Bukan Semua Orang Akan...

10/1/14




Assalamualaikum...


Yey, aku dah ada idea untuk menulis! Oh, mengapa aku suka buat tajuk tergantung? Sengaja. Itu style aku. Konon best lah. Ahaha.


Okey, tak kira lah apa pun. Yang penting aku nak share pasal apa yang ada dalam otak aku sekarang ni. Oh, bukan semua orang akan apa? Apa apa? Fikir cepat. Mari sini aku beri jawapan.


Bukan semua orang akan suka kita.

Bukan semua orang akan percaya apa yang kita cakap walaupun kita bercakap benar.

Bukan semua orang akan bersangka baik dengan kita.

Bukan semua orang akan buat baik dekat kita.

Bukan semua orang akan hormat kita.

And etc.....


Alangkah seronoknya kalau tulisan merah itu sahaja yang ada kan? Tapi bila ada ayat di depannya itu yang kita panggil life. Kalau tak ada ayat didepannya tu rasanya kita bukan berada di dunia.


Okey, jadi maksudnya aku rasa kita tak perlu untuk bersedih dan kecewa bila bukan semua orang sekian sekian sekian pada kita. Aku baru lalui benda-benda tu beberapa hari yang lalu dan aku betul-betul sedih and aku menangis tapi hari ni tiba-tiba macam minda dan hati aku terkena penampar. Maksudnya penampar kesedaran gituuu..


Untuk apalah aku sedih? Untuk apa? Sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri lalui benda-benda begitu kan. Aku diuji dengan benda sekecil tu, nak bersedih macam the end of the world. Hidup kita tak berakhir bila orang sekian-sekian-sekian pada kita.


Biarkan sahaja mereka. Yang penting apa? Yang penting diri kita, Allah dan ada orang lain yang tahu bahawa kita ni bukan macam yang mereka fikirkan, bukan macam yang mereka sangkakan. Biarkan dengan andaian mereka. Biarkan dengan spekulasi songsang mereka, yang penting kita bukan apa yang mereka jangka!


Betul? Atau tidak? Untuk apalah kita bersedih untuk sesetengah orang yang kalau kita fikir sepatutnya mereka-mereka tu tak patut kita kesahkan. Biarkan mereka panas hati sendiri dengan spekulasi sonsang yang macam aku katakan tadi. Biarkan mereka hidup dengan cara pemikiran mereka sendiri. Yang penting kita tahu apa yang sebenar-sebenarnya...


So, be happy. Sentiasa tersenyum. Sentiasa sabar. Sentiasa ingatkan diri yang Allah ada dengan kita. Macam tu. Okey? Sebenarnya ini untuk diri aku sendiri sebab aku lalui benda ni hari tu. Jadi, sesiapa yang senasib dengan aku tu, cuba kita buka minda kita. Pandang lebih jauh. Fikirkan. :)


Ilal Liqa'!


Mari terjah entry terbaru:

27 comments:

  1. Thanks wak.
    Thank uso much. Qila mmg tengah patah seribu lah sebenarnya....
    Mcm tetiba je jadi sedih. Dah lah result lagi 2 bulan.
    Tgh stressssss tak tahu nak jadi gapo ugh.

    So, be happy. Sentiasa tersenyum. Sentiasa sabar. Sentiasa ingatkan diri yang Allah ada dengan kita. Macam tu. Okey?

    OKAY NIENA!!!! <3
    I WILL!!! JEHEHEH <3
    Thanks niena. Dah lah semalam tenangkan pikiran org hiihihi <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senasib lah kita kak. Rasa sedih sangat-sangat hari tu. Tapi Alhamdulillah sekarang tak lagi! :D

      Haa, betul. Jangan sedih2 tak mau stress2, ingat Allah sentiasa ada dengan kita. Sama2 kak qila. Saya pun tengah pujuk diri sendiri ni. Ihihi... Seronok lah tengok benda yang menenangkan ni and ajak orang lain sama.. :D

      Delete
  2. jangan berduka dear..Allah always ada dgn kita..bgtulah lumrah kehidupan bukan semua org suka kita,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak eda.. :) Betul tu. Allah always with us. Betul sekali lagi, bukan semua orang suka kita dan bukan semua orang akan sangka baik dengan kita. Tapi, kita kena terimalah semua tu. Tak ada yang akan suka kita sentiasa..

      Delete
  3. Apa yg pnting jdlah diri sendiri!!Jgn layan sngt kerenah segelintir yg suka mcm2 dgn kita.:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Tak perlu kisahkan mereka sangat. Yang penting kita tahu apa yang kita buat. :)

      Delete
  4. just think positive untuk survive dalamdunia ni niena :)

    ReplyDelete
  5. jagan peduli apa orang akan cakap..yang penting redha Allah tu.
    ape2 pon think positive..dan sentiase memperbaiki diri dan jadi diri sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cik. Jangan pedulikan mereka. Biarkan mereka dengan andaian mereka sendiri. Yang penting Allah tahu apa yang benar. Yes, think positive. :)

      Delete
  6. dugaan yg kita rasa ni sikit je berbanding Nabi, tapi itu pun kita dah lemah T__T bayangkan Nabi Muhammad kena baling batu di kepalanya sehingga berdarah, orang lempar najis pada baginda, orang caci, hina. tapi Nabi senyum bahkan doakan mereka semoga dapat hidayah. Allahu, kuatnya baginda T_T

    n betul tu, tak semua org suka kita, jadi kita ni kenalah cari kesalahan sendiri. tanya diri kita, "apa yg aku dah buat" dan cuba perbaiki kelemahan diri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak mazni. Apa yang kita hadapi sekarang sangatlah kecil berbanding banginda.. Ya, kita kena perbaiki diri sendiri dan jika orang lain masih enggan nampak kebaikan kita, let them. Biarkan mereka puas dengan apa yang mereka fikirkan.. :)

      Delete
  7. to live to people's expectations is not our job

    ReplyDelete
  8. sejauh mana pun kita melangkah, berpegang je bahawa manusia itu unik.. so, sebagai seorang yg unik perlulah kita kekalkan n pertahankan keunikan kita selagi ianya tak bercanggah dengan norma masyarakat sekeliling.. keep calm n just be unique.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Unik itu unik. Itulah, jadilah diri sendiri yang ada keunikan tersendiri itu yang penting tak bercanggah dengan norma masyarakat ya.. :)

      Delete
  9. manusia tak sempurna..itu sahaja key nya..btw, just enjoy ur life, ignore others..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak alyn. Manusia tak ada yang sempurna yang dapat puaskan hati setiap orang. Yes, just ignore them. :D

      Delete
  10. memang hidup ni tak kan dapa nak puaskan hati semua orang..yang penting diri sendiri puas dan happy..hehee ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak mirza! Asalkan diri sendiri tahu kita siapa dan kita bagaimana cukuplah kan. Happy2 selalu sajalah bila dah begitu! :D

      Delete
  11. janji kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita.. kan kan...

    ReplyDelete
  12. kita buat baik orang kata..
    buat jahat apatah lagi..
    memang ade je orang yg x puas hati ngan kita..huhu

    ReplyDelete
  13. Be strong sayang! :) Thats life kan? Hihi yang penting kita enjoy dgn life kita okay?

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤