Cerpen: Jannatul Firdaus III

 12/1/14




Assalamualaikum...


Uwaaa, ngantuknya.. Tapi sebelum aku nak merebahkan diri di atas katil sedang-sedang aku tu, aku nak update cerpen ni untuk yang terakhirnya sebab...... Sebab Farah tegur, bila nak update lagi. K, aku malu sebenarnya bila dia baca cerpen aku tapi nak buat guane kan dah namanya pon blog, maka semua orang pun boleh baca. So, here... :) 


***


“SHHHH! Tidurlah! Janganlah bising! Nanti orang lain dengar macam mana? Ish, diam lah!” Tertekannya diriku saat ini. Sembilan bulan telah berlalu, aku dikurniakan sepasang kembar yang bagiku amat menyusahkan. Aku tidak tahu untuk menguruskan bayi. Aku tidak tahu apa yang mereka inginkan. Aku tidak faham mereka.

Aku menggosok kepala dengan kasar. Bagaimana lagi yang perlu aku lakukan? Malam yang sunyi itu rasanya sudah dipecahkan oleh suara anak-anakku ini.

Aku menggendong anak perempuanku dan menyusukannya. Kemudian, giliran kembar lelakinya pula. Hangat terasa apabila memeluk anak-anak. Kedinginan malam bagai dapat diredakan sedikit.

Aku letakkan mereka di atas tilam nipis dan menyelimutkan mereka. Mata-mata yang terkatup itu aku tenung. Mereka tidak berdosa. Semuanya hanya aku. Aku tidak punya alasan untuk menyalahkan mereka. Aku tidak punya alasan untuk mengabaikan tanggungjawabku sebagai seorang ibu.

Buat pertama kalinya aku lekapkan bibir ku ke wajah-wajah suci itu. Aku usap lembut kepala mereka. Tenang. Hanya itu dapat aku gambarkan ketika menyentuh darah dagingku ini.

Ya Allah... Izinkan aku untuk menebus dosa-dosaku. Tidak mengapalah jika aku tidak diterima oleh orang lain. Asalkan aku dapat diterima olehMu dan juga anak-anakku. Aku hanya punya Engkau dan mereka Ya Allah.. Ampuni aku Ya Allah.

Malam itu, menjadi saksi taubatku. Aku sujud memohon keampunan daripada Yang Esa. Anak-anak, moga kalian adalah pembimbing buat emak untuk menuju ke Jannatul Firdaus...


JANNAH mengangkat wajah dan terus memeluk diriku erat setelah mendengar kisahku. Bagai cerita biasa tapi punya impak yang luar biasa buat aku. Orang yang mendengar tidak akan pernah faham. Hanya anak-anak yang menjadi penguat semangatku.

Mereka menjadi tali untuk berpegang teguh. Mereka menjadi keutamaanku. Mereka menjadi pengajaran buatku.

Jannah terhinggut-hinggut menangis di bahuku. “Emak.. Jannah sayang mak sampai bila-bila. Biar apa sahaja orang menganggap, hanya kita dan Allah yang tahu. Jannah tak kisah masa silam mak. Jannah hanya nak bersama dengan mak!”

“Janji dengan mak ya sayang? Jangan pernah putuskan semangat mak. Hanya kalian yang menjadi pendorong untuk mak. Mak tak ada sesiapa. Tolong ya nak?” soalku. Jannah mengangguk.


FIRDAUS pulang ke rumah. Wajahnya merah. Aku pandang dirinya. Dia kemudiannya duduk di tepi dinding. Termenung dengan wajah serius.

“Daus marahkan mak?” soalku bagai kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa. Aku ketawa kecil yang aku sendiri tidak faham apa maksudnya. “Anak mak yang dah besar ni dah pandai marahkan mak sekarang ya?

“Daus sedar tak yang selama 16 tahun Daus hidup, sekalipun Daus tak pernah marah dekat mak? Mak pun tak tahu kenapa? Mak terima untuk sekali ini yang Daus marahkan mak. Mak faham apa perasaan Daus. Mak dah lalui benda ni berulang kali. Mak salah. Mak hancurkan perasaan orang lain. Mak buat orang lain kecewa dengan diri mak. Mak tak pernah harap orang lain terima mak, Daus..

“Tapi dengan kehadiran Jannah dan kamu, mak seolah-olah punya keyakinan yang luar biasa. Mak bagaikan punya keyakinan bahawa hanya Allah dan anak-anak mak sahaja yang dapat terima mak. Tapi, kalau Daus sendiri dah tak mahu maafkan mak, bagaimana? Siapa lagi yang mak boleh harapkan. Tak lengkap kekuatan mak nak kalau mak kehilangan kamu sebagai sumber kekuatan mak.”

Aku memandang wajah Firdaus yang tidak beriak. Dia hanya memandang kosong ke arah lantai. Aku tidak tahu apa yang sedang difikirkannya. Adakah dia bakal menerimaku semula? Atau dia bakal berpaling dariku? Aku sedar bahawa aku tidak layak digelar ‘emak’ oleh anak-anak yang baik seperti Jannah dan Firdaus.

Jannah datang menghampiri. Dia duduk di sebelah Firdaus dan mula menceritakan kisahku. Firdaus diam dan aku tahu pasti dia akan mendengar juga. Aku bangun dan berlalu ke dapur. Aku takut dengan kemungkinan yang bakal aku hadapi. Adakah selepas ini Firdaus pula yang akan meninggalkan aku terkapai-kapai dalam mencari redhaNya?



SATU minggu. Dua minggu. Tiga minggu. Sebulan. Firdaus tidak menegur aku. Aku hanya akan bertanya melalui Jannah apa-apa mengenai Firdaus. Tidak mengapalah nak jika kamu masih belum mahu berbicara dengan mak. Asalkan kamu tidak meninggalkan emak di sini. Tidak mengapalah, asalkan mak boleh memandang wajah anak mak.

Aku tidak nafikan aku sedikit terluka dengan sikapnya. Tapi apa saja yang harus aku lakukan? Dia punya hak untuk kecewa denganku kerana selama ini dia begitu percaya dengan aku. Hanya meletakkan harapannya buat aku. Hanya memandang aku adalah ibu terbaik di dunia. Tetapi hanya dengan satu cerita ringkas, boleh saja merobohkan rasa-rasa itu.

Aku tidak mahu menitiskan air mata. Aku tidak mahu anakku berdosa kerana membuatku menangis. Tidak. Aku cekalkan hati agar menerima segalanya. Berikan Firdaus masa untuk menerima diriku semula. Aku mahu kembali menggapai rasa cintanya buatku.

Aku menghampiri Firdaus yang sedang duduk di sofa lama sambil menonton televisyen. Aku duduk di sebelahnya tanpa berkata apa-apa. Satu minit, dua minit, tiga minit, aku terus-menerus mengira waktu dan tiba-tiba terasa bahuku berat.

Aku terkaku. Tercium bau rambut Firdaus. Firdaus melentokkan kepala ke atas bahuku. “Mak.. Boleh kan kalau Daus nak buat begini untuk seketika? Sekejap saja. Kalau mak tak relakan pun, relakanlah sekali ini saja.”

Bergenang air mata mendengar kata-kata itu. “Firdaus anak mak.. Sampai bila-bila pun kalau nak terus begini mak tak kisah. Berada di sisi anak-anak mak sampai mak mati pun mak sanggup. Anak-anak mak adalah segalanya untuk mak. Tanpa Daus, tanpa Jannah, siapalah emak? Andai Allah tak mengurniakan kalian untuk mak, mungkin mak tak akan sedar diri mak.”

“Daus sayang mak sampai bila-bila. Daus tak patut layan mak macam tu. Daus tak boleh terus-menerus jauh dari mak. Daus tak boleh tipu diri sendiri. Untuk apa Daus kecewa jika Daus punya ibu sehebat emak? Masa silam yang telah ditutup, bukan untuk dibuka semula.”

Firdaus mengangkat kepala dan terus mendakapku. Aku mengusap belakang kepalanya. Jannah juga datang menyertai pelukan aku dan Firdaus.

“Ya Allah, kau berkatilah kami. Kau berikanlah rahmatMu buat kami. Berikanlah keredhaanMu buat kami Ya Allah.. Biar tiada insan yang menerima masa silam kita. Biar setiap jiwa membenci masa silam kita, asalkan kita punya Yang Esa. Allah kurniakan dua orang cahaya mata untuk emak jadikan pembimbing untuk ke SYURGA TERTINGGI.. Moga Allah perkenan...”


TAMAT


***


Yey, dah siap update sampai habis! :D Sebenarnya aku malas nak update tapi update sajalah kan cause lambat-lambat pun kena update jugak nanti. Baik, aku tekankan lagi sekali ini bukanlah cerita-cerita yang hebat sebabnya penulisnya pun bukanlah seorang yang hebat dengan pengalaman yang luas. Jadi, don't expect cerita yang kebabommm daripada aku kerana aku masih merangkak dalam menulis dan aku masih dikategorikan as syok sendiri. K, sudah. Beta nak pergi beradu... :)



Mari terjah entry terbaru:


15 comments:

  1. salam..good job Niena :)

    http://ssurianahyana.blogspot.com/2014/01/mempunyai-bakat-dalam-bidang-penulisan.html

    ReplyDelete
  2. salam..good job Niena :)

    http://ssurianahyana.blogspot.com/2014/01/mempunyai-bakat-dalam-bidang-penulisan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Terima kasih! Nampak menarik tu, rasa macam nak cuba! :D

      Delete
  3. Wow wow wow.
    THIS IS.....





    AWESOME!!!!!
    Hihihi sedih lah cerita ni :)
    Sangat sweet pulak tu. Cinta antara ibu dan anak sangat kuat di situ hihi.
    Nice niena!!!!
    Syok sendiri yang boleh jadi lebih gempakkk gitu hohoho.
    Masuk kan lah dalam penulisan2u hihihii <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awww... Thanks kak qila! <3

      HIhihi, syok2 sendiri saja.. Saya memang rasa macam nak cuba saja hantarkan ke mana2.. :)

      Delete
  4. dah sampai part 3 ke? aduhh akak tak baca part 2 lagi :/ nanti nak bacelah. hehe. bagus cerita yg niena buat ni, berkisarkan kekeluargaan :) selalunya ramai yg buat cerita cinta je, bosan dah eden, haha kejamnya x)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'a.. Dah habis pun kak mazni. Ekekeke.. Nanti jemput baca yang part 2 ya! Terima kasih kak mazni. Saya memang suka tulis selain daripada cerita cinta sebab tak pandai tulis cerita cinta yang terlalu ringkas. :D

      Delete
  5. pandai awak buat cerita! Saya doakan awk ada rezeki yg cerah dlm bidang penulisan ini ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokongan! Moga diperkenan doa itu, InsyaAllah.. Amin.. :D

      Delete
  6. wow...serius tersentuh.....teruskan dalam bidang penulisan!

    ReplyDelete
  7. owhsem!! ada bakat nih. teruskan usaha anda.. ^_^

    ReplyDelete
  8. huaaa...sedey bace cerpen ne..
    btw...niena ade bakat lah..teruskan usaha untuk berkarya..

    ReplyDelete
  9. rajinnya buat cerpen. .terbaek la. . :)

    ReplyDelete
  10. pandainya adik niena buat cerpen,serius kagum..tersentuh :')

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤