Cerpen: Jannatul Firdaus II

6/1/14




Assalamualaikum..


Aku sekarang ni sangat-sangat-sangat lah mengejar masa. Sebab apa? Sebabnya... Nak exam tu buatlah cara macam nak exam kan. Nak tak nak, niat tak niat, memang akan terjebak juga dengan cara nak exam ni. Masa untuk blogging sedikit terhad dan jugak, aku akan bw ke blog hampa yang tinggalkan jejak if aku ada masa.. Aku akan pastikan lah nanti.. So, mari je le kat blog aku ni sebab jangan risau aku akan ke sana pula. Jadi, here sambungan cerpen Jannatul Firdaus. :)

***

PULANG daripada menoreh getah pada hari Jumaat itu, aku terlihat sebuah kereta berhenti di hadapan rumahku. Pelik. Jarang ada tetamu yang akan berkunjung ke rumahku. Selalunya hanya jiran-jiran di kampungku sahaja.

Aku menghampiri dan ternampak susuk tubuh seorang lelaki yang membelakangiku. “Assalamualaikum, encik?” Dia berpaling ke arahku dan bagaikan dipanah petir, jantungku hampir gugur menyembah bumi.

Dia tersenyum sinis. “Hahaha. Betullah ini rumah Puan Nur Jinan?” soalnya sinis. Aku hanya memandangnya kosong. Apa yang dia mahukan.

“Mesti pelik kenapa aku ada di sini kan? Aku bukan apa, aku nak tengok anak-anak saudara aku saja. Sudah 16 tahun berlalu, mesti dah besar anak kau kan.”

“Along nak apa? Kalau setakat nak hancurkan kebahagiaan keluarga Jinan, tak perlulah long. Pergilah balik!” Air mata mula bertakung di dalam tubir mataku.

“Haha. Sombong kau sekarang kan? Hidup dalam rumah kayu macam ni, ada hati nak menyombong dengan aku?” Dia memandangku tajam. Air mataku mula jatuh satu per satu ke pipiku.

Aku tidak mengendahkannya dan segera membuka pintu rumah untuk masuk ke dalam. Belum sempat aku melangkah masuk, Along terlebih dahulu menerpa masuk ke dalam rumahku.

Firdaus yang baru sahaja bangun daripada tidur menggosok-gosok matanya. Dia memandangku dengan penuh tanda tanya apabila memandang ke arah tetamu yang tidak dikenalinya itu.

Aku hanya berdiam diri dan terus menangis. Aku tidak betah menahan air mata kerana luka itu pasti akan berdarah kembali. Aku tidak mahu jika benar ianya akan terjadi.

“Oh.. Ini anak saudara aku? Dah besar rupanya. Sini bang, mari dekat Pak Long,” ujarnya. Firdaus yang tidak mengetahui pokok pangkal cerita, menuruti perintah Along. Aku menggenggam baju.
Along menyentuh lembut bahu Firdaus dan memandangnya dengan mata yang tidak berkedip. “Nama siapa?” soal Along. Firdaus menjawab. Along senyum sinis sekali lagi.

“Firdaus... Cantik namanya. Tapi sayang, permulaannya tidak berapa baik. Hahaha. Kasihan kau,” ujar Along. Aku dapat merasai yang Along cuba untuk menyampaikan sebuah kisah lama yang aku cuba lenyapkan jauh daripada hidupku.

Firdaus mengerutkan kening tetapi masih mendiamkan diri. “Kau bahagia dengan mak kau ni?” soalnya lagi. Firdaus mengangguk. Along membuka mulut untuk berbicara lagi tetapi kembali terdiam apabila melihat kelibat Jannah pula datang untuk melihat siapa tetamuku.

Along memandangku pula. Hairan. Siapa pula anak gadis ini. Dia mengangkat kening meminta penjelasan. “Anak Jinan. Kembar Firdaus,” jawabku perlahan. Along ketawa kuat bagaikan terdapat sesuatu yang benar-benar lucu pada pendengarannya.

“Hebat betul kau kan. Dapat kembar sekaligus.. Firdaus,” dia memandang ke arah Jannah yang kebingungan apa yang sedang terjadi. Along memandang Jannah untuk mengetahui namanya pula. Jannah juga memberitahu Along.

“Wah wah.. Hebat-hebat nama anak-anak kau. Syurga tertinggi... Tapi layak ke kau ni letak nama-nama indah macam tu untuk anak-anak haram macam mereka ni!!” jerit Along dan serentak dengan itu jantungku berkecai dan berdarah. Kenapa perlu dia ungkit kembali kisah lalu yang aku mengaku salahku sendiri.

Aku pandang wajah Firdaus dan Jannah. Aku pasti mereka juga punya perasaan sepertiku. Pasti mereka tidak menjangka punya ibu sejijik aku. Firdaus terduduk lemah dan Jannah berlari masuk ke dalam biliknya.

“Mak.. Be.. Betul ke apa yang Daus dengar ni mak? Daus dengan Jannah...” soalnya tanpa menghabiskan ayat terakhir. Aku terkaku dan hanya air mata sebagai jawapannya. Firdaus memandangku dengan pandangan tidak percaya. Ya Allah.. Dugaan apakah ini.

Along kelihatan puas. “Ini balasan atas kesalahan kau,” ujarnya dan berlalu keluar daripada rumahku. Aku menutup pintu. Aku dapat merasakan yang hanya dengan sepotong ayat, anak-anakku pasti tidak akan memandangku seperti dahulu lagi. Sungguh, aku tidak pernah beritahu mereka apa yang telah terjadi dahulu. Malah, aku tidak pernah beritahu tentang keluargaku. Mereka punya bapa saudara. Mereka punya nenek. Tetapi aku tidak pernah menceritakan segalanya kepada mereka. Aku tidak mahu mengungkit perkara lalu yang sungguh pahit yang pernah aku alami. Sakitnya hati ini, Ya Allah...

Firdaus memandangku dengan air mata yang bercucuran. Pasti hancur hatinya menerima hakikat ini. Dengan sekelip mata, ibu yang dianggap segala-galanya lenyap begitu sahaja. Dia tersenyum sinis.

“Patutlah mak tipu kami? Patutlah mak kata ayah dah meninggal! Patutlah mak tanya kalau mak jahat! Dan patutlah kami dibin dan dibintikan dengan Abdullah!” Jeritnya kuat. Pedih kudengar suaranya. Aku yakin, Jannah juga pasti mendengar daripada biliknya kerana rumah ini kecil.

“Selama ni.. Daus kena tipu. Berpura-pura dengan kebaikan mak! Menipu kami! Ini yang Daus sayangkan sangat selama ni. Daus jijik! Jijik dengan diri sendiri. Hinanya diri Daus ni mak!” Firdaus meraup wajah dan berlalu keluar daripada rumah dan melanggar bahuku.

“Daus! Dengarlah apa mak nak cakap! Firdaus!!” jeritanku hanya sia-sia. Firdaus pergi entah ke mana dengan motosikalnya.

Aku mengesat air mata laju. Aku mahu menjelaskan perkara ini kepada anak-anakku. Aku tidak mahu anak-anakku tidak menyayangiku lagi. Aku segera masuk ke dalam bilik Jannah. Kelihatan Jannah sedang memeluk lutut sambil menangis di tepi pintu bilik. Aku duduk di atas lantai dan aku sentuh bahunya yang terhinggut-hinggut.

“Sayang.. Jannah marahkan mak juga ke? Jannah janganlah marahkan mak dulu. Mak nak jelaskan semuanya. Mak minta maaf, nak. Memang mak salah. Mak sendiri yang hancurkan diri mak sendiri. Tapi kalian, anak-anak mak tak pernah terpalit dengan dosa mak. Tak ada istilah kotor untuk anak-anak mak,” ujarku. Aku pandang wajah Jannah. Dia hanya diam seribu bahasa. Wajahnya tidak kelihatan marah. Oleh itu, aku berkeputusan untuk menceritakan apa yang telah terjadi.


“APA?! Selama 22 tahun ibu jaga kamu, ini balasan kamu dekat ibu? Hah?” soal ibuku. Aku hanya menunduk. Benar. Aku salah. Tiada sepatah perkataan pun yang mampu aku ungkapkan. Ibu memandangku dengan pandangan bengis. Ayah juga begitu. Pasti hancur harapan mereka. Along pula hanya mendiamkan diri.

“Patah hati ibu Jinan! Selama ni, ibu percaya dengan Jinan. Ibu tak pernah simpan curiga apa-apa terhadap Jinan. Ibu yakin sangat yang anak perempuan tunggal ibu ni akan jadi anak solehah. Yang jaga batas pergaulan. Tapi harapan ibu musnah!” ujarnya.

Aku memberanikan diri untuk memandang ibu dan ayah. “Ibu, ayah. Jinan tak berniat nak buat ibu ayah kecewa. Jinan mengaku, Jinan salah. Tapi, bagilah peluang pada Jinan. Sekali ini saja,” ujarku.
Ayah memandangku. “Pergi cari lelaki tu. Dia mesti bertanggungjawab,” ujar ayah, ringkas. Aku terdiam.


“AWAK! Awak janji kan dengan saya yang...” belum sempat aku menghabiskan bicara, Fakrul terlebih dahulu memotong.

“Aku tak akan bertanggungjawab dengan apa yang dah terjadi. Kau yang bodoh. Kau yang serah diri kau untuk aku. Kau tanggung sendiri. Aku bukan dijadikan untuk diri perempuan bodoh macam kau!” ujarnya.

Aku terkedu. Ya. Aku bodoh. Hanyut dalam belaian cinta nafsu semata. Pemikiran yang Allah kurniakan langsung aku lupakan. Aku leka dengan ayat-ayat si pencinta nafsu. Aku musnah dengan kebodohanku sendiri. Aku percaya dengan kata-kata dusta.

“Kenapa diam? Tersedar? Menyesal? Hahaha! Padan muka kau. Kau hiduplah dengan ‘benda’ yang ada dalam perut kau tu! Eh, kau ingat hidup aku ni dengan kau saja ke? Berlambak wey, aku jahanamkan perempuan macam kau! Aku tak akan musnahkan hidup aku semata-mata nak bertanggungjawab pasal kau,” ujarnya dan berlalu pergi.

Aku menggenggam rambut. Tiada kata yang dapat aku ungkapkan lagi. Sia-sia jika aku menyuruhnya untuk bertanggungjawab sedangkan dia memang tidak layak untuk menjadi seorang suami. Kerana seorang lelaki, aku musnahkan diriku sendiri. Aku benci kandungan yang sedang membesar di dalam perutku. Kerananya, aku terpaksa berhadapan dengan situasi ini. Aku benci!!!





“KELUAR!! Jangan pernah jejakkan diri di sini lagi. Jatuhkan maruah keluarga! Lupa agama. Lupa diri! Apa yang boleh kamu beri untuk kami lagi bila diri kamu sendiri sudah begitu? Bila kamu ada keluarga juga untuk apa? Kamu dah tak suci! Keturunan kamu juga lahir daripada kejahilan kamu. Ayah tak mahu lihat muka kamu. Cukup 22 tahun kami bersama kamu. Setakat ini sahaja sejarah kita. Anggap saja kamu tak pernah punya ibu dan ayah,” ujar ayah. Jelas dia kecewa.

“Kalau kamu rasa kamu masih ada ibu bapa juga tidak guna bila perbuatan diri kamu itu seperti tak pernah dididik! Kami malu! Pergilah. Bawa diri kamu sendiri. Kamu mahu bertaubat, atau apa sahaja, terserah!” Ibu menyambung.

Terluka. Menyesal. Tetapi, untuk apa? Along turun membawa sebuah beg besar dan diletakkan di tepi tangga. Kemudian Along hanya memandang ke dinding. Tidak sudi untuk memandang wajahku lagi agaknya..

Aku segera mencapai beg dan keluar daripada rumah itu setelah memberi ucapan maaf buat semua ahli keluarga. Entah bagaimana agaknya masa depanku selepas ini..


AKU akhirnya terduduk di depan pintu rumah yang baru sahaja ku sewa. Nasib baik sahaja aku dapat menjumpai rumah kayu yang kecil ini. Sekurang-kurangnya aku punya tempat berteduh. Baru aku teringat tentang kandunganku setelah seharian mencari tempat tinggal.

Aku pegang perutku. Mata aku renungkan jauh bagaikan dapat menembusi apa sahaja yang berada di depan mata. Anak ini... Aku sudah berdosa sekali. Mungkinkah untuk aku menambah lagi dosaku dengan menggugurkannya? Tetapi, jika aku menyimpan kandungan ini, pasti aku akan teringat tentang dosa lalu...

Aku menghantukkan kepala perlahan-lahan ke bingkai pintu. Buntu. Fikiranku tidak dapat berfungsi dengan baik. Aku bangun dan masuk ke dalam rumah.

***

So yeah, sampai di situ saja dulu. Aku belum gosok baju lagi. Kang lewat-lewat kang diri sendiri yang mengamuk. Ahahaha. Aku mudah sangat mengamuk sekarang ni haa.. Huih, lega sikitlah knuckles aku cause tadi lepas buat kerja BI sakit gila k. And sampai di sini saja. Masih ada sambungan dia. Kalau rasa nak baca, baca, tak mahu terserah.. Ohoho.. Okey sayangs, selamat malam! ;)



Terjah Entry Terbaru!:



8 comments:

  1. allahuakbar :(
    sedihnya..........
    Sbb tulah sama mcm tatoo abg jebat. Hehehe bila dah insaf, takkan nak koyak kulit dia.
    bila ter ada anak zina, takkan nak gugur haih.
    <3
    :(
    Sedih lah cerita ni eee niena ni iiihihihi
    goodluck exam wak!!!! :* hugs!!!

    ReplyDelete
  2. Mesti ada abang jebat eyh... Kekeke.. Saya tak ada masa lagi nak tengok BKATC. Baru sampai episod berapa sempat tengok.. Untung lah kak qila boleh usha abang jebat... :'(

    Terima kasih kak qila.. -hugs- :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe contoh :p hihihi alaa takpe wak. Nnt boleh usha ok? Sorry T_T <3
      Sama sama wak <33

      Delete
  3. ok cik pilih nak bace sambungan nye..hewhewhew...jadi sambung nanti yae..jangan lupa pulak..hewhewhew

    ReplyDelete
  4. akak suka your cerpen dik :) keep it up~ u've talent, you know

    ReplyDelete
  5. I couldn't refrain from commenting. Perffectly written!

    ReplyDelete
  6. Hi! I just wajted to ask iif you eer have any troublle with
    hackers? My last blog (wordpress) waas hacked annd
    I ended up losing a few months oof hard work duue to no data
    backup.Do you have any methods to stop hackers?

    ReplyDelete

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤