangan nak main-main sangat dengan maid. Nasib baik rumah aku tak ada maid. Takut haku dengan maid.


And for parents and teachers pun sama. Aku rasa tak patut untuk jerkah anak/anak murid. Especially yang dah besar or remaja. Kalau budak-budak kecik, mereka tak tahu apa and depa tak akan buat benda pelik-pelik. Kalau marah yang teen ni ada yang calar kereta, simbah cat, maki cikgu kat facebook, terajang cikgu dalam kelas, pukul parents. Haa... Baik marah secara berhemah daripada benda lagi teruk jadi kat kita. Sekarang dunia bukan macam dulu. Dulu kalau marah pun budak-budak tak buat benda pelik-pelik. Sekarang dunia dah akhir zaman, macam-macam berlaku.


Dan satu lagi, untuk diri aku. Aku tak suka kalau orang jerkah aku. Aku cakap jujur, aku tak boleh terima bila orang jerkah aku walaupun dia jerkah untuk kebaikan. Seriously aku habaq tak respect ah orang yang marah jerkah-jerkah ni. Apa kes jerit-jerit? Be professional lah. :D Cuba bandingkan orang yang marah sambil jerkah dengan orang yang marah tapi sambil nasihat elok-elok. Mana lagi hampa suka?


p/s: sesiapa tau tutorial mudah untuk dapatkan balik deleted post, mai la habaq kat aku. Sharing is caring kan sayangs? Thanks.

14 comments:

  1. kalau jerkah baik sikit dari tengking.. lau jerkah boleh tahan lagi.. lau kena tengking tu rase nak humban je si pelaku masuk gaung.. kan..? :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm betul betul. tapi bagi saya tak ada bezanya menjerkah dan menengking ni. dua-dua rasa tak boleh terima. :( terluka jiwa iolls bila org jerit2 ni. hehe.

      Delete
  2. Ade kawan dina sorang ni. Skarang dh bukan kawan la sbb dia sendiri yg mengaku dina bukan kawan dia. Punya la dia jerit, dia benci orang gedik macam dina ni. Pastu sebab tu la dia taknak kawan. Dan dia org paling bodoh dina pernah jumpa. (1) dia jerkah tak tntu pasal (2) dia marah hanya sebab kecik je. Pelik2~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh pelik pelik ja kawan dina tu. dah kenapa dengan dia. dia jealous dgn dina kott?? hahaha.

      Delete
  3. Replies
    1. rasanya semua org pun suka. yang menjerkah pun tak suka rasanya dijerkah tapi buat jugak. saja je nak sakitkan hati orang. ish ish. hehe.

      Delete
  4. betul2, akak pun benci if ada org yg jerkah2 akak walaupun akak salah. Akak boleh terima kalau tegur akak elok2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. nak tegur, tegur elok2 tu lebih baik dan orang akan terima. :)

      Delete
  5. cik pon tak suke di jerkah dan menjerkah...bagi cik,kalau nak marah pon tak payah sampai nak jerkah2 bagai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik. saya pun tak suka menjerkah orang. saya kalau nak marah orang betul-betul pun saya nak pastkan yg saya ckp elok2. lagipun cik, marah sampai jerkah2 ni buat penat diri sendiri saja kan. :)

      Delete
  6. betul tu...marah tak semestinya kene jerkah,,kan...

    ReplyDelete
  7. setuju sangat..kalau cakap elok2 kan bagus :)

    ReplyDelete
  8. Truee.. Tak tau knp org suka sgt jerkah. Ckp elok2, baru orang nak terima. Ni kalau dah kena jerkah mesti laa orang tu marah knn.. Hmm. Manusia oh manusia, byk ragam..

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤