Protagonist. Wajarkah dibenci?




Assalamualaikum..


Eh, kejap. Gambar Seohyun tu saja je. Sebab dah rasa lama sangat tak tengok muka Seohyun. Minat aku dengan SNSD pun macam berkurang je sekarang ni. Apa-apa pun ada kaitan sikit la Seohyun dengan entry aku kali ni. Tengok muka Seohyun tu, innocent je kan? Baik gitu haa..


Apa aku merepek dekat tajuk atas tu eyh? Oh, tidak. aku tidak merepek. Memang aku nak tulis protaganist, wajarkah dibenci. Protagonist is watak baik lah kan? Tapi kenapa pulak aku cakap wajarkah dibenci? Itu yang aku nak cerita sebenarnya.


Selalunya antagonist lah yang perlu dibenci kan? Tapi masalahnya sekarang ni aku kalau baca novel atau tengok cerita, aku selalu rasa gerammm je dengan protagonist tu. Rasa macam 'ish! hang dok perasan baik apa? ingat lawa sangat dah la?'. Haa gitu.. Pelik kan aku ni?


Aku rasa macam protagonist tu tengah berpura-pura baik padahal watak tu memang watak baik. Aku selalu fikir yang protagonist tu perasan baik sangat. Perasan boleh masuk syurga. Padahal dua kali lima je dengan watak antagonis. Haa pelik tak pelik dengan aku ni?


Aku paling benci dengan watak protagonist perempuan. Dengki kot dengan watak tu. kahkahkah! Padahal bukan ada betul betul pon. Aku baca novel Akhir Sebuah Cinta, watak Mimi Atia tu kan... Aku benci la dengan dia. Boleh tak macam tu? Aku tak rasa pun dia happening ke gapo ke. Aku suka Tengku Khuzairy walaupun dia jahat dan kurang ajar. Aku benci Tengku Ezairy yang baik. Haa kan? Semua yang baik-baik aku benci. Yang jahat suka pulak? Hakhak!


Aku cerita macam mana pun tak ada orang boleh faham hati aku ni. Bukanlah bermaksud aku suka orang jahat sebab aku jahat macam watak tu. Entah kenapa, aku benci sangat dengan Mimi Atia sampai aku tulis entry ni. Mimi Atia tak ngam dengan jiwa aku!!!! K dah melalut tak ada point betul minah ni kan?? :P


Flower Boy Next Door Korean Drama




Assalamualaikum..


Yey dah habis tengok drama Korea ni. Daebak daebak daebak! Fyi, aku bukanlah peminat fanatik yang terlalu gila dengan Korea bagai ni. Aku tengok, and I just love it tapi tak lah letak gambar diaorang dekat screen semua. Walaupun aku tengok dengan mata yang blur blur, tapi aku tetap enjoy watching!


See? Yoon Shi Yoon & Park Shin Hye! COMEL!!


Dalam cerita ni, Shi Yoon jadi Qae-Geum and Shin Hye jadi Dok Mi. Mereka sangat awesome dan comel! Especially Qae-Geum! Perangai dia dalam cerita ni gila gila gila comel! Rasa nak penampo je. Kadang kadang orang marah dia pun dia boleh senyum dengan muka comel dia! Eiii!!! Tapi Dok Mi ni dia jenis yang duduk dalam rumah je. Dia jarang nak keluar sebab dihantui oleh masa lalu dia dekat sekolah. So, dia macam takut la.


Please la kalau siapa siapa yang suka cerita Korea dan belum tengok cerita ni lagi, silalah tengok. Best.. Tapi tak tahulah kalau ada yang kata tak best. Oh!! Cerita ni Romantic Comedy. Tapi sedihnya banyak jugak. Touching ohh.. :'(







Apa dia? Ulang lagi sekali...


Assalamualaikum..


Dekat sini musim hujan ribut. Menakutkan okey? Tapi hari ni tak ada lah. Cuma hujan sikit sikit. Kenapa dengan aku ni? Tiba tiba cerita pasal hujan ribut. Saja.. Information information. Pemberita blog. Haa gitu.


Sekarang ni, bukan aku nak cerita pasal hujan ke hape ke tau. Nak cerita pasal kerabunan aku. Baru saja aku check mata tadi ni. And power meninggi tinggi gila tahu tak??? Tak sangka kot setinggi tu. Dah macam orang tua punya rabun. Aku tak nak bagitahu lah berapa. Kang ada yang jatuh kerusi sebab terkejut!


Rabun silau pon ada sekali. Pakej wei pakej! Aku rasa bahana tengok cerita korea dekat lappy lama lama. Kan? Tapi nak wat macam mana, dah aku suka tengok cerita Korea. Tambah tambah watak diaorang yang cute gila gila tu kan. Sekarang ni pun tengah menaip dengan keadaan mata yang blur sebab spec ada dekat kedai.


Oh ya, kenapa tajuk tu macam tu? Masa dia kasitau power mata aku.. Nak je aku tanya 'apa dia? ulang lagi sekali' banyak banyak banyak banyak kali! Rasa nak menangis tahu tak? Conclusionnya, silalah hargai mata anda sebelum Allah tarik sedikit nikmat penglihatan anda.


Macam mata Demi Lovato je aku tengok?


notakecikkecik: kesian mak aku kena keluar duit!! uwarghh! sorry mak! :'(

Jangan banyak bercakap okay?


Assalamualaikum...


Ahha! Today is Friday. Aku tahu kau tahu. Haa kan? Tapi kau tak semestinya tahu yang harini aku dah cuti sekolah. And yey! Itulah dia. Seminggu itu sangat bermakna untuk aku. And yang paling bestnya bila cuti lepas exam sebabnya satu, tak ada homework untuk dibuat. Dua, sebab lepas habis cuti 99.5% cikgu akan bagi paper exam. Dan itu sangat best. Tak ada alasan sangat lah cikgu nak cakap 'sorry la, cikgu tak sempat lagi nak mark paper kamu'. Memang sangat tak best kalau dengar cikgu cakap macam tu kan.


Kenapa panjang sangat aku tulis atas tu. Tak habis habis nak cerita pasal exam aku. Entah, rasa gatal je tangan nak cerita pasal exam. Okey, ye la aku nak start lah ni. Kalau nak cepat atau malas nak baca pasal cerita aku yang perenggan pendahuluan dengan isi satu yang tak ada kena mengena ni, bolehlah skip terus sampai lepas gambar sebab lepas gambar aku terus masuk isi berkaitan tajuk aku. K dah.




Ini aku ceritakan pasal diri aku sendiri, dan mungkin jugak berkaitan dengan orang lain. Jadi sama sama lah kita kan? Bercakap. Aku rasa kita ni selalu banyak bercakap. Dengan kawan kawan and family. Kalau aku, aku rasa macam nak bercakap je. Tapi kalau time tak kenal siapa siapa lagi, memang orang ingat aku ni pendiam. Sekali kenal aku, baru insaf sebab cakap aku pendiam. Hikhik!


Dah sedia maklum dah kan, bila kita banyak bercakap secara automatiknya kita akan terlepas cakap. Maksudnya, sampai ada hati orang lain yang tersinggung tanpa kita sedar. Tapi baru baru ni (kiranya baru lagi okey) aku rasa macam tersedar yang aku ni banyak cakap. Tapi, bercakap bukan sekadar banyak cakap, masalahnya dengan pakej sakitkan hati orang sekali! Faham tak aku cakap apa?


Macam yeah, aku selalu je cakap dekat kawan aku 'wei hang gedik apa?' 'hang ingat lawa sangat dah la buat muka macam tu?' 'blur lah tu!'. Kau tengok, kau tengok. Betapa !@#$%^&* nya mulut aku kan? Itu bahana banyak cakap. Hari tu aku dah pernah post dah pasal Why Bad Words tu kan? Tapi masalahnya aku macam tak boleh nak kawal diri. Teruk betul.


Kalaulah aku seorang yang macam dulu. Dulu tak ada pun aku cakap kasar dekat orang lain. Kenapa masuk sekolah menengah aku jadi cenggini? Susah tau bila kita dah terbiasa cakap kasar kasar ni. Nak berhenti pun payah. Sama macam merokok. Benda buruk ni memang senang nak dibuat dan susah nak berhenti. Kalau benda baik, susah nak buat senang nak berhenti. Lumrah manusia.


Aku akan cuba jadi orang yang tak bercakap kasar ikut sedap mulut. Dan aku akan cuba supaya tak bercakap banyak. Kalau kita tak ada benda yang baik untuk bercakap, lebih baik diam. Diam itu lebih baik. Quote ni memang 100% betul. Sebab aku mengalaminya sendiri. Haa macam tu. Aku tulis ni bukanlah untuk membuka keburukan sendiri. Orang kata apa? Membuka pekung di dada? Haa ye la tu kot. Aku just nak share bahawa sesungguhnya bercakap banyak itu tak bagus. Bila cakap banyak, pakej sakitkan hati orang tau.


Kenapa aku cakap macam tu? Sebab ada cikgu tuition abang aku tu, dia jenis cakap banyak lah jugak. Lepas tu, mungkin dia tak sengaja tiba tiba percakapan dia terguriskan hati mak aku. Macam itu lah dia. Bila sekali orang terasa hati dengan kita, mesti dah tak syok kan? Jadi, itu sahaja!


Jangan Banyak Bercakap Okey? ;)

Atas kehendak Allah


Assalamualaikum...


Yey, dah habis exam! Moga resultnya okey dan best eyh. Moga tak jatuh merudum sampai tergolek jauh jauh. Tapi dah dapat result Math. Alhamdulillah, lulus! Betul kakak kakak yang comment entry aku hari tu, jangan cakap tak lulus. Aku memang tak target untuk A pun Math. Aku kira, kalau lulus kira syukur Alhamdulillah lah kan?


Tahniah untuk dua orang classmates aku yang dapat A. Ramai kot yang failed. Syukur sebab aku tak tergolong! Tengoklah macam mana aku study hari tu. Banyak kot. Tapi, Allah tak izin untuk aku dapat A. Percayalah, kalau Allah tak makbulkan doa kita kali ini, mungkin dia sedang merancang yang lebih baik untuk kita.





Apa yang kita usahakan, itulah yang kita akan dapat. Nanti kalau ada exam yang lain pulak, aku akan study untuk math betul betul! Yeah!! Hehe.. Math memang aku tak berapa sangat. Math memang aku sentiasa jatuh bangun. Tak menentu gituuu.


Result aku nanti pasti atas kehendak Allah. Doakan sekali ya supaya result bagus? Aku target Sejarah dengan Math tak apalah kalau tak A untuk kali ni. Yang lain, moga dapat result baik. Aminn Ya Allah! Doakan aku tau tau tau.


Dengki? Tak usahlah...


Assalamualaikum...


Alhamdulillah, selesai sudah paper English. English boleh jawab, yey! Talking about dengki. Yes.. Dengki. Alah.. Dengki. Mungkin kau, aku, kita, mereka pernah ada perasaan ini. Kalau ada, cepat cepatlah istighfar. Ada satu perkara yang membuatkan aku rasa nak sangat tulis pasal dengki ni.




Tengok tu. Islam sendiri melarang umatnya berhasad dengki. Kita ni umat Islam kan? Kita mengaku Islam kan? Kalau jawapannya ya, usahlah berdengki. Dengki tu datang dari syaitan nirojim tahu? Janganlah kita melayan syaitan tu. Lawan sikit! Jangan bagi chance walau sejengkal untuk syaitan!


Orang lebih sikit, kita mula nak berdengki. Orang tu berjaya daripada kita ke.. tak payahlah nak berdengki. Kenalah bersyukur dengan apa yang kita ada. Apa yang kita ada sekarang pun, belum tentu semua orang ada. Lagi lagi yang tak boleh blah nya aku tengok orang Islam yang berdengki dengan orang Islam jugak. Sepatutnya, tumpang gembira lah sebab saudara seislam berjaya. Ini tidak.


Apa lah sangat untungnya kita berdengki dengan orang lain ni? Tak dapat manfaat pun. Berdosa lagi ada. Tambah tambah bila kita perdajai orang tu pulak bila dah dengki. Macam kes, orang berniaga selalunya kan. Mula nak buat orang tu. Ish! Berdosa besar!


Kalau kita nak macam apa yang dia ada, kenalah berusaha untuk dapatkannya. Bukannya dengan cara menjatuhkan orang lain. Kita sama sama hidup atas bumi Allah. Tak perlu rasanya nak menjatuhkan orang lain. Biarlah orang lain bahagia, asal dia tak ganggu hidup kita. Asal dia tak bunuh keluarga kita. Kan? 


Jom sama sama say NO to HASAD DENGKI! ;D Peringatan untuk diri aku sendiri jugak ni. Bila aku tulis, dalam masa yang sama aku memperingati diri aku. Haa gitu..

Math.. Failed!!


hikk!

Assalamualaikum


Huaa! Baru saja habis exam Math tadi. Ada sepuluh soalan. Sepuluh je? Betul ke? Seronoknya! Mesti senang! Haahahaha! Iya lah tu senang. Yang sikit tu lah yang susah tau.


Rasa rasa macam failed je math sebab dah lah tak sempat siap. Semua orang dalam kelas aku tak sempat siap jawab soalan. Susah tau. Apa yang aku study malam semalam tak masuk pon tau tak! Yang masuk pun susah form 1 punya. Form 1 bukan calang calang form 1. Susah derr.


Cikgu kata standard SMK Kulim. Huarghh!! SMK Kulim budak 4A je cikgu. Bukannya MRSM pun cikgu! Gila gila gila. Rasa nak hantuk kepala dekat dinding sebab tak dapat jawab soalan sampai habis dan tak faham soalan. K, dah. Stop membebel macam mak nenek. Tawakkal sahaja yang termampu. Dan apa yang aku dapat nanti, itulah dia. R.E.D.H.A je lahh.

Terkejut+Terharu+Malu+Marah


Assalamualaikum...


Ada entry baru di sini. Mahu dicerita dengan penuh perasaan. Penuh perarasaan terkejut+terharu+malu+marah. Okey, aku akan cerita satu satu. Apa yang buat semua perasaan itu menjengah ruang hati. cewah!


Hikk!


Yeah.. Tadi masa kat sekolah, masa rehat kawan kawan dahku ajak aku pergi surau. Aku tanya kenapa nak pergi surau. Kan dah sembahyang masa Sivik tadi. Lepastu, Husna kata nak rehat. Serious panas hati aku. Aku dah lah dahaga lepastu gedik gedik nak ajak pergi surau pulak. Suruh tunggu lak tu. Lepastu Husna main bisik bisik dengan Nadirah, Aqilah bagai. Aku tanya, dia buat tak tahu je. Geramnnya aku masa tu!


Aku kata aku nak minum air dekat canteen, dorang halang aku jugak. Suruh tunggu sat tunggu sat. Aku pun maki hamun kata dorang gedik lah pulon ngada ngada bagai. Sebab dah lah panas, dahaga pulak. Mana hati aku tak merana?


Lepas, dorang ajak aku pergi canteen. Then, aku nak pergi bahagian air tapi dorang panggil aku bawah pondok. Fine, dengan muka puzzle aku pergi jugak. Lepastu aku nampak kawan kawan aku semua ada situ dan seorang lagi is kawan yang dah berbulan aku tak kawan nak dekat setahun. Okey, aku tengok muka sorang sorang, nampak rahsia di situ. Aku duduk dan aku membelakangi dorang sebab aku rasa lain macam. Aku cakap aku malu.


Dalam otak aku, mesti dorang nak suruh aku kawan balik dengan kawan aku tu. Sebab tu aku rasa malu. Lepastu, aku kata la aku dahaga! Nak beli ayaq! Dorang saja je kata 'haa ni kami dah beli dah ni'. Lepastu aku tengok atas meja, wahh!! Ada kek gitu haa! :') Kawan yang aku tak kawan berbulan tu pulak kasi hadiah and say sorry. Aku terharu,malu dan terkejut. And yeah, dear friends your surprise menjadi! Seriously terharu dan terkejut. This is what we call surprise. yey!


Sebenarnya, birthday aku esok tapi memandangkan esok cuti dorang buat hari ni.. I love all of you friends. I just can smile sampai telinga setiap kali terkenang. Pandai hampa buat aku terkejut. Siap simpan kek kat koperasi lagi. Kena marah ngan makcik tu lagi. Hahaha! Kesian hampa.


Untuk HUSNA,NADIRAH,YASMIN NADIRA,AIZA,AZIMAH:

   Thanks a lot friends. Even mungkin macam biasa je bagi orang lain, tapi aku tetap happy! Syok kot! Sayang hampa ketat-ketat! Untuk kawan kawan yang wish, aku hargai. Terima kasih. Yang paling kesian dekat hampa yang kena maki ngan aku. Sorry sayang sayang sayang semua. :'(



Part marah pulak, masa balik ada satu berita tu. Ada orang perdajai aku! Tak tau sapa. Tulis surat lepastu bagi kat Adam lepastu tulis nama 'Nina, 2E'. What ta hell? Aku bukan hadap sangat nak tulis surat kasi kat laki weyh. Aku bukan jenis cenggitu. Suka orang pun tidak. Cakap dengan laki mesra mesra gurau gurau tepuk tampaq semua, ada aku buat? Tak dak kan? Aku bukan the type yang gedik mengada-ngada bagi surat cenggitu lah wey. Oh, tolong... Kenapa tak puas hati sangat dengan aku? Ya, memang aku ada kutuk seseorang tu depan dia, dan itu bersebab kenapa aku marah orang tu.


Aku tak akan marah orang tanpa sebab. Aku tak akan kutuk orang tanpa sebab. kalau orang tu tak mulakan dulu, tak adanya aku nak marah. Gila namanya tu kan? Lepastu, aku dah tak kutuk dia or nak benci benci dia lagi. Kira macam, sudah cukup sudah lah kan. Tapi, aku tak tahu la siapa yang bagi surat tu. Tak boleh lah jugak nak tuduh orang tu. Mungkin orang tu nak main main dengan aku? Atau memang tak suka aku? Wallahualam.

K dah. bye!

Mengeluh Penat Berdoa




Assalamualaikum..


Hari ni, ada satu article yang aku rasa best dan sesuai dikongsi bersama.

***

Daripada al-Nu'man bin Bashir r.a.; Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Doa adalah ibadah.' (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Untuk diejanya perkataan doa memerlukan huruf yang sedikit sahaja, iaitu tiga huruf (D.O.A). Seringkas ejaannya maka begitulah perbuatannya. Berdoa adalah sebuah ibadah yang sangat mudah.

Maka bersyukurlah kita kepada Allah SWT sebagai Tuhan yang maha pemurah dan maha mengasihani yang mengurniaan sebuah ibadah yang dipanggil doa.


Ibadah Yang Mulia

Di samping itu, doa menunjukkan perbezaan antara perhambaan manusia dan perhambaan dengan Tuhan. Allah SWT memberikan ibadah doa kepada kita sebagai medium dan tempat terbaik untuk meluahkan perasaan kita sebagai hamba-Nya.

Malah, Allah SWT sendiri melabelkan bahawa berdoa adalah sebuah ibadah yang mulia disisinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda:

"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah S.W.T melainkan doa." (Riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Tetapi dalam kalangan kita pula asyik memandang enteng akan kelebihan berdoa ini. Contohnya seusai solat, terus beredar tanpa berdoa sedangkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi menyatakan:

"Rasulullah s.a.w. ditanya oleh seseorang: "Apakah doa yang lebih di dengar, lebih makbul dan mustajab?' Baginda s.a.w. bersabda: "Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat fardhu."


Mustajab 

Kita menyalahkan Allah SWT kerana tidak memakbulkan doa kita sedangkan kita tidak bersungguh-sungguh dalam meminta. Banyak hadis yang mengatakan keadaan, tempat dan waktu yang mustajabnya doa kita; di antaranya :

  • Berdoa ketika berbuka puasa
  • Berdoa ketika bermusafir
  • Berdoa di antara waktu azan dan iqamah
  • Berdoa di hujung solat-solat fardu
  • Berdoa pada waktu penghujung malam
  • Doa orang dizalimi
  • Doa bapa kepada anaknya
  • Dan sebagainya

Tetapi, adakah kita tahu bila masanya Allah SWT akan mengkabulkan doa kita?

Adakah esok, lusa atau sepuluh tahun kemudian atau dia mungkin tidak memakbukan doa tersebut?

Adakah kita tahu, mengapa Allah S.W.T mengatur sedemikian rupa ?

Apabila Allah S.W.T segera memakbulkan doamu, maka dia menyayangimu.


Hikmah Waktu Berbeza Doa Dimakbulkan

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah al-Baqarah: 186)

Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu.

Menurut al-Khatabi:

"Jika Allah SWT tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya dari kecelakaan, atau menggantikannya dengan pahala."

Menurut Hukama:

"Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi apa yang dipohon, atau menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak dari yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari kiamat." 

Apabila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah: 216) 

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah SWT

Firman Allah SWT dalam sebuah hadis qudsi, maksudnya:

"Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, maka bersangka tentang-Ku apa sahaja yang kamu ingini." (Hadis Qudsi) 
- Artikel iluvislam.com
***

Aku sebenarnya tadi ni terfikir nak tukar template lagi. Hati ni rasa macam tak puas hati je tengok blog ni. Macam ada yang tak best di situ. Bila fikir balik, nantilah. Habis exam nanti, insyaAllah aku edit lain. Pasal artikel ni pulak, untuk peringatan diri sendiri dan orang lain supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah.. Haa gitu. K dah.



Mata pandai menipu


Assalamualaikum...


Taylor's eyes is always beautiful!


Walaupun mata tu cantik.. mata tetap boleh menipu tuannya. Apa kena dengan mata aku hari ni pun aku tak faham. Tengok benda lain, macam impuls tak sampai ke otak pun ada. Tengok perkataan hacker, aku nampak actor. Tengok perkataan musim, aku nampak music.


Kejam tau mata haku hari nih. Lepas ni tak tahu lah apa pulak yang dia nak menipu. Lepastu, satu lagi telinga aku pun menipu aku hari ni. Hakhak! Pagi tadi, kawan aku call tanya jadual waktu hari ni. Lepastu, ada pulak aku tanya 'apa benda hang ni?' seolah-olah aku tak tahu benda apa JADUAL WAKTU itu sendiri. Haa kan? Macam apa entah aku hari ni.


Dear eyes and ears,  Saya harap awak boleh bertugas dengan baik kepada saya. Tanpa awak, hidup saya tak bermakna. Anda begitu berharga~~ >.<

Caitt. Macamlah telinga dengan mata aku faham kan? :P

Exam dan tips


Assalamualaikum...


Wah.. debaran exam gitu haa.. Aku tak mau drop. Faham tak? Tak mau drop.. Semua orang pun tak mahu drop. Apa drop tak drop ni? Ni laa.. Dah lama dah tak exam. Last exam ialah masa Form 1 awal tahun. Lepas tu berbulan tak exam. Bila dibebani pbs tak ada exam, nak pulak exam. Bila ada exam, ketaq lutut cheq. Tahun lepas tu alhamdulillah memberangsangkan keputusan gua, jadi sebab itu lah gua kata gua tak mau drop. Ada paham?





Menangis haku kena study.. Especially Math yg aku tak pandai tu. Kalau aku belajar macam tu, macam tu lah yg aku boleh jawab. Kalau corner kot lain sikit, aku mula lah pening. Jealous haku dengan orang pandai Math ni. Rasa cam nak operate otak dia ganti dengan otak aku. hihihi.


Satu lagi, History. Ya Allah.. Tergolek. Form 1 punya senang kacang tanah goreng saja kan. Form 2 dia dah mula British British bagai. Perjanjian. Whatever whatever whatever. Tu.. Yang tengah baca tu yang nak kata 'eleh senang je Form 2' sangat dekat aku eyh. Lepuk karang. :p


Membebel panjang pulak dah. Kata Exam dan tips. Mana tips nya? Okey, ni aku nak share sikit tips yang aku google.

  • Hadir di dalam bilik darjah.Dalam tempoh 2-3 bulan ini,anda mesti datang ke sekolah dan hadir di dalam bilik darjah untuk mengikuti apa juga ajaran dan nasihat guru di samping perbincangan dengan kawan sedarjah.
  • Pastikan anda mendapat petunjuk yang sebanyak-banyaknya daripada semua guru mata pelajaran anda. Jangan mengambil kesempatan untuk `tuang` kelas atau bersengkokol dengan kawan² yang kurang motivasi atau tidak jelas matlamat mengapa belajar atau menduduki peperiksaan.Anda mungkin perlu sentiasa berjumpa guru untuk perbincangan di luar waktu sekolah. Lakukan demi kefahaman. Di samping itu,anda perlu ada kawan belajar sehingga 4 orang lagi supaya pembelajaran atau perbincangan anda dengan guru mata pelajaran lebih bererti
  • Jangan membuang masa berbincang perkara yang tidak penting. Selama anda berada di kawasan sekolah dari pagi hingga tengahari atau ke petang, sekiranya tidak belajar di dalam bilik darjah, jangan lagi membuang masa bersembang di kantin atau berlonggok di bawak pokok. Sebaliknya,pergilah ke perpustakaan untuk menyelesaikan kerja sekolah atau berbincang dengan kawan² kumpulan belajar, ataupun mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.
  • Sanggup bekerja keras. Kalau markah anda untuk setiap mata pelajaran pada keseluruhannya di bawah 60%, anda perlulah menumpukan lebih banyak masa untuk belajar, memaham dan menguasai topik, fakta, rumus dan simbol mata pelajaran tertentu demi peningkatan pencapaian sehingga 80% ke atas.
  • Mematuhi jadual pembelajaran dan ulang kaji yang teratur. Bayangkan,anda mengambil 10 mata pelajaran (SPM) atau 8 mata pelajaran (PMR). Jangan lupa, aktiviti ulang kaji ini termasuk membaca, memaham, melukis(melakar), menulis dan mengingat.

    Di samping membaca.memaham dan mengingat fakta, bahasa, konsep atau persoalan dan pernyataan, anda mesti mahir melukis peta, rajah, jadual dan graf dan menulis karangan atau jawapan berbentuk rencana. Sehubungan dengan latihan menulis jawapan ini, di sini saya mengingatkan semua calon supaya menguasai bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.

    Khusus bagi penguasaan mata pelajaran,anda perlu berdamping dengan guru,buku teks atau kawan yang pandai. Setiap mata pelajaran ada sifat dan ciri umum,dan khusus. Misalnya, bagi menguasai mata pelajaran Matematik, anda perlu menguasai topik, rumus, simbol dan pengiraan.
  • Sentiasa sihat badan dan cerdas minda. Selama belajar ini pastikan anda mengambil makanan dan minuman yang dimasak, bersih, segar dan berkhasiat. Kurangkan atau tinggalkan daripada memakan makanan segera atau meminum minuman bergas dan berais. Ingat!! Otak yang cerdas, pergerakan yang cergas dan emosi yang ceria, datang daripada badan yang sihat. Badan yang sihat ditentukan oleh makanan dan minuman yang baik dan seimbang. Pastikan anda sihat, cergas dan ceria sebelum dan semasa peperiksaan.
  • Sentiasa mengerjakan sembahyang dan berdoa. Bukan sahaja anda, ibu bapa, sanak saudara pun sama tidak meninggalkan solat, dan turut mendoakan kejayaan anda.


Okey, banyak yang aku belum amalkan. Contohnya, makan makanan yang sihat. Baru saja tadi aku bantai segelas air gas Frost. Elok sangat lah tu. Tips ni mungkin macam sesuai untuk students yang nak ambil peperiksaan besar. Tapi, untuk exam biasa ni pun elok amalkan. Walaupun bukan exam PMR atau SPM, kenalah dapat result yang best jugak kan?


Tolong doakan aku. Kau doakan aku, aku doakan kau. Jadi, kita sama sama doakan satu sama lain. Yeah.. Doa saja tanpa usaha pun ngak bisa mbak. Harus disertakan ama usaha nya mbak. Iya iya. Kalau usahanya tidak, keputusannya nak bagus mimpi je lah kau kan.. Mat saleh kata, no pain no gain. Haa gitu..

K bye. ;)



Haktuiihh!


Assalamualaikum...


Harini, aku cross-country yang real punya. Sungguh penat dan kaki sakit lah jugak. Tapi tak sakit sangat. Lepastu, kita ni kalau baru lari tak sampai sepuluh langkah pun dah feeling feeling kurus sikit atau berat dan turun sikit padahal mitos semata. Haktuiih!




Di sinilah nak dimulakan tajuk Haktuiihh itu sendiri. Tengok atas tu, jijik kan? Dengar orang buat bunyi 'PTUI' atau 'HAKTUIH' atau 'KRRRCUUIIHH'. Jijik wei jijik. Tak paham apa tu jijik? Disgusting. Paham? Kot la ada minah 'matsaleh' ke kat sini kan tak paham. LOL! No.. Joke.


Hanya dengar bunyi orang buat bunyi nak meludah pun geli, walaupun dia tak meludah. Apatah lagi kalau betul betul meludah. TUIH!! bunyinyaa... My face was like; 


Haa.. Macam ni lah. Sijibik, eh sebijik.


Ni la.. Aku tengah penat penat lari tak sampai sampai lagi sekolah kan, tetiba ada lah budak laki mana entah lari sebelah aku and PTUIH!! Whatt?? Tapi, tak lah ludah ke arah aku. Dia ludah ke sebelah sana. Aku tak tengok dia ludah tapi aku dengar je muka aku terus jadi macam di atas itu.


Elok sikit la wey, nak meludah depan orang. Even, mungkin ada orang yang tak kesah tapi kat aku serious aku rasa cam nak muntah berdarah darah dengar orang meludah. Geli wey. Cuba la bayangkan, tengah sedap meludah tu tetiba angin mai melayang ludah kat muka orang ke kan. Tapi aku rasa, benda ni tak pernah terjadi lagi kot?


Kepada spitter di luar sana, silalah buang tabiat anda. Jangan meludah di depan orang. Ada saja orang yang geli dengan kau. Memanglah, aku pun pernah meludah. Tapi jangan MELUDAH DEPAN ORANG. Faham tak? Ke tak faham? Faham bagus I Love You!

p/s: aku pun pernah ludah dan ini peringatan kepada di sendiri dan ini dari segi pendapat aku sahaja... :)


Novel Kampung Girl


Assalamualaikum...


Entry cross-country dipadam kembali setelah dipublish. Rasa macam tak berfaedah je benda tu. Lebih berfaedah jika aku promote novel Kampung Girl. Aku baru je baca novel ni. Kepada sesiapa yang belum baca, dan rasa nak tahu pasal cerita ni macam mana bolehlah baca review aku kali ni ya.


UMI KALSOM
SEM: RM 21.00
S/S: RM 24.00



SINOPSIS

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.

“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.

“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.

Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.

“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?




And... Yeah.. Aku beli buku ni sekali dengan novel Suami Aku Ustaz hari tu. Cuma novel ni aku baca lama dan lambat sikit sebab aku busy dan rasa tak ada mood nak baca.



Part yang aku tak suka, pasal Ashraf yang serious pulon apa entah sikit sikit nak cakap pasal budak kampung budak kampung. Apa masalah dia dengan budak kampung pon aku tak paham. Tak boleh nak terima Ainnur semata sebab Ain budak kampung. Serious aku meluat. Macam tak logik je benci hanya sebab title kampung girl. Blurrggghhh je aku baca pasal Ashraf ni!



Part yang aku suka, novel ni banyak ayat ayat dia yang boleh bagi kita tersenyum. Haa.. Seronok happening gitu. Lepastu, tak ada konflik sampai nak runtuh rumah tangga. Then.. Ainnur ni kedah maiii.. So, rasa ngam arr sebab aku pun duduk Kedah dari Penang. Ecewah, sempat kasitau pasal diri aku pulak kan. And.. Dia ada ayat ayat tafsiran dari surah surah. Serious aku suka kalau novel tu diselitkan pasal agama. Even, kadang kadang benda yang kita dah tahu tapi bila baca, terasa macam di refresh balik gituuuu..



Overall.. Nak kasi 4.3 markah... Tolak tolak part yang aku tak suka Ashraf nak pertikaikan isu Kampung Girl. Lepuk kang barutahu. Hekhek. Belilah novel ni okey. Sungguh, happening lawak lawak macam tu. Siapa siapa yang tak suka novel sedih manjang boleh le beli novel ini. Okey? Dan congrats Umi Kalsom kerana berjaya hasilkan novel ini. Cewah, macam aku je publisher! ;)

Fatin Fadzil & Hedgehog


Assalamualaikum...


Aku demam ni. Kalau bangun dari kerusi je kepala terasa sakit. Tapi, tak nak makan ubat. Seriously tak suka. K k. Seharian tadi aku bosan bosan tergolek sana sini sebab tak tahu nak buat apa. Homework tinggal Science je yang aku ta siap dan aku tak tahu nak buat macam mana. Jadi, abaikan.


Petang sikit tadi, aku saja type nama Tsara Nabilla kot kot ada video terbaru dia ke kan. Nak tengok keadaan terkini dia. Hihihi! Aku suka dia pun tidak, tak suka dia pun tidak. So fair lah kan? Lepastu, selalu aku nampak kat tepi tepi youtube tu mesti nampak nama flnfdzl.


Mula-mula macam abaikan je video dia kan. Lepastu, tadi aku bosan gila gila aku click video dia. Haa. Mula mula tengok dia tak rasa apa. Lepastu tengok video dia yang seterusnya. Aku pun dah terminat dia macam aku minat vloggers lain macam MatLutfi, MariaElena tu eyh. Buat pengetahuan, baru tadi lah aku kenal Kak Fatin ini.....


Sebab aku suka Fatin Fadzil... Cara dia cakap tu best. Lepastu, dia bercakap berdasarkan apa yang dia lalui. Bukannya dia tak pernah lalui, lepastu dia nak cerita benda tu. Tak boleh lah kan... And.. Dia suka promote barang and I love it! Sebab barang dia cool gila. kan kan kan???


Dan satu lagi. Apa kena mengena Fatin Fadzil dan hedgehog. Yeahh.. Dia ada bela binatang tu dan jual binatang tu jugak. Aku ada tengok video dia pasal hedgehog dia. Terus aku rasa suka jugak dekat hedgehog. Seriously, memang comel kot hedgehog tu! Tapi, nak bela tu tak kot sebab takut tengok duri dia.

 
Ni Hero. Fatin Fadzil's hedgehog. yes. cute
Nak tengok video dia yang lain, just pergi lah channel dia k.